Kedai Buku Online

Wednesday, November 28

LANJUTKAN TEMPOH PAJAKAN DI SELANGOR

LANJUTKAN PREMIUM TANAH DI NEGERI SELANGOR

CARA MELANJUTKAN TEMPOH PAJAKAN
===========================




Sumber gambar dari Facebook

Student:
Abah saya ada rumah di Petaling Jaya pegangan pajakan 99 tahun. Tempoh tamat pajakan pada tahun 2069. Selepas tamat tempoh tu, apa jadi ye Sir, adakah rumah tu akan jadi milik kerajaan?

AbgICON:
Good question. Secara teorinya selepas tamat tempoh pajakan, property tersebut akan dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Walau bagaimanapun, pemilik boleh memohon tempoh lanjutan samada 60 @ 99 tahun apabila tempoh pajakan berbaki 30 - 60 tahun tapi kena bayar PREMIUM.
.
Terdapat (pilihan) DUA jenis premium boleh dikenakan seperti berikut samada:
.
1. Bayaran nominal RM1,000
- Tempoh akan dilanjutkan tetapi dimasukkan KAVEAT Pendaftar.
- TIDAK dibenarkan melakukan pindahmilik kecuali kpd ahli keluarga terdekat shj.
- TIADA diskaun premium diberikan.
- Sukar utk cagar kpd bank kerana terdapat Kavet Pendaftar.


2. Bayaran Premium mengikut Nilai Tanah semasa
- Formula Pengiraan Premium:
: 1/4 X 1/100 X nilai tanah semasa (smp) X Tempoh Lanjutan Pajakan X Keluasan Tanah (smp) - 30% (diskaun)
- Nilai tanah ditentukan oleh Pejabat Tanah.
- Premium perlu dijelaskan dalam tempoh 6 bulan selepas kelulusan permohonan.

Contoh pengiraan premium tanah


- Nilai semasa : RM800,000
- keluasan 500 meter persegi
- Tamat tempoh pada tahun 2069 (baki 51 thn)
- Lanjutan tempoh 99 tahun
.
Cara kiraan


= 1/4 X 1/100 X RM1,600 X (99 - 51) X 500 mp
TOLAK 30% (diskaun)
.
= 1/4 X 1/100 X RM1,600 X 48 X 500 mp - 30%
.
= RM96,000 - 30%
.
= RM67,200

Jadi ape yg perlu risau andai kita memiliki harta tanah jenis pajakan. Bukan kena bayar fullpayment nilai semasa harta tanah tersebut. Hanya sekadar PREMIUM yg jauh lebih rendah 😊.
.
Semoga ianya bermanfaatkan kepada semua...
.
p/s: Kiraan premium di atas adalah merujuk kpd Negeri Selangor sahaja. Jika ada pengiraan utk negeri lain adalah dialu-alukan utk share diruangan komen.

Kredit : AbgICON
Azman : Perunding Hartanah Kelantan
FB :Jogho Hartanah


  Iklan sebentar ya; Rujukan
Share:

1 comment:

  1. Cara kiraan untuk lanjutan pajakan tanah di JOHOR (Tanah bangunan/kediaman):

    Formula = Tempoh tambahan/99 tahun X (30% daripada harga tanah semasa).

    Contoh: Katalah tanah ada baki tempoh 50 tahun, jadi kita nak lanjutkan pajakan kepada 99 tahun. Tempoh lanjutan yang perlu dibayar adalah untuk 49 tahun sahaja (99-50 = 49). Katalah harga tanah mengikut pasaran semasa bagi lot tersebut setelah dinilai oleh JPH ialah RM500K.

    Formula = Tempoh tambahan/99 tahun X (30% daripada harga tanah semasa).
    Kiraan = 49/99 X (30% daripada 500K)
    = 0.495 X 150K
    Jumlah premium yg perlu di bayar ialah = RM74,242.

    Nota = Harga pasaran semasa ialah harga tanah bagi lot tersebut mengikut nilaian JPH. Katalah Ali ada tanah lot seluas 6000 sqft di Muar, JPH nilai harganya ialah 160K manakala Ahmad ada tanah lot seluas 4000 sqft di Johor Bahru, JPH nilai harganya RM210K. 30% daripada harga tanah semasa diambil daripada nilai yang ditaksir oleh JPH tersebut.

    Sekian saya kongsikan maklumat. Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan. Untuk kiraan yang tepat, boleh la rujuk Pejabat Tanah Johor. Terima kasih.

    ReplyDelete

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive