Kedai Buku Online

Wednesday, November 27

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE 
Sebelum ini SE ada membuat kajian bagaimana membuat penjimatan Call & SMS apabila menggunakan Telefon Pintar di SINI


Ajaibnya bulan pertama SE dikenakan Caj RM21.78 dan bulan kedua dikenakan RM29.54 Termasuk Cukai 6% = RM0.07. Dua bulan hanya  < RM60.00 !

  
Selesai sudah pelan untuk Call & SMS kan. Kita cerita pelan Data pula ya.

Kalau smartphone tiada Internet pun tak smart kan. Pakai Data Prepaid Plan lagi jimat sebab Pelan Postpaid include Data Plan memang mahal.

Tipsnya, gunakan 2 Kad SIM yang dua-dua ON (BUKAN SWITCH ON ya).
1 SIM Postpaid & 1 SIM Prepaid. Prepaid yang paling berbaloi adalah INI. Boleh juga guna INI tapi ada kekurangan sedikit.


Sebab apa SE kata berbaloi? sebab ia bagi 2 bulan lagi jika tidak topup, baki Data+SMS+Call yang tidak dipakai boleh disimpan sehingga 2GB/300min/300sms/200mms, kemudahan nak topup dan subscribe pelan mudah tak perlu nak kod macam-macam bagai. Liputan ANTARA terbaik dan jelas. Masa Call+SMS dalam prepaid tu kira bonus la buat standby  masa kecemasan hehe.

Nilai topup RM10 ke , RM30 ke, RM50 ke, RM100 ke, jujukan nilai yang dibagi tetap sama mengikut nilai, contoh RM10 dapat 20 minit berbual, jika RM100 dapat 200 minit berbual.

Nak JIMAT lagi? OFF la Pelan Data di kedai mamak, gunakan WIFI percuma je.  Tapi masa makan & minum, jangan main smartphone plak, nanti kena pelempang dengan "Daddy".

Macam mana pula nak cari smartphone yang ada dual SIM, murah, spek baik, bateri lebih kuasa dan lain-lain?. Ni contoh SE rasa 1 laman web yang molek membuat perbandingan spek. Laporan terperinci terhasil dalam kurang 3 saat bersama nombor ranking lagi. Laman ini luar negara, jadi jangan pedulikan harganya.


Siap ada markah skor membuat perbandingan spesifikasi setiap smartphone. Masukkan sahaja apa jenama dan bandingkan ranking. Ikut perbandingan, Lenovo P780 mengatasi pesaing terdekat malah lebih murah dari spek sekufu di pasaran. Jika dah puashati, beli sahaja Online (lagi murah).

Ni dia tips URL laman web,tapi kena taip sendiri yang diwarnakan tu, tak boleh klik-klik saja ek :)
Dah cuba tips ni, komen-komen la di sini ya.


Share:

Tuesday, November 26

KEHAMILAN - INDAH TETAPI MENCABAR

KEHAMILAN INDAH TETAPI MENCABAR

Selama 9 Bulan hamil memerlukan tenaga dan makanan berkhasiat. 

Perubahan HORMON bHCG - Beta Human Chorionic Gonadotropin, menyebabkan MABUK manakala HORMON estrogen dan progesterone mengakibatkan pedih hulu hati, sembelit, urat bersimpul, buasir, pembengkakan payudara, bertambah emosi, kelesuan dan sering megantuk.

Rembesan HORMON relaxin menyebabkan sakit belakang dan bertambah RISIKO kecederaan sendi. HORMON Human Placental Lactogen (HPL) menyebabkan pertambahan berat badan dan risiko DIABETIS.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjD2E577zyrg2Fx440v8WmxzMaH00YnmBwcJ6wN-lH_dUIzQQkCZl29zAD8B1HH9Icw8wsfCgOnl3b2S2u4quc1oTH6f5GU5QLl8NbCLGB9XcuIAp1ViE1k2D3ii00vS_LmNQKxmldayaH_/s1600/indah.jpg
Klik untuk besarkan
Share:

WOULD YOU STILL DATE ME IF I WAS HIV POSITIVE ?


WOULD YOU STILL DATE ME IF I WAS HIV POSITIVE ?
Its the infection you need to reject, not the infected


78% pesakit HIV adalah belia berumur 19 TAHUN hingga 39 TAHUN.
Pengarah Bahagian Latihan dan Peningkatan Kapasiti Majlis AIDS Malaysia, Zamzuri Abdul Malik berkata, MAC kini menumpukan langkah kesedaran kepada orang ramai agar tidak memandang serong golongan penghidap HIV.



Kesedaran amat penting untuk membendung dari menjadi barah. Hargai mereka untuk keluar membantu memberi kesedaran kepada generasi akan datang.
Share:

MACAM MANA NAK BELI RUMAH MURAH KERAJAAN NEGERI

Baru-baru ini, Pemaju Perumahan SIME DARBY ada mengiklankan iklan Rumah Kos Rendah di Klang di dalam akhbar tempatan - tempat yang panas!!!

Sebanyak 609 Unit jika SE tidak silap ditawarkan. Apabila masih kekurangan pembeli, pemaju telah mengiklankan di akhbar harian untuk mendapatkan pembeli.

Dimaklumkan hanya berbaki 100++ sahaja unit yang tinggal dan apabila diiklankan, kemungkinan melebihi 500 orang yang hadir berebut. 




Apa yang SE rasakan PENTING bagi penduduk Bumiputera dan Melayu khususnya sebagai anak jati negeri di negeri Selangor yang maju, wajib berjinak dengan pemilikan aset rumah walaupun kecil tapi ramai yang tidak tahu saluran nak MEMOHON.


BELI borang ini di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dengan harga RM2.00.

Di Johor, bolehlah beli borang di Bukit Timbalan SUK Negeri.(@ mungkin Nusajaya)

Di Melaka pun ada, status MCL bagi bumiputera. Duit kemudian pikir sebab anda ada AKAUN 2 KWSP pun.





Kalau LAYAK dengan SYARAT mengikut negeri sebab rumah kos rendah adalah bawah kawalan Negeri bukan Pemaju. Ia ada sekatan tertentu, seorang tak boleh miliki 2 buah dan lain-lain syarat. 

Berkenaan syarat pendapatan tu, kena update semula dengan negeri sebab dulu RM2500, tapi mungkin sekarang RM3500 MASIH boleh layak membeli.

Isi elok-elok dan lampirkan yang diperlukan. Lepas tu tunggu saja mungkin sebulan, setahun, dua tahun ke. Jika anda ada masalah, minta bantuan/sokongan Lembaga Perumahan BUKAN Pemaju Perumahan.



Di borang ini ada panduan PILIH KOD DAERAH & MUKIM bagi kawasan pilihan. Bila pilih di daerah tersebut, apabila ada pemaju yang buat taman baru, Kerajaan Negeri akan maklum kepada pemohon yang daftar dan dalam senarai menunggu. Yang dah daftar tu untunglah.

Dalam hal ini, sebab itulah pemaju iklankan di akhbar sebab yang berdaftar tidak ramai memilih Klang. Jadi, jangan buang masa isi borang untuk beli rumah murah di bawah kerajaan negeri ANDA dan tunggu panggilan. Mereka yang memohon sahaja diutamakan, dan jika dah beramai bersesak-sesak merebut baki kuota yang tinggal, hanya TUAH yang menentukan.

Semoga ia dapat membantu rakan-rakan :)
Share:

VAS ICT PRODUCT KNOWLEDGE - GITN


Di Hotel Pullman Putrajaya pada 26 November 2013, diadakan  VAS ICT Product Knowledge yang diselia oleh GITN.


Antara pembentangan adalah berkenaan SINEFA, Blue Coat, Mc Affee, SDN (Software Define Networking) , Exinda Content Filter, dan Mobile Leakage Data.

Sinefa ini adalah teknologi yang digunakan di Cloud Service untuk mengukur, rangkaian dari segi kualiti dan kapasiti untuk pentadbir dapat memantau transparensi rangkaian dan menyelesaikannya jika menghadapi gangguan.


SDN pula adalah Network Administration yang membenarkan programmable  Center Control Network TANPA memerlukan akses kepada fisikal perkakasan rangkaian. Lebih kepada Virtual Cloud Services, mengukur Unpredictable Pattern dan mampu buat Rapid Network Reconfiguration.

Ini pula persembahan kumpulan Asfar, memang menghiburkan. Tu dia ikat 2 tali merah dan letak di dada peserta, bila dikira beramai-ramai, semasa ditarik, keluar sekali coli. Hehe walaupun tak nampak magiknya, tapi menghiburkan sangat.


Antara hadiah PenDrive dan  Serial McAfee Total Protection 2014 untuk 3 lesen. Ikhlasnya Perisian McAfee ni agak berat bagi komputer sederhana. Sekarang harga pasaran RM250.00 tu.



Sekadar gambar hiasan, sebab jubin tandas ni memang cantik dan klasik tu yang snap 1 pic ni.

Semasa balik tu, tetamu dijamu dengan makan tengahari. Terima Kasih GITN :)
Share:

TEH O AIS LIMAU & NASI GORENG PATTAYA

Petang ni SE sempat la singgah makan selepas balik kerja. Bukan Fast Food KFC atau Burger Kings yang sedap tu, tapi kedai mamak sederet dengan Bank Rakyat/Perodua Sales Presint 15, Putrajaya. 

Kedai Mamak ni pernah dapat notis ditutup LAMA kerana kebersihan tidak terjaga. Sekarang dah buka semula dengan ubahsuai kedai baru dan nama kedai baru (mungkin pemilik baru)


Ni la Teh O Ais Limau yang diperah dengan buah limau sekali dimasukkan. Hmm jika ibu jari tu tak bersih, sama-sama lah dapat cap ibu jari dalam minuman kita. Harga segelas RM1.80. Bayangkan kalau Milo Ais pun boleh cecah RM2.60 - RM2.80 segelas, Milo 1KG pun berapa belas RM sahaja.

(Kedua gambar sekadar hiasan)
Ni pula Nasi Goreng Pattaya yang berharga RM6.50. Rasanya boleh tahan tapi agak mahal. Tapi biasalah sedap di tekak sebab serbuk perasa. Kedai mamak ni guna nama menu dengan kod rahsia. Jadi anda tak tahu apa ditulis di kertas oleh pelayan tu. Jadi rajin-rajinlah minta resit atau tanya harga yang anda makan.

Sejumlah RM8.30 sebenarnya agak mahal, tapi lepas ni dah taknak makan sini lagi la kecuali makan roti nan sahaja.


Share:

Friday, November 22

PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG

PUNCA KELAHIRAN PRAMATANG

Doktor, saya sudah HAMIL dan kini 34 Minggu. Saya ingin bertanya adakah ONANI ketika hamil boleh menjejaskan kandungan? 

Ini kerana bila saya bersama dengan SUAMI, pasti saya akan merasa TIDAK selesa dan sakit pada bahagian alat sulit SELEPAS bersama. 

Saya harap doktor sudi membantu.

Puan Ropa, Johor







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipN1rPkFvP52cnF43blHOWaLevh4NtjmXnA6oQzmeeZ56jCLZqQWEj1NQIWdoUgokqPhoIaDaHOUKRAugV7SwI4bQiXxPovK1GuEDNV53Nk56MLVZkte59_mJ_4sgmXLOiRgsIdfNHU17C/s1600/pramatang.jpg

Share:

PENGAMAL KESIHATAN TRADISIONAL DAKWA TEMUI PENAWAR HIV/AIDS

PENGAMAL PERUBATAN DAKWA TEMUI PENAWAR HIV/AIDS

Machang 20 Nov, Seorang Pengamal Kesihatan Tradisional, Tuan Muhammad Tuan Bongsu membuat pengakuan telah merawat sehingga sembuh pesakit HIV/AIDS. Beliau turut mengakui seramai 10 orang telah dipulihkan menggunakan kombinasi 30 herba - yang belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Begitupun, seorang daripada pesakit itu tampil pada sidang akhbar di kediamannya di Taman Seri Mentara bagi membuktikan ujian yang awalnya POSITIVE HIV kepada NONREACTIVE HIV.

Mungkinkah beliau orang yang terpilih diberi petunjuk oleh Allah untuk membawa satu berita baik dan harapan besar kepada pesakit HIV?In Sha Allah tiada yang mustahil jika diizinkanNya.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWTy-rqU4a14atotxH9sQW6JazTr2Bg_dCij05cT5PbbEfkw1QNJ9nw3HesC2owsDTGGcjX27PYrd1-s3CxH1Van0Z0JZho1ij0GQRQ4Sz4hFLgyO2K-r5LomkHQuYyG8xbsqFJyKbiBgb/s1600/pengamal.jpg

Share:

SOLAT RENDAHKAN KOLESTROL

SOLAT RENDAHKAN KOLESTEROL

Menurut kajian saintis Jerman, Prof HA Saboe pada tahun 1996, SEMASA duduk antara dua sujud tahiyat awal dan akhir dengan kedudukan tumit kaki menekan punggung dipercayai dapat mengurut otot-otot pelvik yang melibatkan proses ereksi.

SUJUD bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat LIMFA akan terurut. FENOMENA ini akan menghindarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah dan limfa ke seluruh anggota badan.

Sujud juga membuatkan rongga dada bertambah besar selain menghirup oksigen dengan baik pada kedudukan graviti rendah.

SOLAT berterusan juga mampu merendahkan kolestrol selain tersembunyi rahsia 1001 hikmah.

Penyelidikan Pusat Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal MIMENS Universiti Malaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNooiIQgykNtlY-8nC-4oca5EhVJYczSQRQGbsWgGhkuuiwwPXT2T7267NzlzdD9hHn9QYLmVRAoMBZ08vyseZ_w5W1F2EqlWcObbgBfNR0VauXOvOZOz0HhaVF54ZgGTKWIh3RCStqz-T/s1600/solat.jpg

Share:

SAWAN SEMASA MENGANDUNG DAN RISIKO PRAMATANG


SAWAN SEMASA MENGANDUNG

1- SAWAN SEMASA MENGANDUNG - Sawan mengandung (eklampsia) sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Risiko ini lebih tinggi  kepada ibu pertama kali hamil.

Bagi wanita yang mempunyai berat 45KG sebelum hamil, penambahan berat sebanyak 11-12 KG adalah sesuatu yang NORMAL.

Wanita yang mengalami penyakit sawan mengandung mungkin mengalami penambahan berat badan yang berlebihan. Berat badan yang berlebihan dan menurunkan berat badan bukan punca serangan sawan.

2- RISIKO PRAMATANG - Saya berusia 35 Tahun dan memiliki 4 anak. Anak ke-4 lahir secara normal pada minggu ke-28 dengan berat 950 grams. Ketika itu air ketuban turun selama 2 minggu dan saya mengalami kontraksi selain masalah uri melekat dan pendarahan.

Selepas bersalin saya mengambil pil perancang, namun 2 bulan lalu, saya mengesyaki diri kembali hamil dan saya menghentikan pengambilan pil perancang.

Selepas melakukan ujian ultrasound, saya disahkan hamil 12 minggu namun ada satu tompokan hitam sebesar janin pada kandungan saya di bawah rahim yang berkemungkinan fibroid. Apakah saya berdepan KEMUNGKINAN anak tidak cukup bulan LAGI serta uri melekat? Bolehkah bersalin secara normal?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA0i2t0NZY189FZRn9GBL1N8CZ69hR1iH33XYsUJFsQxYWdlo8ZLoa4q9Nr4rWvIbX_4tgNhQ2yK24qkeVEY9jC-oUyJCHwOXLMbr_jTNa0SxwF6mcKqPIc8nnsPOD9WJShI0BLmjsFzDN/s1600/sawan.jpg



Share:

Monday, November 18

ATK FRAMEWORK- APABILA PILIHAN FIELD SYARIKAT DIBUAT, AUTOSHOW FIELD ALAMAT DALAM TABLE YANG SAMA

Dalam ATK Framework, SE tidak tahulah berapa kaedah untuk keluarkan satu menu automatik. Contoh kes di atas, apabilia pilihan Nama Syarikat dibuat, akan keluarkan Alamat Syarikat secara automatik. Dalam PHP biasa dan JavaScript agak mudah, tapi dalam Framework agak susah. Ni kodingnya jika anda menghadapi kes yang sama ya.




Share:

ALAT ODON BANTU WANITA BERSALIN

ALAT ODON BANTU WANITA BERSALIN

Mekanik Argentina cipta perkakas untuk tarik bayi keluar salur peranakan.

Jorge Odon, 59 Tahun menghasilkan peralatan yang lebih selamat daripada forsep. Ciptaan itu dinamakan alat Odon menggunakan sarung yang diperbuat daripada polythylene yang boleh mencengkam kepala bayi untuk menariknya keluar dari saluran peranakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3_PxtFa6DPJjBeC0ALoaCThgb4wIYMPx1N9TeEtHTzLP35YFLNTlmf2OZWiD8D_IFUT7sEZIZMURQik-pqIOkiXDhcru8YpispcJQg5CvrwbnuwStiZ6E0jQudujHwRVDKXFLKlqvy2Yt/s1600/odon.jpg
klik untuk besarkan
Share:

UJIAN AMNIOSENTESIS & IKAT SALUR FALLOPIO

UJIAN AMNIOSENTESIS

Doktor,

1- Saya dinasihati untuk menjalankan UJIAN AMNIOSENTESIS. Saya kurang jelas ujian tersebut,  harap doktor dapat jelaskan.


Nota : Amniosentesis boleh digunakan untuk mengenal pasti kecacatan tiub neural seperti spina bifida tetapi masalah ini lebih mudah dikesan melalui ujian darah atau imbasan ultrabunyi terperinci dipanggil IMBASAN ANOMALI pada usia kandungan minggu ke 18- minggu 20.





IKAT SALUR FALLOPIO ELAK HAMIL

2- Saya berusia 40 Tahun ingin bertanya mengenai pembedahan CAESAREAN.

Saya menjalani pembedahan itu 3 kali, Pertama, iaitu air ketuban pecah semasa usia kandungan 32 minggu, Kedua, ketika saya turun darah semasa anak kedua DAN yang ketiga secara AUTOMATIK saya perlu dibedah.. Salur FALLOPIO saya pula diikat semasa pembedahan CAESAREAN yang ketiga. Apakah saya boleh hamil lagi?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibuv3iX4W2SWFaNqvCv8Qd2QzhC9uLBC_TRrfyDlvcTue2UeFNMijsWNqrYgtr7HI1Z0d6U8TvdjZM_JyHAn_1tyaZDbvazs18UU5R5r-ANNh1Yy9KdQjmvGXgwD4GRsnR4juSKGHR8dnJ/s1600/ujian.jpg
klik untuk besarkan
Share:

DIET HARIAN WANITA HAMIL

DIET HARIAN WANITA HAMIL

Setiap Ibu pasti mempunyai memori ketika hamil dan melahirkan bayi lebih-lebih lagi anak pertama. Ada yang berpendapat saat hamil adalah saat indah dalam dalam hidup seorang wanita.

Ibu hamil lebih memerlukan tenaga, asid folik (JUMLAH DISARANKAN 600 mikrogram ketika hamil), protin, kalsium dan zat besi seperti susu, ayam. ikan, taufu, telur dan produk tenusu.

TRIMESTER PERTAMA
- Ibu perlukan 2000 Kalori
TRIMESTER KEDUA
- Ibu perlukan 2400 Kalori
TRIMESTER KETIGA
- Ibu perlukan 2650 Kalori

klik untuk besarkan
Share:

PENEMUAN DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN

Antara Tips dan penemuan dalam perubatan dan kesihatan :

1- BOTOKS cegah Kanser Prostat
2- Mata Bayi penentu AUTISME
3- GEMUK jika tidak bersarapan
4- Wanita amal diet MEDITERRANEAN panjang umur
5- Kemurungan Penyebab Kelihatan lebih tua






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCoJW9cttHuri3qYJoXsAciMz23qedP4AMSys6wcqE6mijpHQSGInlbrgqfl6-W9f5UwEvSxaimSUg8tDpT0QNDHhB4ScsWuYq4qExKqn3pXhSyDriy8dXlA4CYdAMvkpDGCQlbkIN1U2B/s1600/jurnal.jpg
Klik untuk besarkan
Share:

RISIKO DIABETIS GESTATIONAL KETIKA HAMIL

RISIKO DIABETIS KETIKA HAMIL

Ramai dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis dikenali sebagai DIABETIS GESTASI.- berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya (hormon yang dihasilkan oleh pankreas)

Di PERTENGAHAN KEHAMILAN, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk keperluan bayi.

Jika badan TIDAK BOLEH menghasilkan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai BANYAK LEBIHAN gula dalam darah dan menimbulkan DIABETIS GESTASI. - Diabetis ini akan hilang dengan sendirinya selepas kelahiran bayi.

DIABETIS GESTATIONAL - Paras Glukosa yang tinggi pada ibu MEMBAWA glukosa yang tinggi pada bayi menyebabkan berat dan saiz berlebihan pada bayi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZHbX2mTofhYXxCsqETHiSzxkompTGrDWWvWbJcQFU50JzpxJAOf1r67ekzQKEbxNUAGOkWczXsTDBBWrCApqIhQZyVcKZUClvz1IZuEgYd4lldsJegOCnJszBk5nuPUUDp5VGb4IippVx/s1600/diabetis.jpg

Klik untuk besarkan

Share:

PRODUK MAKANAN SUNAH KIAN POPULAR?

PRODUK MAKANAN SUNAH KIAN POPULAR?

Zaman yang serba moden dan canggih seperti hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai makanan yang hebat.

Apakah Makanan Sunah?
Makanan sunah terdiri daripada makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW yang tinggi khasiatnya seperti Buah Kurma, Zaitun, Tin, Safron, Habbatussauda, Delima, Madu dan Air Zam Zam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5uCpP-t3qTirgDq6tQHO3xe49ZwfHqkMrOxEqAu3I-jUSZm0xTf3naP4RozSYnZG-MIr60cqqT6U_X8rMRQ8LC-BCUwQv4Z0peg6vEgJL0cAwjr7eFnZ7vi1RqdBbgPEgMLxPf45oEcE2/s1600/sunah.jpg

Share:

ULTRASOUND TILIK JANTINA?

ULTRASOUND TILIK JANTINA?

Doktor, bolehkah saya tahu jantina bayi yang sedang saya kandung ini?. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHvTppGSIonuqvk4MwhHo6CGSBxHS35FuIwyj9SwV0V8lwJmvsjCTNg4qZ6W7Erk7jJiYtkKw2cNdAnxVX7cBIYi7kJYjNR3NZRUahFEvY_15tUsyNAFibkyeFgKN-paViCeCsUjeJH4Y9/s1600/ultrasound.jpg
Mengenai persoalan samada doktor dikira menceroboh rahsia Allah, Al Syeikh Walid Bin Rasyid Al-Su'aidan memberitahu

"Perkara yang mereka (doktor) amati (Keadaan Bayi dalam Rahim) itu menjadi benda yang mereka saksikan dengan pancaindera lahir (Penggunaa Ultrasound). Janin apabila diletakkan di bawah gelombang bunyi ultrasound, dia (imej) akan keluar daripada alam yang tersembunyi kepada alam yang dapat dilihat dengan mata kasar. Perkara ini langsung tiada sangkut paut dengan pencerobohan ke atas alam ghaib"
Share:

Sunday, November 17

MINYAK ENJIN - MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN II

MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA- BAHAGIAN II - HAYAT MINYAK ENJIN

1- Hayat 10,000 - 11,000 KM (SHELL HELIX ULTRA - Fully Sintetik - >RM195)

2- Hayat 7,000 - 8,000 KM  (SHELL HX7 - Semi Sintetik - RM110-RM118) - 75% Mineral + 25% Sintetik

3- Hayat 5,000 - 6,000 KM (SHELL HX3/HX5 - Minyak Mineral - <RM75) - 100% Mineral Petroleum Yang Disuling.


Nota : 5W-XX berharga lebih mahal


Variable Sebutan Minyak Enjin Multigrade :

Kelikatan Pada Suhu Rendah (W)
- Kelikatan Maksimum Suhu Tinggi

Contoh 10W-30 & 10W -40, (Nama pun multigrade, jadi sebutan ada dua variable)

Pada masa enjin sejuk, gred 10W-40 dan 10W-30 adalah berfungsi dalam keadaan sama hampir tiada perbezaan. Tetapi semasa suhu yang meningkat dan semakin persekitaran ruang enjin semakin bekerja berat, 10W-40 lebih berkesan dalam persekitaran enjin yang ekstrem.

5W-30@10W-30 kelikatan lebih kurang rintangan dan mudah sampai kepada kitaran enjin pada suhu sejuk/idle untuk kurangkan sentuhan metal enjin. Sesuai bagi kenderaan domestik-enjin baru.



10W-40 lebih sesuai pada enjin agak lama yang ada/mungkin mempunyai tekanan minyak yang rendah bagi menjamin sentuhan (Metal Presure). Mekanisme ini selalu ada pada kenderaan kerja berat. Sama juga jika kenderaan kita semakin uzur, enjin perlu bekerja secara maksimum.


Klik SHELL untuk lebih lanjut.

Asasnya, terdapat dua jenis minyak pelincir utama iaitu Monograde/Gred Tunggal dengan Multigrade/Pelbagai Gred.

Kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod Piawai API.

SAE adalah ‘Society of Automotive Engineers’ @ Persatuan Jurutera Automotif dan Kod Piawai API singkatan ‘American Petroleum Institute’ @ Institut Petroleum Amerika.

Pelincir jenis ‘monograde’ adalah murah digunakan pada kenderaan atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi penggunaan yang lasak.

Jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. 5W - 15W dah memadai bagi kenderaan di Malaysia (W adalah winter/wet) agar lebih senang hidupkan dan minyak cepat tersebar dalam enjin ketika enjin sejuk awal pagi. Multigrade minyak disebut dua ukuran 10W - 40 (ni contoh aje). Lihat Variable macammana memahami minyak enjin di atas.


Jadi rasanya dah paham dengan variable atas ni.. Sebelah kanan semakin besar, semakin tahan pada suhu ekstrem. Sebelah kiri tu ambil sahaja 5W @ 10W @ 15W dah memadai. Penetapan harga berasaskan variable +/- Kelikatan Rendah / Kelikatan Maksimum.

Sekarang SHELL sudah menjamin kualiti minyak pelincirnya dengan semakan gores & menang dan SMS ke 33228 (kena caj RM0.30).


MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I

Share:

Thursday, November 14

SITI NURHALIZA TEGUR MENTERI BELIA DAN SUKAN

 
SITI NURHALIZA TEGUR MENTERI BELIA DAN SUKAN

SITI VS KJ ?


Dua-dua dipilih kerana berbakat.
Bakat kelunakan Suara dan Kecantikan.
Bakat Berilmu dan ada tokoh memimpin.

Yang paling utama, pentingkan bakat berilmu sebelum diangkat jadi pemimpin.

Maaflah kepada fan Siti Nurhaliza, bukan nak pertikaikan teguran Siti pada KJ, tapi tegurlah dikalangan ilmu dan kemampuan sendiri. Mungkin Siti dah lama tak keluar isu, takut dilupakan di persada hiburan.

Sekarang nama Siti disebut-sebut semula, tapi wajar dan nampak bijak ke?

Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive