Kedai Buku Online

Monday, December 29

UNGKIT MENGUNGKIT KE ARAH KUFUR NIKMAT?

Apakah salah apabila kita terpaksa mengingatkan semula hal-hal lama terutama segala pertolongan yang pernah kita berikan dengan tujuan menyedarkannya kerana hamba Allah itu sering menyakitkan hati dan seperti sengaja melupakan semuanya?

Salah satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT adalah mengungkit-ungkitkan pemberian. Mengungkit-ungkit akan menghapuskan pahala di atas amal soleh yang kita berikan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Tidak akan masuk syurga orang yang memperdaya, orang yang kikir, dan orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan tidak akan masuk syurga iaitu :

Golongan Pertama : Suka memperdaya orang lain (menipu)

Golongan Kedua : Orang yang kikir (bakhil)

Golongan Ketiga : Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberian.

Firman Allah yang bermaksud,

"Hai orang yang beriman, jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riyak kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat"
(Surah al-Baqarah ayat 264).

Mengungkit-ungkit nampak mudah, tetapi 2/3 kali diulang tentunya ia bukan kekhilafan yang tidak disengajakan dan mempunyai maksudnya.

Bayangkan seorang ibu mengungkit jasanya pada anaknya?

Tidak setakat itu, diungkit pula pada suaminya, diungkit lagi sukarnya menjadi seorang wanita ibarat kufur nikmat besarnya ciptaan dan pahala menjadi wanita. Jangan lupa, tiada cacat celanya Allah menciptakan hambaNya baik lelaki, wanita sempurna @ tidak.

Lupakah semasa menghadapi peperiksaan, kita mohon padaNya dipermudahkan?
Tiada jodoh, mohon dipertemukan jodoh.
Tiada kerja, berkahwin tiada anak, bercerai, janda dan balu bukan kita minta, kita memohon nikmat dari Allah tapi bersyukur hanya ketika diperlukan. Ketika diduga bersama anak yang ramai, sekurangnya kembali mengingati ketika kita keseorangan bujang merisaukan jodoh kita? Bukankah Allah senantiasa mendengar doa-doa kita dan memperkenan mengikut keperluan hambaNya.

Tidak semua wanita boleh melahirkan anak, ada juga wanita yang kekal dara di usia tua. Adakah orang berkahwin, masih ingin simpan dara sebab katanya sakit seperti melahirkan anak?. Jika sakit melahirkan anak, terseksa melayan isteri/suami, serahkan sahaja tugas itu pada yang berhak. Fitrah kejadian manusia dari merangkak hingga akhir hayat adalah urusan Tuhan.

SE juga pernah mengata, mengumpat manusia, pernah ditegur seorang hamba Allah, kita sebenarnya menghina kuasa Allah ibarat tidak sempurna menciptakan hambanya kekurangan. Sejahat manusia, mungkin sebaik makhluk akhir hayatnya. Tidak perlu kita kufur nikmat terlebih atau terkurang melihat semua kejadian. Bukankah memperbaiki hidup yang jahat itu lebih baik dari tiada usaha langsung.

Apa pun alasan, ngadulah pada Allah jika terbeban dengan amanah sebagai khalifah. Amat menghairankan perkongsian masalah seseorang disamakan dengan alasan gender yang sama. Tiada manusia yang memikul masalah di luar kudratnya. Tidak sama seorang ibu 16 anak dengan seorang ibu 6 orang anak yang telah kehilangan suami. Terlalu sibuk mencari nafkah hinggakan tak mampu melihat kehidupan insan lain. Tidak semestinya insan yang diam itu tiada komplen, mungkin ia sedar, kata-kata tidak cukup gambarkan coretan hidupnya.

Tidak perlu hebohkan pada orang lain dengan mencanang mulianya anda berkorban apa sahaja. Tolong jangan ada permulaan ke arah kufur nikmat, jangan kelak ia kembali berlaku pada kita dengan izin Allah melalui pasangan kita satu hari kelak.

Dalam sebuah hadis disebutkan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu orang yang menghulurkan kainnya, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Nasai dari Abu Dzar al- Ghifari).

Mengungkit pemberian/usaha bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya, ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya. Dalam bencana banjir sekarang, ramai yang membantu, tapi turut selitkan sindiran pada individu lain. Kita tidak perlu sibukkan urusan Tuhan tentang pahala dan dosa mereka, cukuplah dengan kudrat dan doa kita.

Lebih besar dosanya apabila seorang anak mengungkit-ungkit pemberiannya kepada kedua ibu bapanya. Anak tersebut menjadi anak derhaka selagi dia tidak bertaubat kepada Allah SWT dan meminta ampun kepada kedua ibu bapanya.

Bagaimana pula suami/isteri mengungkit tanggungjawabnya?. Serba serbi ditulis terperinci dengan niat serta sindiran?. Apakah yang membuat seseorang hilang pertimbangan?.Emosi yang tidak dikawal, dibantu oleh media sosial, disokong oleh pemikiran yang negatif dari kawan dan jiran, lengkaplah satu tindakan yang dicampur sedikit fitnah dan boleh berperang jadinya.

Jika seseorang menyakiti hati kita sekali pun janganlah kita bertindak menyakiti hati orang tersebut di atas amal atau bantuan yg pernah kita berikan. Bantuan yg pernah kita berikan itu sebenarnya adalah hak Allah dan rezeki orang tersebut dengan perantaraan tangan kita.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. menguji menantu

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya, Nabi Ismail a.s. Ketika Nabi Ibrahim sampai di rumah Nabi Ismail, kebetulan anaknya tiada di rumah, sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu Nabi Ibrahim. Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail yang belum dikenalinya ketika itu, “Siapakah kamu?” Maka jawab isteri itu, “Aku isteri Ismail.” Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya lagi, “Di manakah suamimu, Ismail?” Isteri Nabi Ismail a.s. memberitahu yang suaminya sedang pergi berburu.

Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang, lalu dijawab terus oleh menantunya dengan keluhan,

“Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang.” Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab isteri Nabi Ismail, “Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”

Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh isteri Nabi Ismail, maka maka Nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama Nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu.

Sebelum bertolak pulang Nabi Ibrahim pun meminta untuk disampaikan salamnya kepada Nabi Ismail, “Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya.”

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah Nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya,

“Adakah seseorang datang menziarahimu?” Jawab isterinya, “Ya! Ada seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.” Isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dengan memberitahu akan kesusahan yang mereka hadapi. Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya, seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh orang tua tersebut.

Jawab isterinya, “Ya! Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Nabi Ismail memberitahu kepada isterinya yang sebenarnya orang tua itu adalah ayahnya dan pesanan itu bermaksud perpisahan dan kemudian Nabi Ismail berkata, “Sekarang kembalilah kamu kepada keluargamu.”

Setelah itu bercerailah Nabi Ismail dengan isterinya yang suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan kekasih Allah SWT.

Setelah sekian lama, maka datanglah hasrat Nabi Ismail untuk berkahwin kembali dan setelah berkahwin, Nabi Ibrahim datang kembali semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ini juga, sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik.

Lalu terjadi dialog seperti mana dahulu, cuma kali ini yang membezakannya adalah jawapan isteri baru anaknya. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru, “Adakah kamu mempunyai tetamu?” Jawab perempuan itu, “Ya! Iaitu engkau.” Ketika ditanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga, menantunya menjawab, “Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera (dan bahagia), tiada apa yang kurang.” Kemudian Nabi Ibrahim dihidangkan dengan sedikit makanan. Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.” Sebelum pulang, dia meminta supaya disampaikan salam kepada anaknya yang sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.

Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberitahu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh orang tua tersebut. Mendengar cerita itu Nabi Ismail dengan gembira menjawab,

“Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yang dimaksudkannya adalah dirimu yang dimintanya untuk aku menjaga mu dan kekalkan (jangan menceraikanmu).” Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi peranan dan kuasa suami perlu diambil berat. Jangan jadi berkerat rotan, berpatah arang. Jika ia bukan milikmu, tidak usahlah berpura ingin hidup semati dalam penyesalan.

Moral dalam cerita ini amat ringkas iaitu, JANGAN MENGUNGKIT walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan. Jika perhatikan beratnya kesan ungkitan hinggakan Nabi Ibrahim berpesan supaya ditukar tiang pintu rumah yakni isteri anaknya. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan.

Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264)

Allah SWT akan menghilangkan pahala orang yang suka mengungkit-ungkit seperti pesan Rasulullah SAW, “Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”(Surah Ibrahim : 7)

Sebagai manusia, terlupa hingga terungkit adalah biasa tanpa sedar. Belajarlah saling memahami dan mengingati. Tiada siapa benar atau salah dan berdiam diri lebih elok ketika beremosi. Bantulah orang yang anda sayang dengan memahami.

Share:

Wednesday, December 10

BAYI PEREMPUAN MAUT TERSEDAK SUSU IBU

BAYI PEREMPUAN MAUT TERSEDAK SUSU IBU

Tahziah kepada keluarga Nik Mohd Azhari Nik Ibrahim kerana kehilangan anak perempuan berusia 2 bulan yang dipaparkan di akhbar hari ini.

Bayi Nik Nur Ainul Madiah, 2 Bulan ditemui mati pada anggaran jam 4 pagi - 5 pagi dipercayai tersedak susu.

Bayi kecil yang masih terhad pergerakkan tangan, kaki dan kemampuan untuk berpusing badannya perlulah diberi perhatian lebih di tempat tidurnya. Kurangkan situasi seperti 'mengepung'  posisi badan bayi kerana ini boleh membuatkan lemas. Dengan saiz badan ibubapa dan susunan bantal/tilam, ia boleh mendatangkan kecederaan/lemas pada bayi tanpa disedari. Penjaga yang dalam keadaan tidak sihat juga tidak digalakkan berada di tempat tidur bayi. Apabila berlaku kecemasan, tangisan bayi adakalanya kedengaran kuat dan ada kalanya tidak kedengaran lebih-lebih lagi ketika penjaga tidur nyenyak.

Tidak semestinya tangisan itu adalah kerana lapar dan banyak simptom ketidakselesaan bayi ditunjukkan dengan cara tangisan. Ada kes kematian bayi kerana selsema dan kesukaran bernafas dan diburukkan lagi dengan penyusuan. Semoga kita mengambil iktibar akan kes-kes kematian bayi terutamanya ketika dalam tidur.

Share:

Wednesday, December 3

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM 2015 DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM  2015 DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015

Menerusi kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 15 Oktober 2014, tarikh pembayaran bonus setengah bulan gaji minimum RM500 akan dibayar bersama gaji bulan Januari 2015. 

Oleh itu, kakitangan awam akan menerima bonus berserta gaji bulan januari 2015 pada 22 Januari 2015

"Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500. Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250".

Merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan Malaysia dari Januari 2015 hingga Disember 2015.

TIADA kenaikan gaji pada 2015 dan semakan elaun lain-lain sepertimana disebarkan di Internet.

Berikut adalah jadual Takwin Persekolahan/Cuti Sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B :




Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts