Kedai Buku Online

Wednesday, January 22

BAHAYA ALAHAN TELUR


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgabI5yHb-CYtOYJ75iyDjkC3bqupqlPN3H57u6QubS0faL47JGln00bxd_WWuFGE50TRoVTgCsXxQCjxTEly1R1Ljz_ba6kW4tXFRuNxZO3D8Bkz271p5wMnmLnu_FM9ELhiHqW1a0cq2F/s1600/alahan_telur.jpgBAHAYA ALAHAN TELUR

Ibubapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan.

Alahan bermula ketika telur diperkenalkan kepada bayi.  Namun alahan akan hilang ketika berumur 5-7 Tahun.

Reaksi alahan melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Gejala hadir seawal beberapa minit atau 2-4 jam pertama.

Antara ujian mengenal alahan telur adalah Ujian Alahan Kulit dan Ujian Radio Allergosorbent (RAST).
Share:

PENYAKIT HUBUNGAN KELAMIN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3zF5Bks20sOOeStrnYxLuGzDOlAhJ57SAp8NZ8eVUemuk3IGMYlrLCHxmg7S9yEmebi23pisL5n59SX_TS4y1R6fd8nxzh5AqsmHtD4hdNOVWe8IKHx995s7ziPSQYXx7ddQNmvjyVcbt/s1600/penyakit_kelamin.jpg
PENYAKIT HUBUNGAN KELAMIN

Saya berumur 38 Tahun dan  kini hamil 9 Minggu anak ke-3. Masalahnya saya baru menyedari terdapat ketuat kelamin pada alat sulit.

Apabila ke klini berhampiran, doktor melakukan Pap Smear dan kini masih menunggu keputusannya. Kini saya menyedari terdapat 3 ketuat di sekitar alat sulit.

Saya amat risau dan murung memikirkannya. Saya khuatir berlaku jangkitan kuman terhadap bayi di dalam kandungan. Apa sebenarnya ketuat kelamin dan bagaimana saya mendapatnya, adakah berpunca dari suami?. Apakah rawatan yang harus saya jalani supaya saya dan bayi selamat?. 

Jika suami pembawa, perlukah suami mendapatkan rawatan?. Adakah saya berisiko mendapat kanser serviks?

Share:

VAKSIN WAJIB DAN VAKSIN PILIHAN JUGA PENTING


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRIBM2xPCphdo5DRqLpNx6Ve7koso86I7C79R9TRDeTZQXfAKQmxBXBNwObeyoFGkbWObHcT6j3wvFsNMi2D82G8NpmU1kyXZd2ZyqGRCVGTX6a6nbBLaM74wn_Y-wEqY51nZLotRZzOjA/s1600/vaksin.jpg


VAKSIN WAJIB DAN VAKSIN PILIHAN JUGA PENTING

Vaksinasi penting dalam penjagaan kesihatan dan perkembangan bayi serta kanak-kanak kecil di seluruh dunia. Meskipun badan bayi dapat mengeluarkan sel dan antibodi yang berupaya menentang virus dan bakteria, tanpa bantuan vaksin, ia tidak dapat melindungi DIRI sendiri daripada jenis PATOGEN tertentu.

Antaranya Hepatitis, Batuk Kokol, Tetanus (Kancing Gigi), Meningitis dan juga Campak dan Cacar Air.

VAKSIN WAJIB adalah Vaksin BCG, Siri 3 Suntikan Vaksin Hepatitis B, Vaksin DTP, Vaksin Polo, Vaksin MMR dan Vaksin Hib.

VAKSIN PILIHAN pula Vaksin Varisela, Vaksin Pneumokokal, Meninggokokus A,C,Y, W-135, Taun, Demam Kepialu, Hepatitis A, Influenza, Rotavirus dan Ensefalitis Jepun.


Artikel Oleh : Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor


Share:

Tuesday, January 21

SEPETANG DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN

SEPETANG  DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN

SE baru-baru ini ke Kuala Rompin, Pahang, sambil-sambil nak semak liputan Telco sepertimana artikel terdahulu ini.

2 hari sebelumnya memang sudah beli DIGI PREPAID SMART PLAN berharga RM 25.00, bersama percuma :

300 MB Internet Data, 30 Minit masa berbual, 30 SMS, dan 10 MMS (DIGI-DIGI).

Selepas aktif simkad, maka ke Kuala Rompinlah untuk urusan berkaitan. Apa yang SE rasakan, liputan DIGI di sini amat baik/semakin baik seperti di Bandar Kuala Rompin, Hospital Kuala Rompin, Pejabat Kesihatan Daerah, Pantai Hiburan malah sampai ke Pantai Penyabong Tanjung Gemok Endau dengan capaian HSDPA. Jika kurang mahir apa itu HSDPA, klik sini.

Nak tahu di mana Pantai Penyabong? Tu pantainya dengan tanda "B"



Pantai ini jaraknya hampir 18 KM dari simpang Taman Bahagia hingga ke Jeti Pantai Penyabong - 


Simpang masuknya berdekatan Jambatan Tanjong Gemok iaitu tempat Jeti Utama ke Pulau Tioman tu.

Laluan ke Pantai Penyabong ini adakalanya terserempak dengan babi hutan. Ia laluan kampung yang tenang dan cantik. Terjumpa sekawan lembu bersiar-siar tu biasalah.


Pantai Penyabong ni ada jeti dan juga tempat pemancing. Angin laut jangan katalah sebab terlalu kuat, boleh terbang cermin mata.



Digi SmartPlan ini adalah pilihan Kad Sim Prepaid yang SE rasakan sesuai sebagai kecemasan Call/SMS dalam Telefon Pintar Dual Sim seperti artikel ini. Sebenarnya yang penting adalah Data Internetnya agak murah selain masa hingga 100 hari sah laku.




Jadual atas ni menunjukkan nilaian topup dan jumlah yang diterima pelanggan.

4 hari selepas aktif, SE menerima sms, "Reload RM10.00 today  and get additional 100MB FREE in the following month",  kira iklan memujuk yang agak meriahlah juga sebab sudah lama tidak pakai prepaid.



Bagi pemilik Telefon Pintar Android, kemudahan topup dan semakan nilai prepaid anda amatlah mudah dengan gunakan perisian percuma ini. 

Perisian ini sesuai untuk prepaid/postpaid MAXIS dan DIGI. Cari di PlayStore, namanya Balance Checker.

Hanya klik butang berkaitan samada baki ataupun nak topup nilai tambah. Perisian ini bukan magik sebab ia dan set automatik ke nombor perkhidmatan tertentu, sekadar memudahkan pengguna tak perlu taip butang # dan macam-macam tu.

Ok selamat mencuba.









2 Hotel di Kuala Rompin berhadapan KFC Kuala Rompin (Kemaskini 20 Jan 2014)



1. SRI KENCANA (Melayu) 09-414 5636
-- Economy Room RM 35.00 -> RM 25.00 (Kipas Angin)
-- Standard Room RM 45.00 -->  RM 35.00 (Penghawa Dingin)
-- Deluxe Room RM 65.00-->  RM 55.00  (Penghawa Dingin, Water Heater, Astro)

2. SRI ROMPIN
-- Standard Room RM80.00 dan ke atas

RUJUKAN LAIN

 - SEPETANG  DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN
TEKNOLOGI SELULAR  DAN LIPUTAN 2G, 3G, 4G DI KUALA ROMPIN PAHANG


Share:

Monday, January 13

TEKNOLOGI SELULAR DAN LIPUTAN 2G, 3G, 4G DI KUALA ROMPIN PAHANG



Assalamualaikum WBR

SE masih baru dalam kajian rangkaian ini, tapi antara pemahaman yang boleh dikongsikan, SE senaraikan dalam bahasa yang ringkas untuk difahami.

Mula-mula kena memahami generasi keturunan :

1G
Analog tradisional cellular bagi data suara (AMPS, NMT, TACS) 14.4 Kbps
2G
Digital narrowband circuit data (GSM, TDMA, CDMA) 9 kbps -14.4 Kbps
2.5G
Packet data onto a 2G network (GPRS, EDGE) 20 kbps - 40 Kpbs
3G
Digital broadband packet data (CDMA, EV-DO, UMTS, EDGE) 100-700 Kbps. Celcom hingga 384 Kbps
3.5G
Peningkatan upaya bagi EDGE adalah 
HSPA  (3X pantas dari 3G) 1 Mbps - 3.6 Mbps
dan 

HSDPA (5X pantas dari 3G dan 10X dari 2.5G) hingga 7.2 Mbps (Telefon SE). 

HSPA + = Anda dapat 14.4Mbps, 21Mbps (Acer Z3S) atau 42.2Mbps (Asus ZenFon 4, Lenovo S650)
Services And Applications = CDMA 2000, UMTS, EDGE dll
Frequency Band  1.8 – 2.5 GHz
4G / LTE





4G / LTE Advance
Digital broadband packet data semua IP (Wi-Fi, WIMAX (Korea Selatan gunakan pada 2006), LTE) , spektrum potensi hingga 100 Mbps/300 Mbps tapi di Malaysia antara 20Mbps - 28Mbps.
Services And Applications = Wimax2 dan LTE-Advance
Frequency Band  2 – 8 GHz

Smartphone ciri LTE dicipta seawal 2010. Dikenali juga sebagai HSPA+. Terkini adalah 4G LTE Advance.
5G
Gigabit - Belum dilancarkan
* Teknologi Selular adalah berdasarkan piawaian antarabangsa adakalanya berbeza ukuran semasa implementasi di Asia / Eropah.  Saiz Mbps juga bergantung kepada berapa banyak capaian pengguna berkongsi kepada 1 menara pencawang. Peningkatan teknologi berkadaran peningkatan gunaan sumber bateri telefon bimbit. Maklumat dikumpul pada Januari 2014.




Susunan hierarki generasi Teknologi Selular.





Kapasiti kandungan generasi teknologi selular.

2G

Generasi 2 memiliki ciri CSD – pindahan data 14.4Kbps. Kemampuannya mengirim khidmat pesanan teks ringkas akan tetapi ciri CSD dalam 2G tidak mampu berhubung secara internet kecuali 2.5G.
GPRS (General Packet Radio Service) adalah teknologi yang membenar GSM lancarkan perkhidmatan tanpa wayar seperti emel dan akses internet. GPRS adalah 2.5G.

3G

HSDPA (High Speed Downlink Packet Access) atau 3.5G adalah spectrum protocol telekomunikasi bimbit 3G yang dipertingkatkan di dalam HSPA (High Speed Packet Access). Juga dikenali sebagai 3.5G, 3G+ atau 3G Turbo yang membenarkan rangkaian berasaskan UMTS (Universal Mobile Telecommunication System) atau UMTS/WCDMA untuk penghantaran data  kelajuan tinggi.

3G ringkasan kepada Third Generation – teknologi telekomunikasi bimbit yang ketiga. 3G menyokong pindahan data paling rendah 200KB/saat. Selepas 3G, lahirlah 3.5G, 3.75G. Aplikasi 3G digunakan pada telefon, Internet Mobil, Rangkaian tanpa wayar, telefon video dan TV bergerak. 3G memenuhi syarat International Mobile Telecommunications-2000 (IMT-2000).
Syarikat Penyedia Telekomunikasi memanggil Perkhidmatan Bergerak Tanpa Wayar sebagai 3G.

UMTS (piawaian sebutan di Eropah, China dan Jepun) dan di Asia sebagai GSM. Telefon bimbit selalunya didatangkan menepati rangkaian UMTS dan GSM.
UMTS terkini adalah HSPA+ yang membenarkan data setingi 56Mbit/saat untuk pindahturun (28Mbit/saat perkhidmatan sediaada) dan 22 Mbits/saat untuk pindahnaik data.

Keluarga 3G
         

EDGE (Enhanced Data Rates for Global/GSM Evolution) atau E-GPRS (Enhanced -General Packet Radio Services).
W-CDMA (Wideband - Coded Division Multiple Access) atau UMTS (Universal Mobile Telecommunication System).
CDMA2000-1X EV/DV (Evolution/Data/Voice) dan CDMA2000-1X EV-DO (Data Only)/ (Data Optimized) atau IS-856.
TD-CDMA (Time Division Code Division Multiple Access) atau UMTS-TDD (Universal Mobile Telecommunication System - Time Division Duplexing)
GAN (Generic Access Network) atau UMA (Unlicensed Mobile Access)
HSPA (High-Speed Packet Access)
HSDPA (High Speed Downlink Packet Access)
HSUPA (High Speed Uplink Packet Access)
SOPA (High Speed OFDM Packet Access)
HSPA+ (HSPA Evolution)
FOMA (Freedom of Mobile Multimedia Access)
TD-SCDMA (Time Division Synchronous Code Division Multiple Access)

4G

LTE adalah Long Term Evolution yang disebut di dalam pasaran sebagai 4G LTE, ia piawaian bagi komunikasi tanpa wayar kelajuan tinggi untuk telefon bimbit dan data terminal. Ia berasaskan kepada teknologi rangkaian GSM/EDGE dan UMTS/HSPA.

Dicipta oleh 3GPP (3rd Generation Partnership Project). Perkhidmatan LTE pertama kali dilancarkan oleh Telia Sonera di Stockholm pada 14 Disember 2009. LTE adalah peningkatan taraf bagi rangkaian GSM/UMTS dan CDMA2000.      



CONTOH LIPUTAN SELULAR TELEKOMUNIKASI DI KUALA ROMPIN, PAHANG

 
LIPUTAN 2.5G (GPRS) / 3G (EDGE) / 3.5G (HSDPA)  TALIAN CELCOM.LIPUTAN KLIK SINI. Liputan yang dipaparkan dikategorikan secara berkelompok (tertinggi @ mungkin terendah - kurang tepat kerana paparan isyarat berkelompok. Liputan kawasan dikemaskini setiap suku tahun).



LIPUTAN  3.5G (HSDPA) / 3G (EDGE) TALIAN MAXIS. LIPUTAN KLIK SINI. Contoh komplen MAXIS.Liputan Maxis yang dipaparkan agak mengelirukan.




LIPUTAN 2G / 2.5G (GSM/GPRS) TALIAN DIGI. LIPUTAN KLIK SINI



LIPUTAN 3G (EDGE) DIGI. Liputan ini merangkumi 3.5G( HSDPA/HSPA) dan telah diuji dengan Pelan DIGI Prepaid Smart Plan. LIPUTAN KLIK SINI.





UMobile hanya mempunyai liputan 2G/GSM di Kuala Rompin. LIPUTAN KLIK SINI.





 
Bagi tanda isyarat penerimaan telefon bimbit kepada menara pencawang terdekat, kebiasaannya :


2G/GSM = TIADA SEBARANG SIMBOL, RUJUK KEKUATAN BAR SIGNAL,

EDGE/GPRS = Simbol E@G ,
3G = Simbol 3G
HSDPA/HSPA = Simbol H ,

ROAMING = Simbol R (Kadar Antarabangsa).














Share:

Thursday, January 9

MARK ADAM - PENCURI



Video Youtube Klik Sini


MARK ADAM - PENCURI

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi...
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia mel'ekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu woh woh
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku...
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati......yehhhhhhhhhhh
 Mark Adam berasal dari Filipina, Ini lagu single pertama (lagu yang sempoi&klasik) selepas alih bahasa dari Bahasa Inggeris, sekarang sudah memeluk Islam dan mendapat taraf warganegara Malaysia. Ini adalah akaun twitter Mark Adam dan baru tweet : 
This is telur "balut" in Philippines...Its one of my favorite...Dulu saya selalu makan ni "sedap"... Siapa nak???

 

Antara lirik English yang sempoi

Don't you notice I have
Worship you since we both were kids
I have loved you since first grade
I hope its not too late


Share:

Tuesday, January 7

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI PERAK BERKAITAN ISU “BUGHAH” DAN “HALAL DARAH ”

KENYATAAN RASMI TAN SRI DR HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA BERKAITAN ISU “BUGHAH”  & “HALAL DARAH ”


Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.


Nasihat dan Peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara- saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :

“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .


Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar. (tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.


Larangan Memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.


Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.

“Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim” (HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah memberi nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya .(HR Imam Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. 

Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam berbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.

Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :

Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan realiti semasa di Negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive