Showing posts with label BAB AGAMA. Show all posts
Showing posts with label BAB AGAMA. Show all posts

Wednesday, December 19

SIMPAN 2 TARIKH PENTING INI DAN SEMAK



1) 28 MEI  --- PADA JAM 1716 PM
2) 16 JULAI --- PADA JAM 1728 PM

JANGAN guna panduan pada arah matahari terbenam kerana hanya 2 kali dalam setahun arah kiblat mengikut matahari terbenam DAN ARAH KOMPAS semata-mata. 1 darjah boleh mengakibatkan perbezaan kedudukan kiblat berubah 100KM.


Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat



SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun.


Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.

Che Alias menunjukkan cara untuk mencari kiblat dengan menggunakan Ushikata.

Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.

“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.

“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.

“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya,” katanya.

Zamihan berkata, cara tradisi masih boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan berpandukan arah matahari yang membabitkan dua hitungan.

“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan,” katanya.

Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.

“Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

Rujuk Jabatan Mufti untuk panduan

SELANGOR mendahului negeri lain dalam memastikan setiap bangunan mengandungi surau atau ruang solat yang bakal didirikan mempunyai arah kiblat betul menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya mengambil tindakan pencegahan dengan mencadangkan kepada PBT di seluruh negeri supaya meletakkan syarat tambahan kepada sebarang pelan pembangunan dirujuk terlebih dulu kepada jabatan mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat sebelum kerja pembinaan dijalankan.

“Langkah ini bertujuan mencegah kesilapan dalam menentukan arah kiblat. Dalam hal ini, PBT akan merujuk kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat. Kita tidak mewajibkan pembinaan bangunan menghadap kiblat, memadai surau atau ruang solat mempunyai arah kiblat yang betul.

“Ia meliputi bangunan perumahan, pejabat, kilang, kompleks beli belah, stesen minyak, hotel, hospital dan pelbagai lagi. Namun bangunan masjid dan surau keseluruhannya perlu menghadap kiblat,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu mendapat sambutan baik dan kontraktor sendiri yang memahami keperluan itu, malah ada kontraktor yang mengunjungi pejabat mufti dengan membawa pelan bangunan untuk dirujuk bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.

Rizal berkata, Selangor juga mengambil inisiatif membuat ketetapan supaya semua tanah perkuburan di seluruh negeri mempunyai replika tanda arah kiblat bagi memudahkan urusan penggalian kubur.

“Dengan adanya replika itu, ia memudahkan kerja penggali kubur dan memastikan tidak timbul lagi sebarang kekeliruan mengenai arah kiblat.

“Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web http://www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima.

“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.

Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.

INFO: Cara mengukur arah kiblat

  •     Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  •     Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  •     Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  •     Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
  •     Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Rujukan

Monday, October 10

KEWAJIPAN ANAK-ANAK KEPADA IBU BAPA


Hari ini aku nak nukilkan sedikit tentang kedudukan ibu dan bapa, walau asas, aku pun nak baca juga satu hari nanti. Maklumlah manusia kan sentiasa (suka) lupa.
Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” 
Lalu Baginda bersabda: 

Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: 
Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: 
Berjihad pada jalan Allah.” 

Jadi Berjihad tu kurang implikasi berbanding keutamaan ibu bapa. Tapiii... aku pun sembahyang selalu kelewatan. Solat ni kena budayakan displin dan walau ringan tetapi paling berat dilaksanakan huhu. Solat ni memang kena ikhlas. Orang yang rutinnya memperbaiki solat ada dikaji di dalam Sains. Dari segi kesihatan, kolestrol pun direndahkan di dalam darah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).



Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Berkahwin bukan sekadar lafaz ijab dan qabul sahaja, keturunan tu paling berat dijaga, pendidikan, kesihatan makan minum. Kalau kudrat mampu beli susu anak yang biasa2 sahaja, tetapi isteri nak susu mahal, tu dah hukum lain kecuali amat bekeperluan pada anak untuk bergantung pada susu tersebut. Kahwin ni wajib. Kalau belum ada jodoh, amalkan doa ini.

Menyediakan tempat kediaman juga perlu, insyaAllah, untuk isteri ada, untuk anak pun ada walau bukan sebuah rumah setiap seorang anak, akan kusediakan juga. 

Masa tu kalau aku dah tiada, anak-anak nak jual, insyaAllah adalah harga markup sikit hihi. Hukum dunia ni begitulah, fikirkan sekadar limit kita je.  Takkan lah nak fikir jangan beli rumah, nanti meninggal pun tinggal harta juga, bini kahwin lain, tu urusan buku lain okey.

"Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu"
(Surah Luqman ayat 14)

Cuba didik anak-anak dengan kisah-kisah nabi seperti entri ni.

Semoga memiliki harta yang terbaik dunia dan akhirat. Aminn.

Wednesday, December 16

DIY TEMPAT MENGAMBIL WUDHU

DIY TEMPAT MENGAMBIL WUDHU
Zaman sekarang, tandas sememangnya menjadi tempat mandi, melepaskan hajat, termenung dan kerja-kerja lain.

Kalau ikutkan kuliah yang aku dengar, kita perlu mengkhususkan tempat yang sebaiknya untuk ambil wudhu. 

Tetapi kalau rumah kampung, rumah sendiri bolehlah membuat saluran paip berasingan di satu sudut sesuai sebagai tempat berwudhu. Sudut ni tak lah terganggu dengan benda-benda yang kotor dan najis seperti baldi baju kotor, pampers ke dan percikan najis seperti air kecil dan air besar.

Jika di Apartmen, tandas agak-agak kecil dan tandas duduk atau cangkung memang menjadi makruh berhampiran tempat wudhu. Lepas tu ambil wuduk menghadap tandas pula. Nak keluarkan kos buat paip pun tak sesuai selain harga, dan tempat kecil. Guna paip getah pun adakalanya air berlebihan membazir dan kena pegang salur paip lagi.

Jadi gi Kedai MR DIY, beli paip sebegini yang boleh lentur samada mengambil wudhu di sinki atau pusingkan paip ambil wudhu di lantai pun lebih mudah. Harga kos paip RM35.00. Jika nak beli tikar getah bilik air 6 keping tu dalam harga RM22.00 di Mydin. Cari paip yang mudah dibuka dengan hanya gunakan jari sahaja dan air yang keluar tidaklah terlalu kuat menyembur dengan adanya penapis  di hujung paip ni. Kira mudahlah meratakan air wudhu.


Sebenarnya kebanyakan orang, mengambil wudhu selepas mandi sambil bertuala. Seeloknya tuala perlu panjang sehingga menutup aurat atau sebaiknya sudah selesai berpakaian, barulah mengambil wudhu dan terus mengerjakan solat.

Sunat sebelum tidur dalam keadaan berwudhu dan sentiasa dalam wudhu dan moga kaedah ini lebih memudahkan sesiapa sahaja. Berwudhu ini banyak disebut dalam Islam dan banyak manfaatnya dalam rumahtangga dan gangguan makhluk halus.

Wednesday, December 9

AKTIVITI DALAM SOLAT


AKTIVITI DALAM SOLAT
Ni nak maklum sedikit dari intipati tazkirah baru-baru ni.

  1. Jika seseorang tidak larat solat dalam berdiri, terpaksa duduk di bangku, Semasa angkat takbir kena berdiri dahulu baru boleh duduk.
  2. Jika ingin jadikan seseorang di depan sebagai imam, jika lebih dari seorang di depan kita kena cuit bahu imam sedikit dan baru angkat takbir untuk solat untuk maklum imam itu dilantik. Jika hanya seorang di hadapan kita, sekadar berdiri sebagai makmum bersebelahan imam dan angkat takbir untuk solat.
  3. Jika imam dan hanya seorang makmum telah duduk tahiyat akhir, kita ingin menjadi makmum, kedudukan kita adalah sebelah kanan makmum tersebut bukan belakang imam. 
  4. Jika seseorang sedang solat dalam keadaan tepi dinding atau halangan tertentu, kita tidak wajar jadikan dia imam kerana kemungkinan ia laksanakan solat sunat, qada, jamak dan sebagainya.
  5. Batal solat jika semasa solat banyak pergerakan, betulkan lengan baju, betulkan kunci, betulkan handphone, betulkan seluar dan macam-macam pergerakan.

Monday, December 29

UNGKIT MENGUNGKIT KE ARAH KUFUR NIKMAT?

Apakah salah apabila kita terpaksa mengingatkan semula hal-hal lama terutama segala pertolongan yang pernah kita berikan dengan tujuan menyedarkannya kerana hamba Allah itu sering menyakitkan hati dan seperti sengaja melupakan semuanya?

Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :

Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)

Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)

Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.

Firman Allah yang bermaksud,

"Hai orang yang beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat"
(Surah al-Baqarah ayat 264).

Mengungkit-ungkit nampak mudah, tetapi 2/3 kali diulang tentunya ia bukan kekhilafan yang tidak disengajakan dan mempunyai maksudnya.

Bayangkan seorang ibu mengungkit jasanya pada anaknya?

Tidak setakat itu, diungkit pula pada suaminya, diungkit lagi sukarnya menjadi seorang wanita ibarat kufur nikmat besarnya ciptaan dan pahala menjadi wanita. Jangan lupa, tiada cacat celanya Allah menciptakan hambaNya baik lelaki, wanita sempurna @ tidak.

Lupakah semasa menghadapi peperiksaan, kita mohon padaNya dipermudahkan?
Tiada jodoh, mohon dipertemukan jodoh.
Tiada kerja, berkahwin tiada anak, bercerai, janda dan balu bukan kita minta, kita memohon nikmat dari Allah tapi bersyukur hanya ketika diperlukan. Ketika diduga bersama anak yang ramai, sekurangnya kembali mengingati ketika kita keseorangan bujang merisaukan jodoh kita? Bukankah Allah senantiasa mendengar doa-doa kita dan memperkenan mengikut keperluan hambaNya.

Tidak semua wanita boleh melahirkan anak, ada juga wanita yang kekal dara di usia tua. Adakah orang berkahwin, masih ingin simpan dara sebab katanya sakit seperti melahirkan anak?. Jika sakit melahirkan anak, terseksa melayan isteri/suami, serahkan sahaja tugas itu pada yang berhak. Fitrah kejadian manusia dari merangkak hingga akhir hayat adalah urusan Tuhan.

SE juga pernah mengata, mengumpat manusia, pernah ditegur seorang hamba Allah, kita sebenarnya menghina kuasa Allah ibarat tidak sempurna menciptakan hambanya kekurangan. Sejahat manusia, mungkin sebaik makhluk akhir hayatnya. Tidak perlu kita kufur nikmat terlebih atau terkurang melihat semua kejadian. Bukankah memperbaiki hidup yang jahat itu lebih baik dari tiada usaha langsung.

Apa pun alasan, ngadulah pada Allah jika terbeban dengan amanah sebagai khalifah. Amat menghairankan perkongsian masalah seseorang disamakan dengan alasan gender yang sama. Tiada manusia yang memikul masalah di luar kudratnya. Tidak sama seorang ibu 16 anak dengan seorang ibu 6 orang anak yang telah kehilangan suami. Terlalu sibuk mencari nafkah hinggakan tak mampu melihat kehidupan insan lain. Tidak semestinya insan yang diam itu tiada komplen, mungkin ia sedar, kata-kata tidak cukup gambarkan coretan hidupnya.

Tidak perlu hebohkan pada orang lain dengan mencanang mulianya anda berkorban apa sahaja. Tolong jangan ada permulaan ke arah kufur nikmat, jangan kelak ia kembali berlaku pada kita dengan izin Allah melalui pasangan kita satu hari kelak.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang menghulurkan kainnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Mengungkit pemberian/usaha bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Dalam bencana banjir sekarang, ramai yang membantu, tapi turut selitkan sindiran pada individu lain. Kita tidak perlu sibukkan urusan Tuhan tentang pahala dan dosa mereka, cukuplah dengan kudrat dan doa kita.

Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiannya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.

Bagaimana pula suami/isteri mengungkit tanggungjawabnya?. Serba serbi ditulis terperinci dengan niat serta sindiran?. Apakah yang membuat seseorang hilang pertimbangan?.Emosi yang tidak dikawal, dibantu oleh media sosial, disokong oleh pemikiran yang negatif dari kawan dan jiran, lengkaplah satu tindakan yang dicampur sedikit fitnah dan boleh berperang jadinya.

Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yg pernah kita berikan. Bantuan yg pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah dan rezeki orang tersebut dengan perantaraan tangan kita.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. menguji menantu

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya, Nabi Ismail a.s. Ketika Nabi Ibrahim sampai di rumah Nabi Ismail, kebetulan anaknya tiada di rumah, sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu Nabi Ibrahim. Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail yang belum dikenalinya ketika itu, “Siapakah kamu?” Maka jawab isteri itu, “Aku isteri Ismail.” Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya lagi, “Di manakah suamimu, Ismail?” Isteri Nabi Ismail a.s. memberitahu yang suaminya sedang pergi berburu.

Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang, lalu dijawab terus oleh menantunya dengan keluhan,

“Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang.” Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab isteri Nabi Ismail, “Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh isteri Nabi Ismail, maka maka Nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama Nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.

Sebelum bertolak pulang Nabi Ibrahim pun meminta untuk disampaikan salamnya kepada Nabi Ismail, “Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya.”

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah Nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya,

“Adakah seseorang datang menziarahimu?” Jawab isterinya, “Ya! Ada seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.” Isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dengan memberitahu akan kesusahan yang mereka hadapi. Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya, seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh orang tua tersebut.

Jawab isterinya, “Ya! Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Nabi Ismail memberitahu kepada isterinya yang sebenarnya orang tua itu adalah ayahnya dan pesanan itu bermaksud perpisahan dan kemudian Nabi Ismail berkata, “Sekarang kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Setelah itu bercerailah Nabi Ismail dengan isterinya yang suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan kekasih Allah SWT.

Setelah sekian lama, maka datanglah hasrat Nabi Ismail untuk berkahwin kembali dan setelah berkahwin, Nabi Ibrahim datang kembali semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ini juga, sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik.

Lalu terjadi dialog seperti mana dahulu, cuma kali ini yang membezakannya adalah jawapan isteri baru anaknya. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru, “Adakah kamu mempunyai tetamu?” Jawab perempuan itu, “Ya! Iaitu engkau.” Ketika ditanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga, menantunya menjawab, “Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera (dan bahagia), tiada apa yang kurang.” Kemudian Nabi Ibrahim dihidangkan dengan sedikit makanan. Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.” Sebelum pulang, dia meminta supaya disampaikan salam kepada anaknya yang sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.

Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberitahu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh orang tua tersebut. Mendengar cerita itu Nabi Ismail dengan gembira menjawab,

“Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yang dimaksudkannya adalah dirimu yang dimintanya untuk aku menjaga mu dan kekalkan (jangan menceraikanmu).” Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi peranan dan kuasa suami perlu diambil berat. Jangan jadi berkerat rotan, berpatah arang. Jika ia bukan milikmu, tidak usahlah berpura ingin hidup semati dalam penyesalan.

Moral dalam cerita ini amat ringkas iaitu, JANGAN MENGUNGKIT walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan. Jika perhatikan beratnya kesan ungkitan hinggakan Nabi Ibrahim berpesan supaya ditukar tiang pintu rumah yakni isteri anaknya. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan.

Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264)

Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, “Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”(Surah Ibrahim : 7)

Sebagai manusia, terlupa hingga terungkit adalah biasa tanpa sedar. Belajarlah saling memahami dan mengingati. Tiada siapa benar atau salah dan berdiam diri lebih elok ketika beremosi. Bantulah orang yang anda sayang dengan memahami.

Wednesday, September 24

KESABARAN DI DALAM HIDUP

KESABARAN DI DALAM HIDUP
  1. Hidup di celah batu
  2. Ikan yang gemar melawan arus
  3. Hidup di kawasan air jernih
  4. Ikan yang bersisik
  5. Saiz sederhana besar
  6. Kehidupan yang banyak cabaran
  7. Tinggal di air tawar
Baru-baru ini SE ada mengikuti ceramah agama disampaikan oleh Ustaz dari JAKIM, apa yang menariknya adalah turut diselitkan bagaimana KESABARAN itu menuai keuntungan bagi orang-orang yang bersabar.

Pokok Durian memerlukan bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil yang elok, harganya mahal tetapi Taugeh hanya perlukan sehari dua untuk dituai, malah murah pula harganya. Sabar menuai hasil, sabar dalam kehidupan adalah keuntungan sebenar.


Bagaimana pula mereka yang suka berahsia menjadi PUNCA pihak lain hilang sabar?
Ini adalah mainan dan hasutan dot dot dot, yang cuba jadikan kedua pihak berbalah. Sifat prasangka berlebihan tanpa usul periksa seharusnya dikawal dalam bentuk yang lebih positif.

Di dunia ini, serba-serbi kehidupan, kita telah menjadi leka dan kurang prihatin. Pentingnya prihatin ini dikiaskan seperti :

Seorang ibu yang mempunyai anak kecil leka ketika balik dari kerja, leka memerhati sekeliling, leka menutup pintu, leka di dapur, dan macam2 leka bermain watapps contohnya. Jika ditakdirkan binatang berbisa masuk ke dalam rumah akibat leka menutup pintu, seseorang asing menyelinap masuk, anak bermain di selak pintu terbuka, implikasinya amatlah besar akibat sifat leka ini. Bertambah buruk jika pihak suami disalahkan akibat kesilapan sendiri. 

Bagaimana pula leka dan tidak sensitif hinggakan seorang anak kecil boleh LEMAS dalam besin air? Kes terbaru- bagaimana seekor biawak kelaparan menyerang bayi amat menakutkan. Adakah kita semakin SIBUK dalam hidup zaman sekarang sehingga terlepas pandang pada bayi jagaan kita?

Kesibukan dan kelekaan itu boleh dikurangkan jika kita tahu SISTEM dalam kehidupan, contohnya apa yang awal, didahulukan, apa yang wajib perlu didahulukan, ada kerja siap dalam 30 minit, ada kerja siap dalam 1 jam. Pengecaman masa dalam setiap tugas penting untuk menyusun 24 jam dalam hidup. Kaedah ini berbeza pada setiap orang samada sempurna atau orang kelainan upaya (OKU) kerana pembesaran dalam kehidupan membentuk diri seseorang untuk asimilasi dengan kehidupan yang dipilihnya. Hidup bukan teka-teki yang tiada penunjuk atau bayangan, tambahan pula kita dibantu oleh doa dari ibubapa dan bantuan dariNya.

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah Ar-Rum, ayat 41]

Antara ayat yang menunjukkan tanda-tanda petunjuk atau bayangan kehidupan akan datang akibat perilaku hari ini.

Sifat leka dan bermalasan pada awalnya jika mampu dihidu, boleh dikurangkan implikasi buruknya. Janganlah bercerita 100 alasan untuk zahirkan ia bukan salah diri sendiri. Jangan pertikaikan orang lain mampu, mereka ditakdirkan begitu begini dan sebagainya.

7 ciri ikan di atas adalah ciri-ciri ikan yang berkualiti yang diceritakan oleh Ustaz dalam ceramahnya. Terbayang pula ikan Kelah dan ikan Sturgeon adalah antara ikan mahal yang sedap dan sukar dicari. Ianya menjadi buruan ekslusif pemancing. Bagaimana pula dengan ikan laut dalam? ikan kategori ini tinggi kandungan Omega, tetapi kategori ikan air masin tidak dapat menandingi ikan air tawar.

Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai perkara dan tidak SAMA seperti ujian orang lain. Kesabaran adalah benteng menghadapi pelbagai perkara. Tidak semua hambaNya menjalani rutin harian yang sama.

Adakah anda sabar hidup di uji dalam berkumpulan, dan masih sabar jika di uji ketika bersendirian?

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian ?”
[Al-Ankabut , ayat ke-2]


“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153] 

Friday, June 27

BERPUASA DEMI KESIHATAN SEPANJANG TAHUN

Hari ini 29 Syaaban1435H, antara hari yang diharamkan berpuasa/sesetengah pendapat mengatakan makruh berpuasa kerana 29@30 Syaaban jatuh sebagai Hari Syak.

Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa pada hari syak ~ 29/30 Sya’ban kerana kemungkinan esok Sabtu@Ahad jatuhnya 1 Ramadhan 1435H
  2. Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
  3. Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
  4. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Tasyrik juga dikatakan hari makan minum.
  5. Selepas 15 Sya’ban hingga Ramadhan (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)

Antara Hari Makhruh Berpuasa :

  1. Hari Jumaat tunggal- eloknya Khamis-Jumaat
  2. Hari Sabtu tunggal
  3. Berpuasa sepanjang Tahun - eloknya ikut Nabi Daud, berpuasa secara berselang.
  4. Puasa pada hari Arafah
Hari Yang Sunat Berpuasa :

  1. Puasa 6 Hari Syawal
  2. Puasa 1 - 8 Zulhijjah
  3. Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah
  4. Puasa Bulan Muharam
  5. Hari Tasu'a - 9 Muharam
  6. hari Asyura - 10 Muharam
  7. Puasa Bulan Rejab
  8. Puasa Bulan Syaaban
  9. Puasa Isnin & Khamis
  10. Puasa Pertengahan Bulan Islam 13, 14, 15 Haribulan

Thursday, June 12

WASPADA FAHAMAN ISLAM LIBERAL

Kalangan muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.
Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan Al-Sunnah dan Al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.
Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim.
Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang KeEsaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang diutus menyampaikan wahyuNya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: 
Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (Ar-Ruum: 30).
Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pegangan untuk kekal mengEsakan Allah SWT.
Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden sinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.
Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.
"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.
Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhumNya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali-'Imran: 85).
Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.
Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.
"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman Liberalisme dan Pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.
Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. 

"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.

Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri.
Kata beliau, Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.
Melalui liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.
"Usaha pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan al-sunnah," tegasnya.
Maka itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan soal aqidah Muslim.
Pegawai Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh kumpulan pendakyah Kristian.
Buku olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan meluas.
"Pengedaran tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim," jelasnya.
Sebab itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi Bahasa Arab.
"Bible telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang asli," jelasnya.
Sebaliknya kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.
Beliau yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada seminar tersebut.
Menurut Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme Kristian-Yahudi.
"Sebab itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu mudah dimurtadkan," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor, Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan muslim mengenai Islam menjadi punca utama akidah mereka terpesong.
Kerana jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat, karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau kumpulan atas nama agama.
"Akibatnya ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.
Begitupun kata Mat Jasi, setiap individu muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.
Sumber

Wednesday, April 9

AL KHAZINI DARI HAMBA KEPADA SAINTIS

Besarkan Artikel ?

Abu al-Fath Abd. Rahman al Khazini atau namanya AL KHAZINI merupakan saintis yang berasal dari Merv IRAN.

Asalnya beliau adalah seorang HAMBA tetapi diberi peluang oleh majikannya untuk mendalami ilmu MATEMATIK dan FALSAFAH.

Kedua cabang ilmu ini adalah amat penting menjadikan seseorang bijak seperti saintis.

Kejayaannya dalam astronomi dapat dilihat melalui ciptaan JAM AIR yang berfungsi sehari semalam bagi tujuan astronomi. Banyak bukunya diterjemah ke dalam bahasa RUSIA.

Orang GREEK tidak dapat membezakan antara JISIM dan BERAT dan diselesaikan oleh Al KHAZINI.
AL KHAZINI merupakan orang PERTAMA yang memberikan HIPOTESIS bahawa GRAVITI berubah-ubah bergantung kepada jarak daripada PUSAT BUMI- Teori GRAVITI beliau disahkan benar selepas 600 tahun kematiannya.

Antara teori penemuannya - ketumpatan air lebih tinggi apabila berada berhampiran pusat bumi mendahului teori ROGER BACON yang mengesahkan teori sama seperti penemuan AL KHAZINI.

Tuesday, January 7

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI PERAK BERKAITAN ISU “BUGHAH” DAN “HALAL DARAH ”

KENYATAAN RASMI TAN SRI DR HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA BERKAITAN ISU “BUGHAH”  & “HALAL DARAH ”


Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.


Nasihat dan Peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara- saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :

“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .


Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar. (tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.


Larangan Memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.


Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.

“Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim” (HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah memberi nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya .(HR Imam Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. 

Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam berbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.

Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :

Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan realiti semasa di Negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

Thursday, January 2

6 TAHUN TUNGGU ANAK, DOA SEORANG IBU, 7 ADAB TERHADAP IBUBAPA

6 TAHUN TUNGGU ANAK

Hampir setiap hari Aci - Seeni Aishah Abdullah (India Muslim) akan menunggu di pintu depan @ pintu belakang dengan harapan anak lelakinya (2 Orang) akan menjemput pulang dari Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas sejak 6 Tahun lalu.

Muji Sulaiman, Pengasas Rumah Jagaan Orang Tua berkata, Seeni (Aci) dihantar oleh anak lelakinya pada 2008.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_PMNGpypPIJ6sHygw-E9i67hr2_GJ6_KYjTtWD01KBcoVsz_T4_YfqnbwKWySwXP5WASAy5mqyAdUwTWlyfNDX-a6sXvETGDqik60vdlwJI4AbTZlGNKD5J4TPB_rfUTL0XDeecxTJTLt/s1600/d6e0b5fb4ffd44fb9662a5ac2875bcbb+copy.jpg


MAYAT TIMBUL SELEPAS SOLAT HAJAT

Mak & Ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan ayah, mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh. - bisikan Tuminah Taib 54 Tahun ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin selepas jenazah anaknya dikafankan di Hospital Dungun.

Tuminah dan suaminya Jainuri Taslim 52 Tahun yang bekerja di Kawasan Perindustrian Batu Pahat bergegas ke Dungun dan tiba pada jam 0430 pagi bersegera ke pantai dan melakukan solat hajat, bacaan Yaasin dan memohon doa agar anaknya yang lemas dijumpai semula. Kasihnya seorang ibu diulangi semula dalam doa selepas solat Subuh.

Permintaanya dimakbulkan Allah apabila setengah jam, jenazah anaknya ditolak ombak dan terbaring di atas sebuah batu di pantai itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcxZ96DDVXEXTIsj1hSBXG1ejdamseiT6klgM1eNJFh79lYmPkhHMKKkwUdAguxgmfH5rcsjpzreyJu95rNdaYqqka7eLnMwDbFP0H3uZUc77BiHwSJ0ZHBpSON3V47LRu_MhyphenhyphenjvQJ5b4C/s1600/3029c1b8dc7d440ea29780bd1dd1cb7a+copy.jpg


7 ADAB TERHADAP IBU BAPA

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’ : 23)

 Firman Allah SWT: Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)

Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini sesuai dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda menjawab kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah kepada ayah. (riwayat Al-Bukhari)

HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam. Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)

 Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)

Tuesday, December 24

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO

http://www.gopetition.com/petitions/1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara.html

KLIK SINI UNTUK TANDATANGAN PETISYEN ONLINE. Sebanyak 35973  telah berbuat demikian sehingga 24 DISEMBER 2013 JAM 0917AM

Kerajaan Malaysia perlu menyekat terus aktiviti 54 NGO yang termasuk dalam gabungan Comango kerana telah melakukan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti establishment, bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan perlembagaan negara. Antaranya termasuklah:

1) Membenarkan kebebasan untuk murtad
2) Mengiktiraf budaya hidup LGBT (budaya zina dan liwat)
3) Menuntut hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dipinda
4) Mengiktiraf ajaran sesat Syiah di Malaysia
5) Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak
6) Mendesak penghapusan hukuman syariah


Friday, November 22

SOLAT RENDAHKAN KOLESTROL

SOLAT RENDAHKAN KOLESTEROL

Menurut kajian saintis Jerman, Prof HA Saboe pada tahun 1996, SEMASA duduk antara dua sujud tahiyat awal dan akhir dengan kedudukan tumit kaki menekan punggung dipercayai dapat mengurut otot-otot pelvik yang melibatkan proses ereksi.

SUJUD bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat LIMFA akan terurut. FENOMENA ini akan menghindarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah dan limfa ke seluruh anggota badan.

Sujud juga membuatkan rongga dada bertambah besar selain menghirup oksigen dengan baik pada kedudukan graviti rendah.

SOLAT berterusan juga mampu merendahkan kolestrol selain tersembunyi rahsia 1001 hikmah.

Penyelidikan Pusat Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal MIMENS Universiti Malaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNooiIQgykNtlY-8nC-4oca5EhVJYczSQRQGbsWgGhkuuiwwPXT2T7267NzlzdD9hHn9QYLmVRAoMBZ08vyseZ_w5W1F2EqlWcObbgBfNR0VauXOvOZOz0HhaVF54ZgGTKWIh3RCStqz-T/s1600/solat.jpg

Monday, November 18

PRODUK MAKANAN SUNAH KIAN POPULAR?

PRODUK MAKANAN SUNAH KIAN POPULAR?

Zaman yang serba moden dan canggih seperti hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai makanan yang hebat.

Apakah Makanan Sunah?
Makanan sunah terdiri daripada makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW yang tinggi khasiatnya seperti Buah Kurma, Zaitun, Tin, Safron, Habbatussauda, Delima, Madu dan Air Zam Zam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5uCpP-t3qTirgDq6tQHO3xe49ZwfHqkMrOxEqAu3I-jUSZm0xTf3naP4RozSYnZG-MIr60cqqT6U_X8rMRQ8LC-BCUwQv4Z0peg6vEgJL0cAwjr7eFnZ7vi1RqdBbgPEgMLxPf45oEcE2/s1600/sunah.jpg

ULTRASOUND TILIK JANTINA?

ULTRASOUND TILIK JANTINA?

Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHvTppGSIonuqvk4MwhHo6CGSBxHS35FuIwyj9SwV0V8lwJmvsjCTNg4qZ6W7Erk7jJiYtkKw2cNdAnxVX7cBIYi7kJYjNR3NZRUahFEvY_15tUsyNAFibkyeFgKN-paViCeCsUjeJH4Y9/s1600/ultrasound.jpg
Mengenai persoalan samada doktor dikira menceroboh rahsia Allah, Al Syeikh Walid Bin Rasyid Al-Su'aidan memberitahu

"Perkara yang mereka (doktor) amati (Keadaan Bayi dalam Rahim) itu menjadi benda yang mereka saksikan dengan pancaindera lahir (Penggunaa Ultrasound). Janin apabila diletakkan di bawah gelombang bunyi ultrasound, dia (imej) akan keluar daripada alam yang tersembunyi kepada alam yang dapat dilihat dengan mata kasar. Perkara ini langsung tiada sangkut paut dengan pencerobohan ke atas alam ghaib"

Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG