Kedai Buku Online

Monday, April 6

TABIAT MINUM TEH O AIS PENYEBAB KEGAGALAN BUAH PINGGANG?

Tabiat minum ‘teh o ais’ penyebab kegagalan buah pinggang?



Kalau sekali pandang, kita nampak isu ini seakan merbahaya dan kalau boleh, perlu diharamkan terus minum minuman bernama teh ini. Namun begitu, kita kena ingat, cara pemakanan kita, bagaimana nutrien itu dicernakan / metabolize, semuanya bukan bersifat satu hala. Kita kena lihat ia dalam bentuk satu siratan yang berbagai hala.


Mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menjurus kepada pembentukan batu karang (kalsium oksalat). Besar berkemungkinan diet individu tersebut rendah Magnesium tetapi tinggi Kalsium yang menjurus pembentukan Kalsium Oksalat berbanding Magnesium oksalat. Untuk pengetahuan, kes tersebut berlaku di Arkansas, negara Uncle Sam, yang mana diet mereke terdedah kepada sumber2 tenusu (tinggi kalsium) seperti chesse, susu, etc. Orang Malaysia kurang minum susu.


(untuk info, Magnesium oksalat lebih mudah larut dalam darah, berbanding kalsium oksalat yang kurang larut dan mudah termendap di buah pinggang. Justeru, oksalat lebih mudah disingkirkan menerusi air kencing kalau dalam bentuk Magnesium oksalat)


Selain itu, Cadmium yang terdapat dalam rokok juga berpotensi menjadi katalis penukaran vitamin C kepada oksalat, secara tak langsung tabiat merokok itu sendiri meningkatkan kadar pengambilan oksalat individu terlibat. Hal ini selalu terjadi pada abang-abang kaki lepak yang sering order teh o ais limau sambil menghembus-hembus asap rokok.
Teh O ais merupakan minuman yang popular di kedai mamak.
Teh O ais merupakan minuman yang popular di kedai mamak.

Boleh ke tidak minum teh O ais?

Teh O ais itu bukanlah suatu masalah. Kenapa perlu salahkan teh O ais sedangkan asid oksalik itu wujud dalam pelbagai makanan lain seperti bayam, coklat, dan kekacang?
Pada hemat saya, artikel tersebut mempunyai tajuk yang terlalu Hype, mungkin kerana ia sinonim dengan masyarakat Malaysia dan mamak. Selain itu, laporan itu hanya memetik satu sumber dan satu kes sahaja.

Walaupun ramai pakar urologist menasihati agar berhati-hati dengan pengambilan teh, namun belum ada kajian komprehensif yang menunjukkan hubungkait minum teh dengan sakit buah pinggang. Biasanya teh sering dikaitkan dengan manfaat antioksidannya.
Konklusinya, teh O ais tidak bersalah, namun cara anda mengambilnya mungkin salah, lifestyle anda mungkin salah, diet anda secara keseluruhan mungkin salah. Justeru bersederhanalah dalam semua tindakan. Jangan takut minum teh sekiranya buah pinggang anda normal, atau tak ada history dalam keluarga yang mengidap penyakit ini.

Dan jangan lupa banyakkan minum air masak juga.
p/s: Sedangkan ubat pun ada adverse effect. Ubat kalau diambil berlebihan pun jadi dadah.

Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts