Kedai Buku Online

Wednesday, September 24

KESABARAN DI DALAM HIDUP

KESABARAN DI DALAM HIDUP
  1. Hidup di celah batu
  2. Ikan yang gemar melawan arus
  3. Hidup di kawasan air jernih
  4. Ikan yang bersisik
  5. Saiz sederhana besar
  6. Kehidupan yang banyak cabaran
  7. Tinggal di air tawar
Baru-baru ini SE ada mengikuti ceramah agama disampaikan oleh Ustaz dari JAKIM, apa yang menariknya adalah turut diselitkan bagaimana KESABARAN itu menuai keuntungan bagi orang-orang yang bersabar.

Pokok Durian memerlukan bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil yang elok, harganya mahal tetapi Taugeh hanya perlukan sehari dua untuk dituai, malah murah pula harganya. Sabar menuai hasil, sabar dalam kehidupan adalah keuntungan sebenar.


Bagaimana pula mereka yang suka berahsia menjadi PUNCA pihak lain hilang sabar?
Ini adalah mainan dan hasutan dot dot dot, yang cuba jadikan kedua pihak berbalah. Sifat prasangka berlebihan tanpa usul periksa seharusnya dikawal dalam bentuk yang lebih positif.

Di dunia ini, serba-serbi kehidupan, kita telah menjadi leka dan kurang prihatin. Pentingnya prihatin ini dikiaskan seperti :

Seorang ibu yang mempunyai anak kecil leka ketika balik dari kerja, leka memerhati sekeliling, leka menutup pintu, leka di dapur, dan macam2 leka bermain watapps contohnya. Jika ditakdirkan binatang berbisa masuk ke dalam rumah akibat leka menutup pintu, seseorang asing menyelinap masuk, anak bermain di selak pintu terbuka, implikasinya amatlah besar akibat sifat leka ini. Bertambah buruk jika pihak suami disalahkan akibat kesilapan sendiri. 

Bagaimana pula leka dan tidak sensitif hinggakan seorang anak kecil boleh LEMAS dalam besin air? Kes terbaru- bagaimana seekor biawak kelaparan menyerang bayi amat menakutkan. Adakah kita semakin SIBUK dalam hidup zaman sekarang sehingga terlepas pandang pada bayi jagaan kita?

Kesibukan dan kelekaan itu boleh dikurangkan jika kita tahu SISTEM dalam kehidupan, contohnya apa yang awal, didahulukan, apa yang wajib perlu didahulukan, ada kerja siap dalam 30 minit, ada kerja siap dalam 1 jam. Pengecaman masa dalam setiap tugas penting untuk menyusun 24 jam dalam hidup. Kaedah ini berbeza pada setiap orang samada sempurna atau orang kelainan upaya (OKU) kerana pembesaran dalam kehidupan membentuk diri seseorang untuk asimilasi dengan kehidupan yang dipilihnya. Hidup bukan teka-teki yang tiada penunjuk atau bayangan, tambahan pula kita dibantu oleh doa dari ibubapa dan bantuan dariNya.

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah Ar-Rum, ayat 41]

Antara ayat yang menunjukkan tanda-tanda petunjuk atau bayangan kehidupan akan datang akibat perilaku hari ini.

Sifat leka dan bermalasan pada awalnya jika mampu dihidu, boleh dikurangkan implikasi buruknya. Janganlah bercerita 100 alasan untuk zahirkan ia bukan salah diri sendiri. Jangan pertikaikan orang lain mampu, mereka ditakdirkan begitu begini dan sebagainya.

7 ciri ikan di atas adalah ciri-ciri ikan yang berkualiti yang diceritakan oleh Ustaz dalam ceramahnya. Terbayang pula ikan Kelah dan ikan Sturgeon adalah antara ikan mahal yang sedap dan sukar dicari. Ianya menjadi buruan ekslusif pemancing. Bagaimana pula dengan ikan laut dalam? ikan kategori ini tinggi kandungan Omega, tetapi kategori ikan air masin tidak dapat menandingi ikan air tawar.

Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai perkara dan tidak SAMA seperti ujian orang lain. Kesabaran adalah benteng menghadapi pelbagai perkara. Tidak semua hambaNya menjalani rutin harian yang sama.

Adakah anda sabar hidup di uji dalam berkumpulan, dan masih sabar jika di uji ketika bersendirian?

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat ujian ?”
[Al-Ankabut , ayat ke-2]


“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; 'Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghaabun ayat 11)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153] 

Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts