TIDUR DI STESEN BAS SEBELUM JADI AHLI PERNIAGAAN BERJAYA
Walaupun hari ini SE rasa tertekan dengan persekitaran kerja, tapi malam ini mari kita soroti berita yang penuh bersemangat ya. Kita ambil 2 kisah kejayaan ini dimulai dengan pakcik ini.
Walaupun hari ini SE rasa tertekan dengan persekitaran kerja, tapi malam ini mari kita soroti berita yang penuh bersemangat ya. Kita ambil 2 kisah kejayaan ini dimulai dengan pakcik ini.
Kumaran Marimuthoo 52, seorang OKU semenjak umur 17 Tahun apabila kehilangan kakinya dalam satu kemalangan. Dia berhijrah ke Perlis selepas bergelar OKU 2 Tahun kemudianya. (SE pun rasa nak berhijrah, dalam fikiran hijrah apa sesuai ni)
Walaupun berkelulusan Darjah Empat, dia bercita-cita ingin mencari duit lebih dengan bekerja di estet bersama 12 adik beradiknya di Sungai Petani Kedah.
Hidupnya berubah sejak mengikuti Kursus Usahawan di Perlis - Jabatan Belia dan Sukan Perlis pada 1980 selain dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan modal awal perniagaan RM500 dan tempat tinggal selain dilatif dengan kemahiran. Besar pahala Pegawai JKM yang membantu Kumaran ya. Pegawai macam inilah yang bagus - mencari & bantu mereka yang tidak berkemampuan.
3 orang anak Kumaran telah menjadi doktor, dan moga anak beliau memahami sejarah ayahnya.
3 orang anak Kumaran telah menjadi doktor, dan moga anak beliau memahami sejarah ayahnya.
Assalamualaikum SE
ReplyDeleteYa hijrah jika rasa dah tepu. Tak perlu sgt sentimental dan syg pikir benda2 yang da lepas.