Kedai Buku Online

Thursday, March 21

Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.

Dalam dunia ni ada macam-macam cara manusia nak menipu untuk mendapatkan wang.
Tak perlu disebut satu persatu. Nanti habis satu entri untuk itu sahaja.
Namun, tidak aku sangka sama sekali, ada juga organisasi/individu yang sanggup mempergunakan
anak2 sendiri untuk mendapatkan quick cash, easy life...
Klik Sini dan Klik Sini
Rujukan http://www.mazidulakmal.com
Share:

PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN

PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN

Assalamualaikum.

Mungkin kita terlepas pandang apabila memilih sesuatu pakej telefon pintar yang ditawarkan oleh Syarikat Penyedia telekomunikasi tempatan.

Perkara ini semakin kalut apabila mereka yang layak menerima baucer Rebat RM 200.00 pembelian telefon pintar.

Lain-Lain?

ANALISA PELAN KOMUNIKASI TERKINI
NAK JIMAT  BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM
PEMERHATIAN 2 BULAN MENGGUNAKAN PELAN TalkMore28 MAXIS
PELAN DIGI YANG MUNASABAH & BERPATUTAN


Ambil contoh kaedah pelan di atas, harga Samsung SIII mini ditawarkan pada RM 389.00 dan mengikut harga pasaran, berharga RM 900.00. Nanti dulu, sebab bukan itu yang perlu di kira dalam menilai pakej, kira RM88.00 x 24 Bulan adalah RM 2,112.00 yang minimum kekal sepanjang kontrak.

(DISEMBER 2013)-Terkini, Samsung Grand Quottro PERCUMA dengan Kontrak RM88 x 24 bulan?


Ini pula keterangan Pakej RM88 terbaru dan dibandingkan dalam bentuk Jadual Perbandingan di bawah. Jika rasakan pakej tidak sesuai, tamatkan pelan mengikut matriks kiraan di bawah dan keputusannya harga yang agak munasabah untuk penamatan kontrak. Jadi SE rasa pelan yang munasabah semasa daftar dan tamat, akses yang meluas, bil terperinci yang munasabah, khidmat pegawai yang mesra dan senantiasa follow-up dan kes-kes lain, itu sebabnya SE memilih pelan DIGI.



DG Smart Plan 88 Lama DG Smart Plan 88 Terbaru
Pelan Data Internet 5GB+ Percuma 3GB = 8GB 4 GB Pelan Data + 300 minit panggilan telefon + 300 sms
Tidak Berkaitan 2GB Mobile Internet Quota
+
2GB Smart Apps Quota
* Harga dikenakan bagi perkhidmatan selepas melebihi pakej DG Smart Plan 88
SMS RM 0.10 RM 0.10
Calls RM 0.15 RM 0.15
MMS RM 0.20 RM 0.20
Nilai Kontrak RM88 X 24 Bulan (tidak termasuk *) RM 2,112.00 RM 2,112.00
Keterangan Pakej Lebih Terperinci
Bayaran Kontrak dalam bil bulan berikut RM 10.00 RM 10.00
Harga Samsung SIII Mini RM 449.00 RM 389.00
** Bayaran Hadapan RM 600.00 RM 480.00
Pendahuluan Pakej RM 88 RM 88.00 RM 88.00
RM 1, 147.00 RM 967.00 - RM 200.00 (RM 767.00) Baucer Telefon jika layak
Matriks Pembatalan Pelan (Jum. Baki Bulan Kontrak/24 ) X 750 + RM100.00 (penalty). Nilai ** akan hangus sekiranya masih berbaki.
Andaikan Batal kontrak pada : bulan ke 6 bulan ke 12 (Baki ** semestinya telah habis untuk bayaran bulanan)
18/24 X 750 + 100 12/24 X 750 + 100
Bayaran penamatan kontrak RM 662.50 RM 475.00
Share:

Wednesday, March 20

Perkembangan Ekonomi Malaysia



Matriks aliran Bursa Saham Malaysia dan Pemecatan Anwar Ibrahim (2 September 1998)
Bursa Saham Malaysia mencecah pada paras tertinggi pada 2013 hasil inisiatif Government Transformation Programme . Jika ingin memahami secara mudah, ia boleh dilihat pada nilai tukaran asing.

Kadar tukaran Dolar US kepada nilai RM dalam 90 hari sehingga Mac 2013.
Jangan lupa mengundi hak anda berdasarkan prestasi mereka yang boleh memimpin & pemimpin yang boleh mendengar nasihat ketika memimpin.
Share:

Monday, March 18

Ikan Bakar Bagan Lalang di Damansara


Pernah memakan pepahat masak cili? Pepahat seringkali menjadi hidangan istimewa di Bagan Lalang Sepang.

Restoren HM Seri Bagan Seafood di Sungai Pelek Sepang yang beroperasi sejak 1993 kini membuka restorennya di Kota Damansara bersama membawa resepi temurunnya. Lawati HM Sri Bagan di The Strand Kota Damansara 47810 Petaling Jaya- Berdepan dengan Tune Hotel Kota Damansara.
Share:

Pemuda tidak pernah mohon pinjaman bank diisytihar muflis

Mohd Harbrullah Man 32, pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit Lubuk Buntar diisytiharkan muflis gara-gara gagal melangsaikan pinjaman kereta sejak 2009.

Pinjaman berjumlah RM42,296.90 tidak dibuat tetapi diluluskan istitusi kewangan apabila butiran peribadinya disalahgunakan.

Kes begini sememangnya akan berlanjutan kerana rutin pencari kerja akan melampirkan salinan kad pengenalan di mana-mana syarikat tanpa mengingati peristiwa tersebut. Apa yang menjadi tanda tanya, pihak ketiga dan institusi kewangan perlu dirombak dan penguatkuasaan undang-undang tegas perlu diamalkan. Undang-undang tanpa penguatkuasaan seringkali diletakkan di tempat yang lekeh.
Share:

Sunday, March 17

TIBI RAGUT NYAWA JIKA LEWAT DIRAWAT

TIBI RAGUT NYAWA JIKA LEWAT DIRAWAT

Tibi seringkali mendapat tempat dalam medium cetak akibat kes ini mudah berjangkit di kawasan sesak dan simptomnya agak berbahaya bagi sesetengah pesakit. 

Kemampuan sebaran spora Tibi boleh diminimumkan apabila mengetahui simptom agen jangkitan dan tanda awal.

Golongan berisiko adalah berusia antara 20-40 tahun, mereka yang dijangkiti HIV dan Aids, individu berdekatan pesakit Tibi, pendatang asing, kekurangan zat dan mineral serta daya tahan penyakit, banduan, penghidap kencing manis dan mereka yang kerap berurusan di tempak sesak.

Kuman Tibi menyerang paru-paru dan jika lambat dirawat akan menyebabkan kematian.
Share:

BRAKITERAPI SATU LAGI RAWATAN KANSER

BRAKITERAPI SATU LAGI RAWATAN KANSER

Sebelum ini rawatan kanser hanya dikaitkan dengan kimoterapi dan radioterapi. Kini terdapat satu lagi alternatif seperti yang dikatakan Dr Muhammad Azrif Ahmad Annuar, Pakar runding Onkologi Klinikal.

Teknik ini menggunakan radiasi secara minimum pada kawasan terhad. Brakiterapi pernah merawat kes kanser termasuk prostat, pangkal rahim, payudara, kulit, endometrium dan tisu lembut sarkoma.

Share:

TELINGA BERNANAH AKIBAT KUMAN

TELINGA BERNANAH AKIBAT KUMAN

Telinga bernanah adalah gejala berlakunya jangkitan kuman. Dalam kebanyakkan kes, ia sebenarnya datang daripada jangkitan telinga tengah yang berjaya menembus gegendang telinga.

Sebelum nanah ini keluar melalui corong telinga, kuman biasanya mula terkumpul di bahagian telinga tengah pesakit. Kuman ini datang daripada jangkitan demam selesema biasa.
Share:

AUTISME

AUTISME

Autisme adalah satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku seawal usia 6 bulan dan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.

Gejala :
Masalah tidak mampu bersosial, kesukaran berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain seperti komunikasi pelik dan menyanyi dan masalah tingkah laku dan pemikiran.

Perhatian tanda-tanda awal autisme mampu merawat autisme lebih awal.
Share:

Batu Dari Langit, Asteroid 2012 DA14 membawa kemusnahan total

Batu dari langit mungkinkah ancaman dan peringatan kepada penduduk bumi seperti yang berlaku di Rusia.

Hadis Riwayat Abu Hurairah berkata Rasullulah bersabda : "Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah banyak peristiwa Haraj. Mereka bertanya : Wahai Rasullulah, apakah Haraj itu? Beliau menjawab : Pembunuhan, pembunuhan"

Sebanyak 500,000 objek dikesan berhampiran bumi. Antara yang paling ditakuti adalah asteroid 2012 DA14 yang berada dalam 27,700KM dari bumi. Asteroid ini dianggarkan membawa kemusnahan total kepada bumi.

Perlu juga pemahaman apakah asteroid, komet, meteoroid, meteor dan meteorit di dalam artikel ini.

Share:

5 Batalion Jaga Keamanan

 Rentetan pendaratan pengganas di Lahad Datu dan Ops Daulat, Kerajaan telah bersetuju secara dasarnya perlu di wujudkan 5 batalion bagi menjaga keamanan di Tawau, Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.

Perairan sepanjang 1400KM di Timur Sabah juga sebelum ini di bawah bidang kuasa APMM telah diserahkan kepada Kementerian Pertahanan bagi memudahkan kawalan operasi secara menyeluruh dan kelengkapan APMM yang dilihat kurang berkesan mengawal perairan laut dalam.

Puteri Sultan Sulu - dilihat cuba mempengaruhi psikologi Polis dan Tentera Malaysia dengan berita-berita tidak sahih.
Share:

BISA LEBAH DAN PARTIKEL NANO PENYEMBUH HIV/AIDS

BAHAN KIMIA YANG DIHASILKAN BOLEH MUSNAHKAN VIRUS HIV

Antara perkembangan kajian Saintis berhubung Virus HIV menemukan Sengat lebah mempunyai bahan kimia melittin yang berpotensi menghapuskan komposisi virus HIV.

Secara teori, HIV tiada kekebalan menandingi bahan kimia dari sengatan lebah- menurut Dr Joshua L. Hood.


BISA LEBAH DAN PARTIKEL NANO PENYEMBUH HIV/AIDS

TOKOH KENA HIV?
Share:

Malindo Air mula terbang 22 Mac 2013

 Malaysia memegang 51% saham dan Indonesia 49% bagi menubuhkan usahasama penubuhan MALINDO.

Malindo akan memulakan penerbangan pertama dan dijangka ke Kota Kinabalu atau Kuching. Harga yang ditawarkan di bawah RM70. Selain itu, Malindo menawarkan saiz kerusi yang agak lebar dan tambah nilai lain yang lebih baik dan semestinya menjadi ukuran terdekat adalah Airasia.

Airasia pernah membuat kontroversi dalam industri penerbangan tempatan apabila meminta pelbagai insentif dan kemudahan dari Kerajaan Malaysia dan natijahnya, ahli politik mendesak Malaysia perlu ada alternatif syarikat penerbangan selain Airasia.

Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive