Kedai Buku Online

Thursday, January 29

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

MENCEGAH KEBAKARAN BERMULA DENGAN KESEDARAN

Pernah ke kita melabur dalam hal keselamatan melibatkan api seperti pemadam api, pengesan asap, baju kalis api dan sebagainya? Jika kita sanggup melabur untuk keselamatan dan pemasangan CCTV, pagar tinggi, mangga kalis karat dan sebagainya, kenapa tiada peruntukan untuk alat pencegah kebakaran seperti hos air tekanan tinggi, sumber air di sudut berisiko, alat pemadam api dan sebagainya?

SE agak tertarik dengan ceramah oleh NGO baru-baru ini bahawa walaupun kes kebakaran menjadi-jadi, masih tiada kesedaran untuk melabur dalam sekitaran yang selamat dan kondusif mencegah kebakaran. Penghuni rumah tersilap memilih vakum pembersih, mesin basuh, TV, sofa, kabinet dapur, peti sejuk berharga ratusan ringgit dan mencecah ribuan ringgit  TETAPI lupa melengkapkan asas pencegah kebakaran dengan peruntukan RM200-RM500 sahaja. Ia diperlukan apabila tiba masanya. Sayangi keluarga anda dengan langkah awal yang mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kebakaran hari ini bukan seperti dahulu kala, boleh dipadamkan dengan air, pasir, menutup kain basah dan mengibas-ibas kain. Material yang terbakar pada zaman ini lebih mencabar dengan kandungan kimia seperti dalam cat, plastik, kayu, sofa, PU dan sebagainya. 

Kebakaran yang bermula dengan percikan api mentol dalam 40 saat boleh menghasilkan suhu panas dari 120 darjah selsius kepada 450 darjah selsius. Sebab itu kebakaran di tingkat tinggi boleh menyebabkan mangsa dengan RELA HATI terjun walaupun tahu kesudahannya adalah mati.

Ramai mangsa mati bukan akibat kebakaran tetapi oleh sebab wasap beracun yang dihidu. Pemasangan jeriji yang tidak diselenggara - tiada kunci boleh dibuka atau kunci tidak diketahui kedudukannya melambatkan masa untuk melarikan diri. Ini diburukkan lagi dengan panik keterlaluan. Jangan mengunci jeriji jika anda tidak tahu di mana kunci tersebut diletakkan. Pastikan anak-anak di ajar asas mencegah kebakaran. Pasang alat yang boleh mengesan asap kebakaran dalam RM120 seunit di syiling strategik. Bangun malam ketika asap tebal adalah lebih berbaloi dari bangun malam ketika api merebak di merata-rata tempat.

Belilah sekurangnya 1KG alat pencegah kebakaran yang hanya berharga dalam RM60-RM90 dan simpan di tempat yang mudah akses. Pastikan soket dan pemasangan lampu limpah tidak berhampiran sofa, alatan kayu, plastik dan langsir.

Statistik menunjukkan punca dari elektrik adalah tertinggi. Kebakaran akibat LITAR PINTAS amat sukar dipadamkan terutamanya di syiling yang tinggi dan 1KG alat pemadam api memang tidak mencukupi. Pernah ke seorang tuan rumah mengira berapa palam pin soket di rumahnya? membuat selenggara pendawaian lama, menyemak alat pemutus litar automatik dan kerja-kerja rutin penjagaan perkakas elektrik di rumah?

Kebanyakkan pengguna gajet sekarang telah MEMILIH kehidupan berisiko dengan tidur sambil mengecas gajet masing-masing  dengan menyambung ke beberapa sambungan plug. Bayangkan jika ada 3 bilik melakukan kerja yang sama, lampu limpah terpasang, lampu akuarium dan sebagainya terpasang, ia mungkin menjadi bom jangka ketika kita leka di malam hari mencari pintu keluar dalam asap yang tebal.

Bermula sekarang, sediakan pencegah kebakaran yang paling kecil dalam 1KG untuk pencegah awalan. Banyak sumber boleh didapati serta banyak jenis pemadam api. Bermulalah mengumpulkan alat pemadam api yang sesuai di rumah. Ia tidak melibatkan kos berulang, hanya servis setiap tahun.

Kebakaran kenderaan yang berlanggar juga boleh diselamatkan jika pengguna jalanraya dan mangsa membawa bersama pencegah kebakaran di dalam kereta. Hanya kenderaan komersial sahaja diwajibkan PUSPAKOM membawa alat pemadam api. Rujuklah website untuk mengetahui jenis alat pencegah kebakaran yang sesuai disimpan di dalam kereta anda.

Rujuk Web ini untuk lebih memahami alatan pencegah awalan kebakaran.

Share:

Wednesday, January 7

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

Sebelum ni semasa membuat Wheel Alignment, memang dah nampak tanda-tanda Drive Shaft Kiri (Saiz Panjang) telah koyak getahnya. Bulan Julai tu, sekarang dan Januari 2015!!!

Memang kebiasaanya Drive Shaft ini boleh digantikan CV Joint sahaja iaitu hujung macam bebola tu siap dengan getah. Tapi agak berbaloi dan cepat sikit jika ganti sebatang terus, tak perlu menukang banyak sangat.

Rajah Diagram kedudukan Drive Shaft (Stereng Pemanduan Kiri)

Biasa harga kiri dan kanan sama dan upah pasang RM30.00. Jika terus ke bengkel, dalam RM240 - RM260 sebatang siap upah. Tapi jika nak mencabar dan jimat sikit, cari di kedai spareparts dan pilih jenama yang ada waranti.

Aku ganti dengan jenama ODM berharga RM190.00.

Ada tempat jual RM180.00. Bawa je lah ke bengkel untuk upah pasang. Jika lagi rajin, cari video Youtube banyak ada tutorial jika nak buat sendiri. Kali terakhir aku ganti pada tahun 2012, masa tu jenama lain dalam harga RM150.00 sebatang. Yang eloknya ke spareparts, kita boleh memilih jenama yang terbaik serta jaminan pengilang. Bengkel hanya bagi jaminan 1 bulan - 3 bulan sahaja.

Apabila getah telah menunjukkan tanda-tanda koyak, kemungkinan kekotoran telah masuk dan melekat di gris CV Joint (Constant Velocity Joint) ni. 

Tandanya DRIVE SHAFT KIRI rosak adalah apabila stereng belok ke KANAN, akan ada bunyi begitulah sebaliknya.

Bila di pandu, stereng akan bergegar dan semakin buruk apabila stereng gagal untuk membuat pusingan tayar - ini boleh menyebabkan kemalangan.

Lagi pun semasa memandu, gegaran dan bunyinya macam tayar nak tercabut je. Tips jaga drive shaft - Jangan lenjan kereta di selekoh tajam, jangan pusing habis stereng ketika membelok - ambil jarak kelegaan, dan jangan lowered kereta untuk kurangkan tekanan drive shaft lebih-lebih lagi saiz rem besar dan berat.


Satu perkara semasa menggantikan drive shaft ni, minyak gear akan dikeluarkan dan jika boleh dipakai semula, guna semula la. Tapi tengok juga bekas menadah minyak gear tu kalau kotor, was-was juga nak masukkan balik.

Ni minyak gear aku beli sebotol RM18.00 dengan isipadu 1 Liter. Myvi memerlukan 2.25 Liter (Rujukan Perodua). 2 Liter rasanya mencukupi.

Dah siap, cuba pandu jauh sikit pusing-pusing, senang sikit kalau ada masalah tukar hari yang sama.

Dah puas pusing, kena pulak kesesakan di Puchong (Projek MRT), lepas tu buat Wheel Alignment RM15.00 dan basuh kereta RM8.00. Enjin pun SE basuh upah RM6.00 - bersepah minyak kotor tanggal bila kena cecair merah tu. (kedai basuh kereta guna untuk tanggalkan minyak dan kekotoran) .


Jangan terperanjat harga ni, aku call Perodua (OKT 2016), Drive Shaft Kiri harganya RM960.00 dan Drive Shaft Kanan berharga RM1,060.00.

Harga ini tidak termasuk kos labour dan minyak gear semua. Waranti Perodua bagi 6 bulan.



Total Kes Aku

Drive Shaft Kiri : RM190.00 (Tak dapat diskaun lagi, cari kedai lain jika ada masa).
Upah pasang : RM30.00
Minyak Gear 2 Liter : RM36.00
Total : RM256.00

Wheel Alignment RM15.00
Basuh Kereta/Basuh Enjin RM14.00 
 Perbatuan :  227,043 KM




MEKANIK KEDAI INI (INDIA) MEMASANG SOKET TIDAK BETUL DAN MEROSAKKAN BUNGA SKREW - JIKA SKREW ROSAK TAKPE SEBAB MURAH, TAPI INI BUNGA DALAM  YANG ROSAK DAN PERLU BUAT BUNGA BARU SEMULA.

BUNGA SEBELAH DALAM GEAR BOX-CASING GEAR BOX DRAIN PLUG CROSS TRIP (Bulatan Merah) ROSAK  DAN LEAKING - pembaikan memerlukan turun gear box untuk buat bunga semula memakan  kos dalam RM200.00 !!!. 
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts