SE mendengar nama Bells Palsy daripada rakan sekerja semasa sedang memasang kipas di meja akibat cuaca agak panas.
Rakan menegur mengatakan rakannya terkena strok ringan dinamakan Palsy dan doktor mengatakan puncanya antaranya terdedah kepada kipas secara berterusan.
Lantas SE teringat artikel ini dalam simpanan, wajar dikongsi bersama. Bells Palsy ringkasnya bukannya strok. Ia akibat kerosakan saraf muka sementara dan boleh hilang apabila menerima rawatan dan fisioterapi.
Gejala Bells Palsy adalah :
- Muka menjadi senget
- Mata dan kening kelihatan jatuh atau condong sebelah ke bawah
- Garisan pipi akan jatuh, telinga berdesing dan lain-lain.
Punca belum dikenalpasti tetapi Pakar Perubatan Jepun mendapati ia berpunca daripada virus Herpes Simplex (berada di Saraf Ganglion) yang menyebabkan kayap dan cengkering @ Measles.
No comments:
Post a Comment