Baru-baru ini, Pemaju Perumahan SIME DARBY ada mengiklankan iklan Rumah Kos Rendah di Klang di dalam akhbar tempatan - tempat yang panas!!!
Sebanyak 609 Unit jika SE tidak silap ditawarkan. Apabila masih kekurangan pembeli, pemaju telah mengiklankan di akhbar harian untuk mendapatkan pembeli.
Dimaklumkan hanya berbaki 100++ sahaja unit yang tinggal dan apabila diiklankan, kemungkinan melebihi 500 orang yang hadir berebut.
Apa yang SE rasakan PENTING bagi penduduk Bumiputera dan Melayu khususnya sebagai anak jati negeri di negeri Selangor yang maju, wajib berjinak dengan pemilikan aset rumah walaupun kecil tapi ramai yang tidak tahu saluran nak MEMOHON.
BELI borang ini di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dengan harga RM2.00.
Di Johor, bolehlah beli borang di Bukit Timbalan SUK Negeri.(@ mungkin Nusajaya)
Di Melaka pun ada, status MCL bagi bumiputera. Duit kemudian pikir sebab anda ada AKAUN 2 KWSP pun.
Kalau LAYAK dengan SYARAT mengikut negeri sebab rumah kos rendah adalah bawah kawalan Negeri bukan Pemaju. Ia ada sekatan tertentu, seorang tak boleh miliki 2 buah dan lain-lain syarat.
Berkenaan syarat pendapatan tu, kena update semula dengan negeri sebab dulu RM2500, tapi mungkin sekarang RM3500 MASIH boleh layak membeli.
Isi elok-elok dan lampirkan yang diperlukan. Lepas tu tunggu saja mungkin sebulan, setahun, dua tahun ke. Jika anda ada masalah, minta bantuan/sokongan Lembaga Perumahan BUKAN Pemaju Perumahan.
Di borang ini ada panduan PILIH KOD DAERAH & MUKIM bagi kawasan pilihan. Bila pilih di daerah tersebut, apabila ada pemaju yang buat taman baru, Kerajaan Negeri akan maklum kepada pemohon yang daftar dan dalam senarai menunggu. Yang dah daftar tu untunglah.
Dalam hal ini, sebab itulah pemaju iklankan di akhbar sebab yang berdaftar tidak ramai memilih Klang. Jadi, jangan buang masa isi borang untuk beli rumah murah di bawah kerajaan negeri ANDA dan tunggu panggilan. Mereka yang memohon sahaja diutamakan, dan jika dah beramai bersesak-sesak merebut baki kuota yang tinggal, hanya TUAH yang menentukan.
Semoga ia dapat membantu rakan-rakan :)
Saya doakan abg berjaya dapat rumah ni... Amiinn Ya Rabbal Alamiin.... (^__^)
ReplyDeleteSyarat :
ReplyDelete1- Pendapatan Isirumah RM2500
2- Tidak memiliki sebarang kediaman di negeri tersebut
3. umur 18 tahun ke atas dan syarat lain lupa plak
Bila da berkahwin, pendapatan isirumah sudah dikira 2 orang, jadi secara automatik SUDAH TIDAK LAYAK.
Saja bg maklumat ni sebab terjumpa beberapa lelaki tak paham nak beli, kesian diorang bazir duit beli aksesori motor dan hp bila mula kerja (kalau beli kereta tu da level kaya la). Insya Allah, jika sedar umur 20-an, bagus lah.
Kalau da beli rumah, automatik tak layak da. Yang penting jadi pemastautin apabila mengundi esok. polarisasi tu penting untuk persempadan politik - da mcm YB plak hihi