Kedai Buku Online

Tuesday, October 23

Tengkorak dalam Perut Bekas Ratu Cantik

Bidang Perubatan telah evolusi kepada pembaharuan dan R&D yang semakin canggih seperti pembiakan kultur tisu, pembedahan plastik, pintasan jantung dan lain-lain.

Kes bekas ratu cantik ini yang mengalami bengkak otak terpaksa dibedah dan sebahagian tengkoraknya perlu disimpan di dalam perut bagi mengelakkan ia rosak. Menarik bukan?
Share:

Kursus Percuma kepada OKU

Anda pernah ke Malaysian Association Of Blinds di Brickfields Kuala Lumpur? atau Persatuan Orang Buta Malaysia.

Persatuan ini amat komited melatih OKU penglihatan agar mampu berdikari dan berusaha seperti orang normal lain.
Antaranya memberi kursus juruurut dan refleksiologi secara percuma.

Lebih lanjut berkenaan MAB dan OKU penglihatan ini, boleh rujuk artikel lanjut ini. Mungkin kehadiran anda di MidValley boleh merasai urutan yang dilakukan ahli-ahli MAB ini.


Share:

Tekanan Darah Tinggi

Bagaimanakah mengukur tahap tekanan darah tinggi anda?
Ada tekanan sistolik dan diastolik yang perlu diberi perhatian. Tekanan darah  +/- 20 ni adalah normal seiring dengan peningkatan usia dan aktiviti fizikal.

Tekanan Darah Yang Tinggi perlu diturunkan kerana mampu membawa kepada ateroklerosis dan kegagalan jantung kongestif.

Turut dipaparkan gabungan terapi ubatan yang mampu merawat tekanan darah tinggi berterusan ini.
Share:

Kawan Sebar Fitnah

Kawan Sebar Fitnah atau mudahnya kawan makan kawan sering berlaku dalam masyarakat.

Mungkin rakan jenis ni berasakan ia bermotif keuntungan atau ketagih nak memalukan rakan sendiri pun ada.

Pilihlah rakan yang mampu menyimpan rahsia anda, pada SE la, kemungkinan bocornya rahsia amat tinggi apabila ia dalam pengetahuan kawan perempuan.

SE pernah semasa nak berhenti kerja sebab tidak selesa dengan kerja tersebut. Tak perlu beritahu Supervisor, cukuplah bagi kata-kata clue pada kawan perempuan, Insya-Allah dalam seminggu, semua kawan tahu SE memang nak berhenti kerja.
Share:

Wednesday, October 17

Jadi Kaya Melalui Penipuan, Pengguna Menjadi Mangsa

SE pernah membeli tiket Airasia bagi 2 orang ke Kota Kinabalu dan dikenakan tambang RM600++ bagi 2 hala.

Akibat kesilapan perjalanan pergi dan balik pada tarikh yang sama, SE menyangkakan Airasia menyediakan sistem yang boleh dikemaskini tarikh- maklumlah sistem online.

Oleh kerana kesilapan TELAH membuat BAYARAN melalui kad kredit, maka caj untuk mengubah tarikh perjalanan balik dikenakan tambahan RM200++ termasuk insurans bagi 2 orang (3/4 hari, terpaksa beli juga apabila tiada penyelesaian untuk human error). Jumlah keseluruhan RM870++. Tak sampai seminggu, SE mendapat emel promosi, dan setelah disemak, hanya RM300 ++ untuk 2 orang pergi dan balik pada tarikh dan nombor penerbangan yang sama. Rasa ralat pula.

SE rasakan untuk apa diberi capaian sistem Airasia kepada pengguna jika pembayaran dalam 10 minit tidak dibenarkan ubah tarikh? Dalam sistem ada menu View dan Modify tapi Modify alamat dan katalaluan sahaja asal jangan kurang bayaran. Apa kelebihan mempunyai akaun, jika tiada akses promosi dan tawaran-tawaran akan datang. Giant dan Tesco pun ada katalog promosi UNTUK setiap hujung minggu.

Patutlah Persatuan Pengguna Australia menyaman Airasia kerana menyembunyikan kos-kos tertentu dan Airasia mengatakan kesilapan Bahagian IT pula.
Antara kes biasa Airasia adalah seperti [ini].

Walau RM1.00, jika sebulan lebih 50,000 pengguna tertipu, bertambah kayalah penipu-penipu ini.

Antara Langkah Mengelakkan Penipuan adalah IC/Wang/Sain/No Free/Belajar :
  1. Jangan Beri Salinan Kad Pengenalan @ butiran peribadi.
  2. Jangan libatkan apa-apa RM dalam transaksi, samada bayar Kad Kredit/Tunai, deposit, tempahan atau apa-apa yang berkaitan duit anda. Jadikan perkara ada libatkan RM begitu menakutkan bagi anda. Fungsi Modify tidak sama sekali untuk pembayaran penuh.
  3. Jangan Tandatangan apa-apa dokumen
  4. Sentiasa Ragu tawaran melalui telefon/sms/emel kerana tiada apa yang percuma
  5. Belajar dari mangsa yang kena tipu seperti rujuk http://www.nccc.org.my dan belajar penipuan di Menu Arkib Aduan Pengguna untuk anda pelajari. Semua sektor ada.
Apabila satu transaksi konvensional ditukar kepada bentuk sistem maklumat, ia perlu mengkaji keperluan dan kemungkinan kesilapan manusia semasa berinteraksi dengan sistem, bukan mencari di mana peratusan tinggi pengguna selalu silap dan diletakkan caj tersembunyi. Apa sahaja alasannya, ia adalah sistem buatan manusia dan tempahan penerbangan pula lebih dari 6 bulan !!!., System must cater what human needs.

Antaranya seperti : sila sahkan tarikh , sila sahkan nama, sila sahkan no kad kredit, sila sahkan emel tempahan anda, sila masukkan nombor tag, Please ensure your SECURITY IMAGE and CAPTION are correct before you key in your password., Tarikh perjalanan pergi lebih besar dari tarikh perjalanan balik atau lain-lain yang biasa membelenggu pengguna semua peringkat umur.

Share:

Sunday, October 14

Kad Kredit Berkompas dan Faedah 0%

Kad Kredit Berkompas ini bukan canggih kepada kompasnya yang menentukan arah kiblat, tetapi ia didatangkan dengan Hukum Syariah iaitu tanpa faedah dikenakan!.

Unsur Tanpa Faedah sebegini adalah sangat-sangat mengujakan pelanggan Kad Kredit dan ia dialukan memasuki pasaran Malaysia-jika ada.
Share:

9 Jam Demi Sup Mi Xian

Info lanjut Restoren  Ayam Kampung ini boleh didapati di Wangsa Maju, No 41 Jalan Metrowangsa Seksyen 2 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur.

Ia adalah berkenaan Mi Xian yang menjadi makanan ruji daerah Yunan China.
Share:

Program Siswazah Untuk Pengambilan Feb/Mac 2013

 Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran secara luar kampus, sila rujuk artikel ini. Pengambilan ini hanya melibatkan UITM dan UKM sahaja.

Keterangan berkenaan boleh dirujuk lebih lanjut di laman web yang tertera.


Share:

Maklumat Samar Produk Seks, Risiko HIV Sifar

Satu ketika dahulu penggunaan pam vakum diperkenalkan sebagai alat membesarkan zakar tetapi ramai pengguna yang menggunakannya mengalami kesan sampingan yang merbahaya.

Selain itu, senaman juga boleh membantu mengelakkan mimpi basah dan juga soalan dari Jejaka Kesal

"Saya pernah melakukan seks oral dan menerima seks oral beberapa kali ketika berkunjung ke pusat urut. Setiap kali ia dilakukan oleh tukang urut yang berbeza.
Bolehkah saya dijangkiti HIV Positif?. 
Berapakah lama gejala HIV Positif ini boleh dikesan?. 
Dan bolehkah saya menjalani Ujian HIV di klinik berdekatan dan berapakah kos ujian ini?"
Share:

Rambut Perang Kulit Gelap di Kepulauan Solomon

Tahukah anda di mana kepulauan Solomon terletak?
Ia terletak berhampiran Australia, Papua New Guinea dan Indonesia.

Pulau berkeluasan 28,400 Kilometer persegi itu mula didiami kira-kira 30,000 tahun lalu.

Bukan Kepulauan Solomon yang menjadi perhatian, tetapi mutasi gen yang menyebabkan sesetengah penduduknya berkulit gelap dan berambut perang seakan orang Eropah.

Ada perkara yang menarik di kepulauan ini, anda tidak memerlukan parang atau gergaji untuk menumbangkan pokok. Penduduk tempatan hanya perlu menyumpah dan memaki pokok tersebut selama seminggu dan ia akan layu dan mati tetapi ia dinafikan oleh Pakar Pertanian Tempatan, Muhammad Akid Kamaruddin
Share:

Lumpur Ajaib di Limbang Sarawak

Ada sesuatu yang menarik di Sarawak.
Ketua Kampung Meritam di Limbang Sarawak, Mahmud Gampal memberitahu, fenomena lumpur bebuak telah menjadikan kampung Meritam popular, bukan satu malah ratusan kawah tiba-tiba muncul di kampung tersebut.

Berendam di dalam lumpur tersebut, amat selesa kerana suhunya suam dan tidak keterlaluan panas serta menjadi buah mulut pengunjung kerana mampu mengubati penyakit kulit.

Sifat lumpur bebuak ini seakan laut mati, dan mereka yang berat tidak akan tenggelam ke dasarnya walaupun ia tidak berdasar.
Share:

Serangan Artritis Reumatoid

 
Sakit di bahagian sendi mungkin adalah petanda kepada Artritis Reumatoid (RA).

RA adalah penyakit radang sendi yang kronik. Ia berlaku apabila sistem pertahanan badan mengalami kekeliruan sehingga menganggap tisu sihat sebagai benda asing yang perlu dimusnahkan.

 RA menyerang sesiapa sahaja termasuk orang tua, kanak-kanak dan bayi.
Share:

Thursday, October 11

Bukti Cinta Sejati

Kes lelaki yang lumpuh semasa latihan ini berlaku pada 1967 dalam demonstasi silat.

Berhubung tersiarnya artikel ini, selang beberapa hari , Kamarul Baharin Shariff telah dilawati oleh rakannya  - rakan yang menyebabkan kecederaan lumpuh kekal dalam satu insiden yang berlaku pada tahun 1960-an dahulu dan mereka masih bersahabat baik kerana ia bukan kesilapan disengajakan dan menjadi sumpah dalam latihan untuk mengelakkan perasaan dendam dan berniat tidak elok ketika latihan.

Besar pengorbanan isteri yang menerima suami ketika dalam keadaan kurang sempurna adalah bukti cinta sejati dunia akhirat.

Pekerjaan suami di tempat kerja juga mendedahkan risiko kepada kemalangan lebih-lebih lagi kemalangan yang berisiko lumpuh kekal. Moga pihak berwajib dan berkemampuan membantu seikhlasnya meringankan beban mangsa.
Share:

Halal Fiesta di PWTC 10 - 14 Oktober 2012

Jangan lupa HalFest di PWTC  dari 10-14 Oktober 2012- berlangsungnya pada minggu ini.

Dikhabarkan lebih 700 ruang pameran oleh perniagaan dan NGO turut serta kali ini. Ia adalah kebanggaan apabila Muslim di Malaysia menyokong dan membudayakan makanan halal.

Ekspo sebegini menyedarkan pentingnya makanan dan sumber-sumber halal dibudayakan oleh mana-mana peniaga yang ingin menceburi bidang makanan sekiranya sedar jaminan halal itu menjadi wajib bagi umat Islam.

Adalah lebih afdal mengetahui jaminan halal itu lebih diyakini sekiranya dihasilkan oleh umat Islam sendiri, ibarat makanan yang dimasak dan disuap oleh ibu/isteri sendiri lebih elok dari sumber makanan di luar.
Share:

Penjawat Awam Tidak Setuju Bank Urus Skim Pinjaman Perumahan

Berdasarkan Bajet 2013 baru-baru ini, terdapat beberapa mekanisme yang menyentuh kakitangan awam- kategori yang signifikasi dengan kerajaan.

Penjawat Awam tidak bersetuju bank komersial urus skim pinjaman perumahan menjadi topik akhbar. Ia juga hasil kajian kakitangan awam secara keseluruhannya sepertimana kes SBPA yang pernah menjadi kemelut organisasi awam dahulu.
Share:

Budak Otak Geliga

Siapa yang paling genius antara Albert Eisntein, Stephen Hawking, Olivia Manning, Heidi Hankins, Lauren Gannon dan lain-lain.

Tips untuk menjadi pelajar cerdik luar biasa belum lagi SE jumpa. Insya-Allah jika ada kelak, akan disiarkan untuk rujukan.
Share:

Bayi Retak Tulang Paha disyaki mangsa dera

Kes ini berlaku di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Bayi lelaki ini retak tulang paha kanannya selepas disyaki di dera pengasuhnya. Kos penjagaan kanak-kanak kepada pengasuh jika dibuat  kajian adalah sekitar RM 300 ke RM 450 seorang di bandar-bandar besar.

Bayangkan jika seorang pengasuh mengambil anak anda dengan bayaran sedemikian dan pada masa yang sama juga bersetuju mengambil bayi lain untuk di asuh. Adakah pengasuh mengambil sama tanggungjawab ibu kandung bayi tersebut?
Share:

Honda Future Mampu Pergi Jauh

Edisi Honda Future telah dikeluarkan pada bulan terdahulu, tetapi SE ada artikel Tunggang Uji Honda Future ini untuk jarak jauh dan kelebihannya. Edisi model Honda kali ini agak munasabah dan mendahului mana-mana kategori pesaing jenis moped.

Jika ingin ketahui artikel terdahulu Honda Future, sila klik sini
Share:

Suzuki Nex Mudah Kendali dan Menjimatkan

Antara motorsikal yang SE minat adalah Suzuki tetapi belum pernah mempunyai kategori skuter.

Suzuki NEX dengan enjin 133cc, 4 Lejang sejukan udara di jual dengan harga RM4,218.00. Seperti biasa, skuter menggunakan belting CVT sebagai penggerak.

NEX menggunakan rim aloi ringan bersaiz 14 inci dan muatan minyak 3.5 liter.

Moga edisi Nex ini menjadi minat sasaran remaja berdasarkan rekabentuk dan spesifikasinya.


Share:

Tertipu Risalah Sami Ramal Ekor

Betulkah kaki judi senantiasa dalam keadaan bertuah atau mempunyai naluri luar biasa menilik?

Kes kaki judi ini telah dipikat oleh seorang sami (melalui risalah yang diedarkan di kawasan perumahan) untuk berjudi dengan peratusan tertentu dikongsi oleh sami dan kaki judi. Tentunya sami tersebut tidak mahu beli sebab dia taknak mengambil risiko berjudi.

Berhati-hati dengan risalah nombor ekor ini kerana ia juga disisipkan dalam akhbar tempatan. Tabiat berjudi tidak menjanjikan kebaikan berpanjangan, tambahan pula dibebani bebanan hutang yang melampau.

Share:

Mengukur Saiz Cincin Jari

Anda pernah membeli cincin bagi seorang rakan atau  pasangan anda? Bagaimanakah mengukur saiz cincin jari seseorang?

SE temui kaedah ini melalui artikel bermanfaat ini yang dulunya SE rasakan tidak penting, tapi ia mungkin penting apabila sampai masanya.

Tips diberikan ialah : Beli cincin pada waktu tengahari kerana pada waktu itu saiz jari agak mengembang (Jika beli kasut, seeloknya pada waktu petang)

Senantiasa menyemak harga pasaran material yang ingin di beli contohnya pada Bulan Oktober, harga emas 91.6% ialah RM195.00 dan 99.9% RM205.00 segram

Terima Kasih kepada Majalah Maskulin.
Share:

BELLS PALSY BUKAN STROK

BELLS PALSY BUKAN STROK

SE mendengar nama Bells Palsy daripada rakan sekerja semasa sedang memasang kipas di meja akibat cuaca agak panas.

Rakan menegur mengatakan rakannya terkena strok ringan dinamakan Palsy dan doktor mengatakan puncanya antaranya terdedah kepada kipas secara berterusan.

Lantas SE teringat artikel ini dalam simpanan, wajar dikongsi bersama. Bells Palsy ringkasnya bukannya strok. Ia akibat  kerosakan saraf muka sementara dan boleh hilang apabila menerima rawatan dan fisioterapi.

Gejala Bells Palsy adalah :
  1. Muka menjadi senget
  2. Mata dan kening kelihatan jatuh atau condong sebelah ke bawah
  3. Garisan pipi akan jatuh, telinga berdesing dan lain-lain.
Punca belum dikenalpasti tetapi Pakar Perubatan Jepun mendapati ia berpunca daripada virus Herpes Simplex (berada di Saraf Ganglion) yang menyebabkan kayap dan cengkering @ Measles.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvEPHRZ_glxQsMf-WEEBp9leykMnYBDC8du-vkM80qqGzUt1PJuhTye1Jm56pqBb5u5XrX9oGwMN838xN4C-mYqiGcN8ZO7EDDFlP1UqnRIppMV8jUOB762VLE1XwJccZMz5Laj8iJ_YJb/s1600/bells.jpg

Share:

Tuesday, October 9

Mi Bodo Tengkera Melaka

Mi Bodo Tengkera semestinya boleh dijumpai di Tengkera Melaka. Kedai makan ini di buka dari jam 8 pagi ke 11 pagi setiap hari. Perniagaan ditutup pada hari Khamis.

Apa itu Mi Bodo Tengkera dan bagaimanakah rasanya?. Selepas ini, penduduk tempatan bolehlah singgah selalu merasai keenakkan mi bodo ini dan penduduk luar Melaka pastinya akan tercari-cari di manakah Kedai Makan milik En Hasan Hamid ini.
Share:

Rawatan Baru Sklerosis

"Awalnya lidah saya kebas, lalu berjumpa doktor. Namun doktor mengesahkan saya sihat. Simptom itu berlarutan selama 7 tahun dan berjangkit ke tangan kiri saya. Saya tidak pernah mengetahui mengenai penyakit ini"

Sklerosis ibarat sistem imunisasi badan memakan lapisan perlindungan yang meliputi saraf, mengakibatkan komunikasi di antara otak dan bahagian badan lain terganggu.

Antara luahan penghidap sklerosis
Apakah sklerosis? dan apakah simptomnya, sama-samalah kita mengetahui gejala awal sklerosis (penyakit saraf).
Share:

Dari Melancong Ke Dunia Blogger

Antara pengikut blog kakiberangan.blogspot.com adalah SE sendiri. Blog ini mengetengahkan nukilan penulis sepanjang aktiviti pelancongan yang disertainya.

Turut disertakan bagaimana tips-tips penting semasa melancong dan panduan bagi pelancong yang pertama kali ke tempat dan suasana baru. Penulis juga menggariskan kaedah penulisan blog yang elok antaranya elakkan dengan memasukkan ciri-ciri menyentuh sensiviti tempatan, mencampur-aduk penulisan dengan  urusan peribadi dan bias. Selanjutnya, lawatlah blog penulis.

Rajin-rajinlah merujuk pautan dan artikel terkini di sebelah kanan blog SenangEja ini untuk mengikuti perkembangan blogger-blogger lain.
Share:

Monday, October 8

Darah Tidak Membeku

Artikel Kesihatan ini di tulis oleh Dr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman, Perunding Hematologi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya.

Pengenalan Platelet darah dan simptom darah tidak membeku akibat kecederaan.

Platelet darah mungkin berkurangan apabila dijangkiti virus denggi, pengambilan antibiotik atau berpunca dari  makanan tambahan.
Share:

Dendam Nak Sebar Sifilis



Dendam pelacur-pelacur kepada pelanggan lelaki boleh dipermudahkan dengan bayaran serendah RM 50 - RM 100 setiap perkhidmatan.

Adakah pelanggan pelacur sedar kemungkinan perkhidmatan tambahan ini boleh merosakkan institusi keluarga dan pelanggan tersebut sekiranya menghadapi jangkitan kelamin yang lebih besar risikonya.

Dengan layanan kepada lebih 200 lelaki sebulan, peratusan jangkitan dan sebaran penyakit tularan seks menjadi lebih tinggi tambahan pula penggunaan kondom yang telah luput tarikh dan tidak disimpan dalam suhu bilik boleh menjejaskan fungsinya.

Share:

Jual Tin Sara Ibu Lumpuh

Dimulakan dengan tidak faham dan diakhiri dengan masih tidak faham situasi sebegini.

Ketidakfahaman seorang ibu saudara telah menyebabkan waris yang berhak mendapat pencen RM1,300.00 sebulan menghadapi kesukaran hidup akibat tidak memahami kelayakan dan bahagiannya.

Seorang ibu Hasmah Ali yang lumpuh, dan 2 anak tanggungannya menjalani kehidupan serba kekurangan akibat bahagiannya (kena jelas bahagian siapa dan hak siapa) dikawal oleh individu yang langsung tiada ehsan.

SE amat memahami sekiranya ibu saudaranya mahir bab-bab akaun, ada kelayakan ACCA dan ada perasaan ehsan, sekurangnya adalah barang-barang asas keperluan, pendidikan dan makanan di pantau setiap bulan, ni langsung betul-betul menyusahkan.

Duit menjadikan seorang waras hilang pertimbangan dan melampaui hak-haknya.
Share:

Honda Future baru dilancarkan di Malaysia


Assalamualaikum

Sebuah motor baru sudah dilancarkan di pasaran, bukan model lama diperbaharui, tapi model sepenuhnya baru - Honda Future. Dikategorikan jenis Moped, apa yang paling menarik, edisi ni dilengkapi dengan brek disk depan belakang dan paling menarik ruang bawah tempat duduk muat 1 helmet saiz muka penuh (19Liter)...ada lagi menarik, menjimatkan minyak dalam kategori moped!!! dengan isian 5.6liter mampu sampai dalam jarak 338KM dan kuasa enjin 125cc.


Artikel  bertarikh 25 JULAI ini dikemaskini semula pada 8 OKT 2012
Share:

Thursday, October 4

Cuci/Jaga Kebersihan Gigi - Elak Sakit Jantung dan Nyanyuk

Menyuci gigi, bersiwak, bersihkan gigi semuanya mempunyai persamaan dan hasilnya senyuman yang menawan.
SE masih teringat kata2 orang tua, jika nak tahu penghuni rumah tersebut pembersih atau tidak, lihatlah bilik airnya dahulu.

Hmm kalau nak dikaitkan kes gigi ni, samalah juga, gigi yang digunakan hari2, dibawa ke sana sini, setiap perkataan yang keluar mesti nampak gigi-kecualilah kamu bercakap tutup mulut, tapi kalau gigi tak bersih kekuningan dan berbau, tentu kita dapat mengagak kebersihan pemunya gigi tersebut belum lagi lihat kuku dan rambut tersisir rapi atau tidak..Ni pendapat dari artikel, bukan pendapat peribadi ek.

Tapi ada kebaikannya jika kita rujuk artikel ni untuk lebih berdisplin cuci gigi kelak.




Patutlah Nabi menggalakkan senantiasa membawa kayu siwak bagi membersihkan gigi sepanjang masa. Ia di buktikan oleh kajian penyelidik Universiti California.

Untuk artikel Bersiwak lebih panjang lebar, klik sini


SE : teringat semasa kecil, kadang-kadang berus gigi takde, gunakan jari untuk gosok gigi atau t-shirt hehe
Share:

Tuesday, October 2

JavaScript Uppercase dan Class Uppercase

KOD 1 : Menukar Aksara kepada Uppercase

<script type="text/javascript">
function upperCase(x)
{
   var y=document.getElementById(x).value;
   document.getElementById(x).value=y.toUpperCase();
   document.getElementById("mySpan").value=y.toUpperCase();
}
</script>
Properties Textbox : onkeyup="upperCase(this.id)"

KOD 2 : Hanya paparan View sahaja menjadi Uppercase, tetapi pangkalan data masih LowerCase

<style type="text/css">
input.uppercase {
text-transform: uppercase;
}
</style>
<input name="reg_name" type="text" id="reg_name" value="<?php echo $row_profile['name']; ?>" size="50" maxlength="50" class="uppercase" autocomplete="off"/>

KOD 3 : Untuk kemudahan Narrator OKU membaca kandungan

<?php echo "<label for='Name'><alt='Name' title='Name : ".$row_profile['name']."'>".$row_profile['name']."</label>"; ?>
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive