Kedai Buku Online

Thursday, December 26

NISMO JADIKAN NISSAN ALMERA GARANG

NISMO JADIKAN NISSAN ALMERA GARANG

Perbezaan ketara nampak daripada pemasangan bamper depan dan belakang serta pada bahagian sisi kiri dan kanan selain rim aloi bersaiz 16 inci. (Harga pasaran sebiji tayar 16 inci RM330 ke atas)

Pakej ALMERA NISMO :

1- NISMO PERFORMANCE PACKAGE RM13,000.00
2- NISMO AERO PACKAGE RM8,000.00

Lain-Lain ?

NISSAN ALMERA
NISSAN GRAND LIVINA



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiMXNJegbW6NXxWtA7w-MMAboO46UtXqddPQQRk27qhtnzTzp2Y6SGQjQVtTcZI3bjFWNnkkYotrmi-UAYPbHNIftau-9JfdyWZu46VfpsHjsHAZLC4Y8AVWW7ZYGq1zuoX2l5vBg5RMi2/s1600/nismo.jpg

Share:

DHA PENTING TINGKAT FUNGSI OTAK BAYI

DHA PENTING TINGKAT FUNGSI OTAK BAYI
Sangat penting memberi pendedahan kepada kanak-kanak pelbagai bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum.

Pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi perlu untuk perkembangan otak.

Docosahexaenoic Acid - DHA adalah asid lemak OMEGA-3 yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan keupayaan penglihatan visual untuk  fungsi otak yang baik walaupun dikalangan orang dewasa.

DHA adalah komponen struktur utama dan asid lemak omega-3 paling banyak dalam otak dan retina serta berperanan meningkatkan hubungan NEUTRON dan TRANSMISI MAKLUMAT untuk daya ingatan dan pembelajaran - Macam IKLAN Susu Graviti mama.

80% daripada pertumbuhan dan Perkembangan OTAK berlaku dalam 1365 HARI PERTAMA DALAM HIDUP iaitu bermula dari dalam RAHIM IBU SEHINGGA USIA 3 TAHUN.

Perpindahan DHA daripada darah IBU ke dalam URI Adalah PALING LAJU BERBANDING ASID LEMAK LAIN.
DHA levels in breast milk are higher if a mother's diet is high in fish.

Ordinary types of cooked salmon contain 500–1500 mg DHA and 300–1000 mg EPA per 100 grams. Additional top fish sources of DHA include tuna, bluefish, mackerel, swordfish, anchovies, herring, sardines, and caviar.

Diets that consist of high doses of omega-3 fatty acids help prevent strokes. There are fewer strokes in countries where people consume high amounts of omega-3 fatty acids, such as Japan and Sweden.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggKS-F3NEQYMbZ8Vl3cXJyQLV66tXyPN9B_wtXsGVc-qsYfSV1ZAlL4tb2Eb0_07Jy14351m2S4C8WioTxmdj0rQ86huDMEsRsDovMumsyO7gA7rH_g897ax9Xx0-IXZmGkb-avIjRLdym/s1600/DHA.jpg

Share:

Tuesday, December 24

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO

http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

KLIK SINI UNTUK TANDATANGAN PETISYEN ONLINE. Sebanyak 35973  telah berbuat demikian sehingga 24 DISEMBER 2013 JAM 0917AM

Kerajaan Malaysia perlu menyekat terus aktiviti 54 NGO yang termasuk dalam gabungan Comango kerana telah melakukan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti establishment, bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan perlembagaan negara. Antaranya termasuklah:

1) Membenarkan kebebasan untuk murtad
2) Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
3) Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
4) Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
5) Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
6) Mendesak penghapusan hukuman syariah


Share:

Monday, December 16

TNB LANCAR myTNB

TNB hari ini melancarkan aplikasi android/iOS untuk kemudahan pelanggan tenaga elektrik. Beberapa iklan turut kelihatan di akhbar. Ia dibangunkan untuk iOS dan ANDROID.

Sistem yang dibangunkan agak kurang mesra dari segi capaian akses dan tiada keterangan lebih lanjut penggunaan KWH.

Pengguna boleh download dan daftar menggunakan emel, terima kod dan sahkan pendaftaran selanjutnya.

Tiada senarai bil terdahulu dan ia tidak syncronize dengan akaun pengguna online terdahulu. Kenapa perlu daftar semula sekirannya pengguna telah ada akaun di TNB e-Services?


Sewajarnya, capaian android adalah menggunakan jari, dan capaian konvensional menggunakan tetikus. Ia harus bersesuaian dengan fungsi yang mampu dicapai pengguna dan kemudahan mobiliti.

Sistem sediaada TNB yang lama lebih mesra dan terperinci. Malah jauh berbeza dari keluaran Android dan iOS. Perlu ke anda memuat-turun Versi Android & iOS ini jika sistem paparan pelayar web memberi lebih banyak kelebihan?

SE mencadangkan eloklah membangunkan Laman Web Responsive atau kebanyakkan paparan blogspot versi mobile.

Kesimpulannya, SE lebih mesra dan selesa dengan sistem TNB e-Services yang lama berbanding yang terkini - mungkin selepas ada pembaharuan dari TNB kelak.


Share:

Tuesday, December 10

RAHSIA WARGA EMAS BERUMUR 107 TAHUN

RAHSIA 107 TAHUN :

Kopi O dan Ulam Pegaga antara amalan rahsia seorang warga emas terus kekal sihat sehingga 107 Tahun.

Kelewatan membuat kad pengenalan ketika kecil menyebabkan umur Saadiah Hamad dari Simpang Empat Permatang Buloh tidak mencatatkan usia sebenar tetapi hanya berusia 99 Tahun.

"Kami sekeluarga sering makan ulam keran tinggal di kampung dan kebanyakkan berusia panjang. Ibu pula memang tidak lepas kalau ada ulam pegaga dan selalu bangun jam 2 pagi untuk minum kopi O

kata anak bongsu Saadiah, Aishah Salleh 67 Tahun.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZSCRwvYbaDSnzx5LjnQMORsXey6VnPFFC9HbHJKSCx72gNdfEyXARtnwOvst_pTWV5Jb4W74zek0551OWsPNT7KkhTDD3YVdqjwDv4lzrPm3zWBpvCDraaXs8rMm3JSFCpFYs70yIFYdz/s1600/nenek.jpg
Share:

GRAND LIVINA LEBIH MATANG

Model Nissan Grand Livina yang dilancarkan September 2013 lalu menampilkan rekaan gril krom yang dapat menampilkan ciri agresif selain disisinya. Rekaan lampu bahagian depan dan belakang juga mendapat sentuhan baru.

Grand Livina dikuasakan dengan enjin 1.6 liter DOHC 4 silinder 16 injap sebaris dengan teknologi  Drive By Wire dan mampu memuatkan sehingga 7 orang penumpang.

Ditawarkan di atas jalan beserta insurans dengan harga permulaan RM 89, 827.000.

Peminat Nissan Almera, klik SINI.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihhvWOPocKHSOXnC7gbumfU8t-9F9XJqvX02ctH3H1Vb-y-Z8SqhjrE3l2sXDwOBK33dovJViCQC1nKaBoN9OpCD5jQcXg3xSLGV4B0C3dxlgIwvjev3McIJo_V2DrrTg-6b7Uy33kwNLz/s1600/grandlivina.jpg

Share:

PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2014

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2013

Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2014.

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2014 hingga Disember 2014.

Pembayaran gaji ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan 105 dan surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004 yang ditandatangani DATUK WAN SELAMAH BINTI WAN SULAIMAN, Akauntan Negara Malaysia.

Moga ia dapat membantu perancangan kakitangan awam serta pemahaman lanjut dengan keluaran pekeliling INI.

Pautan : Tarikh dan peraturan pembayaran gaji Tahun 2013.


Kakitangan awam menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 dijangka pada 2 Januari 2014.

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai 2013, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Share:

Monday, December 9

HARGA SUSU BERUBAH-UBAH

Farm Fresh Premium Chocolate Milk With Fresh Milk ini keluaran di Kluang Johor.

Sebelum ini di Mydin, AEON Big mahupun Giant, harga adalah selaras 1 Liter =  RM6.49.

Kenapa pelarasan harga di pasaraya semakin berubah-ubah. Terkini harga Farm Fresh Milk mula berubah kepada RM6.75. Naik RM0.26 sen.

Walaupun pasaraya yang sama, belum tentu harga produknya sama. Penetapan harga adalah disebabkan sambutan dan penawaran di pasaran setempat, semakin laku, semakin melebar harga produknya. 

Contoh lihat produk ini, harganya berbeza walau berada di bawah jenama pasaraya runcit yang sama, cuma berbeza kawasan.

Momentum harga ini menjelaskan kepada kita, - Penetapan harga yang berubah-ubah adalah bidang kuasa pengurusan pasaraya, ia tidak selaras mengikut lokaliti walaupun dibawah jenama niaga yang sama.
Share:

Friday, December 6

PAPA BUAT JAHAT


Akaun twitter milik seorang perempuan (mungkin) cuba tweet satu aktiviti yang mengaibkan.

Dengan menunjukkan tangan yang basah akibat "papa" buat.

Ada beberapa kemungkinan pemilik akaun berani tweet perkara yang memalukan ini. 

Kemungkinan pemilik akaun palsu @ kemungkinan memalukan pemilik foto @ kemungkinan nak perhatian & maklumbalas spontan dari followers @ kemungkinan pemilik akaun tulin dan memang suka diraba @ mungkin dah tiada kerja rasanya @ papa (gelaran boyfriend) simbah air di tangannya. 

Tapi komen followers semua ke arah tuttt.

Ingin ketahui lebih lanjut klik sini.





Ini pula masalah lain. Pentingnya ilmu tentang seks di awal akil baligh.

Sesungguhnya solat mencegah dari kemungkaran kerana solat adalah milik individu yang dititikberatkan oleh keluarga. Merantaunya anak yang siap dididik dengan solat sempurna, dapat menjadi peneman & mencegah dari kemungkaran.
Share:

Thursday, December 5

KENAPA PERLU BANDING HARGA?





Kenapa kita sebagai pelanggan perlu RAJIN memeriksa harga dan membandingkan harga produk sama jenama, sama saiz di pasaraya?

Jika diperhatikan 4 Foto tersebut,

"TERBUKTI SECARA SAINTIFIK MEMBUNUH 24 JENIS KUMAN", 
dan juga
"TERBUKTI SECARA SAINTIFIK MEMBUNUH 45 JENIS KUMAN"
Bagaimana ingin membuktikannya?


Bandingkan Antiseptic Dettol pada saiz 1 LITER pada HARI yang sama di pasaraya yang SAMA. Berikut susunan harga 4 foto Antiseptic Dettol 1 LITER dari harga tertinggi

RM 32.00,
RM 31.99,
RM 28.88 dan
RM 23.80. 

Berbeza RM 8.20 malah didatangkan dengan PERCUMA Dettol Disinfectant Spray 225 ml.

 
Buy 1, Get 2nd at 50% ?
Share:

NGK SPARK PLUG PERODUA MYVI 1.3 - 2005-2007

Spesifikasi Bacaan Piawaian Spark Plug Perodua Myvi 1300 cc

Brand : NGK
Parts No. : BKR6EY-11 / BKR6E-11 (Suitable for Perodua Myvi 2005-2007)






 
Ehsan Gambar Google 
Tips : Sediakan Spanar- T yang panjang saiz 10mm dan Spanar Plug.


NGK Standard Types 
Spark Plugs BKR6EY-11 / BKR6E-11

Design Symbols used in NGK Spark Plugs
 

BK - Thread Size / Hex Size: 14 mm / 5/8" (16.0 mm) ISO Type

R - Resistor

Heat Rating Numbers : 6

E - Thread Reach: 19 mm (3/4")

Y - Firing End Construction: V-Grooved Center Electrode (14 mm only) 2.5 mm Insulator

11 - Spark GAP: 1.1 mm (.044")

NGK Standard Resistor Green Plugs : BKR6EY-11
/ BKR6E-11

Standard Non Resistor Plug :

Standard Resistor Plug :

Standard Green Plug :


Iridium IX : BKR6EIX-11
Iridium MAX : BKR6EIX-11P
Premium RX : BKR6ERX-11P

Cross Reference Denso Parts No. : K20R-U11
Denso Iridium Power IK20 
Denso IRIDIUM TOUGH : VK20

Perodua Service :  /
Spark Plug D55D (4 pcs) RM 52.00
Share:

Wednesday, December 4

RHESUS DARAH PENTING KETIKA HAMIL DAN TRANSFUSI DARAH

RHESUS DARAH PENTING KETIKA HAMIL & TRANSFUSI DARAH


Apakah Maksud Rhesus?


RHESUS adalah PROTIN (ANTIGEN) pada permukaan sel darah merah. Sistem penggredan ini ditemukan oleh Landsteiner & Wiener pada Tahun 1940.

Disebut “rhesus” karena saat itu Landsteiner-Wiener melakukan riset dengan menggunakan darah kera rhesus (Macaca mulatta), salah satu spesies kera yang banyak dijumpai di India dan Cina. Mereka yang mempunyai faktor protein ini disebut RHESUS POSITIF. Sedangkan yang tidak memiliki faktor protein ini disebut RHESUS NEGATIF.

Apakah yang terjadi apabila darah RHESUS POSITIF didermakan kepada Penerima RHESUS NEGATIF?

RHESUS NEGATIF TIDAK BOLEH TERIMA RHESUS POSITIF kerana ANTIGEN D akan dianggap sebagai benda asing seperti virus. Tubuh penerima akan menghasilkan antirhesus. Transfusi darah kali pertama, kadar antirhesus (Pemusnahan sel darah merah@hemolitik) mungkin masih rendah, tetapi kebarangkalian kematian pada transfusi darah yang kedua. Senario ini juga berlaku dalam kehamilan.


Ibu
Ayah
Janin
Suntikan immunoglobulin
Rhesus +
Rhesus +
Rhesus +
TIDAK PERLU
Rhesus -
Rhesus -
Rhesus -
TIDAK PERLU
Rhesus +
Rhesus -
Mungkin Rhesus + / -
TIDAK PERLU
Rhesus -
Rhesus +
Mungkin Rhesus + / -
PERLU

Sebelum sel darah merah itu membentuk antibodi yang dapat mengancam darah janin, SUNTIKAN anti-D (Rho)-immunoglobulin @ RhoGam diambil untuk menghancurkan sel darah merah janin (RHESUS POSITIF) yang beredar dalam darah ibu (RHESUS NEGATIF). Dengan demikian janin akan terlindung dari serangan antibodi dihasilkan IBU.

Suntikan Immunoglobin diperlukan pada IBU RHESUS NEGATIF sekiranya :
a. Keguguran
b. Aborsi
c. Hamil di luar kandungan (ectopic)
d. Perdarahan selama kehamilan


Plasenta umumnya melindungi bayi daripada bercampur darah dengan IBU, namun ada kemungkinan berlaku percampuran darah. Tubuh ibu RHESUS NEGATIF akan menghasilkan antibody terhadap bayi yang mengandungi ANTIGEN D.

Kehamilan Pertama mampu menyelamatkan bayi kerana TUBUH IBU belum menghasilkan ANTIGEN D sepenuhnya, tetapi penentangan ini akan berlaku pada Kehamilan Kedua.

Saat darah bayi masuk melalui plasenta, antibody akan segera masuk ke dalam kandungan dan merosakkan sel darah merah bayi yang mengandungi ANTIGEN D.

Bayi yang terdedah akan mengalami HEMOLYTIC OF NEWBORN DISEASE (HDN) iaitu penyakit akibat ganguan sel darah merah. Anemia, kegagalan jantung dan hydrops fetalis. Ganguan paling ringan adalah menderita penyakit kuning dan mampu merosakkan otak.

Dengan anggaran 85% penduduk dunia mempunyai RHESUS POSITIF, pencegahan dan pemindahan darah amat terhad.



KES : ISTERI HAMIL 3 BULAN, PERNAH KEGUGURAN, BERUMUR 27 TAHUN, SIHAT, DARAH JENIS B RHESUS NEGATIF.
RHESUS SUAMI TIDAK DIKETAHUI.


Sekiranya darah IBU jenis RHESUS NEGATIF, tidak berlaku masalah kepada kandungan atau bayi kerana janin atau bayi juga akan mempunyai RHESUS NEGATIF. 

Sekiranya SUAMI RHESUS POSITIF, terdapat kebarangkalian janin dikandung mempunyai RHESUS POSITIF (SUAMI) ataupun RHESUS NEGATIF (IBU). Risiko yang dimaksudkan hanya terhadap JANIN dan BUKAN ibu. 


Apabila berlaku pendarahan sewaktu janin (RHESUS POSITIF) dikandung atau ketika bayi dilahirkan, boleh berlaku percampuran darah janin atau bayi ke dalam aliran darah ibu menyebabkan terjadinya tindak balas pembentukan antibodi terhadapnya (yang dianggap ANTIBODI asing dikesan). Antibodi ini berisiko menyerang DARAH JANIN dalam kandungan dan menyebabkan komplikasi berkaitan. Ia ibarat tentangan antara RHESUS berlainan.

Perkara yang penting adalah mengetahui sama ada isteri anda sudah mengalami TANDA tindak balas ini sewaktu kandungan terdahulu. Sekiranya keguguran berlaku kurang daripada usia 12 MINGGU dan tiada prosedur ‘cuci’ dilakukan, besar kemungkinan ia belum berlaku lagi. 

Dalam kandungan kini, suntikan ‘ubat’ ANTI-D lazimnya akan diberikan sekiranya isteri anda mengalami pendarahan selepas tempoh tiga bulan ini. Ini untuk melindunginya DARIPADA MEMBENTUK ANTIBODI yang boleh memusnahkan darah janin kandungan akan datang, dengan ANDAIAN janin ANAK PERTAMA dan ANAK BERIKUTNYA juga mempunyai darah jenis RHESUS POSITIF. 


Begitu juga selepas melahirkan bayi, sekiranya bayi diperiksa mempunyai darah jenis RHESUS POSITIF, isteri anda akan diberikan suntikan terbabit dalam tempoh 72 jam selepas melahirkan. Namun jika isteri anda sudah pun mengalami tindak balas terbabit, suntikan tidak lagi perlu.

Share:

Tuesday, December 3

PLAZA LOW YAT DIPENUHI HANTU - BAGI BETIS NAK PEHA

WAJAH TAUKEH BANGLADESH TERBUKTI MENIPU PELANGGAN DI PLAZA LOW YAT DIDEDAHKAN. LAPORAN MAZIDUL AKMAL

 

 

 

"I-Phone dia (Mohd) 16  Gb dan awak menukar motherboard kepada 8 Gb, jadi awak menipu pelanggan ini, betul?," soal saya secara jelas.


"Ya," dia menjawab, terkedu. 


Jawapannya itu didengari oleh puluhan individu berada di sekitar kami. 

Itu adalah rentetan apa yang berlaku di Plaza Low Yat sekarang, puluhan warga Bangladesh dan Pakistan berniaga dan memonopoli perniagaan telefon bimbit dan komputer.

Saudara Mazidul Akmal ada butirannya. Dan susulan butiran kedua.

Lihatlah bagaimana bangsa Melayu membantu perniagaan bangsa lain, apabila sudah maju, beginilah jadinya. Begitu juga kepada penjual karpet Pakistan/Bangladesh yang menindas orang kampung dengan harga 300% mahalnya.

Cukup-cukuplah membazirkan wang kepada benda tidak patut.

Kredit kepada Blog Pendedahan Saudara Mazidul Akmal.
Share:

Monday, December 2

KADAR TARIF ELEKTRIK DINAIKKAN BERKUATKUASA 1 JAN 2014



Berkuatkuasa 1 JAN 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.


Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.


SEBANYAK 70.67 % atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung  

DAN

62 % atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik 300 KWJ dan ke bawah, TIDAK terlibat dengan semakan itu. Untuk lebih mudah memahami, jika anda gunakan 301 KWJ pada bulan tersebut,

91.7 KWJ = RM 0.218 X 91.7 = RM 19.99 (< RM 20 - PERCUMA)
 -------------------------------------------------------------------------
200 KWJ = RM0.218 X 200 =  RM 43.60 (Selamat- Tiada Kenaikan)
100 KWJ = RM 0.334 X 100 = RM 33.40 (Selamat- Tiada Kenaikan)
1 KWJ = RM0.40 X 1 = RM 0.40 (TARIF  > 300KWJ di level ini yang akan naik mulai 1 JAN 2014 libatkan +- 30% pengguna TNB di Malaysia)
--------------------------------------------------------------------------
TOTAL RM 77.40 / 301 KWJ
--------------------------------------------------------------------------

“For consumers using 300 kWh per month and below, the rate is maintained at 33.4 sen per kWh,
The electricity rebate by the government for domestic consumers will be maintained, TNB said, but eligible on a monthly bill of RM20 or lower. ” said TNB.

Jika tabiat anda bayar bil elektrik berkala bersamaan atau dibawah RM77.00, abaikan sahaja pengumuman kenaikan tarif ini.

Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Dis 2014.

Benarkah anda dalam kategori pengguna pertengahan jika bil elektrik setiap bulan > RM77.00? atau anda masih tidak mahu merebut Rebat RM20.00 percuma setiap bulan?

Lihat Video Ulasan Kenaikan Tarif Elektrik 

Ini adalah pemahaman dan kiraan yang SE kaji, perbetulkan SE JIKA anggaran tersebut SALAH.
Share:

Wednesday, November 27

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE 
Sebelum ini SE ada membuat kajian bagaimana membuat penjimatan Call & SMS apabila menggunakan Telefon Pintar di SINI


Ajaibnya bulan pertama SE dikenakan Caj RM21.78 dan bulan kedua dikenakan RM29.54 Termasuk Cukai 6% = RM0.07. Dua bulan hanya  < RM60.00 !

  
Selesai sudah pelan untuk Call & SMS kan. Kita cerita pelan Data pula ya.

Kalau smartphone tiada Internet pun tak smart kan. Pakai Data Prepaid Plan lagi jimat sebab Pelan Postpaid include Data Plan memang mahal.

Tipsnya, gunakan 2 Kad SIM yang dua-dua ON (BUKAN SWITCH ON ya).
1 SIM Postpaid & 1 SIM Prepaid. Prepaid yang paling berbaloi adalah INI. Boleh juga guna INI tapi ada kekurangan sedikit.


Sebab apa SE kata berbaloi? sebab ia bagi 2 bulan lagi jika tidak topup, baki Data+SMS+Call yang tidak dipakai boleh disimpan sehingga 2GB/300min/300sms/200mms, kemudahan nak topup dan subscribe pelan mudah tak perlu nak kod macam-macam bagai. Liputan ANTARA terbaik dan jelas. Masa Call+SMS dalam prepaid tu kira bonus la buat standby  masa kecemasan hehe.

Nilai topup RM10 ke , RM30 ke, RM50 ke, RM100 ke, jujukan nilai yang dibagi tetap sama mengikut nilai, contoh RM10 dapat 20 minit berbual, jika RM100 dapat 200 minit berbual.

Nak JIMAT lagi? OFF la Pelan Data di kedai mamak, gunakan WIFI percuma je.  Tapi masa makan & minum, jangan main smartphone plak, nanti kena pelempang dengan "Daddy".

Macam mana pula nak cari smartphone yang ada dual SIM, murah, spek baik, bateri lebih kuasa dan lain-lain?. Ni contoh SE rasa 1 laman web yang molek membuat perbandingan spek. Laporan terperinci terhasil dalam kurang 3 saat bersama nombor ranking lagi. Laman ini luar negara, jadi jangan pedulikan harganya.


Siap ada markah skor membuat perbandingan spesifikasi setiap smartphone. Masukkan sahaja apa jenama dan bandingkan ranking. Ikut perbandingan, Lenovo P780 mengatasi pesaing terdekat malah lebih murah dari spek sekufu di pasaran. Jika dah puashati, beli sahaja Online (lagi murah).

Ni dia tips URL laman web,tapi kena taip sendiri yang diwarnakan tu, tak boleh klik-klik saja ek :)
Dah cuba tips ni, komen-komen la di sini ya.


Share:

Tuesday, November 26

KEHAMILAN - INDAH TETAPI MENCABAR

KEHAMILAN INDAH TETAPI MENCABAR

Selama 9 Bulan hamil memerlukan tenaga dan makanan berkhasiat. 

Perubahan HORMON bHCG - Beta Human Chorionic Gonadotropin, menyebabkan MABUK manakala HORMON estrogen dan progesterone mengakibatkan pedih hulu hati, sembelit, urat bersimpul, buasir, pembengkakan payudara, bertambah emosi, kelesuan dan sering megantuk.

Rembesan HORMON relaxin menyebabkan sakit belakang dan bertambah RISIKO kecederaan sendi. HORMON Human Placental Lactogen (HPL) menyebabkan pertambahan berat badan dan risiko DIABETIS.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjD2E577zyrg2Fx440v8WmxzMaH00YnmBwcJ6wN-lH_dUIzQQkCZl29zAD8B1HH9Icw8wsfCgOnl3b2S2u4quc1oTH6f5GU5QLl8NbCLGB9XcuIAp1ViE1k2D3ii00vS_LmNQKxmldayaH_/s1600/indah.jpg
Klik untuk besarkan
Share:

WOULD YOU STILL DATE ME IF I WAS HIV POSITIVE ?


WOULD YOU STILL DATE ME IF I WAS HIV POSITIVE ?
Its the infection you need to reject, not the infected


78% pesakit HIV adalah belia berumur 19 TAHUN hingga 39 TAHUN.
Pengarah Bahagian Latihan dan Peningkatan Kapasiti Majlis AIDS Malaysia, Zamzuri Abdul Malik berkata, MAC kini menumpukan langkah kesedaran kepada orang ramai agar tidak memandang serong golongan penghidap HIV.



Kesedaran amat penting untuk membendung dari menjadi barah. Hargai mereka untuk keluar membantu memberi kesedaran kepada generasi akan datang.
Share:

MACAM MANA NAK BELI RUMAH MURAH KERAJAAN NEGERI

Baru-baru ini, Pemaju Perumahan SIME DARBY ada mengiklankan iklan Rumah Kos Rendah di Klang di dalam akhbar tempatan - tempat yang panas!!!

Sebanyak 609 Unit jika SE tidak silap ditawarkan. Apabila masih kekurangan pembeli, pemaju telah mengiklankan di akhbar harian untuk mendapatkan pembeli.

Dimaklumkan hanya berbaki 100++ sahaja unit yang tinggal dan apabila diiklankan, kemungkinan melebihi 500 orang yang hadir berebut. 




Apa yang SE rasakan PENTING bagi penduduk Bumiputera dan Melayu khususnya sebagai anak jati negeri di negeri Selangor yang maju, wajib berjinak dengan pemilikan aset rumah walaupun kecil tapi ramai yang tidak tahu saluran nak MEMOHON.


BELI borang ini di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dengan harga RM2.00.

Di Johor, bolehlah beli borang di Bukit Timbalan SUK Negeri.(@ mungkin Nusajaya)

Di Melaka pun ada, status MCL bagi bumiputera. Duit kemudian pikir sebab anda ada AKAUN 2 KWSP pun.





Kalau LAYAK dengan SYARAT mengikut negeri sebab rumah kos rendah adalah bawah kawalan Negeri bukan Pemaju. Ia ada sekatan tertentu, seorang tak boleh miliki 2 buah dan lain-lain syarat. 

Berkenaan syarat pendapatan tu, kena update semula dengan negeri sebab dulu RM2500, tapi mungkin sekarang RM3500 MASIH boleh layak membeli.

Isi elok-elok dan lampirkan yang diperlukan. Lepas tu tunggu saja mungkin sebulan, setahun, dua tahun ke. Jika anda ada masalah, minta bantuan/sokongan Lembaga Perumahan BUKAN Pemaju Perumahan.



Di borang ini ada panduan PILIH KOD DAERAH & MUKIM bagi kawasan pilihan. Bila pilih di daerah tersebut, apabila ada pemaju yang buat taman baru, Kerajaan Negeri akan maklum kepada pemohon yang daftar dan dalam senarai menunggu. Yang dah daftar tu untunglah.

Dalam hal ini, sebab itulah pemaju iklankan di akhbar sebab yang berdaftar tidak ramai memilih Klang. Jadi, jangan buang masa isi borang untuk beli rumah murah di bawah kerajaan negeri ANDA dan tunggu panggilan. Mereka yang memohon sahaja diutamakan, dan jika dah beramai bersesak-sesak merebut baki kuota yang tinggal, hanya TUAH yang menentukan.

Semoga ia dapat membantu rakan-rakan :)
Share:

VAS ICT PRODUCT KNOWLEDGE - GITN


Di Hotel Pullman Putrajaya pada 26 November 2013, diadakan  VAS ICT Product Knowledge yang diselia oleh GITN.


Antara pembentangan adalah berkenaan SINEFA, Blue Coat, Mc Affee, SDN (Software Define Networking) , Exinda Content Filter, dan Mobile Leakage Data.

Sinefa ini adalah teknologi yang digunakan di Cloud Service untuk mengukur, rangkaian dari segi kualiti dan kapasiti untuk pentadbir dapat memantau transparensi rangkaian dan menyelesaikannya jika menghadapi gangguan.


SDN pula adalah Network Administration yang membenarkan programmable  Center Control Network TANPA memerlukan akses kepada fisikal perkakasan rangkaian. Lebih kepada Virtual Cloud Services, mengukur Unpredictable Pattern dan mampu buat Rapid Network Reconfiguration.

Ini pula persembahan kumpulan Asfar, memang menghiburkan. Tu dia ikat 2 tali merah dan letak di dada peserta, bila dikira beramai-ramai, semasa ditarik, keluar sekali coli. Hehe walaupun tak nampak magiknya, tapi menghiburkan sangat.


Antara hadiah PenDrive dan  Serial McAfee Total Protection 2014 untuk 3 lesen. Ikhlasnya Perisian McAfee ni agak berat bagi komputer sederhana. Sekarang harga pasaran RM250.00 tu.



Sekadar gambar hiasan, sebab jubin tandas ni memang cantik dan klasik tu yang snap 1 pic ni.

Semasa balik tu, tetamu dijamu dengan makan tengahari. Terima Kasih GITN :)
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive