Kedai Buku Online

Friday, November 13

PENAWAR ITU PAHIT RASANYA, MURAH HARGANYA, TERBUKTI KHASIATNYA

PENAWAR ITU PAHIT RASANYA, MURAH HARGANYA, TERBUKTI KHASIATNYA

Sekarang ni ramai penjual dah merapu mula mencari pelanggan melalui media TV.

Jika sebelum ini, aku kerap juga jumpa di hospital, di kedai makan, di pasaraya, tapi produk yang dikatakan baik ni mulai sampai dengan mudah ke mana-mana pelusuk. Mula-mula digunakan akhbar dan sekarang televisyen pulak.

Mudah ke mengambil jus, minuman tambahan, kopi segera dan macam lagi hanya dengan niat nak sembuh dari kesakitan sendi dan nak kelihatan cantik?

Takda benda di dunia ni semudah itu, tapi semudah ditipu tu biasalah. Aku bagi contoh sahaja, semasa di Farmaseutikal dulu, ubat batuk yang dihasilkan dalam 1 tong adalah lebih kurang 50KG gula pasir dan tambahan pewarna lain. Codeine Phosphate (terhasil dari Morphin) yang dicampurkan dalam jumlah sedikit untuk ubat batuksangat pahit mengalahkan lempoyang.

Semakin hari kita dah tak kenal akar tengkuk biawak, lempoyang, ubi jaga, daun payung ali, pokok petawali, daun beruas/daun singkir dalam Bahasa Jawanya sedap dicampur asam pedas ni, dan macam-macam lagi. Semua hanya tinggal nama. 

Dadah ini jumlahnya sangat sedikit tetapi sebab memenuhi selera dan tekak orang yang ingin sihat, perlulah di bagi perasa yang sedap. Mana orang nak beli ubat jika tidak sedap.

Walaupun tahu khasiat kebaikan akar-akar pahit ni, tapi kita tak pilih juga yang terbukti berkhasiat bergelumang dengan tanah tu, maka jadi mahal bila dibotolkan cantik-cantik dengan gelatin dan gula (makanya ia ada tarikh luput).

Asas yang mudah pada aku, zaman sekarang semua ubat, semua makanan berkhasiat kalau boleh nak dijadikan kuih atau gula-gula berwarna-warni sebab senang dimakan bila-bila. Kopi pun dah macam-macam genre dari zaman dulu pahit semerbak, kerja kebun rajin dan hilangkan migrain, sekarang dah jadi wangi dan boleh melompat tinggi lepas tu ketagih.

Air kopi sekarang kalau boleh harum macam bunga lavendar, bunga ros tapi semua tu hanya dapat kita nikmati sebelum ia lepas ke dalam tekak kita je. Kita ada kalanya ditipu oleh perasa dan perisa buatan. Sedangkan Vape pun boleh dicipta pelbagai perisa, apatah lagi pandan dan strawberry tu. Jika dakwa-dakwi makanan dan minuman tu sangat berkhasiat, kenapa masih banyak tidak digunakan dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi kembalilah pada fitrah, yang pahit itu ada dalam penawar seperti akar kayu. Pseudoephedrine pun ubat rasanya pahit sebagai ubat alergic, cuma bandingan keduanya ialah kesan sampingan yang hadir jika dalam dos tinggi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive