Kedai Buku Online

Sunday, November 17

MINYAK ENJIN - MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN II

MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA- BAHAGIAN II - HAYAT MINYAK ENJIN

1- Hayat 10,000 - 11,000 KM (SHELL HELIX ULTRA - Fully Sintetik - >RM195)

2- Hayat 7,000 - 8,000 KM  (SHELL HX7 - Semi Sintetik - RM110-RM118) - 75% Mineral + 25% Sintetik

3- Hayat 5,000 - 6,000 KM (SHELL HX3/HX5 - Minyak Mineral - <RM75) - 100% Mineral Petroleum Yang Disuling.


Nota : 5W-XX berharga lebih mahal


Variable Sebutan Minyak Enjin Multigrade :

Kelikatan Pada Suhu Rendah (W)
- Kelikatan Maksimum Suhu Tinggi

Contoh 10W-30 & 10W -40, (Nama pun multigrade, jadi sebutan ada dua variable)

Pada masa enjin sejuk, gred 10W-40 dan 10W-30 adalah berfungsi dalam keadaan sama hampir tiada perbezaan. Tetapi semasa suhu yang meningkat dan semakin persekitaran ruang enjin semakin bekerja berat, 10W-40 lebih berkesan dalam persekitaran enjin yang ekstrem.

5W-30@10W-30 kelikatan lebih kurang rintangan dan mudah sampai kepada kitaran enjin pada suhu sejuk/idle untuk kurangkan sentuhan metal enjin. Sesuai bagi kenderaan domestik-enjin baru.



10W-40 lebih sesuai pada enjin agak lama yang ada/mungkin mempunyai tekanan minyak yang rendah bagi menjamin sentuhan (Metal Presure). Mekanisme ini selalu ada pada kenderaan kerja berat. Sama juga jika kenderaan kita semakin uzur, enjin perlu bekerja secara maksimum.


Klik SHELL untuk lebih lanjut.

Asasnya, terdapat dua jenis minyak pelincir utama iaitu Monograde/Gred Tunggal dengan Multigrade/Pelbagai Gred.

Kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod Piawai API.

SAE adalah ‘Society of Automotive Engineers’ @ Persatuan Jurutera Automotif dan Kod Piawai API singkatan ‘American Petroleum Institute’ @ Institut Petroleum Amerika.

Pelincir jenis ‘monograde’ adalah murah digunakan pada kenderaan atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi penggunaan yang lasak.

Jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. 5W - 15W dah memadai bagi kenderaan di Malaysia (W adalah winter/wet) agar lebih senang hidupkan dan minyak cepat tersebar dalam enjin ketika enjin sejuk awal pagi. Multigrade minyak disebut dua ukuran 10W - 40 (ni contoh aje). Lihat Variable macammana memahami minyak enjin di atas.


Jadi rasanya dah paham dengan variable atas ni.. Sebelah kanan semakin besar, semakin tahan pada suhu ekstrem. Sebelah kiri tu ambil sahaja 5W @ 10W @ 15W dah memadai. Penetapan harga berasaskan variable +/- Kelikatan Rendah / Kelikatan Maksimum.

Sekarang SHELL sudah menjamin kualiti minyak pelincirnya dengan semakan gores & menang dan SMS ke 33228 (kena caj RM0.30).


MINYAK ENJIN MANA PILIHAN ANDA - BAHAGIAN I

Share:

35 comments:

  1. Minyak untuk proton wira 1.6 yg bagus

    ReplyDelete
  2. Minyak enjin ProRide..dikilangkan oleh vendor proton sdr..harga lebih murah..harga cuma dlm rm 85 sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba saudara bagi jelas sikit macam segan2 aje huhu

      Delete
  3. Minyak.enjin untuknow persona apa yg gred yg sesuai kereta dh berusia 7thn++

    ReplyDelete
  4. Salam boss..
    Saya guna kereta alza tahun 2011,mileage 70***..
    Boleh bagi cadangan x,minyak enjin apa yg sesuai utk kereta saya sekarang..
    Sekarang sy guna perodua semi synthetic 5w/30..kegunaan harian lebih kurang 80km/sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, masih elok jika guna semi synthetic lagi. julat minyak enjin 5W/30 dan 10W40 pun ok

      Delete
  5. Salam tuan saya guna kia taun 06..boleh rekmen mnyk terbaik untuk keta saya x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sebaya le kereta saya, saya masih guna Semi Synthetic, selalu juga saya jenguk enjin tu, kalau da nmpk mcm berminyak2 dah boleh pakai jenis mineral. Kalau Shell, sy stanby botol warna kuning tu

      Delete
  6. Assalamualaikum saya nak otai2 minyak hitam apa saya perlu guna untuk saga blm tahun 2008 yang sudah top over haul

    ReplyDelete
  7. Klau sy guna minyak pelincir 10w-30 utk wira 1.5 tahun 2005 0k x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur enjin tu kalau usia enjin tu dah kehausan melampau, memang kena pakai jenis mineral. Takut bebanan pada enjin dan lagi teruk leaking
      Tapi kalau enjin baru top overhaul/fully overhaul, masih ok

      Delete
  8. Salam tuan.. saya guna waja manual tahun 2002.. yg manakah terbaik untuk kereta saya... 10w-40 atau 15w-40.. yg elok untuk performance dan kekejapan enjin supaya tak bunyi bising..

    ReplyDelete
  9. skrg guna mineral sbb ada kesan2 kebocoran pd gasket serta underpower, andai lepas proses overhaul biasa, sy masih kena guna mineral atau boleh upgrade ke semi? utk kancil 660 thn 2008

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIka lepas overhaul samada full atau top overhaul, enjin dah kembali baru boleh guna semi synthetic

      Delete
  10. Salam, tumpang mendapatkan ilmu tentang minyak hitam, saya pakai gen2 1.6 dan minyak hitam jenis semi synthetic kalau tukar minyak hitam, skrg saya nk tukar kepada minyak yg boleh dibeli di stesen minyak sperti shell atau petronas, macam mana saya nak tahu minyak tu minyak semi sythetic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kalau tak tertulis di label, harga semi synthetic ni dalam pertengahan. selalu ada tulis di label dalam RM110++, kalau fully synthetic dalam RM190-RM220, jenis mineral pula bawah RM100
      Lepas tu tengok juga untuk jenis minyak petrol ke diesel.

      Rujuk laman web stesyen minyak, dia ada template bagaimana nak memilih minyak pelincir yang sesuai dengan kereta anda

      Delete
  11. Nice artikel. Tq banyak membantu pembaca

    ReplyDelete
  12. salam...tumpang tanya..kereta saya baru berusia 2 tahun lbih..model saga flx...apa kesan klau sy pakai minyak shell hx5(mineral) 15-40...adakah next servis perlu pakai fully synthetic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kesilapan besar apabila enjin baru beroperasi dalam minyak enjin jenis kelikatan tinggi. Enjin jadi berat, kemungkinan Sealant enjin akan berlaku kebocoran, dan prestasi enjin drop walau pun boleh bergerak..Minyak mineral untuk enjin jenis lama dan ada tanda2 bunyi enjin spt menukang, peratusan kehausan enjin lama dapat dilindungi oleh minyak yang lebih likat

      Delete
  13. Salam Bang. Kalau persona dh 7 tahun tapi mileage dah 200k. Pakai mineral or semi yg lagi sesuai? Sebb dekat bahagian head cover dah jelas kelihatan leakingnya n bunyi pun kasar. Kira sekarang pakai semi shja. Tak pernah pakai yg jenis mineral

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, cptye 200K KM, pada saya simptom pun dah ada memang kena pakai mineral.Selalu pencegahan pakai mineral pada 150k KM. Jika leaking head boleh gam tapi jika dah bunyi, dah out jg tu

      Delete
  14. Salam saya pakai vios 2012... Mileage dh 200K km.. Msih mggunakan minyak semi 10w40.. Okay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, tiada masalah sekiranya enjin masih elok, tiada kebocoran di head atau bawah enjin, tiada bunyi yang pelik2. Tapi bawah 10tahun memang sesuai semi synthetic pun

      Delete
  15. salam tuan saya pakai saga flx tahun 2o14 sudah 60000km sesuai minyak yang mana? biasa di mana boleh dapatkan yang ori?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, sesuai semi synthetic lagi. Beli je di Stesen Minyak dan upah orang. Jenama tu tuan boleh uji dan rasalah mana yang sesuai untuk cara pemanduan masing-masing.

      Delete
  16. Salam tuan sy pakai persona tahun 2007..milage baru 100k lbh..enjin sy ada bunyi mcm org bertukang...sy nk kna pakai minyak hitam jenis apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, pakai minyak jenis likat-jenis mineral. Brand tu cari di Stesyen minyak janji original

      Delete
  17. kalau kereta tak sampai setahun, mana lebih baik ..semi atau fully synthetic

    ReplyDelete
  18. Salam bro....kerete sy blm thun 2008....milege 280000....bleh tak guna minyk 20w50....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, bila dah start minyak enjin likat sedikit, dah kena follow next servis. Tapi jika rajin nak keluar kos overhaul top dah cukup maintain dgn semi synthetic lg

      Delete
  19. Sy nak beli minyak hitam 10w-40 semi sintetik, sampai rumah barang 5w-40 fully sintetik. Kereta 8 tahun pakai. Boleh pakai juga ke? Performance kereta?

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive