Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Monday, June 18

Tanjong Tok Kong Pulau Pinang

Pernah sampai ke Tanjong Tokong atau Tanjong Tok Kong Pulau Pinang? Ia adalah penempatan kampung Melayu di Pulau Pinang.

Dihimpit kemajuan dan perhatian dari pemimpin samada ia dikekalkan atau dihapuskan. Kenapa dihapuskan jika ia menjadi sejarah penempatan awal sebelum Bandar tersebut dikenali? Sejarah yang hilang akan sukar dikembalikan, tetapi mereka yang suka mempertikaikan sejarah inilah yang sebenarnya memulakan bibit-bibit menghilangkan sesuatu sejarah dan peninggalan. Kampung ini dipercayai dibangunkan sebelum 1786 lagi.

Apa jua keputusan pembangunan, perlulah tidak melangkaui sejarah dan hak milik Kaum Melayu yang sedia ada serta pewaris yang sah bagi kelangsungan waris akan datang mengetahui asal usul nenek moyang mereka.

Sunday, June 17

Koleksi Antik Jangan Di Pandang Sinis


 Koleksi antik adakalanya ada di sekitar kita jika kita sedar kehadiran dan harganya di pasaran. Yang menjadi antik, yang itulah dicari-cari sebagai koleksi atau rujukan sejarah silam yang telah hilang. Lepas ni tengok jika ada batu lesung, basikal, besi2 terpendam atau apa2 yang unik mana tahu kandungannya emas tulen atau berharga di pasaran. Barang unik ini berharga apabila kena pada pasarannya, bukan pembeli besi buruk ya.

Tuesday, April 3

Rumah Warisan Haji Su

Aku belum berpeluang menjelajah Terengganu secara keseluruhannya tapi uniknya apa yang setiap zaman lalui pasti ada entiti yang merakam perjalanan sejarah dan asal usul tempat tersebut kalau kita jenis yang benar2 particular dan teliti.

Warisan Haji Su sebegini seharusnya menjadi kewajipan dkekalkan atas gahnya zaman dahulu yang menjadi bukti peredaran sejarah tahun demi tahun...Runtuhnya warisan ni, takda apa lagi yang mampu menjadi bukti warisan walaupun tak bersuara, tapi biarlah ia kekal demi hak anak cucu kita.

Wednesday, February 29

Kitab Injil 1500 Tahun ditemui

Harap penemuan ini boleh membuka mata penganut Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang sombong, sesat dan dimurkai ALLAH kerana mengubah fakta sebenar Kitab Injil mengikut selera mereka. Menghalalkan babi yang haram dll. Mereka juga mencemar kitab suci mereka sendiri dengan penambahan dan pengurangkan isi kandungan kitab itu. Anehnya ramai pula yang terpengaruh, termasuklah orang-orang Islam sendiri yang turut tersesat dalam perjalanan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Muda-mudi kini ramai yang melayang akidah kerana memilih dunia yang sementara. 

Kepada pengikut semberono dan tegar kajilah Al-Quran dan pohonlah hidayah dari ALLAH untuk tunjukkan kebenaran kepada kamu...Semoga mereka terbuka hati untuk mencari dan menerima kebenaran. Apa-apa pun milik ALLAH lah segala alam dan seluruh isinya, syurga dan neraka juga milikNYA maka terserah siapa yang akan diberi hidayah dan siapa yang akan dibiarkan terus sesat. Namun ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang, siapa yang mencari dan meminta(berdoa) Hidayah dariNYA pasti akan diberi dan ditemukan. Wallahualam. 

Berita Harian - 2012/02/28
KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW
ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.
Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. - Agensi
Rujukan : go4halal

Friday, February 24

Tragedi Bukit Kepong Yang dilupakan..


Tragedi Bukit Kepong, hmmm antara sejarah negara yang disalahertikan (dipolitikkan untuk popular). Mereka Pahlawan Negara tidak gentar di hujung senjata, nyawa dipertaruhkan kerana jati diri dan semangat pahlawannya sukar diungkap secara tulisan atau lisan.

Pahlawan zaman sekarang ni hanya berani di mulut - apabila disergah, ditegur ...semuanya report polis pastu sembunyi rumah seminggu kot...

Tuesday, February 14

Perkara 153

Perspektif Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sebegini perlu senantiasa diwarkan agar generasi yang ketinggalan maklumat boleh senantiasa menyorot apa yang termaktub terdahulu. Rasanya artikel sebegini boleh dikatakan keramat untuk difahami bukan untuk ditakuti. Perkara dah ada, eloklah dikongsi bersama.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH