Kedai Buku Online

Saturday, September 29

Jawatan Kosong di KEJORA

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara KEJORA yang disiarkan umum pada 29 September 2012 di akhbar tempatan.

Sila Rujuk Pautan


Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi LADA
Sila Rujuk Pautan

Share:

Intipati Perbentangan Bajet 2013 pada 28 Sept 2012





 
Antara intipati perbentangan Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012

Share:

Friday, September 28

Hero-Hero The Expendables 2

Release Date: 16 August 2012
Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 43 Minutes
Director: Simon West
Cast: Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Arnold Schwarzenegger, Jean- Claude Van Damme, Chuck Norris, Dolph Lundgren, Terry Crews, Bruce Willis, Liam Hemsworth

Synopsis: Mr. Church reunites the Expendables for what should be an easy paycheck, but when one of men is murdered on the job, their quest for revenge puts them deep in enemy territory and up against an unexpected threat

Cerita aksi keterlaluan yang pemenangnya sudah diketahui. Kesian Jean-Claude Van Damme  sebab sorang je jadi penjahat kena belasah dgn Rambo...hmmm sepatutnya terbalik..Kita layan aje lah The Expendables2 ni.
Share:

Samsiah Tak Pernah Dilantik Pengarah JHEAT

Ini adalah keterangan bertarikh 27 September 2012 berhubung keterangan artikel terdahulu bertajuk  :

Samsiah Awang wanita pertama terajui JHEAT dan di Malaysia 

Share:

Wednesday, September 26

Risiko Kanser Dalam Pemakanan Harian

Wanita bekerja malam mungkin akan meningkatkan peluang kepada serangan barah payu dara sebanyak 30 peratus.

Pengarah Badan Penyelidikan Kesihatan Perancis berkata hal ini meletakkan kerja malam mempunyai risiko yang sama seperti mutasi genetik, kehamilan pertama lewat atau rawatan hormon.



SE tertarik pada sebuah buku karangan Makanan Sihat Sebagai Ubat oleh Lim Hin Fui, PhD. Buku ini mempunyai tulisan tangan "Specially for Dato' Liaw Tiong Lai". Dalam risalah ini, Dr Lai Chui-Nan (1995) menulis :

"Dalam penyelidikan saya, ditunjukkan bahawa sekiranya sel-sel kanser tumbuh dalam satu alam sekitar yang tinggi kalium, mereka akan berubah menjadi sel-sel yang biasa. Kanser boleh disembuhkan"


Ulasan lanjut dalam buku :
  1. Bagaimana bapa mertua penulis diserang kanser dan hanya mempunyai jangka hayat 3 tahun tetapi sel kanser mampu disembuhkan melalui pemakanan sihat.
  2. Manusia perlu ambil 20% makanan berasid dan 80% alkali untuk kekal sihat.
  3. Hati akan memproses keluar makanan bertoksik dan benarkan hati berehat mulai jam 11 malam dengan tidak mengambil apa-apa makanan.
Pelbagai penyakit palsu yang kita hadapi dalam proses detoksifikasi menunjukkan keadaan bahawa badan sedang membebaskan diri daripada pelbagai toksin melalui proses berikut (Trattler 2011)
  • Cirit birit dan muntah ialah percubaan badan mengikis toksin secara semulajadi
  • Demam menambahkan metabolik dan pengaliran darah dalam darah dan limfa. Ini mempercepatkan pembuangan toksik semulajadi. Demam juga mewujudkan satu alam sekitar yang tidak sesuai untuk kuman dan virus
  • Bengkak dan edema (atau pengumpulan cecair) ialah tindakan badan melawan masalah di sesuatu tempat
  • Jangkitan jerawat dan buasir adalah pembersihan dalaman
  • Mukus ialah satu toksin yang dibuang dari badan
  • Bersin dan batuk adalah percubaan badan menolak kotoran dalam sistem pernafasan
  • Berpeluh adalah proses pembuangan toksin dari kulit
 Maklumat Penulis
Dr. Lim merupakan seorang Pegawai Penyelidik kanan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beliau telah menerima pendidikan lanjutan dari universiti-universiti tempatan, iaitu Ijazah Sarjana Muda (UKM), Ijazah Sarjana ((USM) dan Ijazah Falsafah Kedoktoran (UM) dan mengkhusus dalam bidang antropologi sosial.

Antara buku penerbitan beliau ialah tentang kampung-kampung baru di Malaysia (1994, 2002, 2005), tentang Orang Asli yang bertajuk Orang Asli, Forest and Development (1997) dan mengenai penghasilan perniagaan minyak Safrole (digunakan untuk pembuatan pil Ekstasi) di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara (2007). Hasil penerbitan buku kesihatan beliau kini ialah Eating for Good Health (2007) dan Xun Zhao Jin Kang (2007).



Share:

Jom Belajar Mekanik Sekejap

Antara Masalah dalam segmen ini adalah :

  1. Saga SE ada bunyi ketika membelok. Saga ini di beli pada 2009, bunyi berdecit kuat seakan menekan brek pada tayar hadapan dan semakin jelas apabila belok perlahan-lahan.
  2. Bilakah enjin sebuah kereta itu perlu ditala semula
  3. Timing Belt Citra berbunyi semasa enjin dihidupkan. Ia baru sahaja ditukar.
Share:

Pesan Nasi Goreng Dalam Pawagam


Pernah order nasi goreng dalam pawagam?

Maksud SE, menonton sambil makan nasi goreng. Golden Screen Cinema Mid Valley dan LFS Cineplex Petaling Jaya menjadikan tabiat ini boleh dilaksanakan (semacam je ayat ni ek). Pawagam dan Restoren mamak ni dijadikan satu konsep dalam satu bumbung.

Betul-betul menonton wayang sambil makan di sofa empuk dan dilayan oleh pelayan wanita. Pawagam ini sudah diperkenalkan 2007 lagi. Dah macam gajet pula, semua disatukan dalam satu pakej.

Tiket RM70.00 hingga RM75.00.
Share:

Monday, September 24

Tali Sawat Kereta Baru Dipotong

Bagaimana 1 perniagaan tidak sihat kekal maju dan kekal membuat keuntungan berpanjangan?. Antara sebab kemampuan peniaga mengekalkan momentum keuntungannya adalah dengan :

  1. Bercakap tak pernah jujur, selalu ada temberang.
  2. Membuat provokasi minta kita membeli segera sebab last stock/ last day promotion (tiap hari promosi)
  3. Memaksa kita membuat keputusan segera
  4. Ada unsur mendesak dan seakan-akan macam harimau yang ingin menerkam
  5. Komplen barang lama kita tidak berkualiti, akan ada masalah, tidak elok dan tunggu masa rosak.
  6. Mengambil kesempatan apabila kita benar-benar terdesak
  7. Membuat jahat dengan cuba sabotaj atau membuat perancangan jahat kepada pembeli seperti menawarkan jaminan kualiti dalam tempoh singkat, merosakkan/memendekkan jangka hayat barangan pelanggan yang kadangkala menyebabkan kemalangan.
  8. Menukar/menawarkan alat ganti tiruan/alat ganti terpakai tanpa kita sedari
Share:

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

Berikut artikel peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam di JAKIM yang baru disiarkan pada 23 Sept 2012
Share:

Sunday, September 23

Antara Sakit Tuan Yang Perlu Anda Ketahui

SE simpulkan artikel-artikel tersebut untuk kemudahan membuat carian. Blog tidak boleh membuat carian gambarajah, maka SE menyenaraikan kata kunci penting sahaja. 

MASALAH 1

DOKTOR, saya ada terbaca mengenai sperm wash @ pembersihan air mani. Saya ingin bertanya adakah prosedur ini dilakukan kepada pesakit HIV + (suami) bagi tujuan mendapatkan anak bersama isteri  (HIV -)?. Selain itu, bolehkah doktor berikan maklumat tentang prosedur ini dan di mana ia boleh dilakukan.

 MASALAH 2

Rawatan di terima lelaki apabila membuat medical check-up.
  1. Kategori Umur sehingga 20 Tahun
  2. Kategori Umur 20 Tahun - 50 Tahun
  3. Kategori Berumur 50 Tahun ke atas
MASALAH3

 Tanda dan simptom penyakit berjangkit Chlamydia-bakteria
MASALAH 4
  1. Saya lelaki 27 Tahun sudah berkahwin dan dikurniakan bayi lelaki 8 bulan.
  2. Antara testis dan dubur terdapat satu ketulan kecil (6-7 Tahun lampau). 
  3. Kini ketulan tersebut semakin membesar sebesar ibu jari dan seakan testis ke-3.
  4. Sebelum ini tidak sakit, kini apabila duduk, ia membuat saya tidak selesa ibarat terkepit.
  5. Kebetulan di tangan kiri saya ada juga ketulan tersebut dan sebesar buah golf. Di seluruh badan saya ada ketulan kecil dan besar
MASALAH 5
  1. Saya sering terasa sakit pada luar testis walaupun tidak onani. Pemeriksaan fizikal menemui banyak banyak biji di bahagian atas testis kanan dan menyakitkan bila terhimpit atau pakaian dalam yang ketat.

MASALAH 6

Ketika kecil, kedua-dua testis tidak berada di dalam scrotum.Ketika berumur 10 tahun, saya menjalani pembedahan kerana 1 testis yang berada di abdomen membengkak dan doktor terpaksa membuangnya.  Saya juga pernah menjalani Undescended Testicles. Adakah saya subur?

MASALAH7

Tapak kaki dan tangan saya berkudis. Tambah menakutkan, ia turut terjadi di kemaluan. Ia sangat gatal dan apabila kering, seakan-akan terkena cacar air. Apakah penyakit ini dan dapatkah ia di rawat?
MASALAH 8

Saya berusia 27 Tahun dan masih bujang. Saya mengambil ubat pelangsing badan dan terbukti tetapi alat kelamin saya menunjukkan fungsi yang semakin menurun dan gagal ereksi. Saya juga dahulunya kerap beronani.

Saya sering tidur meniarap disebabkan masalah berdengkur ketika tidur terlentang.

Zakar saya kerap klimaks apabila zakar bergesel dengan tilam
Share:

Sakit Tuan : oleh Dr Ismail Thamby



  1. Sakit bila buang air (dysuria), Sekiranya simptom dialami bukan kencing berasid, anda mesti jumpa pakar urologi.- infeksi buah pinggang, batu karang @ pundi prostat
  2. Memantapkan Otot Dada, Merawat Kencing Kotor
  3. Sakit Kronik Ada Kesan Dalam Perhubungan Suami Isteri
  4. Air Liur Pelincir Selamat-Penggunaan bahan pelincir di pasaran ada kalanya mendedahkan pasangan  kepada jangkitan kulat yis.
Artikel Sakit Tuan ini di jawab oleh Dr Ismail Thamby
Share:

Gigi Perencah Nasi Beriani

Sudahlah dapat  makan nasi beriani berempah gigi geraham, dituduhnya pula pelanggan yang sengaja mereka-reka mengadakan cerita. Kes ini berlaku di Ipoh dan restoren tersebut mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang dan telah diadukan ke Biro Aduan Pengguna Perak.

Share:

COPD - Chronic Obstructive Pulmonary Disease

COPD atau Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah penyakit yang memudaratkan berlaku pada peparu pesakit menyebabkan pernafasan mangsa COPD tersekat-sekat disebabkan radang paru-paru.

Perokok tegar adalah dinasihatkan berhenti merokok. COPD menyerang secara senyap malah pesakit tidak tahu apa itu COPD atau tahu dirinya telah terdedah kepada COPD.

Terdapat 448,000 kes COPD di Malaysia.

Pendedahan penyakit COPD ini sekurangnya dapatlah SE fahami dan juga pengunjung yang mementingkan kesihatan. Ketahui penyebab, punca dan simptomnya adalah kaedah pencegahan awal terbaik sebelum kita benar-benar serius nak mengetahui deskripsi ubatan khusus penghidap COPD pula

Share:

Saturday, September 22

Kes Jenayah Melibatkan Kaum Wanita Dijadikan Iktibar


 Seawal 12 Tahun telah diperkosa teman lelaki. Ini adalah kes yang dilaporkan. Belum termasuk lagi kes yang tidak dilaporkan.

Pendedahan pada medium sosial seawal usia amat berisiko mendedahkan identiti dan pergaulan bebas pada sesiapa sahaja di alam maya.

Wanita/Kanak-Kanak Perempuan, berhati-hatilah apabila bergerak ke mana-mana. Selain jenayah ragut yang berisiko, anda juga sering terdedah kepada ancaman bahaya apabila sarat mengandung, berpakaian menjolok mata, berpakaiaan terlalu padat, berhiasan emas, mengguna telefon bimbit berjenama, memegang barangan yang banyak bersama beg tangan atau apa-apa sahaja yang menjadikan diri anda berpotensi kepada statistik jenayah. Ambil iktibar dari kes yang berlaku. Sila Rujuk Artikel Ini.

Share:

Apakah Hukumnya Tidak Berkahwin

Soal Jawab Bersama Dr. Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia selain Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia.

Assalamualaikum Ustaz, Saya ada satu soalan. Apakah hukumnya bagi orang Islam yang tidak berkahwin. Adakah kalau kita tidak berkahwin, Nabi Muhammad SAW tidak akan mengaku kita umatnya?. Tetapi berdasarkan pengetahuan saya, ulama terkenal Ibn Jarir Al Tabari dan Jalal al-Din al-Suyuti tidak berkahwin sepanjang hayat mereka. Tolonglah jawab soalan saya ini.

Hamba Allah Yang Bujang
Sungai Petani Kedah.
Share:

Udang Galah Pemanis Mi Bandung

Bila sebut udang galah, mmm mahal rasanya. terbayang menikmati nasi putih yang panas bersama lauk udang galah masak lemak cili api mahupun goreng butter.

Tapi zaman sekarang kan ramai orang malas masak, mari datang ke Restoren Bisik-Bisik di Shah Alam, pekena Mi Bandung Muo dengan Udang Galah yang manis...

Bukan Mi Bandung sahaja, ada juga Tomyam Udang Galah, Mi Gulung, Ketam Lada Hitam dan macam-macam la.

RESTOREN BISIK-BISIK
No 9& 10 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B7B, 40000 Shah Alam Selangor - Di Belakang Kampus UNISEL Shah Alam. Tiada perniagaan pada Hari Rabu ya.

*Geram la Udang Galah ni :)
Share:

WANITA SIHAT LEBIH POSITIF

WANITA SIHAT LEBIH POSITIF


Menurut Pegawai Perubatan Dr Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.

Kesibukan dan tekanan wanita MODEN menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup.

Justeru pengambilan ekstrak  bunga ros perlu diambil kerana ia suplemen enam kali ganda untuk kelembapan kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaU4tj4Acjn0QrknruFWxfIH0wPQWx_8OUt2-JEbfPW9l7iRyYfex-lzNAMX_L42PZ-nkFxK8arWcSTLqEukpvHxDQf-pJU2uD4bLk29gzmZ9htUu5vaiqooCJHkA0zifahxpmEUe5mjcR/s1600/680800d2fda34e5091136a73a1a46d77.jpg

Share:

Gangnam Style Pernah Melanda Eropah Seawal Kurun Ke -7

Fenomena tarian kuda yang di bawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-Shang atau PSY menerusi Gangnam Style bukan perkara baru, malah pernah berlaku pada kurun Ke-7 hingga kurun Ke-17 di Eropah.

Fenomena itu dikenali sebagai Dance Mania atau wabak menari, choreomania, tarian St John dan tarian St Vitus.

Antara perkara besar yang pernah direkodkan ialah di Jerman pada tahun 1374 dan Perancis pada tahun 1518.
Kesimpulannya, apa-apa fenomena akan muncul semula pada abad dan dekad yang sesuai asalkan di sokong oleh golongan belia dan remaja.
Share:

MyKad Hilang , Dapat Bil Telefon & Internet RM 1,690.00



Anda pernah kehilangan Kad Pengenalan @ MyKad? Jika belum pernah, anda mengurangkan risiko kehadiran masalah kelak hari.

SE pernah terlibat sebagai penemuduga, melibatkan calon di Selatan Tanahair. Beliau telah kehilangan 5 kali MyKad dan di denda (surat MyKad sementara). Karaktor yang sebegitu menunjukkan bahawa "Diri Anda Sebenarnya Yang Bermasalah" . Di belakang MyKad anda ada menunjukkan berapa kali MyKad dihasilkan bagi setiap individu.

Berhati-hatilah apabila kehilangan MyKad dan identiti lain kerana ia mungkin di ambil kesempatan sebagai penipuan identiti anda.
Share:

Thursday, September 20

Daun Magik Khamarul......

Artikel "Daun Magik Khamarul sembuhkan AIDS, SLE?" ni SE dapatkan dari Mastika Bulan Ogos 2012. Bukan apa, sebagai rujukan kekal di blog ini jika ada sesiapa yang ingin mencuba rawatan alternatif ni pada masa akan datang.

Dalam dunia ini pelbagai khazanah ciptaan Tuhan, tetapi tidak semua orang diberi petunjuk mendapat gerak hati dan ilham untuk menyedari khasiat kebaikan ciptaan Tuhan contohnya melihat bagaimana haiwan buas mendapat sumber garam mineral di hutan.
Mungkin ada kelebihannya daun berbetuk rerama ni.(Sebab memang tak pernah jumpa pun).







Ni adalah sambungan artikel tersebut hinggalah terakhir.




Share:

Contoh Keperluan Dokumen Permohonan Perkhidmatan Awam

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan surat biasa disertakan dengan sekping gambar terbaru berukuran paspot dan hendaklah disertakan dengan DUA (2) salinan fotostate sijil dan dokumen berikut yang diakui SAH
  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran
  3. Sijil Tamat Persekolahan
  4. Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan setaraf
  5. Salinan Ijazah beserta transkrip (sekiranya berkaitan)
  6. Resume Calon
  7. Lain-lain dokumen sokongan
  8. Pengiktirafan Kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA sekiranya pemohon lepasan IPTS
Permohonan perlu disertakan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan tidak lengkap/lewat akan ditolak

Permohonan Lengkap hendaklah dituliskan alamat berikut dan tuliskan nama jawatan yang dipohon pada SUDUT ATAS SEBELAH KIRI sampul surat dan dihantar kepada


SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
ARAS 6 , NO 26 PERSIARAN PERDANA , PRESINT 3
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62675 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Siti Anisah Binti Amary, Unit Khidmat Pengurusan)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 20 SEPTEMBER 2012 
Share:

CERAI TEBUS TALAK

CERAI TEBUS TALAK ?

Cerai Taklik adalah kombinasi  hak suami dan isteri di mana jika suami telah meletakkan syarat dan jika syarat itu telah dipenuhi oleh isteri, si isteri berhak mendapat hak penceraian.

Satu lagi cerai tebus talak adalah khul bermakna cabut dan buang. Menurut Hanafi, khul adalah menghilangkan milik nikah yang memerlukan penerimaan isteri dengan lafaz khulu atau sama erti dengannya.

Mazhab Syafi'i, khul ialah penceraian suami isteri dengan bayaran atau tebusan dengan melafazkan talak @ khul.

Surah Al-Nisa "Dan janganlah kami menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu berikan kepadanya......"

Tebus Talak adalah bain sughra atau perceraian yang tidak boleh dirujuk (sama seperti suami melafazkan talak tiga)
Sila Rujuk Lafaz Taklik Negeri Johor yang menerangkan antaranya apabila isteri memohon khul, suami sepatutnya mengambil balik mas kahwin atau meminta RM1.00 sebagai syarat.
Share:

Wednesday, September 19

Compatibility View dalam Pelayar Internet Explorer





Jika menghadapi masalah membangunkan laman web berasaskan Compatibility View, sila pastikan kod ini : <meta http-equiv="X-UA-Compatible" content="IE=8" /> seperti rajah atas diletakkan bersama header laman web anda.

Kes ini biasanya berlaku di Pelayar Web jenis Internet Explorer yang melibatkan JavaScript. Ia tidak berlaku pada Mozilla Firefox. Contoh kes, bagi membenarkan Saiz Font menggunakan JavaScript dalam IE dibesarkan atau dikecilkan seperti rajah di bawah.


Share:

Tuesday, September 18

Kajian Harga Pasaran penting untuk berjimat



Kenapa anda perlu rajin membuat kajian pasaran sebelum membuat pembelian?.

Kajian harga pasaran amat penting untuk :

  1. Kesihatan berjalan kaki apabila perlu berjalan melebihi sejam mengelilingi pasaraya. Teknik ini SE rasakan berkesan sekiranya anda di bandar-bandar besar sebab banyaknya jumlah pasaraya yang perlu dikunjungi. Jika di bandar kecil, hanya 1/2 pasaraya sahaja dapat kita window shopping.
  2. Memandu kereta manual dan menghadapi kesesakan lalulintas, mengeluarkan sedikit perbelanjaan kos, mengambil angin dan  juga berebut parkir - secara langsung melatih kesabaran dan tekanan mental dan fizikal, amat elok jika musim hujan. SE gemar keluar awal 8.00 Pagi sebab banyak parkir dan lalulintas tidak sibuk.
  3. Mencuci mata melihat idea dan objek cantik yang bergerak2. Ia merangsang keterujaan untuk lebih mencari ilmu dalam seharian membuat kajian pasaran.
  4. Anda dapat mengetahui di mana nak dapatkan harga murah setelah dibandingkan dengan pelbagai pasaraya
  5. Kebiasaanya pasaraya akan membuat promosi setiap hujung minggu, jadi jangan rasa ralat jika semalam harga lain, esok dah harga lain macam Gerudi Tangan Black & Decker ini.( Harga Pasaran RM 199.00 tanpa PERCUMA  Pemutar Skru & Kotak Kit./Siap Kotak Kit tanpa PERCUMA  Pemutar Skru RM 219.00). Jadi banyakkan beza RM yang boleh dijimatkan.
Share:

Monday, September 17

Entiti menyelamatkan mangsa daripada kemalangan

Video ini menjadi bualan hangat di China apabila satu insiden kemalangan telah diselamatkan oleh satu entiti bercahaya dengan sepantas kilat - memindahkan mangsa ke belakang lori di tepi jalan. Kerana keajaibannya, ia di ulas oleh tv negara asing. Cuba perhatikan masa dan kejadian dan pergerakan lori tersebut.
Share:

Kehamilan Terancang

Soal Jawab Bersama Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain-Pakar Obstetik & Ginekologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian.

"Doktor, saya sudah berumur 38 Tahun dan mempunyai 4 orang anak. Saya ingin merancang keluarga. Apakah Kaedah terbaik saya lakukan? Sebelum ini saya tidak mempunyai masalah dalam tempoh mengandung dan saya bersalin secara normal. Benarkah bersalin usia lewat 35 Tahun ke atas mengundang risiko kesihatan pada bayi dan diri saya?"
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive