PENCARIAN TAYAR KERETA VIVA, AKHIRNYA....
Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Semalam SE menukar tayar Viva 1000CC di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bukan sebab bunganya telah haus tapi ada beberapa perkara masalah pada tayar apabila membeli tayar buatan Cap Ayam. Antara jenama yang kurang elok antaranya jenama asal tayar keluaran dari kilang yang dipasang pada kenderaan kita contohnya Silverstone, Spectra dan lain-lain.
Masalah ketara pada tayar basic ini adalah ia tidak tahan sehinga 20,000 KM Mileage. Paling awal dalam setahun sudah menunjukkan tanda rosak. Walau secara kasarnya masih nampak elok, ia sebenarnya mulai gelong dan juga bengkak. Jika memandu di laluan rata, kita akan terasa benjolan dan juga kurang selesa ketika mengambil selekoh.
Apa perkara yang mempercepatkan masalah bengkak dan gelong pada tayar?
Pertama, kita kerap memandu kereta melintasi longkang atau bumper dalam kelajuan tinggi, bucu longkang ini agak tajam pada struktur dawai tayar dan bonggol pula akan menekan tayar sehingga mengena pada rim. Kesesuaian ketebalan tayar juga perlu sesuai- jangan terlalu nipis (bengkokkan rim jika melanggar lubang/kereta rasa bergegar-kalau lepas makan, boleh mual) dan jangan terlalu tebal (kereta rasa membuang/berbuai2 di selekoh).
Kedua, pemanduan jarak jauh pada suhu cuaca ekstrem panas dan sejuk. Molekul getah tayar akan keras@lembik dan mulai gelong ketika suhu tayar dan angin dalam tayar agak panas/sejuk. Tips elok menjaga kenderaan dan tayar adalah dengan berehat pada jarak 150KM/180KM. Pemanduan berterusan dengan muka bumi pelbagai ditempuhi tayar, sememangnya memberi regangan agak tinggi pada tayar.
Ketiga, komposisi kandungan udara dan tekanan udara di dalam tayar tidak diganti terlalu lama. Jika kita perasan, tayar semakin lama tidak dibuang angin akan menghasilkan bau busuk. Walau tayar nampak tidak lembik, tetapi nilai presure semakin rendah dari sepatutnya
Berbalik pada hal semalam, SE telah membeli sepasang tayar Continental Basic model Conti ComfortContact CC5 bersaiz 165/55 R14 72H Temperature A yang berharga RM 160.00 sebiji (Harga termasuk GST). Tayar ini di buat pada Minggu ke - 14 (Awal Bulan Mac) - dalam Tahun 2015 (1415). Tayar yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah memang wajar diganti baru.
Rasmi si rujuk Web ini.
conti mmg bgus!
ReplyDelete