Kedai Buku Online

Tuesday, October 31

TIE ROD KERETA TELAH USANG

Kali ni aku ada 1 cerita common berlaku pada kereta berusia. Ia berkenaan Tie Rod. Tie Rod yang dah uzur ni bila kereta bergerak, dia macam bergoyang di tayar.

Ramai tak faham apa itu Tie Rod. Masalah utama berlaku apabila kita goyang-goyang stereng kiri kanan dia akan rasa macam bunyi-bunyi lah gitu... Jangan lepas ni tanya, nak pegang steering tu nak start enjin ke tak, tu teka-teki kena simpan dulu sebab kena jawab sendiri.


Kedua Masalahnya apabila kita belok kiri kanan dia macam bunyi squeek..Lebih kurang la janji bunyi sama kan. Benda besi ni biasanya bunyi-bunyi begitulah sebab Tie Rod ni ada joint ball. Mana Tie Rod?

Inilah bentuk Tie Rod. Ia bersambung dengan Steering Rack. Kalau rasa kereta dah lama dan berbunyi semacam je, benda Steering Rack lengkap Tie Rod nilah antara punca besarnya.



Nak check Outer dan Inner kena tengok appearance dahulu getah tu. Jika longgar Outer, kita boleh rasa longgar di part Outer sahaja. Buka Outer Tie Rod dahulu. Jika nak uji Inner Tie Rod kena tekan sebab dia ada ball joint dalam tu. Jika ada rasa macam kosong semasa di tekan, Inner Tie Rod pun kena ganti.

Jadi, banyak sumber yang boleh sebabkan kereta anda seperti berbuai, bergoyang, tidak sedap dipandu kemungkinannya disebabkan Tie Rod telah usang.

* Gambar hanya ilustrasi sahaja

Share:

Friday, October 6

MASALAH ANGIN DALAM BADAN JANGAN MAIN-MAIN


Aku bukanlah nak promosi sesuatu perkara atau produk tapi aku kongsikan perkara yang perlu korang lakukan apabila jatuh, kemalangan atau kecederaan.

Ia bukan benda semestinya tapi cadangan sahaja-iaitu urutan segera.
Aku dah bertahun kemalangan motorsikal. Dari kecil2 ke bandar-bandar besar, tak pernah kemalangan, tiba di Kuala Lumpur aku kemalangan. Itulah sebab manusia cari makan dengan kemalangan insan lain.

Sejak itu aku tak naik motorsikal yang enjin dan gear digunakan serentak. Jika naik motorsikal tak hidup tu masih lagi la.

Sakit badan kerap datang, sejuk panas sejuk panas, setiap bangun pagi mesti sakit badan. Mungkin lewat buat urutan buang angin dan perbetulkan urat-urat agaknya.

Ada masanya kena seakan impetigo vertigo, korang rasa balancing kurang, telinga berdesing-desing (tinnitus), mata zoom in zoom out macam tengok sinetron. Rajin tu tetap rajin la, kalau setakat balik kampung drive beratus kilometer, aku masih boleh terus cat 1 rumah ke malam, kemas rumah, potong rumput tanpa rehat tau. Maksudnya tabiat tu tetap ada cuma enjin dan obsolete.

Tapi bila aku rajin lebih je tanpa rehat, aku akan demam dan sakit bisa-bisa badan bila 2/3 hari selepas itu. Kalau demam tu makan hari juga lah. Yang cara nak buang angin tu korang carilah sendiri samada telan sebiji bawang putih mentah setiap hari atau minum rebusan halia dan serai. Boleh baca cerita aku salin dari Metro ni.

Ada kalanya korang akan rasa serangan ngilu di jantung dan ngilu kulit kepala tapi ia bukan serangan jantung sebenarnya.







Siti Nadirah Hafidzin
 
siti_nadirah@hmetro.com.my
 
Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.

Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.


Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin:

- Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

- Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

- Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

- Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.


URUTAN

Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Menurut juruterapi Nor Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.

“Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
“Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu,” ujarnya.

Nor Qamarul Ramdhah yang mempunyai pengalaman mengurut masalah angin lebih 10 tahun itu berkata, pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian.
“Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
“Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 2:22 PM







Rujukan
Share:

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts