Kedai Buku Online

Tuesday, March 27

Raja Tebuan Sulawesi

Aku belum lihat Raja Tebuan mau pun Ratu Tebuan sebab pernah kena kejar tebuan balik ngaji dulu pun da kira satu larian yang tak perlu toleh belakang lagi. Tebuan dikenali sebagai serangga yang mampu membunuh jika disengat oleh beberapa ekor tebuan sahaja.

Mari kita lihat saiz fizikal tebuan yang digelar raja tebuan di Sulawesi ni. (Tapi lagi dalam dan tebal sesuatu hutan tu, lagi pelik dan besar saiz serangganya)
Share:

LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN

LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN

Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazkan adalah :

“مانكالا ساي تيڠڬلكن استري ساي.....﴿نام استري﴾.....سلاما 4 بولن هجرة برتوروت-توروت اتاو لبيه دڠن سڠاج اتاو ڤقسا دان ساي اتاو واكيل ساي تياد ممبري نفقه كڤداڽ سلاما ماس يڠ ترسبوت ڤدحال اي طاعةكن ساي اتاو ساي لاكوكن سبارڠ مضرة كڤد توبوه بادنڽ اتاو كهورمتنڽ اتاو هرتا بنداڽ، كمودين اي مڠادو اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دان مانكالا سابيت ادونڽ د سيسي كادي اتاو محكمه شرعية دان اي اتاو واكيلڽ ممبري كڤد كادي باڬي ڤيهق ساي $1.00 مك كتيك ايت ترطلاقله اي دڠن ساتو ‘طلاق خلو'، اتاو ساي غائب درڤد استري ساي يڠ ترسبوت سلاما ساتو تاهون اتاو لبيه، جك اي اتاو واكيلڽ مڠادو كڤد كادي دڠن بركات اياڽ تيدق ترتوڠڬو لاڬي اكن ساي مانكالا برسابيت ادونڽ، نسچاي ترطلاقله اي ساتو طلاق، دمكين لفظ تعليق ساي.“

“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri - Untuk Rujukan 
Share:

Thursday, March 22

Gulai Otak Lembu


Dulu aku Sekolah Tinggi Batu Pahat, kelas Sains. Selalu Cikgu Sains aku namanya Lim Kok Wee sebut "brrrrrr otak lembu!!"..."brrrr otak udang!!" bagi pelajar yang degil melawan cakap.

Otak Udang tu da aku tengok, otak lembu belum pernah bayangkan...Yang cite di Shah Alam ni pula nak menggulai otak kepunyaan lembu.....huhu tak tahu la mungkin ada yang suka makan, mungkin ada yang tak suka makan....Kalau nak merasa datanglah ke Hotel Concorde Shah Alam.

* Terima Kasih Sir Lim Kok Wee, gayamu mengajar sentiasa menyeronokkan kami di STBP :)
Share:

Wajah-Wajah Budak Pandai SPM




Tapi Yang Gambar bawah ni, In Sha Allah budak ni pandai juga bila dewasa kelak, kecuali perangai mak bapak yer macam lem**  sket. Dah tahu tak pandai, kalau sanggup nak belajar jadi pandai kira ok lah...zuriat sendiri pun dibuang....Comelnya baby boy ni....kiut sgt......muahhhhh 20X.....


Share:

Wednesday, March 21

Beli Ayam Hidup, daging lebih bersih dan berkualiti


Comel kan makcik ni . Pastu pandai membuat pembaharuan yang sesuai,- penjual-pembeli sama-sama seronok membeli ayam yang masih segar dan tidak mengotorkan sekitaran. Suasana ni kalau sesiapa yang pernah ke Sibu, mesti nampak kaedah sebegini, di Semenanjung ada aku nampak seperti di Ipoh, Parit Raja tapi agak kurang diamalkan mungkin pelanggan lebih gemar kurang kerja - balik cepat dan masak secepat yang mungkin....
Share:

Rahsia Langit dikawal ketat

Firman Allah :

Dan Sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya) : Al-Jin : 8-9

Di sebalik peristiwa kejadian alam, banyak lagi peristiwa yang Allah pelihara daripada ketahuan manusia.
Share:

Glaukoma mula kembali tidak mengenal usia

Antara langkah-langkah yang diambil Kementerian Kesihatan bagi menangani glaukoma di kalangan orang ramai.
Share:

Jangkitan Penyakit Kolam Renang

Mandi manda di kolam awam memang seronok, yang tak seronoknya apabila jumlah yang mandi semakin ramai dan kandungan klorin air semakin berkurangan tambahan pula cuaca yang mendung menjadikan pembiakan bakteria bawaan air. Air kolam yang ditakung dan tidak mengalir mempunyai implikasi dari segi kesihatan. Mari kita baca sebentar artikel ni..
Share:

Kurangkan Daging Merah

Sekiranya aktiviti harian anda adalah biasa-biasa sahaja dan banyak duduk, jauhi pengambilan daging merah dalam kuantiti yang banyak
Share:

Berita Terkini...

 Hubungi Balai Polis terdekat sekiranya menjumpai gadis-gadis yang masih hilang ini.. 

Kalau sekarang ni jika dilihat trend remaja yang perempuan la...mereka ni habit pada Facebook, twitter dan laman-laman sosial lain...Jumpa lelaki terus ajak jadi boyfriend pastu ikut kata boyfriend plak...

* Di mana letaknya akal jika boyfriend baru kenal seminggu dan ibu bapa kenal dari kecil tapi boyfriend tu juga yang diikut....


Artikel ini sekadar panduan bagi sesiapa yang ingin mencipta rekod melawan tabie alam...Namamu dikenang.....
Share:

Sasterawan Negara

Siapa belum kenal Kemala, Siapa Sasterawan Negara Ke-11....Semuanya disini.
Share:

Risiko Pengamal Perubatan Tidak Bertauliah

Perubatan Tradisional oleh pengamal perubatan yang tidak Bertauliah mengakibatkan.....
Share:

Berita Sana Sini


Share:

Pengumuman Kerajaan Yang Terkini



Share:

Tuesday, March 20

Teknologi Shimbashira


Sekadar info Teknologi Terkini dari Negara Timur
Share:

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?

Aku terjumpa 1 blog yang memetik 1 petikan surah Al -Quran, Surah Al-Hujurat Ayat 6 :

"Wahai Orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu"

Mufti juga telah memberi nasihat kepada mereka yang gemar memetik ayat-ayat Al-Quran sewenangnya di Facebook atau blog tanpa memahami keseluruhan petikan tersebut agar tidak sewenangnya menggunakan petikan Al-Quran - tak termasuk lagi yang kafir dah pandai memetik ayat Al-Quran dalam ceramah politik.

Jika difahami kebanyakkan petikan yang dipetik mesti agak bias kepada pemilik blog @ fb tersebut kan-senang kata, lebih kepada memenangkan diri sendiri bukan kepada manfaat orang lain. Tapi Alhamdullillah kepada mereka yang berniat baik menyedarkan umat melalui petikan Al-Quran dan Hadis, yang segelintir sahaja tidak berniat baik ni agar lebih berhati-hati kemudian hari.


Ada juga blog yang menyalin sumber-sumber yang tiada kajian atau secara ilmiahnya boleh dibuktikan. Kes copy dan paste ni agak bahaya apabila kita seolah juara mengetengahkan isu-isu agama yang disalin secara maya untuk jadi hak milik kita.  Kalau secara ilmiahnya plagiat.

Jika kita membenarkan hal ini berlaku, samalah macam spam di hantar ke mana-mana emel tanpa ketahui pemilik sah-seperti gosip & khabar angin. Hmm belum lagi mereka yang sekali gagal bercinta dah mengarang cerita cinta mcm novel dan memberi nasihat seperti fasilitator cinta. Apapun kita layannnn....



Share:

Thursday, March 15

Info Islam




Share:

10 Surah Amalan Muslim

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.  Insya’Allah akan aman tenteram dan jauh daripada gangguan syaitan.  Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.  Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.  (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :  Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.  Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.  Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.  (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

 SURAH AD-DUKHAN (JUZUK 25 Dalam 3 helaian)
Contoh Permulaan Ad-Dukhan :
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah  Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.  Tiup dalam air dan minum.  Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.  Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :  “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.  Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

 SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.  Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.  Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.  Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

 SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.”  Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”  Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :  “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.  Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :  “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

 SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an.  Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.  Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah.  Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Share:

Pil Cepat Mati!

Biasa jika tidak sihat kita akan mencari pil/ubat yang mampu membantu diri lebih sihat. Tapi kes ni yang berlaku orang da sihat, mengambil pil cepat mati dan orang yang da sihat tu hampir mati apabila jantung berhenti seketika kerana mengambil 5 biji pil perangsang seks ni..(Artikel mangsa ni tak payah keluar la sebab aib sket).

KKM da menggariskan kewajipan adanya nama kandungan ubat pada label pembungkus. Jika was2 boleh semak online kegunaan ubat tersebut sebelum ditelan. Tak salah anda ada buku nota/buku rujukan nama2 ubat sebab implikasinya pun pada kesihatan anda. Kalau jumpa doktor pun, doktor tanya apa sakit?jadilah kita ni bahan testing ubat. Bayangkan ubat hipertensi dan ubat antihistamine pun ada berbelas jenis, kita yang kena sakit ni betul ke dapat dos sukatan yang betul? padahal da overdose miligram tu kita telan, kalau bawah 10mg takpe la, ni sampai lebih 100mg tak ke mamai...

* Percaya farmasis deskripsi ubat berbanding doktor.
Share:

Penarikan balik produk

Penarikan Balik Produk yang tidak menepati spesifikasi...Sila umumkan demi keselamatan penunggang motorsikal
Share:

Maut terkena bola ragbi


Ironinya sebiji bola mengenai tepat ke dada dan menyebabkan kematian.
Kematian boleh bila2 masa jika sampai ajal, walau kewajarannya tertelan syiling 20 sen sahaja, jika da sampai ajal ia akan tetap berlaku.
Apa yang berlaku apatah lagi melibatkan kematian, diucapkan takziah dan kewajaran kita untuk berjaga2 keselamatan diri di mana-mana.
Lepas ni kena jaga dada elok2 ya.
Share:

Wednesday, March 14

Menipu ni macam-macam

kat Malaysia ni , manusia da macam seronok dua ronok mudah ditipu orang. Benda2 yang common sense pun kena fikir 6/7 kali nak buat keputusan. Pendek kata kena under supervision setiap tindak tanduk apabila berada di dunia keseorangan macam budak sekolah rendah bg mereka yang separuh terperangkap sebelum sepenuhnya kena tipu ni.

Ni bukan nak mengata, tapi tu lah yang berlaku. Modus kalau kepala kaki nak menipu ni macam2 caranya. Dari Jual Ikan Keli, Ikan pelaga, Kelapa, Dinar Iraq, Ikan Emas, Lintah....macam2 lah kalau baca pun gelak. Dulu keluar cite serai, kelapa sawit, magnet, seluar dalam pun ada. Yang galak tu, aku pun di offer dengan korset perempuan suruh jual - Keluar modal RM20K, dapat 10 korset (yang tak sampai harga RM300 sehelai pun).

Nasihat aku lah kalau bab nak sm2 gelak ok, bab nak share keluar duit minta maaf , baik bagi orang tua ada juga pekdahnya.
Share:

Kambing Dibakar memang sedap!!!

Aku ni peminat kambing, Baru-baru ni ke Seksyen 15/16 Shah Alam jumpa kawan baik. Dah terlanjur ke Kedai Makan Paksu Corner tu, terus sambar kambing masak kurma...Harga munasabahlah , orang pun ramai yang makan di sini. Air teh o limau ais boleh refill suka hati tapi da takdir aku mampu minum sekali jek ...

Tapi secara ikhlasnya, kambing bakar lah yang paling terbaik dan tersedap huuuuu....So amik la resepi ni buat koleksi, mana tau ada yang sudi buatkan hehe.
Share:

Syiling Emas Antik

Macam-macam lah zaman sekarang  ni. Rekaan Emas yang terhad pun dicari. Bukan calang-calang orang mampu miliki edisi terhad ni.
Yang da tak tahu ada duit lebih berjuta-juta tu setakat RM23 Juta mesti takda masalah kan.
Share:

Doa ringkas solat


Doa ringkas bagi menutup solat harian. Jika ada salah silap, sila komen dan tegur ya, sama-samalah kita belajar ek.

Save da print la doa ni tampal di dinding , nanti lepas solat bacalah, seminggu mesti da hafal : Bergantung pada kekerapan menunaikan ibadah wajib ini.
Share:

Saintis cuba klon gajah



Zaman sekarang ni kalau da pernah lihat gajah depan mata pun dikira beruntung. Tu pun kalau rajin ke zoo dapatlah lihat dan pegang gajah.
Yang terbaru nih percubaan untuk mengklonkan spesis gajah zaman purba. Tunggu je lah bila projek ni berjaya atau tidak kan.

Hmm mesti orang kampung yang terserempak gajah liar melintas depan mata dikira lagi hebat kan.
Share:

Intelektual Islam Disegani Lawan & Kawan


Dunia ni lebih seronok jika dilahirkan sebagai orang kaya yang mewarisi harta tapi lagi seronok jika dah ditakdirkan bijak sejak kecil. Hmmm da la bijak, dihormati pula...Setiap kata-katanya memberi manfaat.













Share:

Friday, March 9

Resepi Hari Jumaat


Makanan kalau tak sedap biasanya orang yang buat tu tak sedap la. Tapi kalau orang yang suka makan sedap2 ni biasanya mudah kena tipu dengan perasa penyedap tiruan.. Tak nampak udangnya tapi rasa mcm udang, tak jumpa daun pandan tapi bau pandan.

Yang sedap makanan ni yang simple2 aje, yang tradisional aje da mampu menambat selera. Resepi ni ada orang minta, tapi tengok sedap jek kan. Sate tu kalau kunyah dengan serai sedap kot. Serai elok untuk tulang terutamanya tomoi dan pesilat mesti ada minyak serai. Kalau sate dengan serai ni sebatang berapa harganya pula di pasaran.....

Share:

iPad3 Apple

Semalam telah dilancarkan model Ipad baru keluaran Apple. Kalau keperluan aku masih jauh untuk guna iPad malah hanphone pun biasa2 aje.

Tapi kalau peminat iPad di luar sana belum kenal fungsi iPad3 ni, marilah kite sesama baca apa yang menarik sangat iPad3 keluaran Apple ni ek.
Share:

Sihat Tanpa Diabetes


Pagi ni ada buat kerja berkenaan Gula, maka artikel ni sambil2 dikongsi berkaitan diabetes.
Share:

Roti Manis dot dot.....baca sendirilah

Benda2 macam ni hari2 ada di depan mata kita. Cuma nak ambil berat atau tidak masing2 punya selera. Apabila da jadi kes berkenaan kesihatan dan keselamatan, tiada kompromi.

Tapi bagaimana pula kes kandungan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang tidak dapat dibuktikan dengan mata kasar? Pelihara ajelah selera perut kita, jangan terlalu manjakan nak makan itu dan ini......Minta aje ibu atau isteri memasak hehe
Share:

Struktur SBPA mansuh, SSM diperbaiki....

Pengumuman Dato Seri Najib bersama penjawat awam 8 Mac 2012 adalah sama seperti dibentangkan dalam Bajet 2012, inilah apa yang PM umumkan tahun lalu tapi disalahtafsir dengan kehadiran Skim Saraan Baru. 

Dua perkara dalam Bajet 2012 yang diumumkan PM iaitu :
  1. Pelarasan  Kenaikan Gaji 7% - 13%.
  2. Pelarasan Skim Gaji Baru bersesuaian dengan semakan kadar semasa.
Yang tiba2 jadi macam2 tu kenapa.....pening aje..Sebenarnya tak pening pun, apa yang PM bentangkan dalam Bajet dulu , ikut aje...


Wowww ramainya penjawat awam yang datang PICC semalam. Baguslah macam ni bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lagi bersepah la kot.
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive