Kedai Buku Online

Tuesday, July 14

ABSORBER/TOP MOUNTING DAN ENGINE MOUNTING, DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI

ABSORBER/TOP MOUNTING DAN ENGINE MOUNTING, DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI



SE kongsi beberapa perkara yang menyebabkan kereta bergegar (kereta berusia, bukan digegarkan ya). Antara 2 benda yang biasa rosak dan haus ialah engin mounting dan absorber mounting (top mounting). 2 benda ini semakin lusuh jika pemanduan kereta kerap melalui jalan bergegar, tidak rata, hentakan dan gegaran kuat. Semakin kuat hentakan, semakin cepat lah kerosakan pada mounting. Bahagian depan kereta juga paling banyak melakukan fizikal pergerakan dan serapan hentakan, brek mengejut, pelangggaran dan lain-lain, makanya kerap kena berhati2lah bagi elakkan ia kerap rosak. 

Apa itu mounting? mounting ialah sistem gantungan. Jika rasa dashboard kereta semacam bergegar dan berbunyi, jack la kereta dan check 2 benda ini.


Top/Absorber mounting

Enjin mounting harganya lebih kurang 5 kali ganda dari top mounting. Anggarkan harga top mounting RM60-RM80 bagi jenama biasa. Ini contoh Top/Absorber Mounting bagi Perodua Myvi. Top Mounting ni agak sukar diganti dibahagian kanan kereta, jika upah orang, kena perhatikan betul2, jangan pula rosak drive shaft pulak..perghh. Jika drive shaft dah rosak, baca ni pula. 

Jika anda membeli absorber yang berkualiti, biasanya ia didatangkan dengan top mounting versi pillow ball mount yang boleh tahan juga harganya. benda top mounting ni atau pillow ball mount dipasangkan dengan absorber ke body kereta. Body kereta henjut2 tu pada absorber ni dan yang pegang absorber tu top mounting @ absorber mounting.

Pada pendapat SE, jika kita bangga ketahanan Toyota, Mazda, Honda ke, sebabnya kita sangat yakin hantar ke pusat servis mereka walaupun mahal tak berkira bagai. Begitu juga dengan Perodua, jika nak kualiti dan sanggup berbelanja yang tulin, itu kira berbaloi la ke Perodua Servis atau Proton Servis daripada bengkel biasa. 

Kawan SE adakalanya servis kereta (servis minor) Toyota Vios pun dah RM200-400, dia cakap ok lah puashati sangat berkualiti, tapi kereta kedua, vivanya dia hantar kedai servis biasa-biasa je-macam tak adil kan lepas tu kita nak komplen produk Malaysia kurang eloklah. Sedih sedara-sedara local product kan yang tutt servis mahal2 sayang giler. Mentang2 Vios banyak hutang lagi, dijaga bukan main baekkkk punya hehe.




Engine Mounting


Enjin mounting (anggaran model ni harga RM260-RM290 di pasaran, boleh cari di Mudah.my) ialah alat yang di cipta untuk memegang engine, yang mana mounting engine ini mempunyai getah untuk menampan sebarang hentakkan (gantungan). Lagi banyak hentakkan berlaku, lebih cepat jangka hayat sesebuah mounting engine ini kehausan.

Mounting engine jelas sudah rosak

Kereta anda enjin bergegar, berbunyi, dashboard bergegar kecil dan membuat kita memandu tak selesa, ini adalah di sebabkan getah enjin kereta anda sudah mula meragam, atau nama lain di panggil ‘engine mounting’

Harga pemasangan dan upah untuk menukarnya adalah mengikut kereta, dan mengikut c.c, untuk kereta nasional ada yg Rm400 hingga RM 1000 dan untuk kereta luar adalah Rm700 hingga 1500. 

Untuk kereta wira 1.5 ialah rm 400.00 (2014)
Jangka hayat sesebuah kereta untuk mounting engine ini ialah 7 tahun ke atas, Duration masa menukar nya di ambil dalam 2-3 jam sahaja.

2013-05-10 15.13.52


Mounting engine perbox 4 pieces
Tetapi selepas sahaja di tukar mounting ini, pergh,, amazing engine anda smoooth seperti kereta baru. dan kini anda sudah selesa kembali
mountings-on-a-longitudinal-engine_w400
Rujukan Sebahagian artikel daripada Sini
Share:

163 comments:

  1. kos RM263 termasuk upah untuk engine mounting oleh pero2.. boleh terangkan dengan details apa yg akan ditukar (tak tau apa2 ttg kereta..)

    ReplyDelete
  2. Kos RM263 termasuk upah untuk engine mounting?? - tu pertanyaan ke info survey2 harga saudara? Kalau details tu memang payah la. Tak sume kereta sama pakai. Janji ganti getah2 mount sahaja, Enjin attach pada body guna skrew je, nak absorb shaking tu dilapik pakai getah mount. Tanda2nya dashboard gegar kalau dah uzur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la saudara mencelah.. sy pengguna kete iswara.. dashboard sy sentiasa bergegar apabila keadaan jalan yg xberapa nak elok.. adakah mounting engine atau pon driveshaft.. tetapi apabila keadaan jalan belubang stering akan automatik bergerak mcm hentakan.. boleh x bg pendapat saudara? 0127394077 wasap

      Delete
    2. Khairul Fahme, sori lambat reply.

      Kena check Ball Joint Steering Rack. Ni biasa berlaku macam kita rasa ada benda tarik2.

      Ni mungkin jugalah andaian dashboard boleh gegar2

      1.Drive shaft DALAM yang telah haus(selalu ganti sebatang teruslah)
      2.Clutc plate yang hampir habis

      Test Clutch Plate :
      On Enjin,
      Tarik Hand Brake,
      Letak Gear 4 DAN Tekan Minyak. Jika enjin hidup juga, Clutch Plate tu dah nak habis perlu diganti

      3.Kena tengok absorber sudah keras ke,lower arm, mounting enjin pun ok tp kes awk ni mcm bukan mounting enjin.

      Delete
    3. sy nk tnya ye..klau ktika memandu..trasa membuai n time selekoh mcm mlayang..ape lrlu diganti ye?kereta persona thun 2008..

      Delete
  3. Berapa kos tukar absober dan enjin Mounting untuk matrix 1.6 ? Matrix tu dah berusia 9 thun lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta Hyundai Matrix sy tak pasti. Tye mekanik pun dia akan tengok berapa byk skrew, saiz enjin, dan ada kalanya enjin kena keluarkan jika ruang kerja sgt terhad. Tuan kena buat survey dahulu samada kos upah pasang barang sendiri atau kos penuh mounting enjin. Ada beza 2 soalan ni dan semua tmpt xkan sama kosnya.

      Delete
    2. Kos engine mounting Matrix 1.6 utk parts jenama Schmaco (buatan Malaysia) Rm318 dan upah pasang Rm150. Ada workshop yg caj Rm200 upah. Total Rm468. Berbaloi. Dah takde gegar mcm beli kereta baru.

      Delete
  4. Brapa hrga mounting untuk kereta proton pesona?

    ReplyDelete
  5. Cikgu , i baru tuka grensharp kiri , then da buat element , ballancing , chamber , dha tuka tulg anjing (sperti yg biase dibhsekan) enta ape lgi . Tp after 1week , krete i wira 1.5 terase bergegar kuad . Sye pgi kdai tyr nearby , dea ckp grensharp rosk kiri knan , tp grensharp kri yg sye tuka n knan sy xtuka . Ape pndpt cikgu ? Bytw spotrim sy ade begkok skit sblh driver , tp ble i tuka spare tire still gega jgak . Blh bg rujukn x psl prob i ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello anak murid, kalau kereta bergegar ni semasa memandu berapa tu, banyak juga punca ni, spotrem pun satu hal membebankan. belom lagi tengok tayar tu ada benjol ke. Sy biasa tengok kawan spotrem mahal, tayar cap ayam hehe.

      Tayar spare saiz sama ke? ni maksudkan drive shaft ke?

      tulang anjing ni sy tak pasti pula untuk elakkan gegar, dia macam pegang joint sahaja.

      Park kereta, cuba henjut2 bonet depan tu, ada bunyi2 ke, dan step seterusnya jack tayar dan cuba goyangkan tayar guna kaki atau tangan ke. tengok absorber tu ada leaking minyak ke, mounting absorber (buka bonet)tengok juga.

      Ada ke semasa drive tu gegar dashboard (mounting enjin kena ganti) ke gegar kereta (absorber/tayar/alignment/rem bengkok). Nak cari jenis gegar ni boleh try tips atas ni. jika tak jumpa juga, check kiri kanan body sebelah tayar kiri kanan depan tu. (jika pernah aksiden, side ni selalu dah tak kukuh)

      Delete
  6. Good info SE..tq

    ReplyDelete
  7. Tuan, Kalo untuk kereta kancil berapa ya??

    ReplyDelete
  8. Ni saya bg link mounting enjin dan mounting absorber kancil. Baik tuan kaji kerosakan btul2 dulu, jangan rugi ganti barang yang dah elok.

    SCHMACO Engine Mounting Kit Set For Perodua Kancil (Thailand) ni RM250 FREE SHIPPING di lelong.my
    http://www.lelong.com.my/schmaco-engine-mounting-kit-set-produa-kancil-thailand-bestcom2u-I2251751B-2007-01-Sale-I.htm


    ORIGINAL PERODUA MYVI/VIVA/KELISAKENARI/KANCIL ABSORBER MOUNTING RM80 sepasang di lelong.my
    http://www.lelong.com.my/original-perodua-myvi-viva-kelisakenari-kancil-absorber-mounting-wanautopart-161025415-2016-02-Sale-P.htm

    model kancil ni sama pulak ngan Myvi ek

    ReplyDelete
  9. Salam. Tumpang tanya. Engine mounting kelisa ni bnyak brand. Sy pun tak pasti mana yg elok. Nak mintak pandangan brand apa yang baik beserta harga. Sbb labor mahal. Alang2 elok la cri yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam

      Dulu sya rajin juga mencari brand2 luar ni. tapi senang ceritalah, saya rasa buat je di Perodua Servis sebab tools dan barang2 ye original, staf pun terlatih dengan skim bonus tahunan bagus punye, lagi pun kita dapat waranti, hantar je jika tak puashati. Harga barang dan labour charge pun lebih kurang, menunggu pun disediakn dalam air dan aircond lagi.

      Mounting enjin kereta original pun tahan lebih 15 tahun kan. Jangan ambil risiko, saya dah kena ulang-alik suruh mekanik tengok ada je masalah. Dah la dtg ambil masa kita, pastu mekanik buat sekejap kereta sana, sekejap kereta sini...oooo tak nak sy cicir enjin plak tengah jalan nanti...dah bebel pulak kan haha

      Delete
  10. Salam se,, kereta wira 1.5 sy bergegar dashbord apebila brek dan berhenti dlam gear d..bila neutral dan kereta bergerak gegar tu hilang,,adakah mounting enjin..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kena tengok enjin semasa dihidupkan, samada mounting enjin sebahagian/semuanya dah keras tu. Jika drive tutup tingkap, buka aircond pun susah juga nak kenalpasti.
      Kena tengok juga head enjin tu, jika kotor berminyak, kemungkinan bising dari enjin sebab enjin dah uzur. Mahu2 kena top overhaul pulak

      Delete
  11. Salam bosku..
    Kalau tayar kereta jadi tidak rata sebelah dalam (seperti berombak-ombak) punca dari apa tu?absorber @ mounting absorber?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam hehe.

      ok kalau dah jumpa hasilnya, kena periksa 2 benda ni,

      absorber ada minyak bocor ke (test tekan2 bumper depan itu bunyi keriuk2 ke).

      Test mounting ni kena jack tayar depan tu, goyangkan tayar dan tengok mounting tu haus sangat ke.Masa goyang tayar tu guna kaki ke tangan ke mana larat la.

      Da alignment tayar ke? ni tayar cari yang berjenama sikit, yang basic michelin ke, continental ke sbb tayar cap ayam ni, drive cermat2 pun benjol juga, kadang2 tayar cap ayam ni bunga elok, tapi merekah sebelah tepi, padahal takdalah langgar longkang sgt. Jangan langgar longkang dgn laju sebb dalam tayar ada dawai.

      Masa alignment tu, pindah silang tayar juga. buat balancing jika perlu. Masa buat balancing ni boleh nampak jelas struktur tayar.

      Delete
  12. Salam cikgu..ank murid nk tya..klisa auto..njin dh gegar..kalau tekan myk xgegar..bila bia gegar ngn dshboard skali..n time jalan bwk 80 ke atas je skali ngn pedal myk n pedal letak kaki pon gegar..smpi dh geli kaki kene gegaran dia...kompom mnting njin ke ye?.bp hrga mnting njn kelisa ye..t.q..salam..0193317440

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, nak baca pun gegar juga mata. Haha tulis la betul-betul sikit bro.
      Memang tanda asas mounting enjin dah tak berfungsi adalah gegaran pada dashboard. Harga tu tak pastilah bro, survey dulu market. Eloklah ganti, nanti cermin pandang belakang pun gugur sama.

      Delete
  13. Salam cikgu SE..sy nk tanye ttg masalah sy..sy baru sahaja menukar absorber baru utk myvi lg best 1st edition (tahun 2013) tp brand APM kalo xsilap,yg pastinya bukan yg ori..pomen tu ckp kualiti dia x jauh beza ngn ori..keadaan kreta sy agak sdikit slesa brbanding sbelom tp masih terasa hentakan kuat jika terlanggar lubang atau jln x rata. Jika mlalui bonggol sbagai cntoh dlm keadaan agak laju (dlm 20km/j) kreta sy ade mnghasilkan bunyi hentakan kuat d bhagian dpan.sy juga telah mnukar mounting ttapi masih x selesai..harap cikgu dpt tampil mmbantu.. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sy beranggapan awk tukar absorber lengkap dengan spring. Jika henjutan atau terasa membuai, kemungkinan spring terlalu tinggi dan absorber lembut

      tapi jika terasa hentakan tetapi tidak membuai kemungkinan spring lembut.spring membantu absorber menyerap hentakan serta merta. Jika orang potong spring untuk kestabilan di selekoh tetapi masalahnya ia gagal serap tekanan tinggi lubang dan bonggol. Ada orang pasang stopper di spring tetapi kita telah hadkan fungsi spring tu kepada guna lebih kurang 50% keseluruhan spring.
      Lebih elok gunakan absorber yang ada fungsi adjustable dan berkualti. Sy rasa absorber mahal siap dengan mounting, absorber sederhana mahal dijual berasingan dengan mounting.

      Manuver kereta ni banyak pengaruh dari tayar depan. Kendalian yang kurang selamat, gegaran ke, membuang ke, berat streng ke akan kurangkan kecekapan kereta. Absorber ni besar fungsinya pada kereta. jadi saya galakkkan melabur lebih sikit pada absorber

      Delete
  14. Salam tuan.. Sy nak bertanya,, sy ada masalah stereng kereta bergegar sebelum mulakan perjalanan.. Adakah ni ada kene mengena dgn masalah engine mounting??

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wasalam. Ni saya andaikan ketika buka aircond :

      Jika Enjin Kereta Injection, saya rasa masalah stepper motor. Stepper ni dkt throtle body.

      Kalau enjin jenis karburator, ni masalah FICD alat adjust RPM tu ada dah tulis dalam entri blog ni.

      Cara lain, jika gegar (dashboard/stering), kena check tuning enjin,tukar plug dan adjust distrubutor. RPM naikkan dalam 1000RPM

      Saya ni bukan mekanik, saya belajar gitu2 je dan tanya org, kalau hands on details tu memang sy bukan pakar.

      Saudara tulis tu "SEBELUM memulakan perjalanan", jadi sy andaikan enjin mounting ok le sbb SEMASA drive gegaran dah hilang.


      Delete
  15. ape tanda mounting gearbox rosk.sbb kerta saya bila parking xde gegarn.cuma bila kita jaln je gegr kuat.mounting engin saya dah tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bergetar itu dari shift cabel kena check atau ganti.

      Jika ada gegaran melibatkan mounting dan gearbox.
      Minyak gear memang kena tukar setiap 40,000KM.

      Tanda nak rosak tu
      - Susah masuk gear, mcm free kosong kdg2 pun ada.
      - Sentak kuat nak tukar gear, ni pada Auto kerap jadi
      - Gear dah tukar, tapi RPM kekal je macam takda apa2

      Minyak gear ni kalau saudara perasan bocor tu di lantai, kalau bukak ganti seal, upah sekali ganti clutch speed sebab sekali buat lagi jimat.

      Saudara dah check driveshaft- driveshaft ni ada inner dan outer. Sy ganti terus sebatang sebab ia direct ke gearbox, mungkin gegaran ni dari driveshaft yang haus.

      Ok, kalau ganti driveshaft, jangan tadah guna semula minyak gear tu,ganti minyak gearbox yg baru tau

      Delete
  16. Salam cikgu, nak tanya sikit kenap kereta senget belah kanan? Abs, spring standard. Belah kanan boleh masuk 2 jari belah kiri 4 jari. Baca post org lain kata sbb mouting absorber dah haus. Minta keterangan. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. sy bukan cikgu, mekanik pun bukan. Kalau nak sahih, awak kena jack tayar depan tu.

      kalu logiknya, memang spring tu dah kurang mampu tahan beban tu yang jadi 2 jari dari 4 jari tu.

      samada spring dah lembut, atau absorber gas dah bocor minyak leaking di absorber tu cuba suluh2.

      Mounting absorber tu seketul je(kiri kanan) macam joint getah keras, dia tak fleksi boleh panjang pendekkan spring. Jika rosak pun dia longgar gegar2 bunyi je

      Delete
  17. Assalamualaikum tuan, kereta saya saga magma, saya da tukar absober depan dan belakang, da tukar driveshaft, engine mounting, tayar 4 biji aligment dan balacing..masalahnya bila drive langgar lubang terasa hentakan kuat seperti pintu nak runtuh dan bila lalu liine kuning plak berlaku gegaran kuat..apa yg patut saya buat tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, biasa gegaran dtg dari mounting dan gearbox. Driveshaft fungsinya memindahkan tenaga dari enjin ke tayar. kalau masalah driveshaft haus ni selalunya rasa macam gear tak lekat.
      Apa saudara ganti tu dah memadai. Jadi masalah tu saudara rasa bukan dari enjin atau masalah kereta, hanya ketika langgar lubang dan bonggolan laluan kuning saje.

      Ini libatkan daya serapan yang tayar terima tak betul2 berfungsi sepenuhnya. Samada suspension tak bekerja atau gagal bekerja. Kalau keras, kita rasa macam melantun - lebih kurang pam tayar keras sgt.

      Steering rack yang lembut pun kita boleh kesan jika semasa drive dalam kelajuan perlahan- lepas tangan ia macam ke kiri atau kanan.

      Cuba henjut2 bahagian depan dan belakang kereta tu, ada bunyi pelik ke, check semula absorber tu pecah keluar minyak ke.
      Jika cara ni masih tidak berkesan, kena jack tayar tu, goyangkan tayar depan. Jika bearing tayar pecah, kita boleh dengar.

      Atau jika pernah masuk lubang besar - axle depan memang akan bengkok

      Delete
  18. Salam sy baru tkar engine mounting 1set =3pcs utk honda jazz rm850 termasuk upah...agak2 reasonable tak harga tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sy tak tahu harga standard model2 kereta, tapi biasanya 600-900 juga kos gantian engine mounting ni. Kira munasabah juga tu

      Delete
  19. Salam tuan.
    Saya punya masalah.
    Apabila saya bawa kereta, bila meter nak sampai 90km/j jer, stereng dah mula gegar. Satu hal, stereng saya selalu lari ke sebelah kiri walaupun dah allignment dgn tukar tayar baru. Apabila saya seorang memandu, tiada rasa nak lari ke kiri, bila ade penumpang, banyak betul larinya. Apa pendapat tuan? Konpius dah saya. Huhu

    ReplyDelete
  20. Wasalam.

    Adakah gegaran dtg dari enjin mungkin disebabkan kekurangan bahan pembakar iaitu nisbah minyak dan udara tak betul

    Ok kalau kat stereng ya,

    Mungkin ball joint steering rack sebelah kiri - benda ni rosak akan buat ia tarik roda ke kiri. Stering rack dah lembut kot

    Sori lambat jawab

    ReplyDelete
  21. kersoakan crank shaft blh jadi penyumbang bagi gegaran enjin ke?sb dah tukar engine mounting,absorber mounting ,dh check drive shaft ok.Masih gegar bila masuk gear (auto),foreman ckp crank shaft dh out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Apa yang awak ganti tu ada kalanya perlukan enjin hidup dan dipandu, ada juga sekadar hidupkan enjin sahaja.
      Bergegar enjin semata2 ke.

      Jika crank shaft dlm enjin tu, awak boleh lihat sendiri bila enjin dihidupkan, gegarannya kuat, letak 1 objek pun memang nmpk gegarnya dah dan bunyinya lain.

      Piston ring haus pun bising juga enjin, selain tu valve tidak dilaras betul, rocker arm rosak dan juga bearing crankshaft dan bearing connecting rod rosak/haus

      Masuk masuk gear jadi enjin bergegar, minyak gear dah kurang tu atau bocor di lantai. Jangan main2 minyak gear yang kurang ya.

      RPM enjin tu jika bawah 900rpm, enjin pun bergegar. kalau berlaku ni, ada masalah pada tuning dan throtle body


      Yang ni kena tengok kipas radiator, jika pusingnya tak sekata, memang gegarlah enjin tu. kipas ni pakai kerap, memang akan sampai masanya kena ganti

      Ni andaian yang sy terfikir la harap membantu

      Delete
  22. Salam,, saya ada masalah semasa nak panaskan kereta atau berhenti kat trafic light, engin bergegar tapi sekejap2 .. bila kita tekan pedal minyak sikit gegar tu akan hilang .. time sy dah start drive x de pulak bunyi bergegar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam , ada masalah pada RPM saudara ni rendah kot. Buat tuning enjin, tukar plug dan adjust distributor. Set RPM tu dalam anggaran 1000 RPM lah

      Delete
  23. Assalamualaikum tuan, bila sy drive kereta sy odyssey rb3 dan lalu kawasan yang tak rata tapi dalam kelajuan yang perlahan, akan ada gegaran dan bunyi pada dashboard, apa masalah sebenarnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sy rasa ada jawab soalan ni di atas. Kalau basicnya, bila ada sahaja laluan tak rata akan ada gegaran dashboard, bila lauan rata tiada gegarankan,
      Ni berkait dgn absorber tuan. Mpv oddy saiz agak besar dan kemungkinan kehausan pada absorber itu boleh jadi jg-gagal menyerap tekanan ketika memandu di laluan tidak rata

      Delete
  24. Salam..saya ada masalah .setiap kali saya break..ada rasa gegar ..kenapa yer . . Disk break baru je tukar .

    ReplyDelete
  25. Wsalam. Ni tanda2 keburukan apabila kita drive terlalu lama tak berhenti berehat. Kehausan komponen lebih cepat ketika panas melampau.

    1. biasanya piring disk ada gelong sebab terlalu panas, lama2 dia boleh gelong. kalau skimming akan membantu sementara sahaja,
    2. Caliper brake tu longgar, dia akan gegar bila kita brake, kdg2 tak brake bunyi mcm ketok2. Model Myvi ke?
    3. Jack tayar depan, test samada ada longgar di komponen antara tayar depan tu. Minta bantuan mekanik. Check juga absorber dan mounting samada dah haus.
    4. Ni boleh juga check walau takda kaitan, ada kalanya tayar awak benjol2 halus (ni pun masalah drive tanpa henti berjam2, struktur tayar semakin lemah atau kerap langgar longkang). semasa normal drive ia tidak rasa sgt, bila tekanan brake menekan tayar di jalan, baru kita rasa benjol ni. Buat balancing jika perlu. Kalau nak lasak, pakai tayar berjenama mahal sikit

    ReplyDelete
  26. Salam. Kereta savvy saya bergegar dan bunyi gesel di bwh enjin klu nak mula bgerak selepas masuk gear 1-2 & bila naik bukit. Bila da masuk gear 3 ke atas dan momentum krta da laju xda bunyi. Apa mslh tu tuan. Mounting ke atau ada pnybab yg lain. Tkasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Ini ada kaitan dengan PUMP CLUTH. Ada 2 pam di Pedal minyak dan di gearbox.

      Nak ganti mana satu tu saudara kena gi workshop tengokkan.
      Saya andaikan ni cluth pum gearbox ni.

      Mounting xda kaitan sebab benda ni berlaku masa accelerate awal2 sahaja kan.

      Delete
  27. Selamat malam..sy juga mengalami masalah yg sama..bila brek ada 2-3 bunyi boleh dengar dri dalam kereta..selalunya d sebelah kiri..adakah masalah datang dri engine mounting?? Belum pernah tukar dri loan dkat 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika semasa brake sahaja ada gerakan atau bunyi tertentu, ia dah tahap teruk juga ada ikatan yang dah longgar tu. Kena tengok juga sistem brake sebelah kiri terutamanya brake pam kiri tu.

      Enjin mounting ni dia hanya gegaran sahaja dan paling nyata dashboard bergegar semasa memandu.

      Delete
  28. Salam encik. Body triton sy senget sebelah kanan.(tempat pemandu). Beza Jarak 2 inci dr fender sebelah kiri. Apa masalah tu ya? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Saya akui tidak pernah lihat sistem suspension 4WD.
      Memang sebelah pemandu banyak guna bebanan dan kerosakan kerap berlaku di sebelah pemandu paling cepat pun driveshaft rosak.
      Cuba jack dan check bahagian suspension, axle, atau rim ataupun tayar tersebut.

      Delete
  29. As salam than.. Saya guna myvi lagi best 2012.. Setiap Kali saya melalui garisan kuning yg tebal, hentakan kereta sangat kuat n bunyi kuat. Adakah disebabkan tayar atau absorber bermasalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, samada anda telah pam tayar melebihi atau asorber kereta tidak berfungsi sepenuhnya.

      Tapi saya rasa tayar dipam terlalu keras, memang melantun2 semasa di garisan kuning.

      Delete
  30. Salam...
    Mounting enjin viva elita auto dlm RM900 tu mmg harga standard ke? Kalau xnak tukar lg agak2 merbahaya x dan efek apa2 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, isk2 saya tak dapat cerita tentang harga. Saudara kena pegang dulu fizikal mounting enjin tu baru dapat agak fungsinya. Ia macam getah tahan lasak menyokong antara enjin dan body kereta. Fungsinya enjin tu fix tak goyang2 dan xda gegaran serta menyelesakan pemandu dan penumpang semasa drive kereta.

      Saya belum dengar lagi enjin tanggal di jalan jika tak ganti barang2 ni. Tapi kalau rosak, gegar dashboard, enjin tu beroperasi kadang2 senget.. kan masalah lain pula datang

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan,
      Apakah kesan jika saya lmbt tukar engine mounting setelah dinasihatkan tukar oleh staff workshop...adakah engine itu akan jatuh?

      Delete
    3. Wasalam. Teknologi skrew skrg, memang dilapik getah sebab skrew yang pegang plat bergerak dan bergegar, lama2 dia akan terbukak sendiri. Sebab tu ada pakai washer, ada pakai getah.

      Macam teknologi keretapi sya lihat di youtube, skrew pengikat itu akan lama2 dia terbukak sendiri sebab gegaran.

      Masalah yang ketara kaalu enjin bergegar sgt semasa operasi, ia tidak elok, dan kesan pada sekitar komponen enjin juga begitu. Sedangkan bateri kereta jika terlalu bergegar akan pendekkan usia bateri itu belum lagi graviti yang tak seimbang lagi cepat bateri itu rosak.

      Jadi alasan sya yang munasabah, pastikan enjin beroperasi pada kedudukan darjah yang tepat, minimakan gegaran semasa operasi untuk keuntungan masa panjang.

      Enjin jatuh tu lambat juga la bergantung pada berapa biji skrew yang ikat enjin.

      Delete
  31. Salam tuan nak tanya sikit psal kereta proton iswara ni kalu kelajuan smpai 4000 RPM body kereta gegar muat smua mounting dah tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, jika saya tidak silap, iswara pakai karburator. Kena servis karburator sebab nisbah bahan bakar tidak seimbang apabila sampai julat nisbah gear tertentu

      Delete
  32. saya guna city 2007. masalah bila langgar bonggol ada bunyi kluk dibahagian kiri dan kanan di part enjin. mekenik kata absober mounting. saya dah tukar tapi tatap juga bunyi. apa sebab sebenarnye ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok drive shaft, sendi tulang anjing, lower arm, absorber bocor ke. kalau di part enjin tu- bunyi ada masa langgar bumper, semasa off kereta boleh test gunakan kayu sendal2 goyang sikit celah2 enjin cari mana loopholes tu. Tapi masalah ni mcm bukan di enjin, lebih pada masalah serapan tayar pada tekanan atas jalan.

      mouunting absorber tu test dgn jack tayar, akan nmpak ada ruang yang kosong di mounting tu..kalau tolak2 guna kaki boleh rasa mcm tayar tu tergantung longgar

      Delete
    2. Satu lagi caliper brake disk pun ya juga.

      Delete
  33. assalamualaikum
    masalah honda city idsi 2007 adalah enjin kuat bergegar ketika nak mula driving & reverse semasa aircond sedang on
    sekiranya aircond off gegar adalah kurang atau tidak ada lansung
    selain itu indicator temperature berkelip ketika kereta tidak jalan dan enjin sedang on
    keadaan berlaku jika enjin kereta sedang on dalam masa yang lama dan ketika dalam keadaan jalan yang sesak dimana kereta begerak perlahan/ slow
    saya telah hantar ke pusat service honda dan telah menukarkan spark plug & coil
    walau bagaimanapun keadaan kereta saya masih mengalami masalah yang sama
    kereta saya service on time dan minyak gear telah ditukar
    pada service yang terakhir bulan jun lepas telah menukar coolant
    apa masalah kepada enjin idsi tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sy bukan pemilik Honda dan mekanik. Sy hanya bagi pendapat yang bersesuaian je;
      Bila kita on aircond, serta merta RPM enjin akan naik sebab kompressor pun on. Bila kompressor ni on, timing enjin akan naik turun(RPM) dan enjin akan bergegar. Hal ni boleh jadikan enjin kereta mati tiba2. Fungsi ini boleh juga sebab komponen FICD anda tak berfungsi(ini jika RPM jadi rendah).

      Satu lagi sebab throttle body(jika RPM jadi tinggi). Samada kena tukar kit throttle body yg baru kena check mekanik. Boleh juga check fius aircond samada wayar putus atau tidak.
      On sahaja Aircond terus berkaitrapat dengan alternator dan bateri. Pastikan set RPM jangan rendah dan jangan tinggi -1000RPM ok la.

      Bila enjin on, dan bergerak, suhu enjin tu disejukkan oleh angin dalam perjalanan masuk ke dalam kawasan enjin, jadi suhu temperature tidak naik tinggi.
      Tetapi apabila di lampu isyarat, penyejukan enjin oleh kipas radiator tu gagal, maka automatik temperature naik. Normalnya kipas radiator ni auto on off semasa kita memandu. Hah gitulah ceritanya - kipas radiator anda tak bekerja sepatutnya

      Delete
  34. Salam cikgu..Anak murid minta bertanya..Adjustable hi lo soft hard/body shift tu bila beli mmg ada pillow ball tu ke?.Boleh beli asing ke benda tu?.Kalau adjustable takde pillow ball camne pula citer dia?.Lagi satu nak tanya,aper tu 'click spring'?.Camne cara nak adjust dia?.Maaf byk bertanya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. alamak saya ni pun macam korang juga ada masa minat barang kereta ada masa minat tengok je.
      Benda yang kamu tanya tu nak jawab ya atau tidak pun payah juga. Yang sy nampak benda2 tu ada bersama kalau beli model yang mahal2, kalau beli murah, dia optional sahaja... tapi belek2 nampak la bezanya kenapa dijual mahal-beza banyak bro.

      Delete
  35. Salam Cikgu SE, Proton Persona Auto saya sudah 7 tahun pakai. Takde apa masalah. Berbaloi beli. Cuma baru-baru ni dashboard & bonet depan termasuk bahagian kabin bergegar dalam gear N. Bila tekan minyak atau semasa kenderaan bergerak tiada gegaran. Adakah itu berpunca dari Engine Mounting. Dan apa kesan pada kenderaan jika lambat baikinya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum tuan, kereta saya perodua viva auto, masalah saya , bila saya tekan minyak kereta akan bergegar macam tayar takde angin, tapi bila kita lepaskn minyak dia tak gegar dah. Saya memang baru lagi memandu, hati risau je bil bawak ada gegaran macam tu, mohon pencerahan pihak tuan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, awak maksud tekan pedal minyak ke? Gear Neutral ke? Masuk gear ke? Cuba tengok tuning enjin RPM tinggi ke rendah sebab tinggi dan rendah pun ada simptomnya nisbah minyak tu. Plug dah ganti baru ke.
      Enjin 1000cc memang kalau diamati betul2 memang macam bergegar sikit cuma takdalah boleh diukur dgn angin tayar tu.

      Delete
  37. Salam. Saya ada bertanya harga servis untuk mounting engine myvi dkt 1 kedai ni. Dkt Rm 1000 lbh. Mahal jugak. entah betul atau x tu kurang pastila...

    ReplyDelete
  38. Saudara SE... Saya baru pakai 3tahun kereta. Dah tukar engine mounting... kata 7 tahun???? Kenapa ya?

    ReplyDelete
  39. Wasalam. Saya pun dah dekat 10 Tahun tiada masalah apa2 lagi. 7 Tahun? ada yang sampai 15 tahun pun ok lagi. Pernah aksiden ke?

    ReplyDelete
  40. As salam tuan...nak tanya, sy ada tukar 2 tayar di hadapan sahaja tanpa ada buat balancing,dlm selang 3, 4 bulan baru buat balancing, smpaikan 3 kali balancing stering masih bergegar apabila sy tekan minyak smpai 140...apakah puncanya tuan..jenis kereta saga fl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. adakah tayar benjol2? atau tayar sudah expired? adakah pakai spotrem? Kena juga pakai center con rings sebab saya pernah alami gegaran apabila menggunakan spotrem.

      Delete
  41. Myvi sy timing chain rosak dan enjin berbunyi.. Adakah lebih baik tukar enjin atau repair sahaja... Boleh tahu kos semasa jika tukar enjin dan tepair sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganti timing chain sahaja. Saya pernah tanya SC dalam RM1300.00

      Delete
  42. Absorber belakang sy dh tukar guna spring standard tp Teresa hentikan ke body bila naik ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal standard myvi memang gtu, kalau naik 3 orang dewasa pun lampu depan dah mendongak tinggi mcm lori

      Delete
  43. Assalamualaikum abg se.. tumpang bertanye..baru2 ni kete ade mcm gegar sket bila msk gear 2 (kete auto)..gegar tu kejap je, bila rpm dr1500 nk ke 2000..itupun lau tekan myk biase2 la. Lau xnk bg die gegar tekan myk byk. Yela kite lau bole nk drive tu mcm biase je la kan, nk2 kalau kat trafic lite ke. Sy dh tuka spark plug, bersihlan throtle body (aih, tatau eja), tuka fuel filter, tuka myk itam, air filter, oil filter.byk gak fulus abes huhuhu...so nk tny pndpt abg se pulak la asenye. Mekanik sy pun mmg dok garu pale nk cari jwpn. Smlm tggu die 6 jam, tp x jumpa pape..labor charge tetap jalan sbb die wat keje kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      Jika baca betul2, masa gear kedua, RPM dalam 1500-2000RPM?. Masa ni aircond on ke off.

      Nisbah masuk ratio gear tu masih dalam gear 1 sebenarnya, memanglah jika gear 1 belum cukup nisbahnya, jika masuk gear 2, jadilah gegar.

      Ni cerita gear manual.

      Ok jika gear auto cuba adjust distributor supaya RPM dalam 1000 semasa idle. Minyak gear yang berkaitan gear tu dah ganti belum?..Shift Cable boleh tukar jika rasa ada getaran/berdengung.

      Delete
  44. Salam, Sy pengguna Produa viva 1.0 manual. Sy sdh menukar ketiga2 mounting enjin & oksober mounting, tetapi steering Sy mc bergegar semasa kereta berada dlm keadaan idle, jika Sy mati kan aircond gegaran ada kurang sedikit, mohon tuan boleh memberi sedikit nasihat

    Tq

    ReplyDelete
  45. salam tuan tanah. mohon pandangan tuan tanah yg kacak lg bergaya. saya pakai wira aeroback 1.3. msalah sy steering tarik ke kiri / sentap2. gelong mcm sportrim bengkok pn ada.. tp yg musykil nya benda ni jadi kadang2. yg saya perasan rasanya bila turun bukit kot. nak suruh pomen test kereta saya pn susah sbb benda ni jadi kadang2..mohon penjelasan tuan tanah yg kacak lg bergaya.. yg saya dah kompom skrng ni driveshaft saya mmg dah bunyi2 kiri dan kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. adakah sebab brek kiri mencengkam lebih?(brake housing). Benda ni bole bt steering meliar jg.

      Driveshaft jgn ambik ringan. benda ni memindahkan tenaga dari gear box ke tayar. jika saudara bt lengah, boleh tanggal driveshaft tu dan boleh jangkit gear box.Nak ganti gear box pula ke..Gearbox ni sensitif pada gegaran contohnya brake tayar bergegar sbb brake disk gelong maka gearbox pun bergegar. Kalau mounting enjin bergegar pun sama kena pada gearbox.

      Sy andaikan driveshaft saudara dah rosak dan bearing tu dah haus tu yang mcm rasa terlepas gear tu (nk ckp camner ek dia mcm gigi driveshaft tu dah loose nak berpusing2)

      So cpt ganti driveshaft tu

      Delete
  46. Assalamualaikum abg se,nak tanye masalah enjin kancil auto..nape enjin bergegar bila gear dlm kedudukan D dan masa yg sama kenderaan berhenti,bila tukar ke N enjin normal semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ni saya bagi kemungkinan masalah ni

      Biasa jika masuk gear D ia macam taknak bergerak, pastu gear R macam menendang kuat ni kena tukar speed sensor gearbox dan tukar minyak gear dan autofilter, periksa juga bocor minyak gear jika ada.

      Jika lampu D berkelip2, sensor gear kena check

      Jika masuk gear D enjin mati, crankshaft sensor perlu check

      Jika masuk gear D lambat nak bergerak, kena check shift solenoid

      Jika masuk gear D , dan bergerak tetapi kereta rasa berat dan kadangkala enjin boleh mati, ni kena check Accelerator Pedal Position Sensor

      Ok semoga membantu

      Delete
  47. NurSabrinaMZ12/9/16 11:25 PM

    Assalam. Abg se, sy nk tanya. Sy bru dpt bli kreta kanncil secondhand,auto. Kreta tu ble brhnti, bergegar kuat sgt smpy trpksa tutup aircond bru ok ckit. Klo mcmtu kne gnti engine mounting ke? Range hrga lingkungan bpe ye? Trima ksih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, normalnya kalau on aircond, RPM kereta down dan enjin bole mati-nampak kan saudara off baru enjin senyap. Benda yang adjust RPM ni FICD. Dalam blog ni ada cerita benda ni.

      Delete
  48. Salam nak tanya. Sy dah tukar absorber dgn lower arm belah depan . Tapi bila lalu bumper masih bunyi eekk okkk. Ape lagi kebarangkalian yg perlu tgk yee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. blog sy ni masalah susah benar nak cari komen.
      Rasanya tak perlu drive cari bonggol. masa park tu try2 ler tekan bumper bonet depan tu kiri dan kanan, cari mana yang bunyi.

      Pastu da tahu side mana, check sambungan absorber, lower arm, tulang anjing tu samada dah lusuh, rosak, bunyi besi berlaga ke. Mounting absorber pun check juga.

      Kalau nak try2, cuba minyak mesin jahit tu bubuh di joint(jangan bubuh semua joint nanti susah nak cari punca) yang rasa datangnya bunyi tu

      Delete
  49. Salam, tumpang tny...kereta kelisa sy bergegar bile gear P atau N dan lg agresif bergegar bile masok gear reverse...kalau tgh drive baru tak rase gegar sgt...adakah sbb engine mounting dan berape yer anggatan kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      cuba rujuk link ini

      https://4.bp.blogspot.com/-fOTgHrRTEjk/VaTBIs0OPKI/AAAAAAAADxo/b_lGajXRUfg/s1600/mekanik_brek_cakera.jpg

      Delete
  50. Salam bro se, tumpang tny sbb perodua kelisa sy bergegar dashboard bila dlm keadaan gear P atau N dan lg agresif bile sedang dlm keadaan gear reverse, bile tgh drive baru dah takde gegar, agak2 sbb engine mounting ker dan berape yer anggaran kos, thx :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. RPM meter berpusing2 ke. Ni ada kaitan enjin RPM, selalu crankshaft sensor-orang panggil knock sensor

      Delete
  51. RPM meter tak berpusing pon normal jer bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes sy pernah jumpa, saya tak pasti Kelisa camner.
      - Gen2 Auto bila gear N ada bunyi enjin ketuk2 duk2/pada gear D lampu gear N berkelip2 - yang ni sebab sensor crankshaft dan speed sensor gearbox

      - Masuk gear reverse bunyi jerking kuat - minyak gear kurang atau terlebih, suis reverse rosak, suis autofilter rosak dan ganti minyak gear baru.

      - kalau drive 4000-5000rpm, pedal minyak bergetar, tu tandanya mounting lusuh

      kos seluruh lebih kurang RM400-RM450 spt tukar minyak gear dan autofilter/bersihkan ruang dalam, tukar mounting gearbox depan dan belakang dan tukar seal.

      Mounting Gearbox ada 1 depan dan 1 belakang
      Mounting Enjin ada 1 kiri dan 1 kanan

      Delete
  52. Assalamualaikum tuan ..nk tny sy pkai vios 7 thun dh...
    1) bila speed 100 km/h keatas dashboard,stereng sampi pnumpang blakang terasa bergegar...apa kmungkinan masalah ye
    2) tayar blakang belah kiri bila laju ataw langgar jalan tak rata akan.mengeluarkan bunyi ceet ceet atw bunyi tikus...apa sbbnye jgk ye.
    Terima kasih tuan banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      1- Kemungkinan yang ada kita kecilkan dulu pada subjek penumpang belakang yang lebih rasa - jadi benda yang berpusing ni 2 roda di belakang.

      2- Apabila pusingan roda semakin laju, bearing akan memudahkan tayar berpusing tapi jika bearing rosak/ rim bengkok, tayar bengkak akan beri kesan pada keselesaan dan berbunyi

      Masalah besar adalah dari rim samada bengkok, tukar bearing, tie rod end ganti dan check sistem suspension samada dah keras atau terlalu lembut atau bocor.

      Jika pakai spotrem, pastikan ada center cone sbb benda ini akan ikat skrew lebih firm.

      Jika rem dah kompem masalah, elok saudara stanby skrew lebih KEMUNGKINAN Skrew/Nat Spotrem akan PATAH boleh berlaku semasa membukanya. Saya pernah alaminya dan mencari nat spotrem ni bukan boleh beli sebiji jika rare..harga pun kena luarbiasa biasalah masa kecemasan, barang yang seringgit boleh jadi sepuluh ringgit.

      Delete
  53. Salam.sy pkai honda city 2014. Bila masuk gear D ada bunyi. Kalau masuk N atau P senyap. Kenapa tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam saya bukan mekanik, kereta saya pun biasa2 sahaja. Kalau nak mahir Honda tu tak ler, tapi saya bagi kemungkinan simptom sahaja.

      Biasa jika masuk gear D ia macam taknak bergerak, pastu gear R macam menendang kuat ni kena tukar speed sensor gearbox dan tukar minyak gear dan autofilter, periksa juga bocor minyak gear jika ada.

      Jika lampu D berkelip2, sensor gear kena check

      Jika masuk gear D enjin mati, crankshaft sensor perlu check

      Jika masuk gear D lambat nak bergerak, kena check shift solenoid

      Jika masuk gear D , dan bergerak tetapi kereta rasa berat dan kadangkala enjin boleh mati, ni kena check Accelerator Pedal Position Sensor

      Ok semoga membantu

      Delete
  54. Assalam. nak tanya. sy menggunakan iswara 1.3 tahun 1998. masalah sy dah tukar absorber depan belakang tp bila langgar bumping akan ada bunyi krek2 di bahagian blkang. adakah itu masalah bush?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kereta dan habis bayar ni orang kata dah jimat duit bulanan bayar tapi kena simpan juga 50% dari bayaran bulanan untuk repair2.

      Kemungkinan bush sudah mengeras dan besi bergesel semasa menerima tekanan.

      Boleh try dulu dengan minyak pelincir mesin jahit tu bubuh di bush yang rasa ada bunyi tu, kalau dah takda bunyi tu, kumpul2 duit la nak gantinya. Bush ni nampak je kecil takda fungsi, tapi nanti alignment tayar lari(tayar haus sebelah) dan tekanan absorber tak seimbang lama2 rosakkan lain pula

      Delete
  55. Salam,

    Saya nk tnya something. Myvi saya bru lps skim disc brake and tukar new both front tyre and after that bila lalu jln xrata dia akan bunyi kuat and bunyi tu akan reda skit if saya tekan break. and the worst bunyi tu kuat smp dengar dari luar. Adakah ia berkait dgn absorber mounting or enjin mounting? or absorber?

    Thanks for review this :) *lack of knowledge about car che gu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ni keburukan jika awak drive masa yang panjang beratus KM tanpa henti, brake disc akan gelong sebab kepanasan melampau. Boleh dielakkan dgn tukar saiz disc besar dan design disc yang mampu buang haba lebih cepat. Tapi nak senang standard lah lebihkan rehat dalam perjalanan.

      Bila drive dia bising, bila brake dia senyap, ni masalah caliper brake samada longgar, loose. cari saiz lebih besar. Mekanik tahu sebb ni biasa berlaku pada myvi

      Delete
  56. Salam, kereta saya satria neo tahun 2006, ketika saya lalu kawasan berbatu, saya terasa macam eksober saya keras...
    adakah punca eksober saya perlu ditukar/mounting ke..atau ape-ape?
    Bolehkah eksober kita dibaiki atau diservis sekiranya rosak..?
    Sebab ade kedai yang menyediakan khidmat ini..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  57. Salam. Nak tanya. Kereta nissan sentra manual saya ada masalah sebegini. Bila saya berhenti, enjinnya senyap aje.Jikalau kereta saya berjalan,ia kadang-kala akan mengeluarkan bunyi halus macam ketukan besi longgar,terutama sekali bila tukar gear dan tekan minyak. kalau lepas pedal minyak, bunyi terus hilang . Prestasi enjin masih baik sama dengan sebelum ini. Adakah ini masalah enjin mounting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, saya bukan mahir mekanik ni, tapi saya hanya bantu senaraikan kemungkinan sahaja

      1- minyak enjin kurang samada bocor/leaking
      2- minyak gear kurang, check lantai selepas parking kereta.
      3- Periksa enjin mounting dan juga gear mounting
      4- Check Sensor MAP/MAF (Manifold Absolute Pressure)- Sensor ni tarik/tapis angin untuk pembakaran lalu ke throttle body, jika sensor ni rosak jadi enjin kasar semasa tekan pedal minyak dan juga semasa idle
      5- Throtle Position Sensor ni dekat2 throtle body. Saya bagi cth 2 jenis sensor ni sebab ia berkait rapat dgn tekan pedal minyak untuk pembakaran petrol dan udara.
      6- buat elektronik scanning enjin lagi baik sbb detect terus masalah.

      Delete
  58. Slm..kereta wira tekan miyk rpm 0.. enjin gegar..body gegar..knp ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, RPM kalau bawah 1 memang enjin lintang pukang nak mati atau mungkin

      Sensor APPS (Accelerator Pedal Position Sensor) yang naikan RPM dah rosak tu. Kalau motor, pedal minyak dia pakai kabel, kereta pakai sensor ni.
      Sensor ni communicate dengan ECU, tak boleh repair2

      Delete
  59. Assalamualaikum tuan. Sy ingin bertanya jika kereta saya bila berjalan atas jalan yg landai tiada gegaran tetapi bila saya naik kawasan berbukit highway dalam keadaan laju akan rasa gegar pada stereng dgn dashboard tp semasa turun tiada plak gegaran tersebut.sedikit gegaran kadang2 boleh rasa jika bawa laju melebihi 90 ke 100 atas jalan yang landai juga tp tak sekuat semasa.naik bukit.apa sebab ya tuan? Saya bawa ke pomen dia cakap driveshaft masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      satu, pindahan tenaga dari gearbox ke roda semakin haus, ini boleh jadi drive shaft sebelah inner join dah loose.

      dua, pindahan tenaga pembakaran apabila ditekan pedal minyak, plug gagal membakar nisbah petrol dan udara. Kemungkinan plug ada tak hidup samada sebab kabel pencucuh atau plug itu sendiri.

      tiga, clutch speed nisbah gear rendah dah haus. Ni mat kereta kadang2 kerap buat - gear rendah nak berlumba cucuk2 tu.

      Delete
  60. ptut la nick name senang eja..komen pun sebarang je nk tulis...ntah hape2..bca pn pning..papepn,tq

    ReplyDelete
  61. salam...saya dr indo mau tanya kedai yg jual sparepart myvi yg terdekat dengan kl sentral dimana yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sy kurang arif bengkel2 kl ni. Area klang, shah alam, kajang byk bengkel.

      Delete
  62. Assalamualaikum tuan. Sy ada satu masalah utk dikongsi. Viva auto.. Gegaran engin kuat bila kete baru nak jalan.. Jadi cuma bila kita tekan minyak dia akan bergetar..xpi.bila kita lepas.. Dia senyap balik.. Dashbord n stereng tak getar sgt.. Cuma rasa sgt getaran mmg dri dalam bonet dpn.. Dh buntu.. Mungkinkah sbb mounting? Driveshaft? Minyak gearbox? Atau ada pendapat lain.. Cuma jadi bila tekan minyak.. Trima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Sy simpulkan masalah awak bermula pada kemasukan gear - operasi gear dan bergerak apabila tekan pedal minyak.
      Mounting gearbox, dirveshaft dan minyak gear ada kaitan kena periksa. Kadang2 tiba berlaku sebab minyak gear bocor di bawah tu.

      Delete
  63. Cikgu, nak tanya ni, kalau start kereta terus enjin gegar macam mana pulak tu? Lepastu lampu yg simbol enjin tu menyala dan blinking. Dari start pun gegar,masa bawak pun gegar jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjin gegar ada kaitan proses enjin tu sendiri. Tapi jgn silap jika berbunyi pelik tu adalah operasi melibatkan belting dan pulley.
      ok benda yang bergegar, tidak terletak pada graviti betul dan tak elok pada kereta adalah spt -

      enjin gegar
      kedudukan bateri tak seimbang
      kotak gear gegar

      bila tak seimbang atau pegangan enjin pada body longgar, pembakaran pergerakan piston juga terganggu. Kita pun tahu minyak enjin dalam tu jd tidak sekata untuk keperluan enjin. Check isipadu minyak enjin dan juga getah mounting enjin.

      Delete
  64. Sy guna kete proton tahun 2005 manual 1.3-minyak hitam kerap berkurangan & enjin x bape pickup,pernah sekali tu naik bukit menuju terowong utara/selatan bergegar enjin dan dah 12 tahun guna kete ni,servis on time la..lg satu clucthplate nak tahu dah haus cam mana tuan...

    Bole tuan email pd saya ayaniay3@gmail.com
    TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presure piston kereta anda ni dah uzur gtu, Lepas tu masa pembakaran piston tu memang dah tak mampat, kena buat top overhaul ni. Minyak enjin pun dah terbakar juga tu kemungkinan dah masuk dlm piston juga.
      Tengok2 lah enjin tu kalau dah comot sangat berminyak tu memang la dah nak minta RM hehe.
      Cerita cluthplate tu nanti sy buat entri baru. Ok la cerita sikit sini.

      Clutch plate yang dah habis, anda tekan gear laju mana pun dia pergi 50-80KMj je. Jangan la dipaksa kereta tu dah la 12 tahun pakai, ganti la baru.
      Jangan dia merajuk patah plate dalam gearbox tu kan gearbox kena tuka isk3.

      top overhaul dan ganti clutchplate, pakai le 10 tahun lagi :)

      Delete
  65. salam tuan, nk tnya sikit. macam ni tuan, saya pakai kereta myvi lama. baru 2 hari lepas tukar lower arm kiri kanan, bearing depan sebelah kanan pun tuka, absorber mounting kiri & kanan pun tukar sekali. masalah nya sekarang, masa kereta jalan laju tu kalau tekan break kreta nk berhenti ada bunyi "tek , "tek ,kadang2 bunyi tu kuat, kadang2 bunyi tu perlahan. kalau kereta baru nak jalan pun ada bunyi juga mcm tu. kalau begitu apa masalah tu ya? adakah drive shaft atau pun mounting engine rosak atau pun berkaitan dgn parts2 yg saya baru tukar ya? dan lagi 1, kereta sy klu tekan race dekat2 RPM dua engine sy kuat rasa gegar. lepas ja RPM dua tu terus hilang gegar engine. mohon pencerahan dr yg pakar. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, ntah kenapa nak jawab soalan kamu ni asik error je.
      Ok jadi dah tukar :
      Lower Arm Sepasang
      Bearing Sepasang
      Absorber Mounting Sepasang

      Masalah Utama :
      Bila laju, masa brek ada bunyi tek2 mungkin dari lower arm sebab kes sy dulu benda ni paling dekat dgn brek. Mounting absorber, kamu tekan2 bonet depan tu bagi henjut, dia ada bunyi ke tak, mounting enjin ni tengok getah dan tekan2 je dah tahu dia elok ke tak. Kalu masalah bearing dia macam berdesing bergerincing gitu.
      Driveshaft dan lower arm ni kalau nak tahu dah rosak, cuba cari macam bonggol jalan tu, bawa perlahan dan belok semasa diatas bonggol, JIka ada masalah, dia akan berbunyi krekk, atau ketuk2

      Masalah Lagi Satu - RPM tu:
      Cuba rasa tangan tu Pegang Enjin semasa idle, rasa gegaran yer macam mana, Tengok suluh mounting enjin bergegar macam mana kiri kanan tu. Mula2 dulu sy tengok mounting enjin viva memang kelakar juga sebab dia bergoyang2 kuat, bila rujuk balik, memang design dia gitu tapi enjin firm maintain cool gitu.Mounting enjin yang lusuh memang nampak ketara enjin tu gegar.

      Delete
  66. Assalam.
    Nak tanya sy guna myvi auto 1.3 auto.
    Saya dah tukar absorber depan.lower arm. Masalah nyer bila brek n berhenti kan kereta.. dan nak jalan balik akan bunyi "keletuk" dibahagian bawah.. boleh bg pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Sy tak rasa mslh pada absorber atau mounting absorber. Masalah ni mungkin pada komponen paling dekat dgn brek.

      Lower Arm ini samada dipasang longgar atau getahnya terlipat atau terlalu lembut ketika absorb presure semasa membrek. mungkin masa attach tu getah tak firm tegak dgn sendi. Kena check semula pemasangan.

      Delete
  67. Salam SE..ni nak tanya tuan..kerete sy honda crv s10 tahun keluaran 1997..lepas tukar enjin recon, ade bunyi bergegar dalam kereta..kuat gak bunyi..lepas tu try tukar ar engine mounting, masih juga berbunyi, tp x sebising sebelum..sbb dulu masa enjin blm tukar xde bnyi langsung, smoof..skrng dah kluar bunyi vibration..minta nasihat dari SE ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Saya tak mahir sgt pelbagai enjin, tapi setiap kali enjin berfungsi, banyak komponen yang bekerja sekaligus. Paling nyata bunyi berdengung ni datang dari belting dan pulley tidak rata.
      Kalau vibrate tu, proses pembakaran enjin kurang sempurna, kemungkinan gasket, seal, nisbah angin petrol, atau piston itu kurang cekap. Sebenarnya nak mencari punca di enjin ni, kena perhatikan semasa enjin dihidupkan dan tunggu tengok sampai 30 minit. letak objek mcm nat/skrew jika nak kesan gegaran.

      Delete
  68. salam sejahtera,

    saya pengguna vios 2004 1st model. kalau langgar lubang atau pun bum kereta ada bunyi seperti besi belaga besi. tapi getaran pada dashboard tak ada pulak. bawa laju dashboard tak bergegar dan seterusnya. cuma kalau ada lubang2 kecil atau bum dia seakan bunyi besi. apakah masalah yang berkemungkinan mengakibatkan perkara begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      Kalau bukan lower arm, ni sahih steering rack.
      bunyi besi tu berlaga sebab pinion dan rack. Benda 2 ni macam gigi besi di laluannya yang bergerak kiri dan kanan ketika kita pusing steering.

      Kalau Myvi dalam RM1500, jadi anda anggarkan di Toyota SC.

      Simptom awal- dia bunyi ketuk2 besi bila belok, bila langgar lubang
      Simptom sederhana berat - dia rasa loose kawalan tayar
      Simptom berat - apabila drive laju, steering akan tarik2 kiri dan kanan.

      Delete
    2. Tuan ada bengkel tak? Mungkin boleg tengok2kan keta

      Delete
    3. Maaf tiada bengkel,saya hanya belajar untuk diri sendiri je, nak buat orng punya saya tak ambil. Tolong2 kalau ada masa je

      Delete
    4. sama kes dgn keta saya

      Delete
  69. slm
    sy ade mslh dgn kereta sy saga sv.
    tayar sblh knan terkeluar dr fender,dr jauh jelas kelihatan,berbeza dgn tayar sebelah kiri yg msuk kedalam.kereta br lpas repair xciden,lpas dh siap repair amik baru perasan,sbb angin tyar sblh kiri selalu kurang,sdh hanta blk workshop complain pun xtau pe mslh,engine normal xde gegar,skang die inform suruh try cube tuka absorber standard takut bengkok kata pomen,sbb kereta sudh ubhsuai pkai adjustable absorber,tp sy rse mcm xde mslh dgn absorber,,confius sdh,harap tuan dpt mmbntu,time ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Jajaran tayar di atas jalan tegak atau senget banyak dipengaruhi axel bahasa inggerisnya axle. Kes Saga selalu juga axel belakang bengkok.
      Pemerhatian saudara dah jelas, tekanan tayar sebelah kiri lebih banyak dan tandanya angin selalu kurang. Ini tanda2 tayar kiri tu menerima tekanan dan beban kereta melebihi 50% berat dan beban kereta. Andaikan 4 tayar masing2 menerima julat berat sama 100% / 4 tayar = 25%.

      Absorber yang rosak selalu bila ditekan ada bunyi2 dan ada tanda leaking pada absorber. Kenapa tak suh mekanik tu jack kiri kanan body kereta tengok tayar sebelah mana yang terjungkit banyak.

      Baik tukar axel baru daripada tambah washer, bakar besi ke, adjust absorber tinggi sebelah ke...Tanda tayar cepat makan sebelah tu paling ketara kalau lambat ganti axel

      Delete
    2. aiyook sori boss,,lupe nak gtau,,tayar depan bos bkn blkg,,hihii

      Delete
    3. normal Saga selalu blkg bengkok, kalau dpn biasa lower arm/ control arm bengkok ke dalam kalau tayar makan dalam , tapi kalau kiri ke dalam - kanan terkeluar lebih kurang masalah axel(tak ingat la panggil sway bar kot kalau dpn), kena check knuckle rod(rod kemudi), tie rod...byk jg kena tengok ni baik hantar proton check.

      Kalau tayar jln tak rata, pastu kereta pakai gear auto, nanti gear auto tak tahan oooo cpt rosak lagi manyak uang

      Delete
  70. Salam tuan. Saya pengguna kelisa auto. Kereta saya akan bergegar bila berhenti di trafik light dalam gear D. Bila kereta bergerak tak ada gegaran pun. Gegaran hanya ada bila saya berhenti dalam gear D. Adakah mounting engine saya rosak tuan? Sebelum ni saya ada accident dan rosak di bahagian hdapn kereta. Adakah accident tu punca mungkin mounting enjin saya rosak. Tq tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kemungkinan besar drive shaft gigi ke gear tu dah haus..dia mcm loose masa nak start jalan

      Delete
  71. Assalamualaikum SE,sy pakai myvi 1.3 ada masalah bunyi mcm besi berlaga bila lalu jalan tak rata hanya bila Pusing stereng je.Sy dah cuba henjut bonet depan xde apa2 bunyi,leaking pn takde.pergi bengkel,pomen cakap mounting absorber,apa pendapat SE dengan masalah sy ni.sebab bunyi mcm besi berlaga tu cuma bila pusing stereng masa lalu jalan tak rata.kalau buat U Turn jalan tak rata lagi kuat bunyi nye.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Jadi masalah saudara pada ketika handling steereng. Mungkin steereng rack, steering rod, minyak power steering dll.

      Masalah steering ni adakalanya semasa belok macam bunyi mengetuk2, kereta semasa dipandu, ia seakan-akan tertarik ke kiri atau kanan

      Delete
  72. Salam bang...nk bertanya..sya memandu satria 1.6.. apakah punca steering bergegar bila 80kmh ke atas? sya baru lepas tukar absorber dn spring. adakah ia berpunca dari drive shaft? jika drive shaft rosak apa tanda2 yg akan dialami..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Tayar benjol, spotrem skrew nat tak sekata,balancing dan alignment tak tepat, absorber lembut sebelah, kerosakan drive shaft susah dikesan jika drive 80kmj, mungkin ada kaitan sy sebutkan di atas

      Delete
  73. Assalamualaikum. Sy ingin bertnya. Kreta kancil sy bila da jalan jauh atau di atas highway dy bergegar terok. Pdhal bru smpai 60-80km/h. Sy brubtukar contact point distributor. Pomen tu kata tu mslhnye. Tp bila sy bwk lps tu still terjadi. Gegaran dy terok n ad dgr something kt depan. Adakah mslh aligmnt balancing or masalah mounting engine or drive shaft? Selalu terjd bila long distance. Short diatance xterasa sgt. Smpai bila boleh berthn ye klw xbetulkn dlm kadar segera? Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Fatin, Saya tak rasa misteri ni datang hanya jarak jauh sahaja, jarak dekat takda pula ya.

      Enjin gegar ni mungkin sebab bahan pembakaran enjin tidak cukup, tidak mampu, tidak berfungsi. Kat sini logiknya , bila dia semakin panas, dia semakin tidak cekap. Antara boleh dicheck ialah spark plug, kabel plug sebab benda ni spark sepanjang masa selagi on enjin. Minyak hitam pun kena pastikan cukup dan sentiasa tukar ikut mileage.

      1 lagi saya rasa ada benjolan pada tayar. Tayar yang murah2 bila semakin panas, dia akan benjol

      Bateri dan alternator pastikan berfungsi elok.
      Kipas radiator pun kena tengok masih elok ke sebab bila benda ni berpusing semasa nak sejukkan enjin, motor yang tak rata akan sebabkak kipas menggigil semasa pusing.

      Delete
  74. Salam bos..sy pengguna myvi lama..kes sy enjin kereta berdengung..masa sy ramp mnyak tapi trasa gegar sedikit.. sy da tukar mounting tapi bukan jenama peodua 3 tahun lepas dan masa pjalan atas highway juga rasa berdengung.. selepas kelajuan lebih dari 80km/h..
    Soalan sy adakah mounting enjin sy da rosak dengan bearing tayar da rosak.. sebab sy perna pergi jumpa pomen doiorang jack tayar dan pusingkan tayar katanya bearing masih ok..
    Jadi apa masalah sebenar keta sy ye😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, enjin kereta berdengung ni datang dari enjin puncanya. samada belting, pulley tak rata. Beza berdengung dan bergegar. Bergegar ni boleh dikatakan pada mounting juga. Tayar benjol dan bengkak juga boleh penyebab berdengung. Kipas Radiator yang pusing tak rata juga boleh buat berdengung.. Sya rasa ada kemungkinan tayar boleh jadi

      Delete
  75. Dah tak nampak mana soalan tu..saya jawab di sini sahaja:

    Soalan tu macm lebih kurang ni, VIVA Auto, bila masuk gear D, dia mati.
    Jawapan : Masalah Sensor, dan sensor ni orng panggil sensor crankshaft - ada dekat2 starter

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum SE,saya baru je tukarkan absorber kereta saudara perempuan saya,spring,absorber depan kiri kanan,dgn mounting,semua buatan malaysia la..tp dia ckp,dia dimaklumakn buatan taiwan lg berkuality dan harga murah..saya tukar barang tu semua rm520..betol ke buatan taiwan lg berkuality

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Barang-barang kereta ni memang ada negara yang pakar pengeluar, biasa diorang bagi website di packaging suh tengok. Nak kata Taiwan elok, kadang2 Malaysia lagi elok sebab bergantung pada R&D diorang dan berapa lama sparepart diorang berada di pasaran.. Biasa kalau berkualiti ni, jaminan boleh sampai 2 tahun, minimum 1 tahun.

      Delete
  77. Assalamualaikum SE, sy pengguna myvi lagi best 1st edition (2011), 1.3 auto..mslh yg sy hadapi ialah terdapat gegaran bila kereta berhenti dlm gear P/N/D...dan sy xboleh drive lebih dr 100km/j sbbnya kalau lebih ckit dr 100km/j stereng/dasboard akan gegar..sy kurang mahir perihal enjin kereta dan risau kalau2 ditipu oleh mekanik sekiranya hntr repair di workshop biasa..tetapi dlm masa yg sama sy risau juga harga akan melambung mahal kalau sy hntr ke pusat servis perodua..apa y perlu sy lakukan? Mohon nasihat dr SE..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ketara sangat masalah anda ni semua keadaan gear buat kereta bergegar. Cuba hidupkan enjin dan buka bonet lihat fizikal enjin tu semasa beroperasi adakah memang bergegar.

      Ubahsuai enjin, pecutan enjin dari pegun, Brek kecemasan akan pindahkan berat graviti kereta pada bahagian hadapan kereta sedikit sebanyak menambah beban kedudukan enjin. Kereta saudara masih muda pada saya.

      Delete
  78. Assalamualaikum SE,

    Saya ada terbaca entri diatas :

    Soalan tu macm lebih kurang ni, VIVA Auto, bila masuk gear D, dia mati.
    Jawapan : Masalah Sensor, dan sensor ni orng panggil sensor crankshaft - ada dekat2 starter



    Saya adalah pengguna Proton Saga FLX 1.3 Auto (2012). Mileage dah 56k. Ingin memohon bantuan, nasihat dan tunjuk ajar dari otai2 dan sifu2.

    1) Kereta bila dari gear N ke D, RPM tiba2 drop dan enjin mati. Bila start balik, ok tiada masalah. Lepas tu saya cuba dari gear N ke R pulak, enjin OK je. Smooth je. Enjin tak pulak mati. Setiap kali gear N ke D je yg bermasalah.

    2) Satu lagi masalah yg saya agak musykil ialah semasa jalan byk berhenti, traffic light / traffic jammed, bila tekan minyak ok, bila lepas minyak kereta jd tersengguk2 sebelum berhenti.

    Minta pendapat dan tunjuk ajar dari SE dan otai2 dalam blog ni. Nk terus pegi bengkel takut kena tipu bulat2.

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum SE, sy nk tnye. Kereta Proton Saga 1.6 auto, sejak kblkngn ni bila start engine, dia bergetar kt bonet n sterring. Bila sy tekan bonet, bunyi brgetar tu hilang.
    Bila x tekan, dia brbunyi balik. Lg satu, lpas drive kereta, smpai kt destinasi, bonet yg brgetar td hilang. Blh thu ape puncanya. Sy punya, bila start engine je brgetar.

    ReplyDelete
  80. salam tumpang tanya,saya kerap kali terlanggar bonggol yg tggi dalam had yg laju,nak tanya apa possibility part kete yg boleh rosak?setakat ni,belum ada lagi,tapi risau pada masa akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Langgar bonggol dalam kelajuan tinggi paling teruk adalah membuatkan axle tayar lari, kerosakn/pecah pada sistem suspensi depan dan belakang, kerosakan pada rim/tayar jika langgar longkang dalam kelajuan tinggi. Kereta yang langgar bonggol akan melantun, dan sagat bawah kereta, ini juga boleh akibatkan tangki minyak gear/minyak enjin pecah apabila berlaga dengan jalan.
      Kemungkinan loose/rasa kosong pada gear auto semasa melambung ibarat gear auto akan turunkan gear ketika menurun bukit, keadaan ini perlukan kemahiran lebih boleh kemalangan.
      Selain itu skrew dicipta pelbagai, ada skrew untuk kegunaan keretapi yang selalu shaking dan bergegar, jika guna skrew biasa, perlukan tiap minggu diketatkan.
      Bila anda buat kereta macam kereta kebal, tunggu jelah masa ada tanggal tayar ke.

      Delete
  81. Assalamualaikum... seronok baca pasal mounting engine .. search infa pasei kete sy myvi 1. gegar tahap maksimum... tp pandu jugak balik ke Segamat dr JB.. pejam mata tawaqal .. sampai segamat pergi lak Politek Muadzam Shah.. panjat banyak bukit punyalah slow macam kete lembu... ingatkan tak ada apa hal mounting engine rosak... sekali bila bawa ke bengkel .. pomen ngeleng kepala... pemandu pompuan punya cerita... huhuhu.. tau bawa ajer bukan tau pun pasal kete.. apa pun tks banyak info menarik yg buatkan sy memahami apa tu kete... allahuakbar

    ReplyDelete
  82. Salam tuan. Sya pguna viva 850m. Saya sdh tukar mounting enjin 1 set. Mslnya enjin trasa gegar. Time idle bonet bumper steering and tombol gear pn gegar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, normal mounting viva 3 aja, jadi gegar tu normal, tapi takdalah terasa bila duduk dalam kereta.
      cuba awak tekan2 bonet depan, ada masalah pada absorber dan gantungan tak, plug kabel plug semua ok bakaran nya ke sbb spark api minyak dan udara kena ngam2 kalau tak kasarlah enjin mengaum.

      Delete
  83. Salam tuan.sy guna hyundai i10.kereta sy bile selekoh ada bunyi krik2,bila bonggol belakang rasa mcm terhentak kuat.apa ye yg perlu tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steering Rack selalu mengeras bila kereta dah berusia.
      Tiada benda nak absorb tekanan bila lalu di bonggol.

      Delete
  84. Hi bos..

    Info sikit kalau naik bukit kita jalan slow2 gear 1 tetiba enjin jadi berat dan rasa mcm enjin mau mati..tak dapat naik..bila kita main kan clucth baru dpt naik.. dan kalau kita berenti dekat tengah2 jalan yg agak tinggi..kita gerak balik tak dapat naik..malahan enjin mati sebap tak blh naik.. clutch dah tukar baru tpi masi begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check Level Minyak Gear, Ganti jika perlu termasuk Autofilter.
      Tukar Speed Sensor

      Delete
  85. Salam tuan, nak tnya kereta sya kelisa ni baru habis cat ada bunyi tikus, pomen dah cek bukan punca dari belting, dia ckp punca dari mounting enjin.. Pndgn tuan mcm mna

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive