Kedai Buku Online

Friday, October 14

WARUNG DIPLOMATIK PRESINT 15, PUTRAJAYA


Minat Nasi Kerabu?, Minat Nasi Berlauk?

Selain harga menarik dan murah, rasanya juga sedap dan sentiasa hangat.

Di mana tu? Sudah tentunya di Presint 15,  Putrajaya.

Ok, kedai ini dulu sebelum ini digunakan sebagai kedai makanan juga - menjual nasi beriani daging hitam, Nasi Minyak dan macam-macam juga. Dulu pun aku pernah merasanya dan boleh tahan juga sedap. Nama restoren tersebut adalah Nasi Minyak House

Kali ini, penggemar makanan nasi campur bolehlah singgah kedai WARUNG DIPLOMATIK ni. Rasanya dalam setahun juga beroperasi. Ruangan kedai di depan disediakan meja/kerusi manakala ruangan belakang disediakan meja sahaja untuk makan secara bersila.


Harga memang terbaik lah murah-murah dan banyak pula tu. Kira tak berkiralah tokey kedai ni bila membungkus tu. Ni aku bungkus sarapan pagi pun dalam RM4.50 macam ni punya banyak.


Makanan  yang aku gemar ialah Nasi Berlauk Jenerih. Tapi aku selalu cakap Nasi Berlauk je.  Nasi Kerabu Pagi pun boleh tahan banyak rempah dan rencahnya, di Kuala Rompin Pahang pun dah RM6.00 tapi di sini dijual RM4.50 sahaja. 

Kalau malam, saiz hidangan ayam lain sedikit dan harganya RM6.00 samada di bungkus atau makan di kedai.

Jangan terperanjat kalau aku kata, aku makan sarapan di Kedai Pasar Batu Pahat - opposite Pasar Karat tu kena caj RM0.50 jika makanan dibungkus!!!

Nak minum kelapa muda 1 baldi RM4.00 dan Coconut Shake RM3.00. Ni patut dapat contoh kedai harga patut. Sederet Warung Diplomatik ni ada Kedai Ramly, macam-macam daging, karipap, kambing ada dijual. Murah juga lah.

Warung Diplomatik ni suasananya sesuai datang berkeluarga dan melepak-lepak selain kemudahan parkir banyak.

Tanpa was-was  (perasaan was-was ni selalu hadir kalau aku makan di kedai mamak), aku bagi banyak-banyak bintang juga lah Warung Diplomatik ni.







Share:

Thursday, October 13

BLOG - AKU HIV POSITIF

Buat pengunjung blog yang masih berlum mengenali pemilik blog tersebut, aku kongsikan bersama. Jika ingin mencari ilmu pengetahuan, rajin-rajinlah membaca entri blog ini.

"Kepada yang masih belum maklum, Encik Mohamad bin Wahid atau AHP atau AHP Pie atau Pie telah kembali menemui penciptanya pada 27 Mei 2015, 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan akibat liver cirrhosis which led to liver failure (kegagalan hati)."

Rujuk Entri ini

Berkenaan soalan ujian Viral Load dan CD4, ini ringkasan jadual berkenaan. Jika aku tersalah, harap dapat diperbetulkan.

KIRAAN CD4
> 500-1200
Manusia Normal kiraan CD4 adalah dalam range ini
>= 350
Biasanya pemberian ubat HAART akan diberi jika perlu
< 350
Pemberian ubat HAART dicadangkan
< 250
Risiko infeksi amat tinggi, HAART perlu diambil berjadual
VIRAL LOAD HIV
100,000 -1 juta
Virus di dalam darah amat tinggi
< 100,000
Kandungan virus sederhana rendah
< 50
Tidak dikesan kiraan virus walaupun HIV positif
Share:

Monday, October 10

KEWAJIPAN ANAK-ANAK KEPADA IBU BAPA


Hari ini aku nak nukilkan sedikit tentang kedudukan ibu dan bapa, walau asas, aku pun nak baca juga satu hari nanti. Maklumlah manusia kan sentiasa (suka) lupa.
Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” 
Lalu Baginda bersabda: 

Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: 
Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: 
Berjihad pada jalan Allah.” 

Jadi Berjihad tu kurang implikasi berbanding keutamaan ibu bapa. Tapiii... aku pun sembahyang selalu kelewatan. Solat ni kena budayakan displin dan walau ringan tetapi paling berat dilaksanakan huhu. Solat ni memang kena ikhlas. Orang yang rutinnya memperbaiki solat ada dikaji di dalam Sains. Dari segi kesihatan, kolestrol pun direndahkan di dalam darah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).



Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Berkahwin bukan sekadar lafaz ijab dan qabul sahaja, keturunan tu paling berat dijaga, pendidikan, kesihatan makan minum. Kalau kudrat mampu beli susu anak yang biasa2 sahaja, tetapi isteri nak susu mahal, tu dah hukum lain kecuali amat bekeperluan pada anak untuk bergantung pada susu tersebut. Kahwin ni wajib. Kalau belum ada jodoh, amalkan doa ini.

Menyediakan tempat kediaman juga perlu, insyaAllah, untuk isteri ada, untuk anak pun ada walau bukan sebuah rumah setiap seorang anak, akan kusediakan juga. 

Masa tu kalau aku dah tiada, anak-anak nak jual, insyaAllah adalah harga markup sikit hihi. Hukum dunia ni begitulah, fikirkan sekadar limit kita je.  Takkan lah nak fikir jangan beli rumah, nanti meninggal pun tinggal harta juga, bini kahwin lain, tu urusan buku lain okey.

"Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu"
(Surah Luqman ayat 14)

Cuba didik anak-anak dengan kisah-kisah nabi seperti entri ni.

Semoga memiliki harta yang terbaik dunia dan akhirat. Aminn.
Share:

Thursday, October 6

SEPETANG MENJAMU SELERA DI KEDAI DAPUR PENYET



Salam hari Khamis 06 October 2016, maaf juga pada komen-komen yang tak sempat aku jawab sebab aku terlalu banyak kerja di pejabat. 

Banyak kerja tu tak la juga tapi kerja tu susah nak trobleshoot. Hari-hari aku buat kerja tu je lah. 

Dan tambah kesuntukan masa, balik rumah pun aku tak sempat sambung kerja sebab sibuk dengan anak lelaki pula maklumlah umur tengah kuat bermain dan kurang tidur.

Jadi ceritanya, aku akan kemaskini secepat mungkin dan kerja lebih masa baik kerja di pejabat, di rumah mahupun blog ini.

Semalam, balik kerja aku singgah makan di kedai makan Dapur Penyet berdepan dengan Mydin Presint 15 ni.


Masuk sahaja kedai makan ni, aku duduk la, dan staf di kaunter pun panggil aku ke kaunter sebab kena ambil tempahan di kaunter sahaja.

Sambil menunjuk kertas menu berwarna - "Yang ni menu ala carte, yang ni menu siap air free". Gitulah cakap staf tu. Jadi aku ambil la menu ikan lele (keli) siap air tu berharga RM8.90.

Daripada harga RM8.90 tetiba  jadi RM11 lebih.  Aku ingat RM10.00 tu masih berbaki.

Aku pun tanyalah kenapa jadi ++ tu. Jawab staf tu pun tak munasabah, "Nanti saya tanya bos saya harga tu, tapi encik kena bayar dululah".

Aku pun pelik kenapa aku kena tanggung bahagian RM  yang tak jelas tu? Boleh pula staf tu cakap nanti dia tanya bos lagi. Bila tanya mana bos, dia cakap  kena bayar dulu sebab dah set dalam mesin kaunter jadi begitu.

Ok lah sebab dah jadi RM11 lebih, aku cakap baik tukar ikan keli kepada Ayam Barokah ni pun RM11.90 lebih kurang harga macam harga ikan lele tadi.

Tekan-tekan mesin cashier  dari RM11.90 jadilah juga RM13.25, lagilah aku pening dari mana lebihan RM tu, itu pun tak mampu dia cakap dari mana. Aku tanya ada resit?, dia cakap ada terus aku order dan bayar je lah. 

Ni rupanya resitnya diasingkan caj GST dan Caj Servis 5%, memang patutlah.

Kedai ni punya menu harga asing-asing lepas tu tak maklum DIKENAKAN CAJ PERKHIDMATAN 5%. Maksudnya caj tersembunyilah ni. 

Nak kata servis pelanggan, mana adanya, sebab aku yang kena ke kaunter order2 dan bayar di situ. Cuma makanan dihantar sahaja ke meja, kalau panggil ke dapur pun aku boleh pergi ambil makanan tu kan.

Bab makanan dan minuman pula, aku bagi 4 bintang dari 10 bintang. Dulu aku pernah makan sate di sini tapi pelik jugalah.
Sepanjang aku ke Mc Donalds, Burger Kings, The Chicken Rice Shop, menu2 pakej siap print tu dah termasuk kos GST dan caj servis.

GST ni bukan dikenakan pada harga menu kita je, ia dikenakan SELEPAS ditambah caj perkhidmatan 5%.

Tengok tu di menu The Chicken Rice Shop - menu Savers Good Lunch berharga RM10.50 (Harga TERMASUK Caj GST 6% dan Caj Servis 5%). Tak pening2 kan.

TAPI SEBULAN LEPAS HARGA SET INI RM10.00. Cuma TCRS ni buat menu dan banting harga baru, dia tak edit tampal harga baru macam kedai-kedai lain.
 


Kalau nak lebih sedap Nasi Ayam Penyet ni baik korang ke Medan Selera Alamanda sebelah Restaurant Black Canyon, lagi garing, lagi sedap, sambal sedap dan lagi murah dengan tiada Caj servis dan Caj GST. 

Harga Nasi Ayam Penyet RM11.90 tu tiada caj2 lain. Korang boleh order sepinggan nasi lagi RM1.80 untuk kongsi makan berdua sebab ayamnya besar dan lagi kawasan ni berhawa dingin cuma menu tu tiada bersama air minuman. Oklah, tekan loceng bila pesanan dah siap.

Mungkin esok atau lusa harga tetap naik, turun harga tu confirm tak mungkin, yang pasti, aku takkan datang lagi.

Aku bukan nak berkira, tapi aku lebih suka mengelakkan benda2 yang memeningkan kepala.








Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive