Monday, March 6

TANDA-TANDA MOTOR KIPAS RADIATOR MYVI NAK ROSAK

2 comments
Assalamualaikum WBR

Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak rosak.

Motor kipas ni tandanya nak rosak apabila ia on ada bunyi, bila off takda bunyi. Memang begitulah keadaannya, yang aku nak point di sini adalah kipas radiator ni normal on dan off sebab tu kita akan dengar bunyi kuat sedikit dan RPM naik sedikit dalam selang 3/4 minit.

Kipas radiator ni normal on pada minit ke 20 ke atas jika kita panaskan enjin. Jadi aku cadangkan jika nak panaskan enjin kereta yang lama tersadai, pastikan enjin berfungsi panas sepenuhnya dan kipas radiator berpusing untuk sejukkan enjin. Masa ini water pump, radiator, hose radiator, thermostat semua berfungsilah dalam keadaan baik. Kalau kipas tak on juga dah lebih 30 minit, ada sesuatu yang tak kena pada alat-alat dalam perenggan ni.


video

Lagi baik apabila semua ini bekerja penuh, secara langsung alternator dan bateri dapat caj penuh. Bila panaskan enjin dalam keadaan 30 minit contohnya, fuel pump pun dapat bekerja dan indikator pelampung dalam tangki minyak juga bekerja. Jadi kalau setakat panaskan enjin kereta dalam 10 minit agak kurang berkesan.

Kenapa aku cadangkan 30 minit panaskan enjin? sebab minyak hitam, fuel filter, keladak minyak enjin semua berada pada dasar enjin dan minyak enjin yang tidak dipanaskan pada suhu tertentu, molekul ia tidak berfungsi sebagai pelindung enjin, hanya sekadar pelincir sahaja. Fuel Filter, Plug dan Air Filter ni adalah barang yang susah nak bersihkan apabila dah terlalu lama berkerak jadi kena ganti terutamnya kereta tersadai melebihi sebulan.


Kalau nak cari Motor kipas radiator, cari yang original dari Perodua

Yang tak dapat test apabila panaskan enjin dalam keadaan idle ni ialah sistem brek tak dapat diuji. Bagi kereta yang ditinggalkan lama melebihi 6 bulan, kesilapan utama adalah kerosakan pada tayar apabila beban kereta ditanggung oleh tayar. Elok letak kayu dan tayar tidak jejak lantai.

Kalau semasa panaskan enjin, enjin melahu-lahu pula kena tekan pedal minyak kerap, itu tandanya throttle body kena servis - ia tak rosak lagi.

Ok sekarang dah jauh tajuk ni, sebenarnya cerita kipas radiator sahaja ya.

Ni Motor Kipas Radiator Yang Perlu diganti.

50% Nak Rosak :

Apabila kipas radiator berbunyi, dia akan ada berdesing bingit sekejap-sekejap
Apabila on aircond, dia akan bingit berbunyi sekejap-sekejap
Masa ni boleh agak pakai dalam 3/4 bulan lagi jika nak berjimat

80% Nak Rosak : 

Apabila bunyi berdesing dan bingit melebihi 7 saat. Masa ni boleh pakai lagi tapi jangan sesekali tersangkut di jalan jammed, nescaya jahanam terus.

98% Nak Rosak :

Dah tentunya dia akan bising dan bingit setiap kali kipas radiator berpusing. Selepas itu dia akan senyap tidak berpusing lagi dan ketika anda on aircond, langsung TIADA SEJUK. Tu da 100% tak berpusing la. Tengok video atas tu kipas masih boleh berpusing lagi tapi bunyinya perit. Dalam sehari nak kong, tepat la kong dalam beberapa jam depan rumah kawan aku.

100% Rosak :

Kipas tidak berpusing walaupun enjin panas dan jika on aircond, hanya angin biasa yang keluar dari blower.

Masa ni boleh bawa kereta tapi pastikan jangan terlalu lama berhenti nanti TEMP kereta akan naik mendadak. Kalau drive jalan sahaja masih ok

Kesimpulannya ganti Motor kipas di Perodua dalam harga RM125-RM135 tidak termasuk upah. Bilah Kipas masih boleh digunakan semula.


2 comments :

  1. bro.. kipas (motor) kereta myvi sy dh ditukar 2 kali dlm mse 3bulan..
    17/9/2017 - sy rasa kipas mcm xberpusing kejap bila on aircond.
    klu motor kipas rosak lagi? apa puncanye ye? mohon bantu

    ReplyDelete
  2. kipas radiator ke..memang kipas tak berpusing selalu bro, dia pusing on off ikut sensor je

    ReplyDelete

PELAWAT