Kedai Buku Online

Monday, November 11

GRADUAN ACCA KE-7 TERBAIK DUNIA

GRADUAN ACCA KE-7 TERBAIK DUNIA

Menjadi yang terbaik antara yang terbaik ibarat melihat cahaya dalam malam yang pekat. Maksud SE dalam ramai-ramai kawan kiri dan kanan, kita tak tahu siapa yang terbaik kecuali kita memerhatikan potensi dan perilakunya secara rutin.  Sebab SE pun tak pandai, jadi memerhatikan orang yang pandai, serba sedikit kita tiru apa rutin ORANG BIJAK lakukan seharian.

Siti Aisah Kamarulzaman, 21 Tahun mempunyai 2 abang yang sedia ada sijil perakaunan profesional dengan keputusan cemerlang. Mungkin terdedah dengan perakaunan lebih awal dan ada bantuan bahan ilmiah yang banyak, Siti Aisah lebih terkedepan ilmunya apabila menjadi graduan Ke-7 TERBAIK DUNIA antara 6,000 graduan sedunia sesi ACCA Jun 2013.

Mungkin kes ini ada kesinambungannya apabila anak-anak menjadi guru mengikut jejak ayahnya, begitu juga profesion lain. Mungkin juga Aisah terdedah dengan angka untung rugi sejak kecil apabila melihat ayahnya seorang peniaga pasar malam.

Apapun Aisah benar-benar membanggakan orang Melayu dan UiTM amnya dan juga kaum wanita khususnya serta umat Islam Malaysia secara imej relatifnya. Mesti gaji Aisah nanti lebih RM 12,000.00 sebulan kan. Tahniah Aisah !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqQUL9eCugK-vX7xrQ8ZdSzR8iEEzilWIdju1vkJQXZFKs0tgbhGhxWL2eW5_0Zod0EzjXBLYiLQlfebDKLLOrP5q4VWlvdPjHsdj-bRiCLy3nmRYgR1Mcxgv25q2RsYt6A8uh1YbnaO4O/s1600/f83ad465260745ddb75fe821f0f175fe.jpg

Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive