Kedai Buku Online

Wednesday, February 29

Maksudnya tu Puasa Sunat la


Kebaikan puasa - puasa sunat yang digalakkan.
Share:

Sepintas Dunia IT







Share:

Minyak Masak Istimewa


Minyak Masak macam-macam boleh dibuat, macam-macam masakan boleh digoreng, tumis, deep fried tapi cerita kali ni minyak masak terbaru yang terlepas ke pasaran.







Yang ni pula secara sopannya mungkin susu bukan untuk jualan terlepas ke pasaran pulak kot.
Share:

Bahaya Paip Gas apabila tidak diselenggara

 Sebahagian apartmen di Moscow ranap apabila berlaku letupan paip gas. Mungkin paip gas memasak atau paip gas pemanas air yang bocor tu kot. Sekarang ni di Malaysia kebanyakan apartmen mula mengenakan caj gas sebagai caj bulanan wajib menggantikan Tong Gas memasak di kebanyakan tempat.

Di kuarters kerajaan Putrajaya juga mula ke arah kaedah gas melalui saliran paip ke dapur penghuninya. Mungkin risiko ini boleh diminimakan sekiranya kontraktor pemasangan menggunakan alatan berkualiti, tapi apa yang berlaku ada kepala paip gas yang dipasang tiada tanda kualiti keselamatan SIRIM dan menggunakan bahasa asing negara yang tidak dikenalpasti. 

Jika kepala paip tong gas konvensional pun ada indikator ke kanan ON atau OFF, dapur gas pun ada penunjuk suis api besar atau kecil tapi yang meragukan bahasa penerangan kepala paip gas ni langsung tidak difahami...dan tiada made in...

Share:

Muat Naik Video ke Youtube

Adik adik mari kita belajar bagaimana muat naik video ke Youtube ya. Bukan Muat turun ni...Macam cikgu pulak da..Aku pun sebenarnya masih belum pernah uploadke Youtube ni sebab takda lagi benda yang aku rasa berfaedah untuk dikongsikan secara sreaming video. 
Walau tak pernah ,tak semestinya tak tahu. Kalau tak tahu tak semestinya taknak share benda yang da tahu betul kan...
Tu la teknologi dan kuasa binary, kena pusing2 maka jadilah if else, padahal subjek kekal tidak berusik@dibenarkan diusik. Faham-faham saje lah.
Share:

Kitab Injil 1500 Tahun ditemui

Harap penemuan ini boleh membuka mata penganut Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang sombong, sesat dan dimurkai ALLAH kerana mengubah fakta sebenar Kitab Injil mengikut selera mereka. Menghalalkan babi yang haram dll. Mereka juga mencemar kitab suci mereka sendiri dengan penambahan dan pengurangkan isi kandungan kitab itu. Anehnya ramai pula yang terpengaruh, termasuklah orang-orang Islam sendiri yang turut tersesat dalam perjalanan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Muda-mudi kini ramai yang melayang akidah kerana memilih dunia yang sementara. 

Kepada pengikut semberono dan tegar kajilah Al-Quran dan pohonlah hidayah dari ALLAH untuk tunjukkan kebenaran kepada kamu...Semoga mereka terbuka hati untuk mencari dan menerima kebenaran. Apa-apa pun milik ALLAH lah segala alam dan seluruh isinya, syurga dan neraka juga milikNYA maka terserah siapa yang akan diberi hidayah dan siapa yang akan dibiarkan terus sesat. Namun ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang, siapa yang mencari dan meminta(berdoa) Hidayah dariNYA pasti akan diberi dan ditemukan. Wallahualam. 

Berita Harian - 2012/02/28
KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi
Rujukan : go4halal
Share:

Tuesday, February 28

Four Stroke Engine

Four Stroke Engine

The four stroke engine was first demonstrated by Nikolaus Otto in 1876, hence it is also known as the Otto cycle. The technically correct term is actually four stroke cycle. The four stroke engine is probably the most common engine type nowadays. It powers almost all cars and trucks.The four strokes of the cycle are intake, compression, power, and exhaust. Each corresponds to one full stroke of the piston; therefore, the complete cycle requires two revolutions of the crankshaft to complete. -->>>>>More

Share:

Friday, February 24

Jom Belajar Sudut Mekanik sekejap.



Tanya Mekanik pun ada rujukan tapi sikit la dapat aku jumpa. Walau sikit tapi sekurangnya ia bermanfaat dan kekal di blog ni bila2 masa kalau kita terlupa pentingnya kemahiran mekanik ni selagi kita mampu memegang stereng kereta...apa2 je la yang berenjin
Share:

Kajian Saintifik Maya dan Daging Biak


Ada 2 artikel dari sudut sains yang aku kongsikan kali ni tentang Tamadun Maya meramal  Gerhana Matahari dan

haha teknik saintifik menghasilkan daging biak. Kalau aku tak sertakan artikel ni, mungkin korang rasa agak weird kan...Jom Layan..
Share:

Sel Garam Ciptaan MRSM


Kita kalau nak menjadi bijak pandai, bergaullah dengan mereka yang bijak pandai. Sekalung tahniah dan kagum pada pelajar Melayu ni kerana hasil ciptaan yang hebat mcm ni seharusnya disebarkan hehe.

Da la bijak belajar Maktab Rendah Sains Mara tu...terima kasih kerana mengharumkan Agama, Bangsa dan Negara khususnya MRSM Terendak Melaka .
Share:

Berjemur suburkan segalanya....



Haha....ni baca je lah dari sudut kesihatan....Berjemur memang baik dari jam 7-11 pagi tiap hari tapi yang maksud macam ni aku belum perasan lagi hinggalah jumpa artikel ni.

Jom kengkawan kita baca......
Share:

Jepun mahu bina lif ke angkasa



Tajuk : Jepun mahu bina lif ke angkasa-Ni ilustrasi bagaimana konsep lif tu dicipta. Bolehlah baca .....Malas nak komen...
Share:

Tragedi Bukit Kepong Yang dilupakan..


Tragedi Bukit Kepong, hmmm antara sejarah negara yang disalahertikan (dipolitikkan untuk popular). Mereka Pahlawan Negara tidak gentar di hujung senjata, nyawa dipertaruhkan kerana jati diri dan semangat pahlawannya sukar diungkap secara tulisan atau lisan.

Pahlawan zaman sekarang ni hanya berani di mulut - apabila disergah, ditegur ...semuanya report polis pastu sembunyi rumah seminggu kot...
Share:

Le Tour deLangkawi 2012


Jadual dan Laluan LeTourdeLangkawi 2012
Share:

Thursday, February 23

Selamat Hari Khamis

Wahhhhhh sebelum ni Mc Donalds ada Dinner  dalam RM30.00, Kali ini Bargain Bucket KFC pula. Tak pasti pula setiap Khamis atau setiap hari. Jom KFC !!!

Share:

Didik Anak Melalui Kisah...



Sambil-sambil melayari blog ni, mungkin ada golongan surirumah  yang masih tak jumpa artikel kegemaran. Asyik2 kesihatan, info, ekonomi aje.

Rasa bersalah pula. Ok la artikel berunsur keagamaan ni sesuai untuk kaum ibu di luar sana. 

Sila komen sekiranya ada pandangan yang boleh dikongsikan ya :)

Share:

Perbankan Islam Kompetitif


 Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
 Jika sesiapa ingin mengikuti perkembangan beliau, bolehlah terus ke laman :
http://www.zaharuddin.net/
Share:

Info Hari ini.....


 Tahukah Anda?????

Artikel keratan akhbar ni hanyalah untuk pengetahuan umum sahaja. Sekadar mengambil tahu dasar-dasar dan keperluan sebagai pengguna.


Share:

Berlian Merah Jambu


Cantik kan berlian merah jambu ni.....mari kita tambahkan ilmu berkenaan berlian merah jambu dan harga  generasinya.
Share:

Soda Diet


Khas untuk penggemar soda diet.
Share:

SBPA dikaji Ceupacs



Keratan akhbar ini khusus untuk kakitangan awam sahaja, tiada kaitan yang mana-mana samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia .
Kalau ceupacs = kakitangan kerajaan


var ceupacs = 'government'; 
var mtuc = 'private';
if (ceupacs==TRUE;ceupacs+i; i++){
ceupacs++;
{
 mtuc/ceupacs*$gaji ++;}

} if (ceupacs!= TRUE) {
ceupacs=>-1;
//mtuc >0;
!ceupacs == null;
shutdown;
}

Share:

Jeans siap dengan keyboard



Apa yang bersepah-sepah kat jeans ko tu bro? Haha lawak je kan seluar buit-in dengan keyboard, da macam tak menyempat je nak layan komputer riba tu...Kalau komputer riba tu kat t-shirt ok juga menyenangkan ke mana2 plus sumber elektrik guna air coca-cola ke...ni kena bawa juga komputer riba mcam sama aje...apa2 layan je la idea ni.
Share:

Facebook Kelab Murtad dilumpuhkan



Kelab Murtad yang lambat diambil tindakan oleh kerajaan telah dilumpuhkan oleh hackers. Tu je la sinopsis cerita ni, selebihnya baca artikel ni ya.
Share:

Undangan yang tiada emosi.....

Benda undangan  Facebook ni sekarang dah jadi lazim bagi masyarakat kita, Semua dipukul sama rata dari jemputan reunion, mesyuarat, parti tupperware, jemputan rasmi dan lain-lain. Tak kira orang muda ke tua ke kita layan sama rata.. tak ke kecik ati mereka jika dijemput secara maya.

Kaedah ni terpulang pada  orang asalkan jangan satu hari nanti kita ketandusan pendeklamator dan bijak pandai. Ibarat lagu yang tiada rohnya, macam tu la ibarat bercakap tanpa emosinya. Teknologi menghakis kebolehan dan kemampuan kita bersosial dan berkomunikasi. Jangan dah tua-tua nanti tak boleh-boleh bercakap depan khalayak ramai dan depan anak-anak sudah-semuanya guna sms.
Share:

Wednesday, February 22

Senaman Indoor dan 9 Kaedah Workout



Adoyai penatyer kerja harini....Kerja memang takkan habis selagi tak tutup mata, tapi kesihatan yang merosot perlu juga kena topup --hehe sekarang banyak orang cite tentang topup, aku pun pinjam gak la


Bila masa anda meluangkan masa bersenam dan beriadah? Perempuan ok la sebab hobi mereka minat window shopping, berjam-jam jalan buang kalori pun tiada masalah.

Bagi mereka yang obses depan komputer, senaman ni bolehlah di rujuk bila nak bersenam sambil-sambil tonton tv. 3/4 iklan tu bolehlah sempat  lepas pushup, squat ke, sit-up dalam 20x ke.


Kalau rajin belilah set dumbbell tu 10KG dalam RM105.00 sahaja. Belilah sepasang. Tak perlu ke mana-mana, senam sambil menunggu iklan habis. Duduk pun senam juga tapi punggung je la yang bersenam...hehe...
Jangan lupa malam ni siaran langsung bola Malaysia lawan Jepun...

* Artikel ini dirujuk daripada majalah Maskulin


Share:

Eleh cakap aje lebih.....

Suka bercakap ? Suka bekerja ? Suka Belajar ?. Apa yang korang suka, buatlah asal jangan sia-sia kewajipan sebagai warganegara.

Kalau bab politik ni, ambil pengetahuan, dengar dan baca boleh tapi tak perlulah sampai terbawa-bawa seharian, matangkan hipotesis cara kita berfikir. Kalau masih belajar, belajarlah sampai keluarga dan negara berbangga dengan adanya kamu sebelum kamu nak sibuk2 parti berbangga dengan nama kamu. 

Kerajaan yang membenarkan rakyat mendapat manfaat ilmu secara terbuka perlu diberi pujian, yang selebihnya rakyatlah yang harus berfikir.
Share:

Regangan, Senaman dan Keseronokan kesihatan di tangan anda..


Bersenam telah diakui mampu meremajakan kulit dan stamina. Membina stamina dan otot perlu dalam rutin berterusan. Sebelum bersenam, perlulah ada regangan yang sesuai-tambahan pula kalau sendi da lama tak pernah bekerja lebih.

Jika anda suka menonton tv seharian sahaja, peratusan sendi anda untuk lebih fleksibel daripada cedera semakin berkurangan. Maka apabila pergerakan ekstrim pada otot, lutut dan sendi kadangkala menyakitkan.





Aku juga telah menyaksikan rakan yang 'meletup' di lutut, kalau nak cerita pun agak seram gak. Lutut yang meletup ni, sukar untuk dipulihkan melainkan pembedahan minor. Macamana urut pun sama berulang. Belum lagi mereka yang bersaiz besar mengalami slip disk-ni lagi sakit.

Perkara mudah kalau da malas bersenam, kurangkan makan. Makan ibarat mampu menghilangkan lapar sahaja dan kekalkan BMI. Anda boleh makan banyak sekiranya nak menuju ke kebun kelapa sawit, kebun sayur ke, menebas rumput ke dan lain-lain.

Ni alat skyrunner, seronok dan comel je budak2 main kan.  Tak boleh bayangkan kalau badan berzaiz besar pun nak lompat mcm tu hehe. Gambar ni sekadar hiasan, nak tunjuk pada rakan sebab dia tak tahu nama alat tu... :) sama2 belajar
Share:

Spinal Bifida

 Spinal Bifida

Spina bifida (dalam bahasa Inggeris padanannya adalah split spine) atau celah pada tulang belakang- ada ruas-ruas tulang belakang yang gagal  bercantum sejak proses awal kehamilan. Lazim disebut cacat pembuluh saraf (neural tube defect/NTD), mengakibatkan cacat bawaan berupa tungkai pengkor hingga kelumpuhan kaki, kehilangan kawalan buang air kecil dan buang air besar. Selain kaki yang pengkor, antara tandanya adalah benjolan yang besar di tulang belakang bahagian pinggang.

 



Jenis-jenis Spina Bifida

  1. Spina Bifida Occulta
    Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.
  2. Meningocoele
    Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.
  3. Meningomyelocoele
    Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.

 

Penyebab

  • Sebab sebenar masih tidak diketahui
  • Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.
  • Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.
Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar di sebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital.


Tanda-Tanda

• Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf
tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.
• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada
sebahagian kes meningomyelocele.
• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang
lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

Gejala

Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.
• Sakit dibahagian bawah belakang
• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.
• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.
• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.
• Pembelajaran yang lemah.




Share:

Tuesday, February 21

Monster 795 Bertenaga

Hehe, ni sesuai untuk peminat Monster 795. Kalau minat enjin 2 roda ni, apa2 berkaitan pun seronok dibaca sambil menghilangkan bosan.

Sekurangnya anda dapat sedikit  ilmu dunia permotoran!!
Share:

Tragedi Perokok Tegar

 Rokok Elektronik Meletup dalam Mulut

Macam-macam kes tentang rokok ni, hidu tak elok, diisap tak elok, dibeli pun tak elok membazirkan duit penat lelah anda bekerja cari duit. Kalau sehari gaji RM100 - Sekotak Rokok RM10.00 , tinggallah RM90.00 belum lagi kos tambahan lain apabila kurang sihat akibat merokok.

Terbaru kes menghilangkan tabiat ketagih merokok di Florida ni mungkin boleh dijadikan iktibar- rokok tidak selalunya menggembirakan...








Artikel daripada akhbar berlainan. Klik artikel untuk saiz besar.
Share:

Thursday, February 16

Ketampanan Lelaki ? Hehe

Ini adalah artikel sahaja, tak tahu la kebenarannya. Tapi kalau logiknya pun semua orang suka lihat yang cantik, sweet, hot, cute dan macam2 la tu yang sebabkan hormon mesra meningkat.

Kalau tanya lelaki, mereka pun suka lihat perempuan dari sudut mereka, begitu juga perempuan suka melihat lelaki dari sudut contohnya kulit cantik, putih, loaded, tegap dan lain-lain. Ni adalah kajian, rasanya ia natural di dunia, sebab tak mau la ada orang katakan aku syok semata-mata je.

Kalau wanita yang sukar hamil pun boleh mengandung jika kasih sayang pada kanak2 datang apabila menjadi baby sister, maksudnya hormon yang hadir tu la menggalakkan kehamilan.

Jadi kalau nak disukai orang selain secara  fizikal, kena juga berwangi2 an dan sedap mata memandang, orang akan pandang 2 kali hehe.
Share:

Sel Lemak Lipoma





Sel lemak atau benjolan di kulit biasanya tidak berbahaya. Kehadiran lemak ini boleh agak merbahaya seperti cyst jika menggagu organ penting. Aku pernah terbaca artikel benjolan boleh juga terjadi disebabkan pengambilan pil antibiotik keterlaluan atau melebihi dos. Antibiotik ni kalau kurang tak elok, kalau lebih pun tak elok. 

Biasa tetracylin untuk merawat jerawat dalam jangka panjang juga boleh mendatangkan benjolan. Apa2 kita rujuk artikel ini.





Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive