Wednesday, October 17

Jadi Kaya Melalui Penipuan, Pengguna Menjadi Mangsa

SE pernah membeli tiket Airasia bagi 2 orang ke Kota Kinabalu dan dikenakan tambang RM600++ bagi 2 hala.

Akibat kesilapan perjalanan pergi dan balik pada tarikh yang sama, SE menyangkakan Airasia menyediakan sistem yang boleh dikemaskini tarikh- maklumlah sistem online.

Oleh kerana kesilapan TELAH membuat BAYARAN melalui kad kredit, maka caj untuk mengubah tarikh perjalanan balik dikenakan tambahan RM200++ termasuk insurans bagi 2 orang (3/4 hari, terpaksa beli juga apabila tiada penyelesaian untuk human error). Jumlah keseluruhan RM870++. Tak sampai seminggu, SE mendapat emel promosi, dan setelah disemak, hanya RM300 ++ untuk 2 orang pergi dan balik pada tarikh dan nombor penerbangan yang sama. Rasa ralat pula.

SE rasakan untuk apa diberi capaian sistem Airasia kepada pengguna jika pembayaran dalam 10 minit tidak dibenarkan ubah tarikh? Dalam sistem ada menu View dan Modify tapi Modify alamat dan katalaluan sahaja asal jangan kurang bayaran. Apa kelebihan mempunyai akaun, jika tiada akses promosi dan tawaran-tawaran akan datang. Giant dan Tesco pun ada katalog promosi UNTUK setiap hujung minggu.

Patutlah Persatuan Pengguna Australia menyaman Airasia kerana menyembunyikan kos-kos tertentu dan Airasia mengatakan kesilapan Bahagian IT pula.
Antara kes biasa Airasia adalah seperti [ini].

Walau RM1.00, jika sebulan lebih 50,000 pengguna tertipu, bertambah kayalah penipu-penipu ini.

Antara Langkah Mengelakkan Penipuan adalah IC/Wang/Sain/No Free/Belajar :
  1. Jangan Beri Salinan Kad Pengenalan @ butiran peribadi.
  2. Jangan libatkan apa-apa RM dalam transaksi, samada bayar Kad Kredit/Tunai, deposit, tempahan atau apa-apa yang berkaitan duit anda. Jadikan perkara ada libatkan RM begitu menakutkan bagi anda. Fungsi Modify tidak sama sekali untuk pembayaran penuh.
  3. Jangan Tandatangan apa-apa dokumen
  4. Sentiasa Ragu tawaran melalui telefon/sms/emel kerana tiada apa yang percuma
  5. Belajar dari mangsa yang kena tipu seperti rujuk http://www.nccc.org.my dan belajar penipuan di Menu Arkib Aduan Pengguna untuk anda pelajari. Semua sektor ada.
Apabila satu transaksi konvensional ditukar kepada bentuk sistem maklumat, ia perlu mengkaji keperluan dan kemungkinan kesilapan manusia semasa berinteraksi dengan sistem, bukan mencari di mana peratusan tinggi pengguna selalu silap dan diletakkan caj tersembunyi. Apa sahaja alasannya, ia adalah sistem buatan manusia dan tempahan penerbangan pula lebih dari 6 bulan !!!., System must cater what human needs.

Antaranya seperti : sila sahkan tarikh , sila sahkan nama, sila sahkan no kad kredit, sila sahkan emel tempahan anda, sila masukkan nombor tag, Please ensure your SECURITY IMAGE and CAPTION are correct before you key in your password., Tarikh perjalanan pergi lebih besar dari tarikh perjalanan balik atau lain-lain yang biasa membelenggu pengguna semua peringkat umur.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH