Showing posts with label AUTO - MEKANIK. Show all posts
Showing posts with label AUTO - MEKANIK. Show all posts

Friday, November 30

MAAFKAN DIRIKU


Tools yang aku gemar pakai. (sumber google)

Bagi entri yang bertanyakan berkenaan jenama minyak hitam, jenama drive shaft, aku tidak dapat beri jaminan berdasarkan jenama. Lagi pun sekarang spare-part semakin meriah dengan inovasi baru.

Dan aku pun tidak menggunapakai/rekemen jenama-jenama yang disebutkan, dah jarang beli minyak enjin di kedai spare part.(secara peribadi)

Jadi waranti dan jaminan tu kena bincang dengan pengeluar dan offer yang diberikan.

Aku bukan mekanik sepenuh masa, dan hanya belajar secara sambilan sahaja.

Nanti ada yang komen tidak bersetuju dan lain-lain.

"Ada satu perkara aku nak share pemilik Perodua Alza, jika korang isi minyak gear jenama lain, akan keluar tanda merah AT di dashboard. Bila aku tukar balik jenama Perodua, dia kembali normal. Masa tukar tu kena tukar sekali filter gearbox oil tu, jadi kos tu korang anggarkan sendiri. 

Masalah minyak gear ni kalau tak sesuai, dia ketat dan jerk sedikit ketika shift gear.
Senang rahsianya begini, jika korang biasa minum lempoyang, jangan tiba-tiba tukar minuman teh ais. Saintifiknya aku tak dapat cerita, yang orang suka, masalah selesai.

Tips : Nak jimat, pakailah ori"

Mohon maaf

Thursday, November 2

ENJIN BOLEH CRANK TAPI TAK HIDUP, BETUL KE CRANK SENSOR MASALAH?


Pagi ni aku dapat soalan ni. Bukan takda soalan lain, tetapi ada juga aku tak mahir. Aku bukan mekanik dan aku hanyalah bapa kepada 2 anak lelaki sahaja hehe..



Soalan :
"Salam,, Saya guna Perdana V6 Tahun 2004, Sekiranya hujan awal pagi, kereta tidak boleh dihidupkan enjin (Crank Boleh), Apabila tengahari ok pula, kadangkala lampu check enjin menyala. Adakah berkaitan dengan Crank Sensor? "

Tak semua orang akan dapat ubat yang sama pada masalah kereta dia sebab penyakit kereta ni sentimental sikit pada tuannya. Apatah lagi tuannya tak dapat kenal sakit dia, maka dia akan merajuk pada semua oranglah. Tapi kalau nama pun ada bunyi crank crank, mari kita fahami crank sensor ni.

Apa itu Crank Sensor?

 Ia Komponen Elektronik kecil untuk monitor kedudukan dan pusingan kelajuan Crankshaft. Benda ini monitor sebab nak bagi maklumat pada Sistem Ignition dan Sistem Fuel Injection dan keperluan enjin lain ikut parameter keretalah.

Crank sensor akan sentiasa berada berdekatan crankshaft biasanya bawah manifold. knock sensor ni sentiasa akan ada pada blok bawah manifold tu.

Ni Contoh Sistem Enjin Jenis Single Overhead Cam Engine (SOCH), Kalau Myvi DOHC. Beza  pada intake injap Camshaft atas tu macam ni :



Apa Masalah Jika Terjadi pada Crank Sensor?
  1. Nak Start Enjin Kereta ada masalah. Yang lain-lain tu tak payah tahu sebab aku bagi serba sedikit mana yang penting je sebab kita ni bukan kerja mekanik, nanti mekanik nak cari makan macam mana.
  2. Lampu Check Engine pun hidup
  3. Enjin secara kasarnya nak pusing crankshaft tu tak teraturlah dengan keperluan kereta. Paling ketara waktu sesuai nak Spark Plug tu, nak adjust keperluan minyak. Jadi bila berkaitan benda ini, kita pun akan rasa enjin kita bermasalah.
Check Youtube ini:
https://www.youtube.com/watch?v=vJq_l2Pv66Y
https://www.youtube.com/watch?v=GE4XD_Zj4F4
Jika nak check elok ke tak Crank Sensor ni kena check volt dia, tapi aku pun tak check hanya tunggu bila nak rosak baru pikirkan. Ni semua orang pun begitukan.


Ni antara masalah yang berkaitan, mana tahu sama masalah kereta kita ke :

1- Bunyi Crank ada, Check Enjin Tak Menyala, Lampu dan Power Window semua berkaitan bateri total lost.Ini ada kaitan hubungan skandal bateri dan alternator. Tu yang pertama kena tahu.
Kedua, check wiring alternator samada putus bergaduh atau terbakar jiwa merajuk, Kabel bateri juga kena check sebab pihak ketiga juga mesti ada kaitan. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.


2. Kalau berkali-kali crank enjin baru hidup kereta kesayangan saya?
 Ini ada kaitan dengan Knock Sensor. Haha kan dah nama lain pula kan. benda ni kena ganti.


3 - Kalau Enjin Sejuk Sampai berkali-kali start baru hidup, Ini ada kaitan No.2. Cuma Masalah yer ialah bila dah panas susah pula hidup, kena sejukkan enjin dahulu...Ya, jawapan sama juga No.2, encik gantilah knock sensor/crank sensor (Sebenarnya nama lain tapi sama barang). 
Aku kan kurang setujulah ibu bapa yang hantar anak pada pengasuh lambat bayar upah. Korang kena tahu upah itu wajib disegerakan dalam apa jua keadaan. Jangan sebab tangguh bayar upah jaga anak, Allah tarik nikmat pada masalah kereta pula. Ni tazkirah aku serius ni pernah jadi depan mata, pengasuh dah elok2 penyayang, ambil kesempatan pula.


4-  Kereta Auto pula bila dalam gear N, enjin dia bunyi "duk duk" lepas tu RPM pusing habis. Ini antara masalah Camshaft Sensor walaupun aku tak jamin sepenuhnya tapi bolehlah dikatakan begitu. Camshaft Sensor ni BUKAN Crank Sensor/Knock Sensor.



A- CAMSHAFT POSITION SENSOR - REKOD PER RATE PUSINGAN CAMSHAFT. Dia bagitahu komputer yang mana Valve enjin buka dan tutup.

B- Bila campuran petrol dan udara dalam valve (Ni berkaitan piston). Piston akan sebabkan crankshaft berpusing. Benda cranskshaft yang pusing-pusing inilah sebabkan kereta bergeraklah. Benda yang track rekod pusingan crankshaft di sini pula namanya adalah CRANKSHAFT SENSOR



5- Ada orang akan katakan masalah apabila susah hidup kereta sebab fuel filter tersumbat atau karburator kena servis (Kereta lama). Tapi bagi kereta yang masih gunakan contact point, pastikan tukar dahulu. Kereta jenis karburator ni kalau crank boleh bunyi, tetapi enjin tak sedut minyak bermaksud kaburator perlu diservis.

6- Apabila korang ganti bateri, enjin tak boleh start, kena reset semula ECU. Caranya dengan Cabut terminal bateri NEGATIF selama 10 minit dan pasang semula, start enjin 10 minit juga. Kalau ditakdirkan boleh crank sahaja, cuba check FUEL PUMP.

7- Pernah Persona 1.6Liter, pagi-pagi boleh start, enjin hidup, stabil gitu. lepas tu enjin mati. Start semula, crancking tak hidup pula. Walau anda ganti spark plug apa benda ke, masalahnya ganti sahaja Knock Sensor. Saya rasa masalah Perdana di atas tu sama dengan ni.

8- VIVA AUTO, Masuk gear D je enjin mati tiba-tiba. Ni masalah sensor-sensor ada 2 aku sebutkan di atas. Biasanya Camshaft Position Sensor (Betulkan aku jika salah)

9- Apabila kita memandu antara 60-70KMj, dan tekan minyak jadi semput enjin, tapi bila semakin laju pula jadi ok enjin tu, ni pun masalah Crank sensor kena tukar baru.

Jadi kes di atas ni, aku dah cerita apa itu Camshaft Sensor dan apa itu crankshaft Sensor. Mungkin kereta jenama lain, dah tak pakai ke tapi benda 2 ni standard ada dalam kereta. Kalau tanya tokey kedai, dia belasah je sama.


Harap serba sedikit boleh membantu memahami masalah pakwe makwe kita. Nati dah kawin, dapat anak, kalau suami isteri bekerja tu, upah pengasuh anak mesti jangan lewat-lewat tau.



Tuesday, October 31

TIE ROD KERETA TELAH USANG

Kali ni aku ada 1 cerita common berlaku pada kereta berusia. Ia berkenaan Tie Rod. Tie Rod yang dah uzur ni bila kereta bergerak, dia macam bergoyang di tayar.

Ramai tak faham apa itu Tie Rod. Masalah utama berlaku apabila kita goyang-goyang stereng kiri kanan dia akan rasa macam bunyi-bunyi lah gitu... Jangan lepas ni tanya, nak pegang steering tu nak start enjin ke tak, tu teka-teki kena simpan dulu sebab kena jawab sendiri.


Kedua Masalahnya apabila kita belok kiri kanan dia macam bunyi squeek..Lebih kurang la janji bunyi sama kan. Benda besi ni biasanya bunyi-bunyi begitulah sebab Tie Rod ni ada joint ball. Mana Tie Rod?

Inilah bentuk Tie Rod. Ia bersambung dengan Steering Rack. Kalau rasa kereta dah lama dan berbunyi semacam je, benda Steering Rack lengkap Tie Rod nilah antara punca besarnya.



Nak check Outer dan Inner kena tengok appearance dahulu getah tu. Jika longgar Outer, kita boleh rasa longgar di part Outer sahaja. Buka Outer Tie Rod dahulu. Jika nak uji Inner Tie Rod kena tekan sebab dia ada ball joint dalam tu. Jika ada rasa macam kosong semasa di tekan, Inner Tie Rod pun kena ganti.

Jadi, banyak sumber yang boleh sebabkan kereta anda seperti berbuai, bergoyang, tidak sedap dipandu kemungkinannya disebabkan Tie Rod telah usang.

* Gambar hanya ilustrasi sahaja

Friday, June 9

KOMPRESSOR MYVI PECAH MAGNETIC CLUTH, AIRCOND TIBA-TIBA PANAS

Kredit gambar dari sumber Internet dan baik untuk direnungkan.

Mula-mula aku nak perkenalkan piawaian pakai aircond kereta kena tengok jadual di atas. Aku ikut jadual di atas telah menyebabkan aku berjimat banyak - kompressor rosak ketika 11 tahun penggunaannya. Kalau RM1600 / 11 Tahun, maka setiap tahun aku kena simpan RM145.50 atau RM12 setiap bulan untuk sistem aircond yang berfungsi baik menyejukkan aku sepanjang perjalanan.

Aku kalau jalan jauh jarang matikan enjin dan aircond kalau ada anak, kalau dah sampai kampung pun jika anak masih tidur, bagilah 20-30 minit lagi tidur sejuk dalam tu

Kalau orang cakap RM1600 tu mahal, tidaklah mahal sebab dah pakai lebih 10 Tahun. Kenapa panjang umur? sebab dapat kasih sayang sepenuhnya dari tuannya hihi.


Ni Kompressor lama aku yang telah rosak magnetic clutch ya pecah. Semasa enjin hidup akan ada bunyi gerincing sebab Myvi pakai 1 belting pusingkan alternator dan kompressor. Jika sebelum ini aircond tiada berdengung dan mengaum semasa on aircond, boleh ganti sahaja magnetic clutch dalam RM300.00 sahaja. Tapi sebab aku dah kenalpasti masalahnya sebelum ini, maka seketul kompressor DENSO dibeli. Kos Kompressor dalam RM 1200 hingga RM1400 siap pasang. Waranty 6 Bulan.


Ini Kompressor baru DENSO, Aku gunakan kompressor Myvi Lagi Best/Alza. Tiada beza sangat cuma model aku model lama, yang ini model baru cuma ia agak besar sikit dan tapaknya dapat skrew hanya 3 daripada 4 lubang. Belting adjuster ada kalanya kena adjust sikit, ada kalanya tak perlu adjust. Kes aku ni belting agak pendek pula maka kena adjust sikit benda adjuster ni bagi panjang sikit :



Ni terpaksa grind bagi lebar  ikut marking tu. Kalau tak buat, belting agak ketat. Cari belting panjang sikit pun memang takda jual. Jadi aku cakap mekanik guna belting asal sahaja senang nak maintenance (Kat sini aku maklumkan ya, bukan aku yang buat, aku tukang kecoh je haha)


Ni selepas di pasang, enjin aku ni dah comot sebab gasket top kena ganti dan kena gam, maklumlah dah hampir 180,000 KM. Jadi berminyak hitam begitulah. Myvi aku low profile, jadi dia tak kisah comot hitam. Dia macam dialog cerita Tamil Sivaji, si anak tanya maknya kenapa dia tak dilahirkan cerah putih, mak dia cakap nanti kalau kotor susah nak basuh. Jadi begitulah aku ajar Myvi aku, walau hitam comot, aku tak abaikan dia dengan servis berkualiti - haha macam riak saja.



Daun Pisang aku hodoh sikit sebab selalu tanggal, kalau kena tayar dan sagat tu jadilah begitu. Aku kena ganti kondensor DENSO dalam RM400 dengan waranty 1 Tahun sebab kondensor asalnya keluar cecair agak kehitaman. Takut sudah masuk minyak kotor dalam tu. 

Kalau korang nampak kondensor ni letaknya depan radiator yang ada kipas tu dan bersebelahan dengan enjin yang panas. Tengah-tengah ni kena letak span supaya haba enjin tak pergi sebelah kondensor. 

Macam aku cakap sebelum ni dalam entri terdahulu, piping sejuk aircond tu kena balut getah macam aircond di rumah sebab nak kurangkan gangguan haba. Nak tahu paip mana, masa hidupkan aircond tu ko sentuh-sentuhlah paip mana yang sejuk.



Ni Kondensor asalnya terpaksa aku tamatkan perkhidmatannya demi negara.


Ok sekian cerita aku di Bulan Ramadhan ni. Jarang orang boleh menulis entri pada Ramadhan, kira hebat juga keturunan aku. 

Total Siap Kena RM1600.00 semua kerja-kerja ini, jadi raya ni aku tak bagi duit raya, baju raya pun tak payah beli, dan aku gembira dengan perjalananku disejukkan oleh aircond ini. Kalau korang masih tak paham tentang aircond, jangan susah hati, ikut je apa jadual di atas ajar, lagipun orang lain yang buatkan dengan sedikit upah.

Nanti aku cerita ganti steereng rack pula ya.


Wednesday, April 12

MYVI AKU BUNYI MACAM BESI BERLAGA

"Assalamualaikum SE,sy pakai myvi 1.3 ada masalah bunyi mcm besi berlaga bila lalu jalan tak rata hanya bila Pusing stereng je.Sy dah cuba henjut bonet depan xde apa2 bunyi,leaking pn takde.pergi bengkel,pomen cakap mounting absorber,apa pendapat SE dengan masalah sy ni.sebab bunyi mcm besi berlaga tu cuma bila pusing stereng masa lalu jalan tak rata.kalau buat U Turn jalan tak rata lagi kuat bunyi nye.Terima kasih."


Susah benor nak kemaskini komen dalam blog ni samada network slow ke line filtering ke tak tahulah .

Wasalam kepada penanya soalan tu.

Kes saudara ni takda kaitan mounting absorber, saya dah check2 myvi cari masalah ni lama juga, last2 saya ingat lower arm.

Tapi tanya kawan2 Perodua suh check, dia sahkan ini masalah steereng rack. Rasa kalau kelentung besi dan bila lalu laluan tak rata, kita akan dengan mcm besi ketuk2 tok tok. Rata2 orang ingat drive shaft sebab simptom masalah dia hampir sama.

Selagi drive kita belum rasa steereng tarik2 kiri dan kanan, steereng rack tu masih boleh pakai lagi. Tapi kalau dah ada tanda2 tu, bahaya jika tidak diganti cepat. Biasa umur 10 Tahun dah ada tanda ni.

Kos ganti baru di Perodua dalam RM1600-RM1800

Orang kata mahal memang mahal tapi usia dia berkhidmat andaikan 10 Tahun, kos hanyalah  RM1600/120 Bulan = RM13.30 sahaja -- hehe saja bagi panas.


Monday, March 6

TANDA-TANDA MOTOR KIPAS RADIATOR MYVI NAK ROSAK

Assalamualaikum WBR

Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak rosak.

Motor kipas ni tandanya nak rosak apabila ia on ada bunyi, bila off takda bunyi. Memang begitulah keadaannya, yang aku nak point di sini adalah kipas radiator ni normal on dan off sebab tu kita akan dengar bunyi kuat sedikit dan RPM naik sedikit dalam selang 3/4 minit.

Kipas radiator ni normal on pada minit ke 20 ke atas jika kita panaskan enjin. Jadi aku cadangkan jika nak panaskan enjin kereta yang lama tersadai, pastikan enjin berfungsi panas sepenuhnya dan kipas radiator berpusing untuk sejukkan enjin. Masa ini water pump, radiator, hose radiator, thermostat semua berfungsilah dalam keadaan baik. Kalau kipas tak on juga dah lebih 30 minit, ada sesuatu yang tak kena pada alat-alat dalam perenggan ni.



Lagi baik apabila semua ini bekerja penuh, secara langsung alternator dan bateri dapat caj penuh. Bila panaskan enjin dalam keadaan 30 minit contohnya, fuel pump pun dapat bekerja dan indikator pelampung dalam tangki minyak juga bekerja. Jadi kalau setakat panaskan enjin kereta dalam 10 minit agak kurang berkesan.

Kenapa aku cadangkan 30 minit panaskan enjin? sebab minyak hitam, fuel filter, keladak minyak enjin semua berada pada dasar enjin dan minyak enjin yang tidak dipanaskan pada suhu tertentu, molekul ia tidak berfungsi sebagai pelindung enjin, hanya sekadar pelincir sahaja. Fuel Filter, Plug dan Air Filter ni adalah barang yang susah nak bersihkan apabila dah terlalu lama berkerak jadi kena ganti terutamnya kereta tersadai melebihi sebulan.


Kalau nak cari Motor kipas radiator, cari yang original dari Perodua

Yang tak dapat test apabila panaskan enjin dalam keadaan idle ni ialah sistem brek tak dapat diuji. Bagi kereta yang ditinggalkan lama melebihi 6 bulan, kesilapan utama adalah kerosakan pada tayar apabila beban kereta ditanggung oleh tayar. Elok letak kayu dan tayar tidak jejak lantai.

Kalau semasa panaskan enjin, enjin melahu-lahu pula kena tekan pedal minyak kerap, itu tandanya throttle body kena servis - ia tak rosak lagi.

Ok sekarang dah jauh tajuk ni, sebenarnya cerita kipas radiator sahaja ya.

Ni Motor Kipas Radiator Yang Perlu diganti.

50% Nak Rosak :

Apabila kipas radiator berbunyi, dia akan ada berdesing bingit sekejap-sekejap
Apabila on aircond, dia akan bingit berbunyi sekejap-sekejap
Masa ni boleh agak pakai dalam 3/4 bulan lagi jika nak berjimat

80% Nak Rosak : 

Apabila bunyi berdesing dan bingit melebihi 7 saat. Masa ni boleh pakai lagi tapi jangan sesekali tersangkut di jalan jammed, nescaya jahanam terus.

98% Nak Rosak :

Dah tentunya dia akan bising dan bingit setiap kali kipas radiator berpusing. Selepas itu dia akan senyap tidak berpusing lagi dan ketika anda on aircond, langsung TIADA SEJUK. Tu da 100% tak berpusing la. Tengok video atas tu kipas masih boleh berpusing lagi tapi bunyinya perit. Dalam sehari nak kong, tepat la kong dalam beberapa jam depan rumah kawan aku.

100% Rosak :

Kipas tidak berpusing walaupun enjin panas dan jika on aircond, hanya angin biasa yang keluar dari blower.

Masa ni boleh bawa kereta tapi pastikan jangan terlalu lama berhenti nanti TEMP kereta akan naik mendadak. Kalau drive jalan sahaja masih ok

Kesimpulannya ganti Motor kipas di Perodua dalam harga RM125-RM135 tidak termasuk upah. Bilah Kipas masih boleh digunakan semula.


Wednesday, April 20

SUIS FICD ( FAST IDLING CONTROL DEVICE) MYVI

1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA
2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN
3- 4 TUTORIAL TIPS SERVIS DAN MENJAGA PENYAMAN UDARA KERETA
4- FICD (FAST IDLING CONTROL DEVICE)


SUIS FICD ( FAST IDLING CONTROL DEVICE) MYVI

Pertama, aku nak cerita - aku bukan mekanik dan pandai tentang kereta. Aku belajar pun tak habis. Kalau salah tu, minta maaflah ya. Sebab aku risau sikit, bab-bab mekanik dan kereta ni banyak sangat orang bertanya.

Ok, yang ini adalah ada kaitan juga dengan Sistem Penghawa Dingin Kereta. Oleh kerana aku pakai Myvi, jadi aku lebih suka belajar model kereta aku sahaja. Asasnya kebanyakkan kenderaan bermotor pun gunakan komponen lebih kurang sahaja.

Ini dipanggil suis FICD (Fast Idling Control Device). Semua kereta ada FICD sebab alat ini fungsinya kawal RPM kereta dari drop sebab apabila kita on sahaja aircond, automatik RPM kereta drop dan enjin boleh mati jika tiada FICD. FICD ini ada sambungan ke kompressor.

Masalahnya apabila FICD rosak, enjin kita akan drop RPM sehinggakan enjin bergegar dan boleh sebabkan enjin mati tiba-tiba. Contoh kereta sekarang ada DOHC dan SOHC kan, jika on aicond, RPM enjin akan drop. 



THROTTLE BODY MYVI (DOHC semestinya)

DOHC dan SOHC ni ada alat/mekanisma yang kawal RPM enjin. Kalau ke DOHC (namanya stepper motor), kalau ke SOHC (aku lupa namanya nanti aku update). Mekanisma ni pada throttle body - kira fungsi kawal RPM juga. Kalau mekanisma ni elok, enjin kereta pun melahu elok dan tidak gegar-gegar atau mati. 

Biasa masalah jika dalam free gear dan on aircond, enjin akan tiba-tiba mati.

Selain nak tahu alat/mekanisma pada throttle body kereta kita elok , pagi-pagi kalau start enjin, RPM akan naik dan jika temperature normal, RPM akan perlahan-lahan turun. Enjin elok masa idle ini ada kait juga dengan plug dan kabel plug yang elok.

Tapi jika RPM enjin drop sahaja, sah ada kerosakan pada alat/mekanisma tersebut.

Wednesday, March 23

KOMPONEN ASAS PERODUA MYVI


Kedudukan Compressor Aircond Myvi 1.3 






Kompressor Myvi Jenama DENSO



Lower Arm Myvi


Mounting Engine Myvi 




Absorber/Top Mounting Myvi 




Starter Myvi 




Kotak Fius Myvi 





Diagram Kotak Fius Myvi





Alternator Myvi





Tuesday, March 8

OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA


OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA


SOALAN :
Penyejat yg duk bhgian mane bos??ada gmbr x??pastu cooling coil sybornh tukar, srrvis radiator da prnh 2 3 kali sblm ni..penyejat dan condenser tu adlh brg yg sama.ke??klau condenser ytu prnh tukar..ok,klau major servis ni apa servis yg pakar aircond ni bt biasenye??budget kasar brpa kalau bt major ni bos?

Cooling coil/penyejat/evaporator tu benda yang sama, dia dekat dashboard biasa kaki penumpang depan. Kalau gambarajah atas tu yang warna biru tu. Kalau gambarajah bawah tu merujuk C. Cooling Coil ni akan sejuk jika on aircond. Kawasan sejuk ni mudah perangkap kekotoran sebab basah, dan kalau sejuk sangat ia jadi air batu maka aircond pun stuck situ. Di kawasan ni ada filter. Jika ada daun kering, kertas basah di cermin depan, kena buang takut disedut sampai la masuk blower. Blower ni macam turbin berpusing2 tu untuk distribute udara sejuk.

Kalau tengok gambarajah atas ni, ada nampak sensor, ia untuk kekalkan suhu kekal sejuk seperti diperlukan. Sebab tu kita jangan paksa dia sejuk secepat boleh, kena sedang2 gitu dan maintain jek.

Kondensor tu kalau gambarajah atas, rujuk B, dan gambarajah bawah rujuk B juga. Sini ada kipas berhampiran radiator. Saya tidaklah mahir dan pakar kenal komponen dalam aircond semua kereta, tapi sekurangnya kita kena tahu asas operasi penyaman udara kereta pun dah kira ok sebab tak mungkin kita nak DIY aircond kereta.

Kalau major servis aircond, normalnya dia akan check sekali expansion valve, ada orang panggil piping. Sebab proses jadi udara sejuk ni bermula di kondensor sampailah ke blower, maka setiap proses itu penting. Hanya major servis je yang bukak dashboard, nampaklah semua komponen tu, adalah juga servis piping dan isi minyak kompressor tu. Anggaran harga kereta Perodua dalam RM250-RM300, kalau Proton hampir juga RM450. Tapi nak puashati baik ke servis center pengeluar kereta, alatan mereka lebih terperinci dan kemahiran khusus jenama kereta tu.




ikhsan gambar google.


Link Berkaitan  AIRCOND:

1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA
2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN
3- 4 TUTORIAL TIPS SERVIS DAN MENJAGA PENYAMAN UDARA KERETA


Thursday, February 25

MOUNTING ENGINE PERODUA KANCIL

 Rujukan
MOUNTING ENGINE PERODUA KANCIL

Assalamualaikum WBR

Ada pengunjung yang tanya harga mounting enjin Perodua Kancil, ni saya ambil dari lelong.my. Harga RM250.00 Free Shipping Made Thailand. Kualiti ok jugalah.

Kalau Mounting Absorber sepasang dalam RM80.00

Pastikan barang yang nak diganti memang sudah betul-betul rosak.

** ehh apasal aku da macam salesman plak :)

Friday, January 22

LAMPU BREK TIDAK MENYALA? LAMPU DALAM KERETA TIDAK MENYALA KETIKA PINTU DIBUKA? INI BARANGNYA.

LAMPU BREK TIDAK MENYALA? LAMPU DALAM KERETA TIDAK MENYALA KETIKA PINTU DIBUKA? INI BARANGNYA.

Hari ini kita cerita sparepart. Ini sparepart bagi Perodua. Namanya Switch Stop Lamp.

Fungsi suis ini adalah untuk/semasa kita tekan brek, secara automatik, lampu brek belakang (lampu sepasang dan lampu brek ketiga) akan menyala.

Selain itu suis ini berfungsi untuk kunci kesemua pintu secara automatik jika kita menekan pedal brek. Jadi tak perlu nak guna manual lagi selak kunci di pintu pemandu. Harga sebiji dalam RM11-RM12 sebiiji termasuk cukai GST. Hanya sebiji sahaja setiap kereta.



Ini pula adalah suis yang Perodua sebut Assy-Courtesy Lamp. Harga sebiji dalam RM10-RM11 termasuk cukai GST.

Suis ini dipasang di penjuru setiap pintu yang berfungsi untuk hidupkan lampu dalam kereta semasa pintu dibuka atau mematikan lampu ketika pintu ditutup. 

Suis ini lebih berkesan digantikan baru di kesemua 4 pintu dan tukar sekali suis seperti rajah di atas.

Kesemua suis ini jangka hayatnya 4-8 Tahun.

Tuesday, August 18

PENGGERA TIBA-TIBA BERBUNYI, ENJIN SEMPUT SEMASA GEAR RENDAH, LAMPU BREK TIDAK PADAM KETIKA BERGERAK



PENGGERA TIBA-TIBA BERBUNYI, ENJIN SEMPUT SEMASA GEAR RENDAH, LAMPU BREK TIDAK PADAM KETIKA BERGERAK

1. Saya Memandu Proton Saga yang dibeli pada 2009,  sejak kebelakangan ini, sistem penggera kereta kerap berbunyi tanpa sebab sehingga mencetuskan gangguan.

2. Saya pemilik Proton Wira 1.5 menggunakan karburator. Kereta saya seperti semput ketika menekan pedal minyak terutama dalam gear 1 dan gear 2.
 Ia juga kembali semput pada kelajuan 120KMJ. Enjin itu seperti tiada masalah selepas menukar palam pencucuh hampir 2 minggu sekali.
Pada waktu pagi atau ketika hujan, kereta sukar dihidupkan. Saya perlu memulas kunci enjin dan menekan pedal minyak serentak.

3. Apakah masalah yang berlaku pada lampu Brek Antikunci (ABS) atau brek tangan tidak terpadam apabila kereta mula bergerak?. Adakah ia berpunca masalah brek hadapan dan belakang yang perlu diperbaiki.

++Imej

Wednesday, July 29

OXYGEN SENSOR BERMASALAH-LAMPU DASHBOARD BERNYALA

OXYGEN SENSOR BERMASALAH - LAMPU DASHBOARD BERNYALA

Pernah lihat simbol ini ‪‎MENYALA‬ di dashboard meter kereta anda?
jom baca dan ketahui apakah maksud amaran ini.


Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah simbol amaran yang mana ECM/ECU (Engine Control Moduletelah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta anda. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku. Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu menyala?

Sensor oksigen (atau sensor lambda ) adalah alat elektronik yang mengukur kadar oksigen ( O2 ) dalam gas atau cecair yang dianalisis. Ia telah dibangunkan oleh syarikat Robert Bosch GmbH semasa tahun 1960-an di bawah pengawasan Dr. Günter Bauman.

Kenderaan sistem pancitan bahan bakar menggunakan oxygen sensor. Oksigen sensor terpasang sebelum catalytic converter biasanya disebut oksigen sensor No.1 sedangkan oksigen sensor yang terpasang setelah TWC (Three-Way Catalytic Converter) disebut oksigen sensor No.2.

Menurut kajian, oksigen sensor adalah penyebab utama lampu amaran check engine menyala. Penutup tangki minyak yang rosak juga adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu oksigen sensor?


Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Oksigen sensor akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit. 







Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran. Dengan penggunaan alat ini, bagi kereta model Myvi- boleh menjimatkan minyak dengan tambahan jarak sejauh 40KM hingga 60KM lagi. Usia alat ini dalam 100,000 KM dan perlu ditembak dengan angin atau gantian baru jika rosak. Contoh harga Oxygen Sensor di Lelong.

Tutorial di Youtube
Kisah Mekanik 1
Kisah Mekanik 2
Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak. Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. 


Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor. Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow. Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. Tiada rugi anda menukarnya kerana jika tidak diganti, anda akan kerugian dari segi penggunaan bahan api yang banyak. Sharekan post ini jika ianya membantu anda.



- Rujukan Facebook/Internet

Tuesday, July 14

ENJIN BERDENGUNG, KEKOTAK GEAR DAN KESAN LARIK CAKERA BREK

ENJIN BERDENGUNG, KEKOTAK GEAR DAN KESAN LARIK CAKERA BREK

1- Saya memandu Kenari Automatik, ketika menghadapi kesesakan jalan, seolah-olah kereta berdengung dari enjin. Apabila gear pada N barulah bunyi hilang dan meraung semula pada D. 

Jawapan : Masalah ini adalah disebabkan oleh pendakap enjin atau engine mounting .

2- Kerap terdengar kotak gear buatan Eropah terutamanya Peugeot dan Volvo sering rosak, tetapi jarang mendengar kepada kereta keluaran Jepun. Adakah bermakna kotak gear kereta keluaran Jepun lebih tahan berbanding kotak gear keluaran Eropah?

3- Saya mempunyai kereta kedua digunakan isteri dan kebelakangan ini jarang digunakan. selepas lama tidak digunakan, saya mendapati ketika membrek, stereng kereta turut bergegar. Selepas pemeriksaan saya dapati ia berpunca dari cakera brek yang berkarat dan tidak rata. Masalah ini tiada dalam tempoh jaminan kereta. Mekanik mencadangkan supaya kedua-dua cakera brek dilarik.

klik sini untuk besarkan saiz artikel


ABSORBER/TOP MOUNTING DAN ENGINE MOUNTING, DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI

ABSORBER/TOP MOUNTING DAN ENGINE MOUNTING, DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI



SE kongsi beberapa perkara yang menyebabkan kereta bergegar (kereta berusia, bukan digegarkan ya). Antara 2 benda yang biasa rosak dan haus ialah engin mounting dan absorber mounting (top mounting). 2 benda ini semakin lusuh jika pemanduan kereta kerap melalui jalan bergegar, tidak rata, hentakan dan gegaran kuat. Semakin kuat hentakan, semakin cepat lah kerosakan pada mounting. Bahagian depan kereta juga paling banyak melakukan fizikal pergerakan dan serapan hentakan, brek mengejut, pelangggaran dan lain-lain, makanya kerap kena berhati2lah bagi elakkan ia kerap rosak. 

Apa itu mounting? mounting ialah sistem gantungan. Jika rasa dashboard kereta semacam bergegar dan berbunyi, jack la kereta dan check 2 benda ini.


Top/Absorber mounting

Enjin mounting harganya lebih kurang 5 kali ganda dari top mounting. Anggarkan harga top mounting RM60-RM80 bagi jenama biasa. Ini contoh Top/Absorber Mounting bagi Perodua Myvi. Top Mounting ni agak sukar diganti dibahagian kanan kereta, jika upah orang, kena perhatikan betul2, jangan pula rosak drive shaft pulak..perghh. Jika drive shaft dah rosak, baca ni pula. 

Jika anda membeli absorber yang berkualiti, biasanya ia didatangkan dengan top mounting versi pillow ball mount yang boleh tahan juga harganya. benda top mounting ni atau pillow ball mount dipasangkan dengan absorber ke body kereta. Body kereta henjut2 tu pada absorber ni dan yang pegang absorber tu top mounting @ absorber mounting.

Pada pendapat SE, jika kita bangga ketahanan Toyota, Mazda, Honda ke, sebabnya kita sangat yakin hantar ke pusat servis mereka walaupun mahal tak berkira bagai. Begitu juga dengan Perodua, jika nak kualiti dan sanggup berbelanja yang tulin, itu kira berbaloi la ke Perodua Servis atau Proton Servis daripada bengkel biasa. 

Kawan SE adakalanya servis kereta (servis minor) Toyota Vios pun dah RM200-400, dia cakap ok lah puashati sangat berkualiti, tapi kereta kedua, vivanya dia hantar kedai servis biasa-biasa je-macam tak adil kan lepas tu kita nak komplen produk Malaysia kurang eloklah. Sedih sedara-sedara local product kan yang tutt servis mahal2 sayang giler. Mentang2 Vios banyak hutang lagi, dijaga bukan main baekkkk punya hehe.




Engine Mounting


Enjin mounting (anggaran model ni harga RM260-RM290 di pasaran, boleh cari di Mudah.my) ialah alat yang di cipta untuk memegang engine, yang mana mounting engine ini mempunyai getah untuk menampan sebarang hentakkan (gantungan). Lagi banyak hentakkan berlaku, lebih cepat jangka hayat sesebuah mounting engine ini kehausan.

Mounting engine jelas sudah rosak

Kereta anda enjin bergegar, berbunyi, dashboard bergegar kecil dan membuat kita memandu tak selesa, ini adalah di sebabkan getah enjin kereta anda sudah mula meragam, atau nama lain di panggil ‘engine mounting’

Harga pemasangan dan upah untuk menukarnya adalah mengikut kereta, dan mengikut c.c, untuk kereta nasional ada yg Rm400 hingga RM 1000 dan untuk kereta luar adalah Rm700 hingga 1500. 

Untuk kereta wira 1.5 ialah rm 400.00 (2014)
Jangka hayat sesebuah kereta untuk mounting engine ini ialah 7 tahun ke atas, Duration masa menukar nya di ambil dalam 2-3 jam sahaja.

2013-05-10 15.13.52


Mounting engine perbox 4 pieces
Tetapi selepas sahaja di tukar mounting ini, pergh,, amazing engine anda smoooth seperti kereta baru. dan kini anda sudah selesa kembali
mountings-on-a-longitudinal-engine_w400
Rujukan Sebahagian artikel daripada Sini

Friday, July 10

KLASIFIKASI API DALAM PEMBANGUNAN MINYAK ENJIN KENDERAAN PENUMPANG

KLASIFIKASI API DALAM PEMBANGUNAN MINYAK ENJIN KENDERAAN PENUMPANG

Assalamualaikum WBR, 


Ada beberapa pertanyaan berkenaan SAE dan API, Apakah SAE (Society of Automotive - yang menetapkan piawaian molekul minyak dan kemampuan alir pada suhu 100 darjah selsius dan -18 darjah selsius, contoh 5W30, 10W40) manakala API (American Petroleum InstitutePenggredan Kualiti Minyakdalam minyak pelincir kenderaan. API di atas adalah penggredan bagi enjin petrol.

Bagi memahami gred API minyak enjin yang kita gunakan sekarang adalah kategori API SM dan API SN (Rujuk gambar di atas). Berikut disenaraikan kategori API SM bagi minyak pelincir Petronas

Untuk memahami rajah di atas, sila klik ini dan ini

Sememangnya pemandu berpengalaman akan merasai bezanya gunakan minyak pelincir jenis SEMI  SYNTETIC & FULLY SYNTETIC. Ini dibuktikan jika pemanduan melebihi 2 Jam, kita akan rasai perbezaannya dari segi bunyi enjin dan kecekapannya. 

Kesimpulannya FULLY SYNTETIC lebih lasak dalam cuaca enjin ekstrim dan hayat lebih panjang hingga 10,000 KM. Jika harganya agak mahal, tapi jarak usianya mungkin boleh dipertimbangkan sebagai berkualiti dan menjimatkan. Dengan jarak 10,000KM, kemungkinan kita hanya menggantikan minyak enjin pada 8 atau 9 bulan akan datang!! . Jadi pertimbangkan minyak enjin mana yang sesuai dengan anda.

Wednesday, July 8

HOW YOU CAN SAVE ON YOUR INSURANCE IN 3 EASY WAYS


HOW YOU CAN SAVE ON YOUR INSURANCE IN 3 EASY WAYS


All Malaysians are very familiar with Non Claims Benefit (NCB) or Non Claims Discount (NCD) that can save up to 55% of the insurance. NCB is earned by driving carefully without accident over the years. But there are more ways to save on your insurance. Here are 3 easy ways you can save.

Way 1: Eliminate your “Loading”

Check your insurance contract. In your insurance contract you will have a line saying something like “Loading %”. If it is not 0, you can save money by switching Insurance companies.
Malaysia is a tariffed market, which means that insurance companies need to charge a minimum amount of money for your insurance. This is why a lot of people think it does not make sense to compare insurance companies, because all charge the same. This is wrong, because only the minimum price is regulated. Insurance companies are allowed to increase the price (Loading) for special cases like your car age or age of the driver.
This “Loading” can be up to 35% of the regular insurance price. Each company has their own rules. Overall however, you can say that the older the car the higher the loading. Drivers between 18-23 years of age are also loaded. So how can you save?
If you have a high loading, ask a few other companies for a price quote. It might turn out that some companies don’t put “Loading” for you. However, this depends on the person and the car you are driving. Give it a try. If you have an agent he can help you find the cheapest insurance.
If you are between 18-23 years old, you might want to ask someone older to buy insurance on your behalf. You can save up to 15% by doing so.

Way 2: Reduce your Sum insured

The Sum Insured is one key factor that determine how much insurance costs for your car. The more expensive the car, the higher the insurance cost. If you have bought your car with a loan, compare the “Sum Insured” with the outstanding amount of your car loan.
If it matches you are good. If it is higher than your car loan, you can save up to 20% on your insurance. Many insurance companies have started to increase this amount, so that they can charge you higher.
If you have bought your car fully in cash (lucky you), you can check on MyCarInfo the estimated value of your car. MyCarInfo has been started by Insurance Services Malaysia (ISM) to provide the insurance companies with the current value of cars.
You can find more about the service on Insurance Services Malaysia. They are independent and provide this service to the public for free. Look for a company that offers you insurance as close as possible to this value.
Insurance companies increase the sum insured especially on older cars, for example 3 years and older. I hear often that some agents support to increase the sum insured above the value of the car, because if the car is stolen you get more money back and can buy a nicer car.
However, you are the one loosing out, because it is actually a form of gambling. You are paying money (here the higher insurance cost) to have the chance of winning more money (here the car gets stolen and you get paid above the value of the car). Don’t use insurance to gamble. Buy a lottery ticket instead and save on insurance.

Way 3: Go direct or ask for discount (Jangan Rujuk Agen)

If you buy your car insurance directly from the branch counter instead of an agent, you can get immediately 10% discount on your insurance. Only 2 out of 10 policies are bought directly from the insurance companies. This means that a lot of people buy insurance through agents or through banks. This reflects the level of comfort that people have on buying insurance. For many Malaysian’s insurance is a complicated topic.
Also, there are a lot of good reasons to buy insurance from an agent. For example, they help you in selecting the right cover, getting the road tax or help you, when you have an accident. However, if you do not know your agent or if you have bought your insurance through a car dealer, you can buy direct or find an agent that you can trust will help you.
Especially, when you buy a new car and the car dealer is pushing to buy from them, you just follow along, because you do not want to loose other discounts that you might have gotten. But when it comes to renewal of your insurance policy, find an agent that you can trust or decide to buy direct. Most car dealers focus only on selling cars.
They are not insurance experts and will not help you when it comes to an accident or claim. If you are close to your agent, you can ask for a discount during renewal. The work required to renew is minimal and many are willing to reduce their fees. You should know though that under Malaysian rules (PIAM), agents are not supposed to give you any discount.
As you can see the 3 ways of saving more on your car insurance are pretty straightforward. On average you can save about 10-15% on your insurance, when you follow one way or the other.
Last but not least, cheaper insurance is not always better. Malaysia has over 30 car insurance companies and each claim to provide you the best service. iBanding.com, a new intelligence company in Malaysia, is conducting a research to find out who the best insurance company is in Malaysia. Participate in the survey and receive the report for free. You also get the chance to win nice prizes like an Apple Watch.




Featured Post

BELI TANAH GERAN INDIVIDU DAPAT 3 - 5 TAHUN AKAN DATANG