Kedai Buku Online

Thursday, June 4

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

HORMATI ORANG TIDAK KIRA MUDA ATAU TUA

Assalamualaikum, Dijangkakan kita akan menyambut Ramadhan lagi 14 Hari jika 1 Ramadhan 1436 tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis). Kurangkan bercakap dan banyakkan kerja dalam diam atau kerja dilakukan dalam keadaan ikhlas. SE mungkin orang yang tidak suka bercakap banyak, suka bekerja sendirian dan berkumpulan apabila perlu, tapi ada masa jika kerja sudah selesai, barulah suka borak2, berkaraoke ke, tengok bola ke, wayang, snuker, bowling ke, tiada masalah.

Memahami pertanyaan orang dan menjawab dengan tepat mungkin bukan satu skil yang semua orang mampu, tetapi ikhtiarkan bertenang dan bercakap bila perlu, itu lebih memudahkan. Semoga sama-sama kita memperbaiki kekurangan dan keburukan dengan menghormati kata-kata orang yang lebih tua, orang yang lebih berpengalaman dan hormat orang yang boleh dikatakan lebih memahami dari kita. Bercakap sejelasnya dan pastikan ia difahami. Kadang2 SE pun hairan melihat gelagat manusia, keluar kedai makan, jalan lemah sungguh gaya tamat kerja buruh kasar, keluar duit di ATM, muka mencuka memanjang, keluar wayang, muka kelat2 macam blur tidak faham jalan cerita.

Ada juga yang SE lihat orang yang seronok mengulas filem ditontoni sepanjang jalan. SE bukan nak memandang buruk sangat perangai seseorang, tetapi jika kamu tidak bersedia, jangan berada di tempat tersebut. Beri peluang orang lain menikmatinya. Jangan mulakan hari dengan lewat dan bermasam muka.- kecuali muka tu tutup hijab sepenuhnya nampak mata sahaja.

SE paling tidak gemar orang yang apabila bertanya sudah diberi tunjuk ajar, tetapi diulangi semula dengan bertegas - "Orang tu cakap lain, orang ni cakap begini, orang tu kata boleh". Dia sendiri tak peruntukan masa nak mengkaji, disumbat bulat-bulat semua cakap orang hari demi hari, jangan diyakini karakter orang macam ini, kelak dia setiap hari mempunyai rujukan pelbagai silang yang boleh menyusahkan orang lain.




Jika anda tidak menzahirkan cara nak hormat orang, InsyaAllah, sekejap sahaja anda dihormati. Hargai usaha seseorang memberi tunjuk ajar sekurangnya dengan mengingati apa yang diajar dari mengulangi perkara yang sama dan pura-pura tidak tahu. 
Cikgu sekolah pun boleh meletup jika semalam dah cakap potong kuku, esok datang buat selamba sambil bertegas tiada siapa berpesan pun sebelumnya. Dijawab lagi kuku ini milik saya..Ahhhh lorat la orang macam ni, dia memang dilahirkan untuk mempunyai 1001 alasan daripada penyelesaian. Baiklah cikgu potongkan kuku ya (tidak sesuai dipraktikkan pada orang 12 Tahun ke atas).


Bertuahlah seseorang yang masih ada orang bersabar dengan kita. Dia mencuri masanya demi kita. Kita sekadar bertanya dan bertanya tanpa memahami keperluannya untuk dirinya. Kenapa dia berbuat itu dan berbuat begini, kita pertikaikan. Tapi dia mempunyai sejarah dan tingkah laku yang lepas untuk tidak ingin orang lain mengulangi kesilapan yang sama. Hilangnya hormat dan kasih sayang, maka bermulanya tiada komunikasi dan natijahnya sgt besar pada mana-mana perhubungan. Tolong jangan pertikaikan usaha jerih orang lain  walaupun nampak mudah pada kita, jika kamu mempunyai alasan lebih munasabah, kongsikan bersama.
Jauhi sifat-sifat yang buruk dalam perhubungan. Jika kamu mengungkit pemberianmu dan membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain, tunggu sahajalah masa ia membuat perbandingannya. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji dan amanahnya.

Berhenti Mengharap @ Berhenti menjadi harapan?







Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive