Kedai Buku Online

Thursday, November 26

MEMBACA RESIT THE CHICKEN RICE SHOP

MEMBACA RESIT THE CHICKEN RICE SHOP

Hari ini aku makan tengahari di The Chicken Rice Shop Alamanda. Cuaca pun elok sangat dan sesuai berjalan kaki. Sebenarnya dekat sangat dengan pejabat, tetapi aku ambil jarak jauh ke Parkson dahulu baru ke TCRS. Macam mana nak kira bil TCRS ni?

Nak senang kira, makan dengan kawan menu yang sama dan bil bahagi 2 orang. Bagaimana pula kiraan GST  dikenakan?

GST dikenakan SELEPAS jumlah menu yang kita makan/minum + Caj Perkhidmatan 10% 5%, dapat nilai sub total baru didarabkan dengan 0.06 atau 6%. Dapatlah GST dalam RM1.822 tetapi sistem tunai membuat bundaran kepada RM1.83. 

Kalau kita jenis teliti, semua bil jika dibundarkan menjadi genap dah, susah dapat kepada 5 Sen. 

Bayangkan harga makanan RM8.98 dan harga minuman pun RM5.48 untuk seorang. Nombor-nombor harga menu ini disetkan kepada nombor 8 ke atas untuk penjumlahan genap dalam resit. Agak-agak sebelum GST, berapakah harganya kan. Naik senyap-senyap kah?, turun kah?, tak turun kah?

Banyak benda baru dan macam teransang minat je nak beli kan lebih -lebih lagi sling beg di Al-Ikhsan Alamanda.

Harganya RM59.00 termasuk caj GST jenama AL. Sedap dan selesa digantung di badan dan banyak poket pula tu. Tapi sekarang zaman berjimat cermat, RM60.00 tu rasanya boleh dapat 2 beg pampers jika Pampers Pet Pet ada sales RM29.90 kan - itu pun jika nasib baik dapat jumpa harga tu lagi.

Selamat menjamu selera......

Share:

Wednesday, November 25

KAUNTER PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL PTPTN

KAUNTER PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL PTPTN

Masih berkisar tentang hutang lagi. Cuma kali ini adalah hutang berkenaan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN.

Sekarang banyak kaedah pembayaran PTPTN, melalui Online Perbankan, e-FES dan kaunter-kaunter yang dibuka sepanjang hari bekerja malah ada yang dibuka pada Sabtu dan Ahad seperti di UTC.

Kaunter-Kaunter ini dibuka siap dengan kemudahan pembayaran samada secara tunai, kad debit dan kad kredit. Caj Servis RM0.50 dan GST RM0.03 dikenakan bagi setiap transaksi.

Bagi peminjam yang membuat pembayaran potongan gaji, ditawarkan kadar kos pengurusan yang lebih kompetetif  dan rendah dari sedia ada. Kos Pengurusan ini adalah sekitar 1% dan 3%.

Terbaru, jika pelajar yang kehilangan Sijil Pelajaran Malaysia atau ingin mendapatkan salinan sijil yang baru boleh ke Blok E11 Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks E Putrajaya dan sambil-sambil itu boleh ke blok sebelahnya, Blok E12 untuk memahami pinjaman pertama anda sekiranya bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Sebelum tandatangan PTPTN kena juga maklum syarat pelepasan dan kadar diskaun yang PTPTN tawarkan sekiranya mendapat Ijazah Kelas Pertama.
 
Alamatnya : Kementerian  Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras bawah blok E12 Kompleks E, 62604 Putrajaya. Buka akaun PTPTN atau SSPN sekiranya anda bercadang melanjutkan pelajaran kelak.

Share:

JOMPAY - JOM BAYAR LEBIH MUDAH

* "JOMPAY mengecaj anda sebanyak RM0.50 daripada jumlah bil anda. Jika Bil anda RM16.00, jadi wajib bayar RM16.50 sebab JOMPAY tolak RM0.50.(Kemaskini 30 DISEMBER 2015)"

* Klausa ini akan dikemaskini semula apabila menerima penyata penuh dari YPJ kelak (Kemaskini 02 FEB 2016)

* Penyata YPJ memulangkan semula RM0.50 pada bulan Oktober 2016, jadi sah Jompay adalah percuma. (Kemaskini Januari 2017)


JOMPAY - JOM BAYAR LEBIH MUDAH

Pernah ke kita semasa membayar bil utiliti, membayar pinjaman pendidikan negeri ke atau apa-apa, kita hadapi kesukaran membuat bayaran melalui talian perbankan online?

Ok, ada bank tempatan telah menetapkan bahawa bayaran minimum pindahan secara online yang dibenarkan adalah paling minimum RM50.00 setiap transaksi. Kurang dari itu memang tidak dibenarkan.

Bagi pembayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri, kebanyakan bank mengecaj RM1.00 setiap transaksi berbanding FPX atau e-FES (Semua transaksi pembayaran balik melalui FPX akan dikenakan caj RM0.50 kepada akaun pembayar tidak masuk GST lagi ni. Anggaran RM0.53 lah).

Memandangkan baki hutang sebanyak RM16.00, kita tidak perlu bersusah payah nak hantar cek sebab kena caj komisen pula nanti dan kos Setem.

Maka survey punya survey dapatlah kaedah pembayaran melalui JomPay. Servis ini adalah percuma, cuma perlu tahu no kod Penerima seperti dibawah ini. Kod ini adakalanya dipaparkan di laman Web/Portal syarikat/institusi.


Tidak semua ada perkhidmatan JomPay seperti PTPTN masih gunakan e-FES. Kes aku, aku guna CIMB sebab dalam Maybank tidak jumpa servis ini, mungkin tidak kelihatan pada mata aku semasa mencarinya. Selepas login CIMB, klik ke link pautan Pay-> Bills-> dan di situ ada butang radio pilihan JomPay.



Selepas isikan butiran Ref-1 dan Ref-2, Maklumat no kod tersebut ada dinyatakan dalam transaksi CIMB seperti 9753 adalah Yayasan Pelajaran Johor. Rujuk Kod disini untuk lebih sahih setiap kod biller tu.

Apa yang bernama hutang, loan ke, pinjaman ke, wajib dibayar tanpa alasan selepas anda bersetuju dengan terma dan syaratnya. Jadi bersegeralah menunaikan kewajipan.



Share:

Tuesday, November 24

SIAPA PANDAI, SIAPA BODOH?

(Sinar Harian, 16.11.15)

SIAPA PANDAI, SIAPA BODOH?

Berkaitan dengan pengiktirafan UEC, siapa bodoh? Yang bercakap itu bodoh atau kerajaan? Jangan kerana mahu popular atau laparkan undi, maka matlamat menghalalkan cara. Sebagai negarawan, lebih baik buat kajian dahulu atau bertanya kepada menteri berkaitan kenapa hingga kini kerajaan tidak meluluskan UEC?

Bakat (talent) sudah tidak penting lagi jika tidak ada kesetiaan (loyal). Kita tidak perlukan rakyat yang belot, walaupun bagus, jika tidak menjunjung agenda negara, sebaliknya menjunjung agenda negara asing.

Sama juga tindakan ultra kiasu mahukan nama Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama Bagan Cina, hanya kerana tidak ada orang Melayu tinggal di kampung itu. Bukankah sejarah negara ini bermula dengan nama Tanah Melayu (Rezab Melayu), jadi apa masalahnya. Siapa pandai, siapa bodoh?

Di Thailand, langsung tidak ada nama Cina (termasuk kampung Cina), walaupun di sana ramai juga Cina. Begitu juga di Indonesia. Pasal apa Cina tidak membantah? Kembalilah kepada sejarah. Kadangkala ada betulnya kata-kata balik tongsan, kerana kita tidak pernah terfikir berada di Malaysia.

Berbalik kepada isu UEC, saban kali saya tulis, ikut sahajalah arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Kenapa berdegil sangat? Sijil sekolah kita (contoh, SPM dan STPM) semua diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kenapa terlalu kecinaan? Kita tinggal di mana sebenarnya?

Jangan hanya mendengar pendapat ultra kiasu. Panggillah wakil Menteri KPM sama. Tanyalah pakar pendidikan. Saya juga menawarkan diri. Jangan sedap mulut bercakap tindakan kerajaan pusat bodoh. Yang bercakap itu, pandai sangatkah? Ketika berada dalam kabinet suatu ketika dahulu, kenapa menikus? Tidak semua ahli politik pakar? Sekadar ada ijazah asas, masih belum pakar. Maka, rujuklah pakar. Bukan buat kelakar.

Saya tidak akan sebegitu lantang jika UEC mematuhi arahan KPM dan menjunjung agenda negara. Masalahnya mereka engkar, setelah begitu banyak peluang diberikan. KPM hanya mensyaratkan agar UEC memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan, seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pendidikan 1996. Selain itu, standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf dengan SPM, liputan kurikulum sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad. Pendek kata, syaratnya amat mudah. Mereka hanya mahukan kecinaan itu dikekalkan. Apakah kita patut benarkan perbuatan membina negara dalam negara?

Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi berkata, perlembagaan hanya membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda, bukan hak belajar dalam bahasa ibunda. Dengarlah nasihat pakar kalau kita tidak pakar. Jika semua mahu mengakui pakar, siapa yang pakar? Ini bukan sifat negarawan.

Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua sijil. Kenapa tidak berani? Bersusahlah sedikit. Kenapa kerajaan juga dipersalahkan? Justeru, saya amat memuji dan menyanjung tinggi bumiputera Sabah dan Sarawak kerana tidak menuntut sekolah berasaskan etnik. Jika tidak, ribuan sekolah berasaskan etnik akan wujud. Inilah kelebihan bumiputera di sana, berbanding ultra kiasu. Berperangai seperti Yahudi. Bila dapat tempat, mula lupa diri. Dia ingat negara ini dia yang empunya.

Kenapa kita hanya bercakap soal pengiktirafan antarabangsa, tetapi langsung tidak bercakap soal pembangunan negara bangsa, pembinaan jati diri dan semangat patriotisme? Mana ada pendidikan caca merba di dunia ini, kecuali Malaysia? Hebat sungguh toleransi kita meraikan kepelbagaian. Malangnya tidak dihargai. Terus mencari dan mencipta masalah. Kemudian salahkan kerajaan.

Justeru, saya mohon kepada ahli politik, berhentilah bercakap perkara bodoh dan menuduh kerajaan bodoh. Jika kerajaan bodoh, sudah tentu siapa yang duduk dalam kerajaan juga bodoh. Adakah kita hanya menjadi pandai setelah keluar dari sistem?

Saya masih ingat pesanan ilmuan Islam. Pertama, jadilah orang tahu, dia tahu, yang dia tahu. Ini yang terbaik. Jika tidak pun, jadilah orang yang kedua, dia tahu, tetapi dia tak tahu, bahawa dia tahu. Masih lagi boleh diubati bersama kategori ketiga, dia tidak tahu, tetapi dia tahu, bahawa dia tidak tahu. Amat malang jika kita jatuh dalam kategori ini, keempat, dia tidak tahu, dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Kelima, dia tidak tahu, buat-buat tahu, yang dia tahu, sebenarnya dia tidak tahu. Berat sungguh kategori akhir ini. Tanyalah pakar agar jadi pandai.

Kadangkala saya sedih melihat ahli politik, apabila bercakap atau bertindak dia tidak berfikir terlebih dahulu, sehingga terserlah kebobrokkannya. Sama juga ultra kiasu yang mahukan nama kampung Melayu ditukar kepada nama Cina, hanya kerana tidak ada Melayu tinggal di situ. Ini bukan soal Cina atau soal Melayu, ini soal sejarah Melayu. Jika tidak faham, pergi masuk ke sekolah.

Dalam Islam, Nabi suruh kita berfikir kerana berfikir seminit lebih baik dari sembahyang sunat berpuluh rakaat. Berfikir itu adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Membaca, belajar, menelaah dan berbincang masih belum cukup, jika kita tidak berfikir. Berfikirlah, barulah pandai.

Share:

Friday, November 13

PENAWAR ITU PAHIT RASANYA, MURAH HARGANYA, TERBUKTI KHASIATNYA

PENAWAR ITU PAHIT RASANYA, MURAH HARGANYA, TERBUKTI KHASIATNYA

Sekarang ni ramai penjual dah merapu mula mencari pelanggan melalui media TV.

Jika sebelum ini, aku kerap juga jumpa di hospital, di kedai makan, di pasaraya, tapi produk yang dikatakan baik ni mulai sampai dengan mudah ke mana-mana pelusuk. Mula-mula digunakan akhbar dan sekarang televisyen pulak.

Mudah ke mengambil jus, minuman tambahan, kopi segera dan macam lagi hanya dengan niat nak sembuh dari kesakitan sendi dan nak kelihatan cantik?

Takda benda di dunia ni semudah itu, tapi semudah ditipu tu biasalah. Aku bagi contoh sahaja, semasa di Farmaseutikal dulu, ubat batuk yang dihasilkan dalam 1 tong adalah lebih kurang 50KG gula pasir dan tambahan pewarna lain. Codeine Phosphate (terhasil dari Morphin) yang dicampurkan dalam jumlah sedikit untuk ubat batuksangat pahit mengalahkan lempoyang.

Semakin hari kita dah tak kenal akar tengkuk biawak, lempoyang, ubi jaga, daun payung ali, pokok petawali, daun beruas/daun singkir dalam Bahasa Jawanya sedap dicampur asam pedas ni, dan macam-macam lagi. Semua hanya tinggal nama. 

Dadah ini jumlahnya sangat sedikit tetapi sebab memenuhi selera dan tekak orang yang ingin sihat, perlulah di bagi perasa yang sedap. Mana orang nak beli ubat jika tidak sedap.

Walaupun tahu khasiat kebaikan akar-akar pahit ni, tapi kita tak pilih juga yang terbukti berkhasiat bergelumang dengan tanah tu, maka jadi mahal bila dibotolkan cantik-cantik dengan gelatin dan gula (makanya ia ada tarikh luput).

Asas yang mudah pada aku, zaman sekarang semua ubat, semua makanan berkhasiat kalau boleh nak dijadikan kuih atau gula-gula berwarna-warni sebab senang dimakan bila-bila. Kopi pun dah macam-macam genre dari zaman dulu pahit semerbak, kerja kebun rajin dan hilangkan migrain, sekarang dah jadi wangi dan boleh melompat tinggi lepas tu ketagih.

Air kopi sekarang kalau boleh harum macam bunga lavendar, bunga ros tapi semua tu hanya dapat kita nikmati sebelum ia lepas ke dalam tekak kita je. Kita ada kalanya ditipu oleh perasa dan perisa buatan. Sedangkan Vape pun boleh dicipta pelbagai perisa, apatah lagi pandan dan strawberry tu. Jika dakwa-dakwi makanan dan minuman tu sangat berkhasiat, kenapa masih banyak tidak digunakan dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi kembalilah pada fitrah, yang pahit itu ada dalam penawar seperti akar kayu. Pseudoephedrine pun ubat rasanya pahit sebagai ubat alergic, cuma bandingan keduanya ialah kesan sampingan yang hadir jika dalam dos tinggi.
Share:

Wednesday, November 11

KOMPAUN KESALAHAN TEMPAT LETAK KERETA DI PUTRAJAYA

KOMPAUN KESALAHAN TEMPAT LETAK KERETA DI PUTRAJAYA

*Nak dijadikan cerita, baru-baru ini aku dalam keadaan tergesa-gesa. Sepanjang 2 minggu semua kerja dalam tergesa-gesa kira dalam mode fast and furious. Banyak hal kecemasan berlaku pada diri aku dan keluarga termasuklah anak aku.

Dipendekkan cerita tanpa masuk cerita drama tentang diri aku dan iklan seumpamanya, maka aku ringkaskan sewajarnya menjadi 1 cerita yang lebih bermakna pada pengunjung blog aku ni untuk baca-baca dan bolehlah ambil iktibar jika perlu.

Kisahnya begini, Putrajaya kebanyakkan tempat adalah larangan memarkir kenderaan samada motorsikal atau kereta. Sebab itu diperkenalkan Park & Ride. Tapi aku lebih suka jika bulatan terbesar di Putrajaya itu disediakan laluan berbumbung sebab jika sekali pusing pun dah dekat 3.5KM, jika tengahari, boleh bau hangit rambut aku.

Bagi aku warga Putrajaya, terlihat sangat janggal jika menunggang basikal yang harga bawah RM500.00. Masalah ini dah jadi tabiat diwarisi, kalau naik basikal sahaja mesti ada jenama, jika tiada jenama, aku sengaja cari nahas oleh mata-mata dan bualan orang sekeliling. Jadi dimudahkan cerita aku ni takda kaitan dengan basikal dan tidak mungkin aku akan beli basikal, cuma aku memandu sebuah Viva yang masih berhutang di bank tempatan.

Sebab Viva ada 4 roda, ia tidak boleh diparkir sembarangan, bagusnya ia boleh bawa penumpang. Itu lah mukadimah perlunya sebuah kenderaan beroda 4.

Jadi jangan salahkan aku kenapa aku tak naik bas dan menunggang basikal atau jalan kaki.

Mari kita ke bahagian subjeknya.

Tanggal 5HB November 2015 lepas, sahlah aku diantara insan yang terpilih menerima resit sekembalinya dari kerja. Resit ini bukan sembarangan, ia disahkan oleh Undang-Undang Lalulintas dalam Pentadbiran Putrajaya.

Bukan kerana aku sengaja parkir di kawasan larangan, cuma kerana kerap keluar masuk pejabat atas hal urusan kecemasan, maka duit kertas aku pun berkurangan ditambah pula di tengah bulan gaji. Dengan 1 Jam RM1.00, seminggu boleh mencecah RM40.00 maka dengan itu aku cuba kurangkan (kadang-kadang) dengan parkir di tempat orang lain yang sama niat dengan aku.

Kompaun tersebut dijenamakan  sebagai "Kelas DB : Tawaran Mengkompaun Kesalahan Tempat letak Kereta-01. Meletakkan kenderaan di luar petak/tempat letak kereta-perenggan 4 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat letak Kereta WPPJ 2002)" dengan nilai kompaun RM100.00.

Tidak semua kelas dalam kompaun boleh membuat rayuan.

Melalui mereka yang terdahulu mahir dalam bidang mendapat kompaun ini, kompaun dikenakan dalam RM50.00 jika dilunaskan dalam 7 hari dan menjadi RM150.00 jika melebihi 7 hari.

Bagi pengunjung luar yang hadir ke Putrajaya, eloklah berhati-hati akan kawasan yang sememangnya dilarang parkir dan seeloknya parkir di kawasan disediakan atau drop by sahaja. Jika kita dah salah, pertama sekali BERSEGERA mengaku salah, kedua, BERSEGERA minta maaf dan ketiga BERSEGERA merayulah sebab bukan senang nak mencari duitkan. BERSEGERA ini tunjukkan kita betul-betul nak memperbaiki keadaan dalam situasi harmoni dan sewajarnya. Jika korang ada modul kaedah yang lebih berkesan, bolehlah share sama ya.

*Disebabkan aku pun mengikut kaedah di atas, maka aku pun amalkan dan Alhamdullilah ia sedikit sebanyak membantu aku menyelesaikan masalah yang aku buat. Jadi masalah aku, kenalah aku juga yang selesaikan. Biasakan diri jangan komplen dan kutuk2 sebab ia jadikan keadaan lebih rumit. 

Kesimpulannya tentang kompaun tu boleh membuat aku tersenyum lebar.


Share:

TEBUS MATA BONUSLINK DI SHELL TAMAN MUZAFFAR SYAH MELAKA


TEBUS MATA BONUSLINK DI SHELL TAMAN MUZAFFAR SYAH MELAKA

Salam pagi Rabu setelah kembali bertugas dari Cuti Umum Deepavali.

Dah lama aku nak cerita berkenaan Bonuslink ni sebabnya aku jenis tak minat nak pantau point-point yang hilang dan juga mengumpul point. Jika point dah sampai pada tahap tertentu, aku rasa wajar tukar pada hadiah dari Bonuslink. Itu aja semudah A,B,C.

Sebab bila aku tengok ramai pengguna KATA Bonuslink ni membazir sebab point boleh expired (Luput 36 Bulan pun tak ok lagi ke), point susah nak tebus lah, point tebus barang kategori murah-murah lah, rugi berbelanja di Parkson dan Shell beribu-ribu RM la gitu.... Dah bagi point pun banyak merungut kan. Bukan payah pun usahakan sedikit tenaga dengan membawa kad Bonuslink dan menghulurkan kepada kerani kaunter tu pun. Tak tahu lah zaman akan datang lagi mudah, senang scan telinga ke, scan mata ke untuk kumpul/tebus point.

Yang jadi lagu tu kenapa sampai hoping melangit sangat, jika kita rasa perlu berbelanja dan ada ganjaran sikit pun ok lah sebab memang kita dalam keperluan nak berbelanja bukan dipaksa-paksa beli itu beli ini. Tak berbelanja pun alhamdullilah, income kita tak terjejas kan. jadi berbelanja bila perlu DAN bertuah dihargai.. fullstop situ dulu.


Ok inilah hasil aku tebus Bonuslink 3700 mata di Shell Jalan Ayer Keroh di Taman Muzaffar Syah tu. Takdalah aku harap ia payung emas atau payung serba magik sebab kira syukurlah ada juga ole-ole selama berbelanja ni kan. Janji ia boleh bekerja sewajarnya. Ni modelnya.
Jika nak redeem, SHELL hanya terima sebelum jam 9.00 Malam sahaja sebab staf kena login sistem. Mungkin malam-malam takda internet rasanya. Setiap SHELL baranganya tidak sama, ada barang berbeza setiap outlet ikut stok yang ada. Jika ke SHELL di kampung-kampung mungkin tidak masuk bahagian dalam Kempen Bonuslink ni.

Sebelum ini aku dah redeem secara online dan barangan dihantar melalui Kurier, cuma kali ini aku berminat dengan payung di SHELL dan nak tebus sendiri. Bila di buka dan tutup payung ni rasanya pun mantap gitu, sambar sajalah yang ni kan.

Caranya tebus mata mudah sahaja, serah kad Bonuslink dan ada passwordnya : [nombor tarikh lahir anda].

Ni aku nak tegur sikit DIGI, kenapa mulai tahun 2016, pengguna Postpaid Digi dah tak dapat point Bonuslink lagi?? 



Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive