Kedai Buku Online

Friday, November 30

MAAFKAN DIRIKU


Tools yang aku gemar pakai. (sumber google)

Bagi entri yang bertanyakan berkenaan jenama minyak hitam, jenama drive shaft, aku tidak dapat beri jaminan berdasarkan jenama. Lagi pun sekarang spare-part semakin meriah dengan inovasi baru.

Dan aku pun tidak menggunapakai/rekemen jenama-jenama yang disebutkan, dah jarang beli minyak enjin di kedai spare part.(secara peribadi)

Jadi waranti dan jaminan tu kena bincang dengan pengeluar dan offer yang diberikan.

Aku bukan mekanik sepenuh masa, dan hanya belajar secara sambilan sahaja.

Nanti ada yang komen tidak bersetuju dan lain-lain.

"Ada satu perkara aku nak share pemilik Perodua Alza, jika korang isi minyak gear jenama lain, akan keluar tanda merah AT di dashboard. Bila aku tukar balik jenama Perodua, dia kembali normal. Masa tukar tu kena tukar sekali filter gearbox oil tu, jadi kos tu korang anggarkan sendiri. 

Masalah minyak gear ni kalau tak sesuai, dia ketat dan jerk sedikit ketika shift gear.
Senang rahsianya begini, jika korang biasa minum lempoyang, jangan tiba-tiba tukar minuman teh ais. Saintifiknya aku tak dapat cerita, yang orang suka, masalah selesai.

Tips : Nak jimat, pakailah ori"

Mohon maaf
Share:

PETUA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT


PETUA HILANGKAN BATUK TANPA UBAT

Daun Kaduk seakan daun sirih cuma bujur dia agak lain. Daun Sirih tidak lasak dan berurat halus, kena di buat tiang sokongan, kena rajin disiram. Daun sirih menjalar beza dengan daun kaduk melilit tinggi. Daun sirih agak pedas2 berbau wangi apabila diramas.  Sirih ni boleh diramas2 dalam air buat basuhan kulit yang terkena jangkitan atau mata yang terkena jangkitan. Dan muka yang berkilat berminyak boleh dikurangkan dengan air hasil ramasan sirih.
Perkara paling mujarab sirih ini ialah dilapiskan kain, disterika  dan di buat tuam bengkak atau angin pasang bayi. Jika ada reban ayam semasa ayam mengeram, pun elok letak daun sirih untuk buang hama.





Kaedah bawang putih memang elok. Sekarang jual balm bawang putih pun dah RM25.00 untuk 1 bekas kecil saiz balm biasa tu. Cuba kaedah ini lebih berkesan.







Share:

Thursday, November 29

HASIL KERJA SESEORANG BERGANTUNG KEPADA KOMITMENNYA




Antara ayat-ayat org pemalas, dia justifikasi fitrah tabie dirinya "dicipta" sebagai pengorbanan, lebih islamik, manakala usaha senyap dan hasil keras dedikasi orang lain sebagai "untung laa


Sekarang fenomena baru pula "Arahan Tuhan",  "Hanya pada Tuhan aku berserah", "Tuhan tahu apa aku buat". Ayat cliche macam ni sebenarnya sekadar cuba membenarkan fungsi dirinya yang gagal ke arah kecenderungan kepada - aku sudah berikhtiar sehabis baik dan masih/tak mendapat compliment dari orang lain.

Manusia apabila berurusan sesama manusia, uruskanlah sewajarnya, bukan meletakkan Tuhan peguam di tengah-tengah sebagai wakil diri. Respon sewajarnya atau berdiam sambil memahami. Andaikan bisu pun cuba berkoordinasi melalui mimik muka dan perbuatan.

Orang ikhlas, kerja berterusan tidak mengharap hasil pada dirinya, orang pura-pura ikhlas - kerja dan kerja apabila di minta, dan stop apabila tidak dipantau.  Keduanya dapat dibezakan pada finishing hasil kerja akhir. Dan pastinya kerja yang sama akan berulangan 2/3 kali.


Orang ikhlas, dia datang dengan sesuatu yang dia yakin diperlukan, hatta sebiji bateri 3A pun tidak terlupa 2 minggu lagi tugasnya. Orang tak ikhlas (mungkin kurang cerdik), akan berkali-kali bertanya perlu ke ini, elok tak ini, murah yang ini, trend sekarang ni, cadangan tidak berjalan, akhirnya orang lain terpaksa take over. Dia hanya ingin mewujudkan sentimen memeriahkan suasana sahaja, menzahirkan bakat memberi idea tapi tanpa nilai implikasi dan sentimental. Kesudahannya, kehadirannya tidak diperlukan dan dihargai.


Hasil kerja ikhlas akan disebut-sebut dalam hati orang sekeliling, yang hasil opposite, perlu disebut dan dipuji serta merta di mulut. Ia juga akan cemburu mengingatkan orang-orang yang melakukan kebaikan sebagai "untung laa", "bertuahlah". Niatnya satu supaya orang ikhlas menyebut2 kerjanya maka sia-sialah pahalanya.


Orang ikhlas jarang berminat kerja-kerja separuh jalan dan tinggalan orang terdahulu. Dia berhati-hati dalam tugasan yang bukan haknya hanya kerana memahami ada yang lebih afdhal mendahuluinya. Dia tidak mengira hasilnya beri manfaat padanya dan ketiadaan orang adalah peluang untuk mudah melaksanakan tugas.


Yang ikhlas, serta merta tangan dan kaki bekerja dan tidak jadikan tanggungjawab hakiki sebagai alasan. Tahap terbaik apabila kita ikhlas bekerja turut membuat akal bekerja, maka penatnya kurang ketara, masanya peruntuk cukup dah tak terlebih2, cakapnya tidak merapu seperti ketika semua orang sibuk bekerja, dia bersuara memerintah "Nasi dah habis", di sambut lagi orang kedua, "Nak stanby masak ke" dan lagi "nasi kan dah masak tadi pagi" sampailah kepada "Mak, nasi dah habis".

Natijahnya mak akan bercakap "Masak ler, aku ke yg kena masak"


Bertuah kalau kita jumpa orang yang cekap bangun pagi di hening orang lain tidur, senyap2 menunaikan tanggungjawab dunia dan akhirat. Yang tertangguh itu disegerakan, tahu rutin keperluan, tahu komunikasi ketika disua pertanyaan, tahu membuat penilaian. Jarang orang yang beringat tangguhan kerjanya memerlukan orang lain mengejutkan di malam hari.


Jika subuh tu alasan terlalu awal, seharusnya subuh itu adalah permulaan hari mencari rezeki. Bangun niat berjemaah di masjid, dah ada minuman, dah siap basuhan. Orang seperti ini yang layak mendapat tempat untuk dihormat dan dihargai.



"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."



Riwayat Thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 

(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

* membahagikan rezeki


Share:

REVOLUSI PEMBELIAN HARTANAH SECARA ONLINE

REVOLUSI PEMBELIAN HARTANAH SECARA ONLINE

  • Lazada biasanya menjadi tempat pembelian barangan elektrik, perabot, barang dapur, baju dan sebagainya.
  • Kini Lazada telah mengorak langkah baru dengan memperkenalkan kaedah pembelian hartanah secara online dengan melalui pemaju Mah Sing. 


Langkah-langkah untuk membeli hartanah melalui Lazada:

1. Tengok dahulu unit yang diingini di Lazada, ada insentif 5% daripada harga unit yang ditawarkan.
2. Pergi Sales Gallery untuk pilih unit dan buat pinjaman daripada bank
3. Pada 12.12, masuk LazMall untuk book terus unit yang telah dipilih sebelum ini.
4. Selepas berjaya pembelian melalui LazMall, staff pemaju akan hubungi pembeli untuk temujanji dan memuktamadkan dokumentasi





5. Tandatangan SPA dan dapat rumah yang diingini.

  • Kalau tengok kaedah pelaksanaanya, Lazada hanya menjadi platform untuk mendapatkan insentif rebate 5% daripada pemaju.
  • Mungkin akan menjadi rebutan first come first serve, siapa yang cepat akan dapat rebate 5% tu.
  • Biasanya unit TAK laku keras akan dijual di dalam platform ini, kalau unit yang laku keras, tak sempat nak masuk Lazada semua dah kena sapu, maka hati-hatilah pilih ya.
  • Kini pembeli boleh membuat pembelian hartanah di atas katil, tandas mahu pun sambil memasak 😂

**Kongsi atau tag rakan korang sekiranya bermanfaat
Rujukan : Dhom Niddufias

Share:

Wednesday, November 28

LANJUTKAN TEMPOH PAJAKAN DI SELANGOR

LANJUTKAN PREMIUM TANAH DI NEGERI SELANGOR

CARA MELANJUTKAN TEMPOH PAJAKAN
===========================




Sumber gambar dari Facebook

Student:
Abah saya ada rumah di Petaling Jaya pegangan pajakan 99 tahun. Tempoh tamat pajakan pada tahun 2069. Selepas tamat tempoh tu, apa jadi ye Sir, adakah rumah tu akan jadi milik kerajaan?

AbgICON:
Good question. Secara teorinya selepas tamat tempoh pajakan, property tersebut akan dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Walau bagaimanapun, pemilik boleh memohon tempoh lanjutan samada 60 @ 99 tahun apabila tempoh pajakan berbaki 30 - 60 tahun tapi kena bayar PREMIUM.
.
Terdapat (pilihan) DUA jenis premium boleh dikenakan seperti berikut samada:
.
1. Bayaran nominal RM1,000
- Tempoh akan dilanjutkan tetapi dimasukkan KAVEAT Pendaftar.
- TIDAK dibenarkan melakukan pindahmilik kecuali kpd ahli keluarga terdekat shj.
- TIADA diskaun premium diberikan.
- Sukar utk cagar kpd bank kerana terdapat Kavet Pendaftar.


2. Bayaran Premium mengikut Nilai Tanah semasa
- Formula Pengiraan Premium:
: 1/4 X 1/100 X nilai tanah semasa (smp) X Tempoh Lanjutan Pajakan X Keluasan Tanah (smp) - 30% (diskaun)
- Nilai tanah ditentukan oleh Pejabat Tanah.
- Premium perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan selepas kelulusan permohonan.

Contoh pengiraan premium tanah


- Nilai semasa : RM800,000
- keluasan 500 meter persegi
- Tamat tempoh pada tahun 2069 (baki 51 thn)
- Lanjutan tempoh 99 tahun
.
Cara kiraan


= 1/4 X 1/100 X RM1,600 X (99 - 51) X 500 mp
TOLAK 30% (diskaun)
.
= 1/4 X 1/100 X RM1,600 X 48 X 500 mp - 30%
.
= RM96,000 - 30%
.
= RM67,200

Jadi ape yg perlu risau andai kita memiliki harta tanah jenis pajakan. Bukan kena bayar fullpayment nilai semasa harta tanah tersebut. Hanya sekadar PREMIUM yg jauh lebih rendah 😊.
.
Semoga ianya bermanfaatkan kepada semua...
.
p/s: Kiraan premium di atas adalah merujuk kpd Negeri Selangor sahaja. Jika ada pengiraan utk negeri lain adalah dialu-alukan utk share diruangan komen.

Kredit : AbgICON
Azman : Perunding Hartanah Kelantan
FB :Jogho Hartanah


  Iklan sebentar ya; Rujukan
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive