Kedai Buku Online

Friday, June 26

DIGI REWARDS SELALU BAGI VOUCHER RM50.00, BAGAIMANA TU?


DIGI REWARDS SELALU BAGI VOUCHER RM50.00, BAGAIMANA TU?

Semenjak menggunakan Simkad dari DIGI , SE kerap menerima hadiah voucher dari DIGI Rewards. Ambil maklum ya, hanya untuk simkad Prepaid, Postpaid belum lagi dapat hadiah apa-apa.

Ini adalah kali ke-3 SE menerima melalui emel dari DIGI Rewards. Mana tak untungnya, setiap voucher diberi nilai RM50.00 tanpa syarat pembelian. Jika melebihi RM50.00, kita kena bayar lebihan tersebut dan jika kurang RM50.00, tiada pemulangan. Banyak juga tu da RM150.00 ( Voucher terkumpul RM 200.00 hingga Julai 2015 hehe) dapat barangan percuma berbelanja di Zalora!!.

Zalora menetapkan syarat hanya pembelian berjumlah RM75.00 ke atas dikecualikan kos penghantaran.

Caranya, pergi ke website DIGI, dan klik Online Customer Service (OCS). OCS adalah website yang disediakan oleh DIGI untuk pelanggannya menyemak rekod penggunaan dan bil samada Postpaid dan Prepaid.

Jadi, kemaskinikan alamat emel anda dan gunakan perkhidmatan DIGI selalu, mana tahu anda pula akan dapat voucher RM50.00 berbelanja di  Zalora.

Selain tawaran pembelian atas talian di Zalora, DIGI Rewards juga memberi kod voucher diskaun RM30.00 bagi pembelian RM150.00 di Lazada. Yang ini SE tidak upload lagi sebab belum terfikir nak gunakan.

Selain DIGI, pelanggan Kad Kredit  Bank Simpanan Nasional juga menerima diskaun RM30.00 dengan minima pembelian RM90.00 dan RM40.00 dengan pembelian minima RM120.00 - luput pada 31 Julai 2015. Ini pun SE belum terfikir nak gunakan lagipun kena bayar secara Kad Debit atau Kad Kredit BSN.

Macam-macam kan tawaran sekarang, tapi SE lagi suka tawaran tanpa syarat, tanpa tarikh luput, dan yang paling penting Cash On Delivery (COD).

Share:

PENCARIAN TAYAR KERETA VIVA, AKHIRNYA....

PENCARIAN TAYAR KERETA VIVA, AKHIRNYA....

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Semalam SE menukar tayar Viva 1000CC di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bukan sebab bunganya telah haus tapi ada beberapa perkara masalah pada tayar apabila membeli tayar buatan Cap Ayam. Antara jenama yang kurang elok antaranya jenama asal tayar keluaran dari kilang yang dipasang pada kenderaan kita contohnya Silverstone, Spectra dan lain-lain.



Masalah ketara pada tayar basic ini adalah ia tidak tahan sehinga 20,000 KM Mileage. Paling awal dalam setahun sudah menunjukkan tanda rosak. Walau secara kasarnya masih nampak elok, ia sebenarnya mulai gelong dan juga bengkak. Jika memandu di laluan rata, kita akan terasa benjolan dan juga kurang selesa ketika mengambil selekoh.

Apa perkara yang mempercepatkan masalah bengkak dan gelong pada tayar?

Pertama, kita kerap memandu kereta melintasi longkang atau bumper dalam kelajuan tinggi, bucu longkang ini agak tajam pada struktur dawai tayar dan bonggol pula akan menekan tayar sehingga mengena pada rim. Kesesuaian ketebalan tayar juga perlu sesuai- jangan terlalu nipis (bengkokkan rim jika melanggar lubang/kereta rasa bergegar-kalau lepas makan, boleh mual) dan jangan terlalu tebal (kereta rasa membuang/berbuai2 di selekoh).

Kedua, pemanduan jarak jauh pada suhu cuaca ekstrem panas dan sejuk. Molekul getah tayar akan keras@lembik dan mulai gelong ketika suhu tayar dan angin dalam tayar agak panas/sejuk. Tips elok menjaga kenderaan dan tayar adalah dengan berehat pada jarak 150KM/180KM. Pemanduan berterusan dengan muka bumi pelbagai ditempuhi tayar, sememangnya memberi regangan agak tinggi pada tayar.

Ketiga, komposisi kandungan udara dan tekanan udara di dalam tayar tidak diganti terlalu lama. Jika kita perasan, tayar semakin lama tidak dibuang angin  akan menghasilkan bau busuk. Walau tayar nampak tidak lembik, tetapi nilai presure semakin rendah dari sepatutnya

Berbalik pada hal semalam, SE telah membeli sepasang tayar Continental Basic model Conti ComfortContact CC5 bersaiz 165/55 R14 72H Temperature A yang berharga RM 160.00 sebiji (Harga termasuk GST).  Tayar ini di buat pada  Minggu ke - 14 (Awal Bulan Mac) - dalam Tahun 2015 (1415). Tayar yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah memang wajar diganti baru.

Rasmi si rujuk Web ini.
Share:

Friday, June 19

FAKTA DAN BAHAYANYA NYAMUK TERHADAP MANUSIA

Fakta Dan Bahayanya Nyamuk Terhadap Manusia

Perkataan nyamuk dalam Bahasa Inggeris, "mosquito" telah digunakan sejak tahun 1583 dahulu. Kalau dah penggunaan perkataan mosquito pun beratus tahun yang dulu, apatah lagi kewujudan nyamuk yang sudah pun wujud sejak 100 juta tahun lalu. Kibasan sayap nyamuk ialah antara 300 hingga 600 kali sesaat. Itu yang datang bunyi nyenggg... nyeennggg yang selalu kita dengar betul-betul kat telinga tu sebab dia kibas laju sangat.

Nyamuk betina hidup lebih lama dari nyamuk jantan dan mampu terbang sehingga 1.5km. Nyamuk betina sahaja yang menggigit kita kerana darah kita mengandungi protein untuk pembentukan telur kelak manakala nyamuk jantan hanya menghisap madu dan jus buah. Ingatkan manusia je perlu cukup sumber protein, nyamuk pun kena dapatkan protein untuk "tambah bilangan keluarga". Penghasilan dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari, bergantung kepada suhu.

Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ mangsa dia. Bahayanya nyamuk ini kerana sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam denggiencephalitis, dan virus Nil Barat. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ kerana penyakit malaria hampir membunuh setengah dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (manusia zaman batu dulu dah lah seksi).


Ramai yang tidak tahu apa itu Melissa Officinalis Extract atau dikenali sebagai Lemon Balm yang terkandung dalam Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee (boleh lihat di belakang botol tersebut) itu. Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat banyak kebaikan Melissa Officinalis Extract ini untuk pelbagai jenis penyakit (internal dan external).


Melissa Officinalis/Lemon Balm


MELISSA OFFICINALIS/LEMON BALM

Lemon Balm (Melissa Officinalis) dikenali sebagai balm atau balm pudina, iaitu herba dalam keluarga pudina Lamiaceae, berasal dari selatan-tengah Eropah, Afrika Utara, rantau Mediterranean dan Asia Tengah. Lemon balm telah digunakan secara perubatan oleh orang Yunani sejak 2,000 tahun yang lalu. Tinggi 70-150cm dan daunnya mempunyai bau limau lembut, yang berkaitan dengan pudina. Semasa musim panas, bunga kecil berwarna putih  akan tumbuh dan ianya menarik perhatian lebah lalu diberi nama Melissa (dalam bahasa Greek, 'honey bee').
Bunga putih yang tumbuh menarik perhatian lebah


PENGGUNAAN

1. Penggunaan Kulinari
Lemon balm sering digunakan sebagai perasa dalam ais krim dan teh herba, kedua-dua panas dan sejuk, biasanya dalam kombinasi dengan herba lain seperti spearmint. Teh yang diperbuat daripada daun Lemon balm dikatakan dapat melegakan senggugut atau PMS (Premenstrual Syndrome).

2. Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional dan Alternatif Lain
Dalam perubatan tradisional Austria, daun Melissa officinalis telah digunakan untuk dalaman sebagai teh dan luaran sebagai minyak pati bertujuan sebagai rawatan gangguan saluran pencernaan, saraf, hati dan hempedu. Ekstrak minyak Lemon balm diperolehi melalui pengesktrakan langsung dari daun Melissa (Melissa officinalis) ke dalam minyak zaitun dara. Minyak Lemon balm digunakan secara tradisional sebagai pembersih muka dan baik untuk rawatan kulit. Perubatan herba tradisional mengiktiraf dua tindakan utama Melissa: menenangkan, melegakan, bagus untuk masalah tidur serta anti-radang, anti-virus dan anti-bakteria. Kedua-dua kesan telah disahkan melalui kajian saintifik moden.

Sebagai tumbuhan perubatan, Lemon balm secara tradisinya telah digunakan terhadap radang bronkus (bronchitis), sakit telinga, demam, kembung perut, sakit kepala, tekanan darah tinggi, selesema, gangguan stress, berdebar-debar, sakit gigi dan muntah. Minyak pati Lemon balm sangat popular dalam aromaterapi.

3. Penyelidikan Kesan Ke Atas Manusia
Ekstrak Lemon balm efektif dalam melegakan tekanan, membantu menyembuhkan luka, sakit gigi, letusan kulit (skin eruptions), leher terkehel dan juga kesakitan ketika hamil terutamanya cramps. Ia juga dikatakan boleh mencegah kebotakan.

Ekstrak Lemon balm digunakan untuk menyokong imunisasi dan membantu meningkatkan ketahanan badan daripada sebarang ejen virus berjangkit. Malah, ianya juga memiliki sifat-sifat anti-virus dan di beberapa negara, pecahan ekstrak dan minyak Melissa digunakan dalam persediaan farmaseutikal bertujuan untuk memerangi jangkitan virus kulit termasuk herpes.

Kajian telah menunjukkan bahawa tumbuhan yang mengandungi polyphenols, boleh membantu dalam rawatan cold sores dan memerangi virus herpes simplex, kayap dan juga virus seumpama dengannya.

Krim yang mengandungi lemon balm yang digunakan untuk cold sores (blisters di bibir) disebabkan oleh virus herpes simplex, ataupun demam cacar air (chickenpox) dapat mempercepatkan penyembuhan dan jangkitan tidak akan merebak secara rawak dan meluas. Pesakit yang menggunakan krim yang mengandungi Melissa officinalis/Lemon balm juga dilaporkan lebih lega terutamanya dari gejala seperti kegatalan dan kemerahan. 
Sumber: Wikipedia
Mengikut Wikipedia, daun Melissa officinalis yang telah dihancurkan dan kemudian sapukan pada kulit digunakan sebagai penghalau nyamuk. Tak perlu aerosol untuk halau nyamuk lagi.
Dalam satu kajian Lemon balm di Universiti Northumbria, England mendapati bahawa pelajar telah diuji dengan mengambil Lemon Balm selama beberapa minggu. Ternyata elajar-pelajar yang mengambil Lemon Balm diperhatikan semakin lebih tenang dan kurang tertekan semasa ujian. (Prevention Magazine Sept. 2004)


Tanpa kita sedari, banyak kegunaan dan kelebihan Melissa Officinalis Extract ini. Begitu juga Herbal Blend Multi-purpose Cream yang seakan wajib setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya satu. Saya juga akan bawa Herbal Blend Multi-purpose Cream ini ke mana sahaja saya berada.
Herbal blend multipurpose cream

Harga: RM27.50/113g

Sumber 1 dan Sumber 2
Share:

Wednesday, June 17

58,500 PEKERJA ASING DIDAPATI GAGAL UJIAN SARINGAN KESIHATAN (2009-2014)




58,500 PEKERJA ASING DIDAPATI GAGAL UJIAN SARINGAN KESIHATAN (2009-2014)

58,500 pekerja asing gagal ujian saringan kesihatan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61541
58,500 pekerja asing gagal ujian saringan kesihatan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61541

KIRA-kira 3%  daripada 1.95 juta pekerja asing yang masuk untuk bekerja di Malaysia didapati gagal ketika menjalani saringan kesihatan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) antara tahun 2009 hingga 2014 (5 TAHUN).

Antaranya ialah penyakit yang sebelum ini berjaya dikawal dan dikatakan berjaya dihapuskan oleh kerajaan seperti wabak tuberculosis (tibi) dan kusta. Bahkan, ada pekerja asing berkenaan didapati menghidap hepatitis B, siflis, HIV/AIDS, malaria, epilepsi, untut, barah, mengandung dan dadah.
Kegagalan saringan kesihatan dikatakan sebahagiannya akibat tindakan pekerja asing terbabit melakukan penipuan sijil kesihatan untuk membolehkan mereka masuk bekerja di negara ini.

Mereka yang sepatutnya dihantar pulang ke negara asal dengan kebanyakannya sudah bergolok-bergadai untuk masuk ke negara ini akan bertindak menghilangkan diri dan memasuki pasaran pekerjaan secara gelap. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemasukan pendatang asing tanpa izin yang datang melalui pintu yang tidak sah selain kehadiran pelancong dari negara dunia ketiga ke negara ini.

Tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab menggaji pekerja asing, terutama yang menghidap penyakit berjangkit akan membahayakan kesihatan orang lain.

Bayangkan, risiko yang dihadapi rakyat negara ini jika pekerja asing yang berpenyakit berjangkit itu diambil bekerja di restoran, pusat cuci kenderaan atau pusat asuhan kanak-kanak.


Sistem urus pekerja asing



Sehubungan itu, keputusan Jabatan Imigresen melaksanakan sepenuhnya modul BioMedical dan permohonan secara elektronik Visa Dengan Rujukan (eVDR) menggunakan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) terhadap semua pekerja asing mulai hari ini adalah langkah tepat.
Mulai tarikh itu, semua bakal pekerja asing perlu melalui pemeriksaan kesihatan di klinik di negara asal yang mempunyai kemudahan BioMedical.

Langkah itu membolehkan verifikasi biometrik dilakukan terhadap bakal pekerja asing bagi tapisan keselamatan dan mengesahkan pekerja terbabit adalah subjek sebenar yang memohon sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan.

Penggunaan modul eVDR diwajibkan, termasuk pembelian insurans untuk pekerja asing bagi permohonan surat kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) secara dalam talian bagi memudahkan urusan majikan tanpa perlu menunggu di kaunter imigresen.

Elak berurusan dengan ejen 

Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia, Farah Adura Hamidi, berkata penggunaan FWCMS membantu mengurangkan beban kerja di kaunter imigresen kerana kemasukan data dilakukan sendiri oleh majikan atau pekerja.

Beliau berkata, penggunaan sistem dalam talian juga dapat mengelakkan majikan daripada berurusan dengan bantuan ejen selain melakukan urusan tunai di kaunter yang boleh menimbulkan tohmahan terhadap pegawai imigresen.

"Jika semua prosedur dipatuhi dan dokumen yang diperlukan lengkap, tempoh kelulusan untuk pekerja asing mendapatkan eVDR boleh dikurangkan daripada satu atau dua minggu kepada tiga atau empat hari sahaja," katanya.

Kita percaya majikan tulen sudah pasti menyokong penggunaan sistem yang sepatutnya sudah lama dilakukan oleh kerajaan kerana ia menyenangkan majikan kerana mereka tidak perlu berurusan di kaunter, boleh melakukan secara dalam talian, mudah, menjimatkan masa dan wang serta lebih telus.


Penipuan pekerja asing yang mempunyai masalah kesihatan dapat ditangani kerana modul Biomedical dikendalikan klinik kesihatan di negara sumber yang mempunyai akreditasi dengan FWCMS dan mematuhi spesifikasi ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Sebanyak 16 penyakit berjangkit dan kronik akan disaring dengan pekerja yang gagal pada peringkat awal tidak dibenarkan masuk ke negara ini sekali gus menjimatkan pekerja asing daripada kerugian jika terpaksa dihantar pulang.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan ini sudah pasti tidak disenangi segelintir agensi pembekal pekerjaan yang tidak bertanggungjawab kerana mereka tidak dapat lagi memeras wang bakal pekerja asing.

Sebelum ini, ada segelintir agensi memanipulasi pekerja asing dengan menghantar mereka yang tidak layak untuk bekerja di negara ini bagi memperoleh keuntungan.
Ini menyebabkan pekerja asing yang gagal melepasi ujian FOMEMA bertindak menghilangkan diri serta memasuki pasaran pekerjaan gelap kerana sudah menghabiskan banyak wang untuk masuk ke negara ini.

Selain itu, Farah Adura berkata, pihaknya cuba menyedarkan majikan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar ketika membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Beliau berkata, sekiranya majikan tiada tanggungjawab untuk memastikan pekerja asing yang dibawa masuk adalah sihat dan tiada penyakit berjangkit, ia akan menimbulkan masalah besar kepada negara.
"Oleh itu, ada kontrak antara majikan dan pekerja, termasuk majikan dengan kerajaan. Kita ingin majikan baca apa yang diletakkan dalam kontrak supaya ia dipatuhi.

"Sepatutnya, apabila majikan mengenal pasti pekerja asing yang tidak layak, mereka bertanggungjawab untuk menghantar pekerja terbabit pulang ke negara asal," katanya.




Insurans pekerja asing 

Sementara itu, Ketua Pegawai Pengagihan Overseas Assurance Corporation (OAC) Bhd, Kevin Coong, berkata pihaknya mengalu-alukan penggunaan FWCMS kerana ia dapat memastikan pekerja asing memiliki ketiga-tiga skim insurans iaitu Insurans Jaminan Pekerja Asing (IG), Insurans Pampasan Pekerja Asing (FWCS) dan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA).

"Sebelum ini, ada majikan yang tidak mengambil FWCS dan SPIKPA walaupun disyaratkan ke atas pekerja asing.

"Kini ia dapat dielakkan kerana memiliki ketiga-tiga insurans menjadi keperluan untuk pekerja asing mendapatkan eVDR. Melalui FWCMS, majikan bebas memilih syarikat insurans yang mereka ingin berurusan.

"Keputusan kerajaan ini baik kepada perkembangan industri insurans selain dapat mengurangkan risiko kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan pekerja asing di hospital," katanya.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2011, seramai 348,716 warga asing menggunakan hospital dan klinik kerajaan dan angka itu meningkat 20.6 peratus kepada 420,722 orang pada tahun 2012.

Pertambahan pesakit warga asing itu sudah tentu menyumbang kepada peningkatan kos perubatan kerajaan. Walaupun dikenakan kadar caj rawatan yang rendah, warga asing masih berhutang RM104 juta dengan hospital dan klinik kerajaan untuk tempoh tahun 2007 hingga Julai 2013.

Sumber
Share:

Monday, June 15

FIBROID ANCAMAN WANITA

WANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid.

Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10 ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.

Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Namun, belum dapat dipastikan sebab dan punca fibroid tumbuh.

Punca yang menyumbang kepada penyakit ini ialah ia lebih kerap dikesan kepada wanita yang tidak mempunyai anak atau lambat mendapat anak.

Selain itu, wanita berkulit gelap juga lebih terdedah kepada risiko fibroid, malah wanita yang didatangi haid di peringkat awal umur dan yang gemar memakan daging merah, kurang makan sayur serta buah-buahan.

Bukan itu sahaja wanita yang merokok dan mengambil minuman juga  berisiko mendapat fibroid. Antara faktor lain yang menyumbang ialah keturunan dan juga obesiti.


Hormon tidak seimbang

Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi pertumbuhan fibroid, berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid itu membesar.

Hormon estrogen dan progesteron ialah dua hormon wanita yang menguasai kitaran haid.

Gejala fibroid antaranya ialah gangguan haid iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.

Bukan itu sahaja, fibroid boleh mengakibatkan kemandulan, sakit pinggang, kadang kala sembelit. Sekiranya terlalu besar ia boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.

Kaedah paling efektif untuk mengesan ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasound. Kerana biasanya fibroid tidak akan menunjukkan sebarang simptom untuk kita ketahui tentang penyakit ini.

Oleh itu, elok untuk wanita membuat pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.

Kemandulan adalah satu komplikasi fibroid manakala 99 peratus fibroid adalah benign (bukan kanser) dan kebarangkalian fibroid menjadi kanser hanyalah satu peratus.

Bagaimanapun bukan semua fibroid yang dikesan melalui ultrasound memerlukan rawatan. Jika fibroid itu tidak memberi sebarang simptom ,ia boleh rawat secara konservatif.


Tetapi lawatan regular kena diteruskan.

Kebanyakan masa fibroid tidak akan menyebabkan masalah yang bahaya tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak di mana pesakit bolah dapat anemia.

Selain itu, satu lagi komplikasi yang bahaya adalah bila buah pinggang membengkak.

Sekiranya fibroid menunjukkan salah satu daripada simptom ia perlu dirawat dan rawatan yang paling sesuai adalah pembedahan untuk mengeluarkan fibroid itu.

Tetapi sekiranya wanita itu berusia lebih daripada 45tahun atau kurang tetapi telah menamatkan keluarga, selalunya kita akan nasihatkan untuk membuat ‘hysterectomy’ (buang rahim) kerana ia akan memberi rawatan yang kekal.

Bagaimanapun sekiranya wanita yang lebih muda dan masih aktif untuk mengandung, kita akan menasihatkan untuk‘ myomectomy’ (membuang fibroid sahaja).


Selalunya rawatan ini digunakan sebelum membuat pembedahan.

Pembedahan boleh dibuat secara ‘laparotomy’ atau laparoskopi ikut saiz dan kehendak pesakit.
Selain itu, doktor akan memberikan ubat suntikan untuk mengecutkan rahim tetapi ia tidak akan menghilangkan fibroid sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.



Nota : Fibroid  ni atau nama saintifiknya“leiomyoma” semacam kanser tapi bukan kanser.
Dalam 99% kes uterine fibroid, hanya 1% cenderung kanser. Ianya sejenis ketumbuhan dalam rahim -Tisu pada rahim.  Pembesaran fibroid bole jadi sehingga sebesar bola.

Rujukan
 

Antara langkah yang dapat membantu adalah:

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk yang berasaskan tenusu, soya yang ubahsuai, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas, salt, caffein dan alcohol.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

 
  • Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

     Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

     Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

     - phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
     - racun serangga (pesticides)
     - tobacco by products.
 
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan anda.

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.
 
6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.
7. Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. 


Antara simptom-simptom fibroid atau cyst adalah :

 - haid yang tidak teratur atau berpanjangan
 - sakit perut
 - sakit ketika hubungan kelamin
 - perut membuncit
 - pendarahan abnormal


Share:

Thursday, June 4

MENCARI SAIZ T-SHIRT, SAIZ KASUT, SAIZ SANDAL?



MENCARI SAIZ T-SHIRT, SAIZ KASUT, SAIZ SANDAL?

Share:

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

Assalamualaikum, Dijangkakan kita akan menyambut Ramadhan lagi 14 Hari jika 1 Ramadhan 1436 tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis). Kurangkan bercakap dan banyakkan kerja dalam diam atau kerja dilakukan dalam keadaan ikhlas. SE mungkin orang yang tidak suka bercakap banyak, suka bekerja sendirian dan berkumpulan apabila perlu, tapi ada masa jika kerja sudah selesai, barulah suka borak2, berkaraoke ke, tengok bola ke, wayang, snuker, bowling ke, tiada masalah.

Memahami pertanyaan orang dan menjawab dengan tepat mungkin bukan satu skil yang semua orang mampu, tetapi ikhtiarkan bertenang dan bercakap bila perlu, itu lebih memudahkan. Semoga sama-sama kita memperbaiki kekurangan dan keburukan dengan menghormati kata-kata orang yang lebih tua, orang yang lebih berpengalaman dan hormat orang yang boleh dikatakan lebih memahami dari kita. Bercakap sejelasnya dan pastikan ia difahami. Kadang2 SE pun hairan melihat gelagat manusia, keluar kedai makan, jalan lemah sungguh gaya tamat kerja buruh kasar, keluar duit di ATM, muka mencuka memanjang, keluar wayang, muka kelat2 macam blur tidak faham jalan cerita.

Ada juga yang SE lihat orang yang seronok mengulas filem ditontoni sepanjang jalan. SE bukan nak memandang buruk sangat perangai seseorang, tetapi jika kamu tidak bersedia, jangan berada di tempat tersebut. Beri peluang orang lain menikmatinya. Jangan mulakan hari dengan lewat dan bermasam muka.- kecuali muka tu tutup hijab sepenuhnya nampak mata sahaja.

SE paling tidak gemar orang yang apabila bertanya sudah diberi tunjuk ajar, tetapi diulangi semula dengan bertegas - "Orang tu cakap lain, orang ni cakap begini, orang tu kata boleh". Dia sendiri tak peruntukan masa nak mengkaji, disumbat bulat-bulat semua cakap orang hari demi hari, jangan diyakini karakter orang macam ini, kelak dia setiap hari mempunyai rujukan pelbagai silang yang boleh menyusahkan orang lain.




Jika anda tidak menzahirkan cara nak hormat orang, InsyaAllah, sekejap sahaja anda dihormati. Hargai usaha seseorang memberi tunjuk ajar sekurangnya dengan mengingati apa yang diajar dari mengulangi perkara yang sama dan pura-pura tidak tahu. 
Cikgu sekolah pun boleh meletup jika semalam dah cakap potong kuku, esok datang buat selamba sambil bertegas tiada siapa berpesan pun sebelumnya. Dijawab lagi kuku ini milik saya..Ahhhh lorat la orang macam ni, dia memang dilahirkan untuk mempunyai 1001 alasan daripada penyelesaian. Baiklah cikgu potongkan kuku ya (tidak sesuai dipraktikkan pada orang 12 Tahun ke atas).


Bertuahlah seseorang yang masih ada orang bersabar dengan kita. Dia mencuri masanya demi kita. Kita sekadar bertanya dan bertanya tanpa memahami keperluannya untuk dirinya. Kenapa dia berbuat itu dan berbuat begini, kita pertikaikan. Tapi dia mempunyai sejarah dan tingkah laku yang lepas untuk tidak ingin orang lain mengulangi kesilapan yang sama. Hilangnya hormat dan kasih sayang, maka bermulanya tiada komunikasi dan natijahnya sgt besar pada mana-mana perhubungan. Tolong jangan pertikaikan usaha jerih orang lain  walaupun nampak mudah pada kita, jika kamu mempunyai alasan lebih munasabah, kongsikan bersama.
Jauhi sifat-sifat yang buruk dalam perhubungan. Jika kamu mengungkit pemberianmu dan membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain, tunggu sahajalah masa ia membuat perbandingannya. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji dan amanahnya.

Berhenti Mengharap @ Berhenti menjadi harapan?







Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive