Hari ini aku nak nukilkan sedikit tentang kedudukan ibu dan bapa, walau asas, aku pun nak baca juga satu hari nanti. Maklumlah manusia kan sentiasa (suka) lupa.
Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?”
Lalu Baginda bersabda:
“Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab:
“Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda:
“Berjihad pada jalan Allah.”
Jadi Berjihad tu kurang implikasi berbanding keutamaan ibu bapa. Tapiii... aku pun sembahyang selalu kelewatan. Solat ni kena budayakan displin dan walau ringan tetapi paling berat dilaksanakan huhu. Solat ni memang kena ikhlas. Orang yang rutinnya memperbaiki solat ada dikaji di dalam Sains. Dari segi kesihatan, kolestrol pun direndahkan di dalam darah.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Berkahwin bukan sekadar lafaz ijab dan qabul sahaja, keturunan tu paling berat dijaga, pendidikan, kesihatan makan minum. Kalau kudrat mampu beli susu anak yang biasa2 sahaja, tetapi isteri nak susu mahal, tu dah hukum lain kecuali amat bekeperluan pada anak untuk bergantung pada susu tersebut. Kahwin ni wajib. Kalau belum ada jodoh, amalkan doa ini.
Menyediakan tempat kediaman juga perlu, insyaAllah, untuk isteri ada, untuk anak pun ada walau bukan sebuah rumah setiap seorang anak, akan kusediakan juga.
Masa tu kalau aku dah tiada, anak-anak nak jual, insyaAllah adalah harga markup sikit hihi. Hukum dunia ni begitulah, fikirkan sekadar limit kita je. Takkan lah nak fikir jangan beli rumah, nanti meninggal pun tinggal harta juga, bini kahwin lain, tu urusan buku lain okey.
"Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu"
(Surah Luqman ayat 14)
Semoga memiliki harta yang terbaik dunia dan akhirat. Aminn.
(Surah Luqman ayat 14)
No comments:
Post a Comment