Kedai Buku Online

Thursday, November 29

HASIL KERJA SESEORANG BERGANTUNG KEPADA KOMITMENNYA




Antara ayat-ayat org pemalas, dia justifikasi fitrah tabie dirinya "dicipta" sebagai pengorbanan, lebih islamik, manakala usaha senyap dan hasil keras dedikasi orang lain sebagai "untung laa


Sekarang fenomena baru pula "Arahan Tuhan",  "Hanya pada Tuhan aku berserah", "Tuhan tahu apa aku buat". Ayat cliche macam ni sebenarnya sekadar cuba membenarkan fungsi dirinya yang gagal ke arah kecenderungan kepada - aku sudah berikhtiar sehabis baik dan masih/tak mendapat compliment dari orang lain.

Manusia apabila berurusan sesama manusia, uruskanlah sewajarnya, bukan meletakkan Tuhan peguam di tengah-tengah sebagai wakil diri. Respon sewajarnya atau berdiam sambil memahami. Andaikan bisu pun cuba berkoordinasi melalui mimik muka dan perbuatan.

Orang ikhlas, kerja berterusan tidak mengharap hasil pada dirinya, orang pura-pura ikhlas - kerja dan kerja apabila di minta, dan stop apabila tidak dipantau.  Keduanya dapat dibezakan pada finishing hasil kerja akhir. Dan pastinya kerja yang sama akan berulangan 2/3 kali.


Orang ikhlas, dia datang dengan sesuatu yang dia yakin diperlukan, hatta sebiji bateri 3A pun tidak terlupa 2 minggu lagi tugasnya. Orang tak ikhlas (mungkin kurang cerdik), akan berkali-kali bertanya perlu ke ini, elok tak ini, murah yang ini, trend sekarang ni, cadangan tidak berjalan, akhirnya orang lain terpaksa take over. Dia hanya ingin mewujudkan sentimen memeriahkan suasana sahaja, menzahirkan bakat memberi idea tapi tanpa nilai implikasi dan sentimental. Kesudahannya, kehadirannya tidak diperlukan dan dihargai.


Hasil kerja ikhlas akan disebut-sebut dalam hati orang sekeliling, yang hasil opposite, perlu disebut dan dipuji serta merta di mulut. Ia juga akan cemburu mengingatkan orang-orang yang melakukan kebaikan sebagai "untung laa", "bertuahlah". Niatnya satu supaya orang ikhlas menyebut2 kerjanya maka sia-sialah pahalanya.


Orang ikhlas jarang berminat kerja-kerja separuh jalan dan tinggalan orang terdahulu. Dia berhati-hati dalam tugasan yang bukan haknya hanya kerana memahami ada yang lebih afdhal mendahuluinya. Dia tidak mengira hasilnya beri manfaat padanya dan ketiadaan orang adalah peluang untuk mudah melaksanakan tugas.


Yang ikhlas, serta merta tangan dan kaki bekerja dan tidak jadikan tanggungjawab hakiki sebagai alasan. Tahap terbaik apabila kita ikhlas bekerja turut membuat akal bekerja, maka penatnya kurang ketara, masanya peruntuk cukup dah tak terlebih2, cakapnya tidak merapu seperti ketika semua orang sibuk bekerja, dia bersuara memerintah "Nasi dah habis", di sambut lagi orang kedua, "Nak stanby masak ke" dan lagi "nasi kan dah masak tadi pagi" sampailah kepada "Mak, nasi dah habis".

Natijahnya mak akan bercakap "Masak ler, aku ke yg kena masak"


Bertuah kalau kita jumpa orang yang cekap bangun pagi di hening orang lain tidur, senyap2 menunaikan tanggungjawab dunia dan akhirat. Yang tertangguh itu disegerakan, tahu rutin keperluan, tahu komunikasi ketika disua pertanyaan, tahu membuat penilaian. Jarang orang yang beringat tangguhan kerjanya memerlukan orang lain mengejutkan di malam hari.


Jika subuh tu alasan terlalu awal, seharusnya subuh itu adalah permulaan hari mencari rezeki. Bangun niat berjemaah di masjid, dah ada minuman, dah siap basuhan. Orang seperti ini yang layak mendapat tempat untuk dihormat dan dihargai.



"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan."



Riwayat Thabit dari Nabi SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." 

(Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi)

* membahagikan rezeki


Share:

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

BTemplates.com

Powered by Blogger.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH

PELAWAT

Search This Blog

ARCHIVE

My Blog List

KOMEN KOMEN KOMEN BILA-BILA MASA SAHAJA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Popular Posts

Popular Posts

Blog Archive