Kedai Buku Online

Friday, January 27

CERITA BUKU MERAH

Aku bukan doktor dan sebagai bukan doktor, aku perlulah rajin membaca sepertimana seorang doktor belajar-bezanya aku belajar asas sahaja. Hakikatnya, aku tahu aku tak pandai seperti doktor.

Doktor yang tamat belajar pun diwajibkan menjalani latihan di hospital sebagai praktikal apa yang dipelajari semasa dalam kuliah dan kesimpulannya, kita semua kenalah membenarkan diri kita untuk belajar untuk keperluan kita dan orang yang memerlukan. 

Ingat belajar cucuk jarum di Youtube dengan cucuk lengan orang hidup depan kita sama ke.

Ok, aku nak cerita berkenaan pasangan yang halal membuat persedian menyambut kelahiran cahaya mata. Pertama sekali semasa awal mengandung, si ibu perlu membuka buku merah ni untuk rekod khusus segala pemeriksaan ibu dan anaknya. 

Walaupun tiada kaitan si bapa, tapi rekod si bapa juga ditulis di depan buku merah ni untuk hal-hal kecemasan. Biasanya usia mengandung bulan kedua dah kena ada buku ini, dan bermulanya buku merah ini sebagai peneman sepanjang masa sehingga tarikh jangkaannya bersalin.

Sesetengah kawasan mewajibkan membawa bil utiliti sebagai rujukan alamat serta sijil nikah. (Ni bergantung juga jika statistik kawasan berkenaan banyak kes anak luar nikah)  sebab prosedur dan implikasi bagi kes anak tidak berbapa berbeza sedikit. 

Yang tak berbeza hanyalah si ibu memang akan membawa kandungannya hingga saat kelahiran jika tiada komplikasi semasa mengandung.

Buku Merah menjadi keperluan wajib sekiranya si ibu mengandung anak pertama. Tak kisahlah klinik desa ke, klinik swasta ke, klinik kesihatan ke, hospital ke dll.

Sebelum ini, hanya si ibu yang akan jalani ujian jangkitan seks dan HIV, tetapi apa yang aku dengar di Putrajaya, setiap kali membuka buku merah, si bapa akan diwajibkan membuat ujian HIV juga. 

Mungkin ini sebagai persediaan atau kes-kes membendung implikasi HIV di sesuatu kawasan sekiranya statistik setempat menunjukkan peningkatan HIV. Sama seperti kes di atas - keperluannya juga bergantung pada statistik setempat.

Dalam buku ni lah segala ujian darah, ujian bayi  dan perkembangan bayi dikepilkan bersama, dan jika mengandung kali kedua pun, buku merah anak pertama yang lama pun akan dirujuk pegawai perubatan/jururawat sebagai indikator kesihatan keseluruhan ibu dan anak.


OK ni kisah lain :


"Salam sy nak bertanya. Adakah aktiviti dilancap dgn tukang urut di SPA boleh dijangkiti? Sy x ada simptom2 dijangkiti tp rs risau sgt. Pd minggu k 2,3,4 sy buat ujian hiv test kit d farmasi keputusan negative, pd minggu k 6 buat d bp lab keputusan negative, minggu k 8,10 buat lg ujian di farmasi keputusan negative. Minggu k 11 buat d pt foundation keputusan negative. Smua ujian kaedah ab/ag. Doktor di pt foundation kata memang dah tepat keputusan sy. Kerana tarikh period y pt foundation gunakan 1 bulan. Perlukan sy lakukan ujian bg genap 90 hari? Persoalan sy. 1. Aktiviti sy lakukan boleh dujangkiti k x? 2. Perlukan sy jalani ujian lg wlupn doktor kata dah tepat? "  



Dalam entri terdahulu aku, aku hanya ikut sepertimana KKM dan WHO gunapakai, ujian 3 bulan selepas aktiviti berisiko terakhir boleh dianggap conclusive. Sebab antibodi dan daya tahan manusia telah dikaji berbeza dan simptom hanya jelas (hadir antibodi imun terhadap HIV) cukup untuk diuji.

Hanya peratusan kecil hasilkan antibodi seawal 2-3 minggu. Jadi lebih muktamat dan tak mahu berteka-teki, buat ujian pada bulan maksimum- bulan ke 3 (12 minggu).

In general, antibody tests that use blood can detect HIV slightly sooner after infection than tests done with oral fluid. It can take 3 to 12 weeks (21-84 days) for an HIV-positive person's body to make enough antibodies for an antibody test to detect HIV infection. This is called the window period

Apa yang menyukarkan, mereka yang telah dijangkiti HIV tidak mahu terima kenyataan. Dan apabila tidak terima kenyataan, sukar untuk menjalani rawatan dari doktor bertauliah. Percaya kepada Doktor palsu di Ampang la, di Perak la yang boleh merawat HIV dll.

Kenyataannya, sehingga hari ini di mana-mana dunia, samada kaya bilionair atau yang miskin pun belum jumpa penyembuhan HIV sepenuhnya. Jadi jangan teruskan kesilapan pertama dengan kesilapan kedua mempercayai doktor-doktor palsu atau doktor facebook yang tidak sahih sumbernya. Lebih elok jika tak tahu, rujuk kepada yang tahu.

Jauhi seks bebas.
Salam Jumaat


Share:

Thursday, January 26

YOU HAVE TO JUMP!


Share:

SIJIL SIMPANAN PREMIUM BANK SIMPANAN NASIONAL

Sijil Simpanan Premium aku copy dari sumber Internet.

Semalam, nak dijadikan cerita, aku adalah dalam 3 keping SSP (Sijil Simpanan Premium) yang paling rendah aku beli pada Tahun 2004 dan paling terakhir pada 2013.

Dijumlahkan adalah dalam RM1,210.00 kesemua nilai sijil ini.

Ke Bank Simpanan Nasional Cawangan Putrajaya di buka pada jam 0900. Alhamdullilah, tepat jam 0900 jam smartphone aku, maka dibukalah pintunya.

Kalau korang baca SSP ni ada perkongsian Al-Mudharabah antara PELANGGAN DAN BANK (2:98) - ni adalah nisbah pengkongsian untung paling minima.

Ok berapa aku dapat keuntungan?

Nilainya RM0.00.. Apabila tanya kerani, dia cakap kalau dapat RM1.00 dan ke bawah pun memang pelanggan tidak dapat apa-apa. 

Hmmm dah pinjam duit pelanggan bertahun-tahun, langsung tiada imbuhan sebatang pen kan...Ok fine.

SSP ni sesuai kalau korang ada lebihan RM3,000.00 dan beli sijil SSP untuk berpeluang cabutan bertuah yang lebih besar kot dan jangan andaikan dapat dividen atau al-mudharabah tu.

Satu lagi perkhidmatan BSN yang aku sangsi adalah kad kredit Aiman dia walaupun ditawarkan faedah 11% setahun.

Kesukaran untuk mendapatkan penyata dialamatkan ke rumah, di tukar kepada pdf melalui email pun lambat juga. Akhirnya tukar balik kepada penyata surat-menyurat semula.

Lepas tu point hilang 2 bulan, kad kredit salah eja nama, apabila dibuat aduan, pertama kali dalam sejarah aku kena tegur, sebab ini permintaan pelanggan betulkan nama, maka kad ini tidak akan dipos secara poslaju, akan guna pos biasa sahaja dalam 10-20 hari sampai. 

Dah dekat 2 bulan pun tak sampai-sampai.

Satu lagi, kalau sesiapa pernah buat personal loan BSN ni, walau dah bayar setengah jalan, contoh loan 7 tahun, dah bayar 5 tahun dan nak bayar penuh, percayalah dari jelaskan baki loan anda sepenuhnya, lebih baik anda teruskan habis sampai 7 tahun tu sebab ternyata terlalu rugi.

Dan akhir sekali ketika musim perayaan atau cuti biasa, perkhidmatan ATM BSN kerap tiada perkhidmatan. Ok Bye



Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts