Wednesday, January 7

GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

52 comments
GANTI DRIVE SHAFT MYVI DI BENGKEL KERETA

Sebelum ni semasa membuat Wheel Alignment, memang dah nampak tanda-tanda Drive Shaft Kiri (Saiz Panjang) telah koyak getahnya. Bulan Julai tu, sekarang dan Januari 2015!!!

Memang kebiasaanya Drive Shaft ini boleh digantikan CV Joint sahaja iaitu hujung macam bebola tu siap dengan getah. Tapi agak berbaloi dan cepat sikit jika ganti sebatang terus, tak perlu menukang banyak sangat.

Rajah Diagram kedudukan Drive Shaft (Stereng Pemanduan Kiri)

Biasa harga kiri dan kanan sama dan upah pasang RM30.00. Jika terus ke bengkel, dalam RM240 - RM260 sebatang siap upah. Tapi jika nak mencabar dan jimat sikit, cari di kedai spareparts dan pilih jenama yang ada waranti.

Aku ganti dengan jenama ODM berharga RM190.00.

Ada tempat jual RM180.00. Bawa je lah ke bengkel untuk upah pasang. Jika lagi rajin, cari video Youtube banyak ada tutorial jika nak buat sendiri. Kali terakhir aku ganti pada tahun 2012, masa tu jenama lain dalam harga RM150.00 sebatang. Yang eloknya ke spareparts, kita boleh memilih jenama yang terbaik serta jaminan pengilang. Bengkel hanya bagi jaminan 1 bulan - 3 bulan sahaja.

Apabila getah telah menunjukkan tanda-tanda koyak, kemungkinan kekotoran telah masuk dan melekat di gris CV Joint (Constant Velocity Joint) ni. 

Tandanya DRIVE SHAFT KIRI rosak adalah apabila stereng belok ke KANAN, akan ada bunyi begitulah sebaliknya.

Bila di pandu, stereng akan bergegar dan semakin buruk apabila stereng gagal untuk membuat pusingan tayar - ini boleh menyebabkan kemalangan.

Lagi pun semasa memandu, gegaran dan bunyinya macam tayar nak tercabut je. Tips jaga drive shaft - Jangan lenjan kereta di selekoh tajam, jangan pusing habis stereng ketika membelok - ambil jarak kelegaan, dan jangan lowered kereta untuk kurangkan tekanan drive shaft lebih-lebih lagi saiz rem besar dan berat.


Satu perkara semasa menggantikan drive shaft ni, minyak gear akan dikeluarkan dan jika boleh dipakai semula, guna semula la. Tapi tengok juga bekas menadah minyak gear tu kalau kotor, was-was juga nak masukkan balik.

Ni minyak gear aku beli sebotol RM18.00 dengan isipadu 1 Liter. Myvi memerlukan 2.25 Liter (Rujukan Perodua). 2 Liter rasanya mencukupi.

Dah siap, cuba pandu jauh sikit pusing-pusing, senang sikit kalau ada masalah tukar hari yang sama.

Dah puas pusing, kena pulak kesesakan di Puchong (Projek MRT), lepas tu buat Wheel Alignment RM15.00 dan basuh kereta RM8.00. Enjin pun SE basuh upah RM6.00 - bersepah minyak kotor tanggal bila kena cecair merah tu. (kedai basuh kereta guna untuk tanggalkan minyak dan kekotoran) .


Jangan terperanjat harga ni, aku call Perodua (OKT 2016), Drive Shaft Kiri harganya RM960.00 dan Drive Shaft Kanan berharga RM1,060.00.

Harga ini tidak termasuk kos labour dan minyak gear semua. Waranti Perodua bagi 6 bulan.



Total Kes Aku

Drive Shaft Kiri : RM190.00 (Tak dapat diskaun lagi, cari kedai lain jika ada masa).
Upah pasang : RM30.00
Minyak Gear 2 Liter : RM36.00
Total : RM256.00

Wheel Alignment RM15.00
Basuh Kereta/Basuh Enjin RM14.00 
 Perbatuan :  227,043 KM




MEKANIK KEDAI INI (INDIA) MEMASANG SOKET TIDAK BETUL DAN MEROSAKKAN BUNGA SKREW - JIKA SKREW ROSAK TAKPE SEBAB MURAH, TAPI INI BUNGA DALAM  YANG ROSAK DAN PERLU BUAT BUNGA BARU SEMULA.

BUNGA SEBELAH DALAM GEAR BOX-CASING GEAR BOX DRAIN PLUG CROSS TRIP (Bulatan Merah) ROSAK  DAN LEAKING - pembaikan memerlukan turun gear box untuk buat bunga semula memakan  kos dalam RM200.00 !!!. 

52 comments :

  1. Salam tumpang tya kdai kt mana ya ?? :)

    ReplyDelete
  2. Wasalam
    Kedai depan Kastam di Dengkil

    ReplyDelete
  3. ni utk se shje ke?adakah myvi standard boleh juga buat benda yg sama...sb sy dh 2 kali tukar bearing..skrg ni dh kene ganti lg sb dh bunyi..rasa2nye ape yek mslhnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myvi gearbox saya screw habis bunga.....bengkel india pusing habis.....sekarang nak tukar gear oil filter pun tak boleh.

      Delete
    2. Kena buat DIY cari saiz skrew yang lebih besar sikit dia boleh ngam. sama sebijik le kes saya kan..

      Kalau gi Perodua dia ganti mangkuk bawah je

      Delete
  4. SE tu panggilan 'SenangEja' hehe.

    Bearing mana tu? Entri ni tentang drive shaft
    Utk tips lbh jimat, jika semasa buat alignment atau balancing tu, minta mekanik tengokkan drive shaft, mounting top, lower arm, absorber sbb semasa kereta di jack, kerja nya mudah je minta mekanik tengokkan semua saya sebut tu sekali lalu dgn goyangkan tayar dan lihat bawah kereta bahagian depan je

    Biasa ketika mekanik goyang2 tayar dan boleh rasalah masalah pe.. Lagipun kita boleh berjimat plan budget ganti brg next time.

    Jika rosak sahaja, adakah dapat waranti 6 bulan?. Kalau rosak juga selepas tu, mungkin saudari bawa kereta laju dan agak lasak di selekoh2, belasah laluan yang kurang rata pun boleh jadi jg. Pusing stereng pun jangan sampai abis.

    ReplyDelete
  5. Drive shaft yg SE tukar Ni sebelah Kiri sahaja ke? Bukan sepasang sebatang. ?? Kiri kanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ganti kiri sahaja. Kiri ni paling kerap rosak.

      Yg sy amalkan, kalau sebelah kanan ni selalu berkaitan berat beban pemandu. biasa tak tahan lama macam tayar, absorber,gandar dan yg berkaitan beban

      kalau sebelah kiri ni selalu kerosakan lebih kepada manuver - kerosakan akibat langgar bonggol ke, lubang ke, pusing stereng tarik terlebih ke. Biasakan pemandu kalau terpaksa langgar lubang juga, hantam sajalah bahagian tayar kiri lebih kurang impak sikit pd alignment.

      Sya dah tukar kiri 2x, tapi kanan alhamdullilah ok lagi. Ganti je yang rosak, rugi le ganti dua2 sbb yang kanan (lebih pendek) pun harga sama

      Delete
  6. nk tnya ada minyak gear auto murah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah mahal tu sy tak boleh ckp, kena rajin buat survey ikut kawasan

      Delete
  7. Kiri mksudnya sebelah penumpang depan la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kiri sebelah penumpang-lebih panjang (selalu rosak), kanan pendek sebab dekat dengan stereng.

      Delete
  8. Kalau speed 100km/j,stereng gegar..ade berkemungkinan sebab drive shaft ke atau engin mounting?Sebab saya dah hantar kedai buat alignment dgn balancing,still sama jugak..

    ReplyDelete
  9. Kat Perodua Puchong RM2K woo.

    ReplyDelete
  10. Aslkom mmg tkr drve shrf kne tkr myk gear skli ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Xda la wajib tp bekas tadah tu kn reuse punya, kalau yakin bersih dan elok lg boleh sj tuang masuk semula

      Delete
  11. Kalau viva plk cm ner tuan bpe liter myk gear nk pkai sma mcm myvi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak hafal, tp pernah nmpk dlm website perodua. Ni mls membaca la ni ek

      Delete
  12. Kalau nak beli spareparts kat mana SE recommend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jenis tak bergantung 1 kedai, kdg2 g puchong, kdg2 balik kampung pun cari juga. Tapi ada kedai yang siap pomen pasang ada yg tidak. Kira tiada kedai khusus la, asal berkenan dan munasabah je beli

      Delete
  13. Sy nak jual drive shaft myvi 1.3...2nd rm 100...condition ok...call 0132217479...shafie ..shah alam

    ReplyDelete
  14. Nak jual drive shaft myvi 1.3..
    2nd rm 100

    013221 7479

    ReplyDelete
  15. Drive shaft tu dok sekali ngn absober ka?

    SE- kereta saya bila driving terasa terhenjut2 , rasa mcm tunggang kuda pun ada... ngn body2 sy turut gegar ..tp bila buat pusingan atau selekoh xda bunyi ..mcm biasa....tu di sebabkan apa en.SE?..- viva 850( beli awal tahun 2012)... minta pencerahan...rasa sedih bila kereta pblm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. absorber tu sedut tekanan, drive shat tu rotate dari gear ke tayar
      Ni macam kes tayar bengkak ni. buat balancing dan rotate tayar,Selekoh takde bunyi? Ni cuba awk check sistem gantungan kereta tu, biasa absorber ni bunyi kek kok kek kok la gtu.
      Orang selalu rasa risau keta problem, mung rasa sedih hihi

      Delete
  16. salam bos.
    kete problem segala bush la, bila drive jadi kete mcm nak pecah bila jalan atas jalan ta rata. boleh buat bos ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Bos.
      dah pecah tu gantiler nak makan besi pula ke..saya tak buat bos

      Delete
  17. saya nak hantar repair kete myvi saya sebab stereng gegar bila bawak laju..ada recommend workshop ke?yg bagi service cun (barang & kualiti) boleh hubungi saya 0137768619 (naim).saya duduk di Taman Desa KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stereng Rod kena check. Rekemen tiada bro

      Delete
  18. SE-nak tanya kancil 660 sy dah tukar driveshaft 3x..lepas tukar dalam 2 bulan dtg balik gegar 1 body krta tu.gegar time tekan minyak je dalam 30-40km/j.so skg sy suspek absorber kot.apa pendapat SE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak check drive shaft rosak ada caranya. Dan nak check absorber rosak pun ada caranya.
      Jika drive RPM rendah, kereta bergegar mungkin RPM terlalu rendah.
      Buat tuning enjin untuk kereta saudara,tukar plug dan adjust distrubutor supaya RPM ditinggikan kira2 1000 RPM dalam idle dan servis karburator;

      Kalau gegar dalam nilai gear tertentu, klac plate gear tu dah haus kena ganti.

      Pastikan enjin dalam keadaan sedia untuk bekerja jangan push dgn on aircond serta merta.

      Mounting gearbox dan mounting enjin juga perlu tengok.

      jika drive lebih 100KMj stereng gegar ni kena ganti stereng rod.

      Salah satu sebab bila enjin bergegar dan cepat panas ialah apabila gunakan minyak enjin jenis mineral sebab kereta berusia memang terpaksa guna jenis mineral. Yang ni terima hakikat je lah hihi

      Delete
  19. Se,sy gune kelisa..biler stiap kali wat U turn tayar belah kiri bunyi tak tak tak ngan kuat..sy suspek driveshaft..leh rekemen driveshaft brand pe yg sesuai ?..de survey brand gkn yg oke..tpi xtahu kdai mne yg de jual..

    ReplyDelete
  20. bunyi tak ketak tak tu dari kerosakan drive shaft opposite membelok. Dah wajib ganti. ganti sebatang terus. Sy beli jenama ODM Januari 2015 harga RM190, waranti 6 bulan dan upah pasang RM30..skrg dah 21 bulan ok lagi.. brand lain tu blom test lg

    ReplyDelete
  21. Salam se,sy baru shaje beli odm drive shaft kiri n kanan rm190..dy de waranti kad..waranti kad nih nk gune cmner ea ?..bile nk tukar drive shaft kene isikn detail kdai bengkel tu ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. semasa saya beli tu waranti 6 bulan kedai la jd wakil penjual. Simpan resit dan tanya penjual sbb jika alamat pengeluar ODM tu dekat, memang dia suruh kita claim sendiri.

      Selepas pasang tu ,saya ronda2 sejam jg la nak tngok ok ke tak.Sy punya ok lagi da 21 bulan pakai ni

      Delete
  22. se...sy baru tukar drive shaft kiri n kanan... sebatang rm300...huhu...mahal kan.. waranti 6 bulan je bengkel bagi.. komen2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal lorr..nanti hujung minggu suluh bawah tu cantik lg ke, getah koyak ke, minyak gear leaking ke.. kalau ok kira ok le tu

      Delete
  23. SE myvi saya tahun 2005 masalah saya
    1) bila paut stereng blah kiri tayar
    ada bunyi macam benda terlepas..

    2) bila jalan tempat tak rata atau
    Langgar bendul akan bunyi
    Keletuk2,tu masalah lower arm ke?

    3) Bila masuk gear 1 ke gear 2 kereta
    bergegar tak kira la buka aircond
    Sama tak pakai aircond pun sama
    Bergegar..lepas tu kalau pakai
    pakai aircond dia bunyi macam chit2
    Bila tekan clutch time masuk gear
    Bila aircond tutup dia senyap..

    Ni la masalah kerwta sekarang SE
    Tolong beri penerangan sikit..

    Terima Kasih Se

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1- Ada kemungkinan besar masalah lower arm, tulang anjing atau juga drive shaft.Sy rasa lower arm
      2- lower arm ni lebh macam sendi bahu, up down jadi mungkin jelas masalah lower arm
      3- Check timing enjin pastikan idle 1000RPM, air filter, plug, ada kekurangan dr segi kendalian nisbah petrol dan udara tu. Bunyi chit tu datang dari kompressor yang kurang minyak.

      Delete
  24. Salam..
    1. D.shaft auto n manual old myvi sama jenis kn ? mksd sy dr segi saiz
    Tq abam kcak SE hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Jejai
      sama je dua2 trasmisi

      Delete
  25. Sy dah tukar driveshaft kiri knan kreta tpi masi ade bunyi dap dap dap. . dah buang bnyak duit, tukar mounting observe, arm, bearing, chamber, alignmt.. Tpi masih bunyi.. Klu rata tak bunyi sangat biar laju, tpi naik buki pkai gear 2-3 kreta gegar satu badan..
    Apa masalahnya?
    Kreta kancil 660 manual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta awak ni kalau logiknya, awak rasa gegar dari kereta ke dari stereng?
      Kemungkinan besar steering rack dah hampir rosak. tanda2 nak rosak tu steering gegar2 kiri dan kanan.

      Delete
  26. Salam s.e

    1)Kalau on aircond bunyi cencurut adakah. masalah dari belt aircond?

    2)myvi saya kalau langgar lane kuning timbul tu bunyi dashboard macam nak gugur.

    3) sama kes, kalau saya buat belokkan kekiri pasti ada bunyi "kuk"

    4) semasa langgar bonggol, akan ada bunyi "duk" pada kanan tayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Masalah awak sama dengan kereta saya.
      1) Motor kipas radiator nak rosak. Mula2 bunyi chit chit, lama2 bunyi erkkkkk
      2) tayar awak keras sangat tu atau absorber tak sedap sedut bumper
      3)Ni macam drive shaft sebelah kanan atau steering rack
      4) Samada drive shaft, lower arm atau hehe steering rack

      Delete
  27. Steering rack bush dh tukar, engine mounting dh cek,, smua ok.. Tpi msih gegar, bunyi tu cm driveshaft rosak tpi driveshaft baru tukar.. Satu bdan krete gegar, gegar tu bleh rasa kat pedal minyak.. Ade mmber ckp kemungkinan bearing gearbox pecah,, tk tau aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gegar masa gear 1 ke. ke semasa memandu. Bearing rim dah tengok ke ni kalau semasa memandu boleh rasa,

      Kalau drive shaft, saya bukan katakan dah ganti baru terus elok semata-mata. sebab tu kedai bagi waranti 1-6 bulan ikut jenama.
      CV Inner joint sebelah dalam menghala ke gear box ada 3 bearing. Sebab Drive shaft inner ni dipasang ke gearbox, bila saudara buat penukaran gear, ia akan menendang bergegar. Kalau hilang 3 bearing ni, kereta tidak boleh bergerak.

      Servis drive shaft ni, saya rasa elok beli sebatang ada jenama sedikit. Sebelum pasang tu, kena tengok secara fizikal drive shaft itu betul2 baru ke. Dah kena tukar minyak gear box baru lagi.

      Delete
  28. Salam SE nak tnya ni apa lg brg yg perlu dibeli kat kedai spareparts apabila Saya nak tukaq drive shaft kiri tu, Saya igt nak Ganti clutch plate skali Sbb xpnah tukaq pun lg sejak beli myvi first model tahun 2007.
    Hrp info Dari SE dpt membantu...t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, beli drive shaft, minyak gear box baru , gasket gearbox, 1 set clutch plate dan upah. biasa gasket ni pomen sapu gam.

      Delete
  29. Salam SE.. sy pkai myvi lama, 1.3.. ada masa stereng bunyi berdengung bila belok ke kiri atau kanan, bila buat u turn steering x mmbalas. Mnyak power stereng xbocor. Ada kne mngena dgn alignment n chamber x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Steering rod masalah utamanya bergegar steering bila bawak laju. Masalah belok2 tu kemungkinannya steering rack. Minyak power steering bocor, steering jadi keras je

      Delete
  30. Sy baru tukr drive shaft dkt perodua..mmg betul mahal..dkt 1k tp trpksa sbb dh 2 bengkel biasa pegi tukr bearing..tp stil mslh xselesai..bl naik tyr longgar sbb punca org yg tukr bearing yg mula2 tu slh buat..n lastnya btg drive shaft dh haus n nat xleh ketat dah..tp mslhnya slps dh bwt tukr drive shaft bl sy bwk keta sy rs mcm still rs xsedap pd tyr..mcm berdengup tp xsekuat yg sebelum ms dpt detect tyr longgar sbb nat xketat..bru semalam ambik perodua..so esok akan bwk pegi balik cek knp atau perasaan sy sj kot fobia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kena check sistem gantungan tayar tu semula. lower arm, suspension, tulang anjing, check juga steering rack. jika drive shaft da haus, boleh juga rasa loose kawalan pada tayar

      Delete

PELAWAT