Percayakah anda mereka yang berpelajaran dan sentiasa mengamalkan ajaran Islam, malah sibuk menutup aurat seharian ketika keluar bekerja sebagai pendidik, apabila di rumah, berubah menjadi tidak berperikemanusiaan dan tergamak mendera pembantu rumahnya sendiri?
Foto isteri bertudung tidak disertakan kerana memaparkan wajah sebenar. SE teringat kes sepasang suami isteri sebagai guru agama yang tidak mempunyai zuriat telah mengambil anak angkat. Apabila umur 7 Tahun, mereka pulangkan semula kepada Jabatan Kebajikan dengan alasan telah ada penyeri zuriat sendiri. Mereka yang tidak berpendidikan agama pun tahu betapa mahalnya kasih sayang walaupun kepada anak angkat. Belum lagi kes wanita seawal 17 Tahun hadir latihan PLKN bersama kandungan luar nikah!. Ia mampu melepasi beratus-ratus pelajar lain dan penyelia PLKN malah dari pengetahuan ibu bapa sendiri, tapi tetap terbongkar apabila sampai masa kelahiran.
Riak muka dan pakaian tidak melambangkan akhlak dan tindak tanduk seseorang lebih-lebih lagi wanita. Ia boleh dibuktikan apabila diberi kelonggaran menggunakan laman sosial dan lihatlah reaksi sebenar mereka dari cara mereka menulis dan berblogging nyata berbeza dengan sifat sopan santun mereka di depan orang ramai.
SE cadangkan zaman sekarang, jika nak menguji seseorang, tidak perlu uji kesabaran mereka, cukuplah dengan kata mereka memohon maaf, tapi diungkit semula dengan dendam di blog peribadi. Manusia sekarang bijak menyembunyikan sesuatu tapi terlupa jejak-jejaknya. Tidak perlu di layan nanti pening kepala.
Yang nyata, sekali anda menulis di laman maya, walau dipadam, ia tetap kekal ada di situ.