Kedai Buku Online

Tuesday, March 20

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?

Aku terjumpa 1 blog yang memetik 1 petikan surah Al -Quran, Surah Al-Hujurat Ayat 6 :

"Wahai Orang-orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu orang fasik dengan berita-berita maka siasatlah (terlebih dahulu) kebenarannya (kerana bimbang) kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu"

Mufti juga telah memberi nasihat kepada mereka yang gemar memetik ayat-ayat Al-Quran sewenangnya di Facebook atau blog tanpa memahami keseluruhan petikan tersebut agar tidak sewenangnya menggunakan petikan Al-Quran - tak termasuk lagi yang kafir dah pandai memetik ayat Al-Quran dalam ceramah politik.

Jika difahami kebanyakkan petikan yang dipetik mesti agak bias kepada pemilik blog @ fb tersebut kan-senang kata, lebih kepada memenangkan diri sendiri bukan kepada manfaat orang lain. Tapi Alhamdullillah kepada mereka yang berniat baik menyedarkan umat melalui petikan Al-Quran dan Hadis, yang segelintir sahaja tidak berniat baik ni agar lebih berhati-hati kemudian hari.


Ada juga blog yang menyalin sumber-sumber yang tiada kajian atau secara ilmiahnya boleh dibuktikan. Kes copy dan paste ni agak bahaya apabila kita seolah juara mengetengahkan isu-isu agama yang disalin secara maya untuk jadi hak milik kita.  Kalau secara ilmiahnya plagiat.

Jika kita membenarkan hal ini berlaku, samalah macam spam di hantar ke mana-mana emel tanpa ketahui pemilik sah-seperti gosip & khabar angin. Hmm belum lagi mereka yang sekali gagal bercinta dah mengarang cerita cinta mcm novel dan memberi nasihat seperti fasilitator cinta. Apapun kita layannnn....



Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive