Kedai Buku Online

Friday, March 27

MICHELIN ENERGY XM2 185/60R/14 MURAH SANGAT TU

MICHELIN ENERGY XM2 185/60R/14 MURAH SANGAT TU

Semalam bermulalah kisah pencarian tayar kereta aku.
Tayar perlu diganti walaupun bunga masih elok sebab ketahanan usia tayar dalam 3 Tahun sahaja.

Yang ajaibnya, Tayar aku masih elok HINGGA sekarang walaupun di pandu dalam jarak 700-900 KM dalam seminggu.

Apa yang menariknya model MICHELIN XM1 ni telah lama tidak dikeluarkan dipasaran . Aku gunakan saiz 185/60/R14. Tayar ini dibeli sepasang pada 01 JULAI 2010.

Semasa diganti baru dengan MICHELIN Energy XM2 pada 26 MAC 2015, tayar lama ini masih elok, kehausannya sekata, tiada benjolan, graviti sekata semasa balancing (buat bulan terdahulu), tiada gelong2 dan masih sempurnalah keseluruhannya.

Dari Dengkil hingga ke Bangi, harganya melampaulah juga. OK, di Dengkil RM 190 sebiji (Tahun Manufactured end of 2014), Ke Bangi pulak RM 210 (Tahun Manufactured 2015),

Minta RM 180-RM 185 pun tak dapat malah muka sinis je macam menyindir pastu cakap dapat stok pun dah harga begitu, 3 orang hantam aku seorang tu (hello000 - memang kompemlah mung bukan level yang dicari pembeli tegar tayar). Sebelum blah sempat SE cakap terima kasih hehe. Kedai macam ni kurang ajo memang jangan pergilah lagi. Kedai ni sebaris dekat dengan SenHeng Elektrikal di Bangi dekat downtown tu Jalan Persiaran Bangi Seksyen 9.

Kedai tayar belakang lorong (Trademark OREN) ini pun dalam RM 190.00 - RM 200.00 sebiji tapi sibuk call sana sini cari stok.

Ok, pencarian bermula, gunakan Smartphone anda dan call la yang tawarkan harga murah ok.
Apabila membuka website mudah.my, aku nak maklum ya, Versi Android dan Versi Website HTML tidak sama hasil cariannya.

Jika elok, lebih baik anda install Apps Mudah.my ni. SE menjangkakan, pangkalan data yang digunakan dalam versi Android View, Website dan Google Apps memang tidak sama. 

Kesimpulannya, aku dapatlah harga sebiji tayar RM 175.00 dan masa ganti mileage 233,937KM. Yang bestnya, ia dibuat pada MINGGU KE-2 TAHUN 2015. (0215), Tayar yang dibuat melebihi 6 bulan terkebelakang, anda memang layak dapat diskaun, jangan sambil lewa asal tukar tayar nampak baru je, kira hebatlah tu. Kedai MICHELIN ini, belakang Petronas Seksyen 7 Bangi.

Jadi apa kebaikan XM2 ni klik di sini.  Nak tengok semua model Michelin klik sini.

Bukan nak puji melambung Michelin ni, tapi ia memang MENJIMATKAN minyak, tahan lasak, tahan panas jalan jauh dan MENJIMATKAN duit. Buktinya - usia tayar menghampiri 4 TAHUN 10 BULAN tu, apa lagi nak carikan. Ni dia teknologi XM2.

Website Michelin meletakkan harga pasaran adalah RM 221.00 untuk 185/60/R14, jadi carilah yang murah selagi mampu dan cari kedai ada papan tanda MICHELIN sebab ia pengedar sah, maka secara langsung harga pun masih level murah2 la.

* Indikator dan perlakuan di atas ini adalah benar-benar berlaku, tiada tokok tambah

Share:

Tuesday, March 24

NO MORE SERVICE TAX ON CREDIT CARD

No more service tax on credit cards

Published: Monday March 23, 2015 MYT 12:00:00 AM
Updated: Monday March 23, 2015 MYT 11:18:25 AM

PETALING JAYA: Credit card holders will have to pay the 6% Goods and Services Tax (GST) on the card’s annual fee, but the RM50 service tax will be dropped.

“Some banks may however waive the annual fee upon request.
“Then in such cases, there will be no GST payable,” said Association of Banks in Malaysia executive director Chuah Mei Lin.

Banking sources explained that the GST on the annual fee might vary from RM53 to RM500, depending on the type of card.

They said that cardholders could use their loyalty points or rebates to offset the 6% tax.
Chuah said the implementation of GST would also mean that the RM50 Government service tax on the principal cardholder and RM25 on each supplementary card, which has been imposed since Jan 1, 2010, would be abolished.

“Beginning April 1, this service tax will be abolished in accordance with the GST Act,” she said in a statement.


Rujukan

* Sesiapa yang ada Kad Kredit dengan Had Kredit tinggi, simpanlah dulu sebab tiada yuran dan tiada cukai kerajaan dikenakan. Had Kredit tu boleh digunakan untuk deposit atau pengubahsuaian rumah atau keperluan yang penting. - Awas : Kadar Faedah Kad Kredit masih sama dalam 11%-18%
Share:

4 TUTORIAL TIPS SERVIS DAN MENJAGA PENYAMAN UDARA KERETA

TUTORIAL 1 


Sistem penghawa dingin kereta atau lebih dikenali dengan nama "aircon kereta" adalah gabungan sistem pemanas dan penyejuk. Ramai yang kurang arif akan sistem penghawa dingin walaupun kita hari-hari menggunakannya. Kita akan membicarakan dengan lebih lanjut lagi asas sistem ini dibawah.

Sistem penghawa dingin yang berfungsi dengan baik akan memberikan persekitaran yang selesa semasa perjalanan dan boleh menyumbang kepada pengurangan kemalangan dijalanraya.

sistem_aircon_kereta

Sistem penghawa dingin adalah terdiri daripada 7 komponen utama: -

    * Pemampat (compressor)
    * Pemeluwap (condenser)
    * Kipas Pemeluwap (condenser fan)
    * Penapis/penumpuk kering (filter/accumulator drier)
    * Injap pengembangan (expansion valve)
    * Penyejat (evaporator) ATAU COOLING COIL adalah benda yang sama
    * Kipas Blower (blower fan)

Sistem penghawa dingin adalah himpunan komponen-komponen individu seperti diatas yang disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk litar tertutup. Dalam litar tertutup ini, penyejuk diedarkan oleh tekanan gas yang dimampatkan oleh kompresor.
sistem_aircon_kereta_compressor
Bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dipanggil sektor tekanan tinggi dan bahagian antara injap pengembangan dan pemampat adalah sektor tekanan rendah. Gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan melampau.

sistem_aircon_kereta_condenser

Gas tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk yang dalam tekanan tinggi dan panas ini kemudiannya mengeluarkan haba yang menyebabkan pemeluwapan terhasil, dan gas penyejuk tersebut berubah daripada bentuk gas kepada cecair. Penapis/penumpuk kering kemudiannya akan membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.
servis_aircon_kereta_drier

Dari penapis/penumpuk kering, cecair tersebut bergerak ke injap pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah yang kemudiannya disalurkan ke penyejat.

Ramai yang tanya dalam entri ni kenapa gas cepat habis. Kebocoran ini biasa pada nat isi gas di kompresor dan juga cooling coil/penyejat/evaporator. Satu lagi sistem aircond ni gunakan sendi joint dan injap. Pastikan injap ni pun tidak longgar. 
Gas aircond dicampur dengan pelincir dalam kompressor tu untuk elakkan kompressor jammed, jika bocor, pelincir ni akan keluar. Kebocoran aircond juga boleh dirasai dengan tanda-tanda berminyak sekeliling komponen yang terbabit

servis_aircon_kereta_Exp_valve
Selepas melepasi Penyejat/Cooling Coil/Evaporator, penyejuk akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Penyejat/Cooling Coil/Evaporator yang sangat sejuk itu akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalaman penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.
servis_aircon_kereta_evaporator

Akhir sekali bahan pendingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk kini kembali ke pemampat untuk memulakan kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang ini memastikan suhu sejuk dan nyaman mengiringi perjalanan anda.

Kerosakan kepada mana-mana komponen yang disebutkan diatas akibat kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun kekurangan gas bahan penyejuk adalah punca aircon kereta anda tidak berfungsi ataupun tidak sejuk.

Pemandu pintar memastikan aircon kereta mereka senantiasa dalam keadaan sempurna pada setiap masa dengan melakukan servis berkala keatas sistem aircon kereta mereka.

Rujukan : http://suteraaircon.blogspot.com/p/sistem-aircon.html



TUTORIAL 2

Diy Service Blower Aircond Kereta

Pertanyaan yang diajukan..
Dino said bawa kete myvi aku on aircond full pun masih tak sejuk angin slow pd hal baru jer tambah gas kedai kate gas byk lg, paip x bocor pn. aircond kdang2 ade bau busok tak tau mn dtg
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada dino...  Sebenarnya saya kurang arif dalam hal ini ... tak dapat nak agak apa kerosakkannya... kalau dah tambah gas aircond angin keluar slow dan dah di pastikan tak ada kebocoran pipe... Rasanya ada kemungkinan masalah blower agaknyer... sedikit secara ringkas mungkin berguna untuk kamu...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Service Blower Aircond Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kadang-kadang kalau angin aircond slow berkemungkinan blower aircond dah kotor atau terdapat banyak debu-debu habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas blower berkenaan... Jika angin aircond berbau busuk, Ada kemungkinan aircond anda telah terlalu lama  tidak di service (dah bertahun-tahun) hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk...

Jadi apa salahnya sekali sekala buka blower aircond untuk dicuci, di tukar filter dan dibersihkan fan (kipas) blower.... mudah-mudahan  bila on switch angin blower yang keluar pun jadi kuat sikit.. Sebabnye kita boleh buat sendiri.. senang ajerr kalau nak buat lahhh...

Cara Tukar Filter Blower Aircond
1).Tanggalkan skrew pengikat  dan cabut keluar laci simpanan barang pada dashboard kereta..  Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut..
2)Kemudian cari kat mana kedudukan filter blower aircornd… Pastu buka klip pada cover filter … tarik keluar filter blower aircornd…
3)Kalau filter blower aircornd tu dah berhabuk teruk sangat… kena tukar dengan yang baru…. Kemudian pasang balik di tempat asal…
4)Ada sesetengah filter blower aircornd kena keluarkan dari celah tepi blower ajer..Macam kereta Hyundai Getz  ni agak senang sikit nak buat..
  
5)Ada sesetengah kereta yang mempunyai filter simple ajer bentuk dia… Contohnya macam kereta Myvi sekeping kertas ajerr bentuk dia …

6)Senang ajer filter blower aircornd tu kalau kotor sangat kena lah tukar baru… Just hanya letak ajer kat dalam blower aircond tersebut…
7)Sesetengah kereta tak nampak kat mana kedudukan blower aircond disebabkan terlindung dibelakang frame console.. Maka kena jugak tanggalkan skrew pengikat  pada frame console..  Baru dapat cari kedudukan blower aircond  kereta tersebut…
8)Bila dah jumpa blower aircond  kereta tersebut cabut keluar… ganti baru.. Cuba tengok kat dalam kotak filter tersebut kadang kala ada sampah berupa daun-daun kering yang masuk kedalam.. Itu yang membuatkan aircond tersumbat dan menyimpan bau busuk dan hapak ( dalam keadaan lembab)… Bersihkan dan buang daun-daun tersebut... 
 Macam mana boleh ada daun dalam blower aircond???
Bila parking bawah pokok daun-daun landing jatuh dan terselit celah- celah lubang blower … bila aircond dihidupkan maka daun daun kering tersebut akan disedut masuk kedalam kotak blower…
****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta....Rajinkan tangan  buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet..
9)Dalam atau bersebelahan dengan blower aircond  kereta ada kotak fan blower aircond ( kipas blower)..  Cuba buka cover fan blower.. Dan cabut keluar fan blower aircond tersebut..
10)Kalau fan blower aircond ( kipas blower) tu penuh habuk.. Cuba bersihkan kerana kalau habuk tebal sangat pon angin kipas tak boleh keluar kuat nanti.. Dah siap bersihkan pasang balik di tempat asalnya…
Cara  bersihkan fan blower aircond
11)Cara nak bersihkan fan blower aircond ni sama ada guna cotton buds untuk bersihkan habuh pada celah-celah kipas.. Atau kalau dah teruk sangat habuk berselaput kena gak cuci dengan berus lukisan yang di basahkan dengan air sabun..
Cara bersihkan saluran hose dan lubang aircond 
12)Cara nak bersihkan saluran hose dan lubang aircond … dapatkan Car Air Conditioner Cleaner siap dengan hose panjang masuk kan hose ke dalam lubang keluar aircond… Pastu spraykan…  yang ni contoh gunakan Toyota punya Air Conditioner Cleaner  boleh cari ada jual.. Bagus spray ni….
13)Sekarang ni ada macam-macam jenama Car Air Conditioner Cleaner...Bukan takat membersihkan ajer malah menyah bau busuk dan hapak, mewangikan dan  menyegarkan bila aircond kereta  terpasang..
Aircond sistem ni semua kena servis..
14)Lagi bagus kalau keseluruhan sistem termasuk piping, condensor dan cooling di servis semula supaya ianya dapat berfungsi dalam keadaan baik… Benda ni semua kena servis kat bengkel yang boleh buat servis aircond
_______________________________
Aneh Tapi Benar ?  
Pernah terjadi jugak entah macam mana tikus dan anak burung boleh termasuk dalam blower.. Itu yang hairan sangat....akibatnya haiwan tersebut mati kat dalam blower aircond.. heran-heran...

Rujukan : http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/04/diy-service-blower-aircond-kereta.html


TUTORIAL 3

 
Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe. 

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon. 

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada.

Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150).

Masalah dalam entri ini banyak tentang suhu naik panas semasa jalan jammed adalah sebab kipas aircond tidak kuat atau tidak berfungsi. Harap anda baca satu-satu ya.

Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus. 

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil/evaporator/penyejat beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas.

Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircond anda perlu di tukar. Satu lagi adalah sebab SENSOR Cooling Coil kena ganti sebab sensor ini kadang2 maklum suhu sudah sejuk tapi sebenarnya suhu masih panas. Banyak org tanya tentang ini, rasanya sudah menjawab. Ni contoh sensor cooling coil




4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas. 

5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. 

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'. 

7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas. Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. Oklah..berjumpa lagi lain arena post.. Selamat memandu dari Mat kriss dan para pekerja Kriss Auto

Rujukan : http://krissauto.blogspot.com/2011/03/tips-aircond.html


TUTORIAL 4

Cuci 'cooling coil' aircond kereta..

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak cerita sikit bagaimana mencuci penyejat atau 'cooling coil' pada aircond kereta. Kali terakhir aku cuci 'cooling coil' aircond kereta sendiri ialah pada 6/6/2010. huhuhu..

Sebaiknya jika kereta anda sudah mencecah penggunaannya 5 tahun dan ke atas, maka wajarlah anda melakukannya. Itupun jika terdapat tanda2 seperti aircond kurang sejuk, aircond berbau atau aircond langsung tak sejuk. Tetapi jika belum ada tanda2 seperti ini pun boleh juga kalau nak buat lah. hehehe..

Sebenarnya agak rumit jugak kalau nak buka aircond kereta ni berbanding aircond rumah. Ini kerana tempatnya yang sempit (bawah dashboard) tempat duduk penumpang di hadapan. Ia juga berisiko untuk membuatkan penutup dashboard terpatah atau terlonggar semasa kerja-kerja membuka dan memasang dilakukan. Begitu juga dengan klip-klipnya, pasti ada yang terhilang atau terlebih jika selesai kerja-kerja dilakukan (sama juga dgn kerja-kerja aircond rumah) hahaha...

Apapun kita kenalah berhati-hati semasa melakukan apa-apa saja kerja lebih2 lagi yang melibatkan kerja membuka dan memasang ni. huhuhu..

Oklah, mula2 sediakan kereta yang hendak di'kerjakan' itu dan juga peralatan2 yang secukupnya. Begitu juga dengan tenaga kerja yang secukupnya. hihihi..


- Okay, sebelum kerja-kerja membuka dan membawa keluar penyejat dari dalam kereta, pastikan gas aircond kereta sudah di'recovery' ataupun sudah dikeluarkan daripada sistem. Ini kerana dikhuatiri gasnya akan menyembur keluar pada bahagian penyejat yang dibuka. Takut terkena pada mata secara tiba-tiba. Utamakan keselamatan.


- Buka bahagian ini di 'dashboard '..


- Penyejat @ 'Cooling Coil' yang sudah dikeluarkan.. terdapat seekor lipas yang dewasa dari dalam kotak penyejat itu.


- Nampak sedikit berhabuk dan berdebu.. ini mungkin kerana saya sentiasa memastikan yang lapik kaki di bahagian pemandu dan penumpang berada dalam keadaan bersih daripada kekotoran.



- Masa untuk menyembur dengan 'aircond coil cleaner'.. iaitu sejenis 'chemical' khas untuk mencuci penyejat.


- Ini bertujuan untuk memastikan semua bahagian sirip dan lingkaran penyejat dapat dibersihkan daripada kekotoran yang melekat di situ. Sekaligus melancarkan proses penyerapan haba yang berlaku di penyejat.


-Biarkan ia dalam masa 5 - 10 minit atau sehingga ia tidak mengeluarkan buih lagi.

- Bebuih yang putih akan bertukar menjadi sedikit hitam.


Rujukan : http://sejukpeti.blogspot.com/2013/09/cuci-cooling-coil-aircond-kereta.html


* Terima kasih pada blog-blog tersebut kerana memanfaatkan kepakaran. SE tumpang salin :)
Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe. Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon. 1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus. 2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'. 3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar. 4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas. 5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. 6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'. 7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas. Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. Oklah..berjumpa lagi lain arena post.. Selamat memandu dari Mat kriss dan para pekerja Kriss Auto Solution. Bye. Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Salam semua.. Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe. Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon. 1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus. 2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'. 3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar. 4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas. 5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. 6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'. 7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas. Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Tips Aircond Salam semua.. Mat harap semua pembaca sihat-sihat hendaknye.. Mat dalam bulan ni agak sibuk di bengkel sampai tak sempat nak update blog ni. nak masukkan cerita bengkel, gambar pulak tak upload..so kat sini mat just nak kita berkongsi info tentang aircond kereta atau penyaman udara dalam bahasa Melayunye..hehehe. Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon. 1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus. 2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'. 3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar. 4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas. 5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. 6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'. 7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas. Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal. Oklah..berjumpa lagi lain arena post.. Selamat memandu dari Mat kriss dan para pekerja Kriss Auto Solution. Bye. Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Share:

Wednesday, March 18

BEZA OIL PUMP DAN PISTON OIL RING

BEZA OIL PUMP DAN PISTON OIL RING

Sebelum ni dalam komen SE ada diceritakan tentang OIL FILTER. Terlanjur kerja di pejabat susah benar nak siap, jadi SE ambil peluang ni mencari lah artikel berkaitan.

Sekarang ni artikel gosip, politik, ntah apa ntah lagi memang banyak, buang masa nak sibuk hal sebegini sebab dunia mereka memang luas dan tiada penyudahnya.

Ada 1 blog yang best [http://mekanikkereta.blogspot.com] boleh kita sama-sama rujuk tentang tajuk OIL FILTER ini. Cerita ini berkenaan OIL PUMP dan secara langsung ada kaitan OIL FILTER.

SE senaraikan ringkas :

Bermula dari oil pump minyak hitam/pelincir disebar terus kepada keseluruhan enjin dari crank shaft sehingga lah kepada bahagian atas head silinder.Tanpa minyak pelincir tersebut enjin kereta mudah mengalami kerosakan dan tak dapat meneruskan kerja kerana geseran dan boleh menyebabkan berhentinya serta merta sebab kekesatan pada komponen.

AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN OIL PUMP

  1. Enjin kereta berbunyi KASAR dan pelik
  2. Enjin kereta BERHENTI serta merta dan tak dapat dihidupkan semula
  3. Bunyi kuat dari ATAS HEAD
  4. Bunyi kuat dari BAWAH ENJIN seperti ada benda berlaga
  5. Bunyi oil pump itu sendiri yang amat pelik bunyinya
  6. ASAP HITAM yang banyak

AKIBAT DARIPADA KEROSAKAN PISTON OIL RING

Berbeza dengan Piston oil ring,komponen ini amat kecil dan nipis yang berkedudukan pada sekeliling piston,piston oil ring pula menyekat minyak pelincir dari masuk kedalam ruang pembakaran BUKAN menyebarnya seperti apa yang dilakukan oleh oil pump.

Piston oil Ring berada pada kedudukan paling bawah pada turutan ring pada piston seperti gambar ubahsuai  di bawah (ehsan drpd.highperformancecepontiac.com)



Terdapat 2 BENTUK OIL RING ,berbentuk pipih dan bentuk gegelung berselirat. Bilangannya adalah 2 untuk yang pipih dan 1 gegelung berselirat (JADI ADA 3 YA). Ketiganya saling bekerjasama dalam ruang blok untuk Piston. 
Bilamana Piston kereta turun naik dalam ruang blok  oil ring berbentuk  gegelung berselirat ini menyahkan kepanasan piston sahaja TANPA mengalirkan minyak pelincir kedalam ruangnya bekerja. Kerosakan kereta seperti patah oil ring dan kehausan oil ring akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kereta tersebut seperti:-

  1. Minyak pelincir naik memenuhi head silinder
  2. ASAP PUTIH berkepul terhasil dari ekzos
  3. Bunyi enjin kereta yang seperti TERSEKAT DAN MENDAP
  4. Prestasi enjin menurun teruk
 Perhatikan perbezaan kedua kesan akibat kerosakan komponen enjin kereta ini,ia memang berbeza samasekali walaupun keduanya ada minyak pelincir sebagai bahan kerja.Bunyi enjin kereta juga  amat berbeza dan warna asap juga berbeza jika 2 komponen ini rosak.

Nota: Cara penyelesaiannya juga berbeza,oil pump perlu ditukar jika ia mengalami simptom kerosakan kereta seperti diatas manakala pecah oil ring pula overhaul mesti dilakukan kerana ia melibatkan banyak kesan sampingan seperti piston enjin rosak ,blok enjin retak, crank shaft enjin calar dsbnya.


Ni Contoh Crank Shaft/Piston, Jika nak menjaga komponen ini dan dalam enjin keseluruhannya, gunakan minyak enjin yang elok dan hayat mileage kena dititikberatkan. Ilustrasi gambar hanya contoh dari carian Google.


Share:

LAMPU ABS MENYALA, DILEMA RON 97 & RON 95, TALI SAWAT BERBUNYI

LAMPU ABS MENYALA, DILEMA RON 97 & RON 95, TALI SAWAT BERBUNYI

- Pernahkah Lampu Amaran Sistem Antikunci Brek (ABS) dan brek tangan sentiasa bernyala?
Perkara ini berlaku pada Proton Exora Transmisi Automatik.

Secara asasnya, ada gangguan pada pam kawalan hidraulik komponen ABS itu. Masalah ini mungkin juga berpunca dari pendawaian dan sensor pengesanan.

- DILEMA memilih RON 95 dan RON 97. RON ini sebenarnya kandungan oktana dan pentana+bahan bakar lain+additive ikut R&D syarikat minyak. Apakah yang berlaku sekiranya RON tidak sesuai?

- Apakah punca tali kipas berbunyi selepas menghidupkan penyaman udara ketika MEMANDU? Selepas memandu lebih 30 mint, bunyi tidak kedengaran lagi.

+Besarkan Imej +


Share:

Wednesday, March 11

DAPAT BenQ B502 DENGAN HARGA MURAH

Dapat BenQ B502 5iNch 6.99mm SmartPhone- Quad Core 1.3GHz [16GB] 2GB RAM Dual Sim 3G  dengan HARGA MURAH


Assalamualaikum

Alhamdullilah pada Rabu, 11 Mac 2015, SE menerima 1 SMS dan juga 1 Emel dari Superbuy berkenaan Smartphone B502 ini.

Apa yang menariknya , mari kita sama-sama baca SMS ini ya :

Tawaran ini hadir lama dah, masa tu SE cuma sekadar isi emel. Dalam hati tak mungkin nak beli HP dalam keadaan sekarang KECUALI harga murah. Lenovo S860 tu pun SE tunggu dah berbulan tak juga turun harganya.

SMS ini sampai lagi 4 minit sebelum jam 1200PM, masa pertama kali lihat tu, item dah habis sold, ok takpe refresh lagi dan item available, apalagi SE cepat2 la add to cart dan bayar seberapa pantas. Alhamdullilah dapatlah model ni BenQ B502 ni dan lagi kos penghantaran adalah PERCUMA!.

Dengan iklan Superbuy ini dihebahkan di Facebook dan Blogger lain, tentunya persaingan amat tinggi dan terhad pula tu.  Hasilnya hehe :





Bagi yang masih belum berjaya, bolehlah tunggu pada tarikh 13, 18 dan 20 Mac 2015 ini ya. Iklan ini memang diturunkan harga pada masa 1200PM tarikh tersebut dan kita kena sabar menunggu dan cepat2 beli, jangan tangguh-tangguh lagi. Untung sabut timbul, Untung Batu tenggelam.


Rujukan Model ini boleh dilihat di sini dan sini ya.


Semoga Berjaya



Share:

Thursday, March 5

KEDUDUKAN/POSISI KERETA DIBANTU OLEH.....

KEDUDUKAN/POSISI KERETA DIBANTU OLEH.....

Ini adalah diagram bagaimana kereta kita tetap utuh di atas jalan. Antara perkara yang fleksibel memainkan serapan bonggol dan lubang adalah Control arm, Drive shaft, Absorber.

Coil Spring akan tetapkan kedudukan jarak antara lower arm dan body arm.

Spring lah yang akan apungkan beban 1 tan kereta,

manakala shock absorber membantu menyerap tekanan. Tekanan ni untuk keselamatan kereta dan keselesaan pemandu.

Setelah anda tahu kompleksnya binaan kerangka kereta yang membawa anda ke mana-mana dengan selesa, adakah anda masih tidak menghargainya?. Adakah bonggol dan lubang di jalanan itu perkara kecil bagi kenderaan? Amalkan kelajuan pemanduan yang selamat dan jarak selamat semasa mengekori kenderaan.

Kenapa kereta berusia semakin bergoyang, terasa senget, terasa gegaran di laluan tidak rata? InsyaAllah, semoga diagram ini dapat memberi bayangan.








Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive