Tuesday, November 26

TEH O AIS LIMAU & NASI GORENG PATTAYA

Petang ni SE sempat la singgah makan selepas balik kerja. Bukan Fast Food KFC atau Burger Kings yang sedap tu, tapi kedai mamak sederet dengan Bank Rakyat/Perodua Sales Presint 15, Putrajaya. 

Kedai Mamak ni pernah dapat notis ditutup LAMA kerana kebersihan tidak terjaga. Sekarang dah buka semula dengan ubahsuai kedai baru dan nama kedai baru (mungkin pemilik baru)


Ni la Teh O Ais Limau yang diperah dengan buah limau sekali dimasukkan. Hmm jika ibu jari tu tak bersih, sama-sama lah dapat cap ibu jari dalam minuman kita. Harga segelas RM1.80. Bayangkan kalau Milo Ais pun boleh cecah RM2.60 - RM2.80 segelas, Milo 1KG pun berapa belas RM sahaja.

(Kedua gambar sekadar hiasan)
Ni pula Nasi Goreng Pattaya yang berharga RM6.50. Rasanya boleh tahan tapi agak mahal. Tapi biasalah sedap di tekak sebab serbuk perasa. Kedai mamak ni guna nama menu dengan kod rahsia. Jadi anda tak tahu apa ditulis di kertas oleh pelayan tu. Jadi rajin-rajinlah minta resit atau tanya harga yang anda makan.

Sejumlah RM8.30 sebenarnya agak mahal, tapi lepas ni dah taknak makan sini lagi la kecuali makan roti nan sahaja.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH