Wednesday, November 27

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE

NAK JIMAT BIL TELEFON? GUNAKAN DUAL SIM SMARTPHONE 
Sebelum ini SE ada membuat kajian bagaimana membuat penjimatan Call & SMS apabila menggunakan Telefon Pintar di SINI


Ajaibnya bulan pertama SE dikenakan Caj RM21.78 dan bulan kedua dikenakan RM29.54 Termasuk Cukai 6% = RM0.07. Dua bulan hanya  < RM60.00 !

  
Selesai sudah pelan untuk Call & SMS kan. Kita cerita pelan Data pula ya.

Kalau smartphone tiada Internet pun tak smart kan. Pakai Data Prepaid Plan lagi jimat sebab Pelan Postpaid include Data Plan memang mahal.

Tipsnya, gunakan 2 Kad SIM yang dua-dua ON (BUKAN SWITCH ON ya).
1 SIM Postpaid & 1 SIM Prepaid. Prepaid yang paling berbaloi adalah INI. Boleh juga guna INI tapi ada kekurangan sedikit.


Sebab apa SE kata berbaloi? sebab ia bagi 2 bulan lagi jika tidak topup, baki Data+SMS+Call yang tidak dipakai boleh disimpan sehingga 2GB/300min/300sms/200mms, kemudahan nak topup dan subscribe pelan mudah tak perlu nak kod macam-macam bagai. Liputan ANTARA terbaik dan jelas. Masa Call+SMS dalam prepaid tu kira bonus la buat standby  masa kecemasan hehe.

Nilai topup RM10 ke , RM30 ke, RM50 ke, RM100 ke, jujukan nilai yang dibagi tetap sama mengikut nilai, contoh RM10 dapat 20 minit berbual, jika RM100 dapat 200 minit berbual.

Nak JIMAT lagi? OFF la Pelan Data di kedai mamak, gunakan WIFI percuma je.  Tapi masa makan & minum, jangan main smartphone plak, nanti kena pelempang dengan "Daddy".

Macam mana pula nak cari smartphone yang ada dual SIM, murah, spek baik, bateri lebih kuasa dan lain-lain?. Ni contoh SE rasa 1 laman web yang molek membuat perbandingan spek. Laporan terperinci terhasil dalam kurang 3 saat bersama nombor ranking lagi. Laman ini luar negara, jadi jangan pedulikan harganya.


Siap ada markah skor membuat perbandingan spesifikasi setiap smartphone. Masukkan sahaja apa jenama dan bandingkan ranking. Ikut perbandingan, Lenovo P780 mengatasi pesaing terdekat malah lebih murah dari spek sekufu di pasaran. Jika dah puashati, beli sahaja Online (lagi murah).

Ni dia tips URL laman web,tapi kena taip sendiri yang diwarnakan tu, tak boleh klik-klik saja ek :)
Dah cuba tips ni, komen-komen la di sini ya.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH