SEPETANG DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN
SE baru-baru ini ke Kuala Rompin, Pahang, sambil-sambil nak semak liputan Telco sepertimana artikel terdahulu ini.
2 hari sebelumnya memang sudah beli DIGI PREPAID SMART PLAN berharga RM 25.00, bersama percuma :
300 MB Internet Data, 30 Minit masa berbual, 30 SMS, dan 10 MMS (DIGI-DIGI).
Selepas
aktif simkad, maka ke Kuala Rompinlah untuk urusan berkaitan. Apa yang
SE rasakan, liputan DIGI di sini amat baik/semakin baik seperti di Bandar Kuala Rompin, Hospital
Kuala Rompin, Pejabat Kesihatan Daerah, Pantai Hiburan malah sampai ke Pantai Penyabong Tanjung Gemok Endau dengan capaian HSDPA. Jika kurang mahir apa itu HSDPA, klik sini.
Nak tahu di mana Pantai Penyabong? Tu pantainya dengan tanda "B"
Simpang masuknya berdekatan Jambatan Tanjong Gemok iaitu tempat Jeti Utama ke Pulau Tioman tu.
Laluan ke Pantai Penyabong ini adakalanya terserempak dengan babi hutan. Ia laluan kampung yang tenang dan cantik. Terjumpa sekawan lembu bersiar-siar tu biasalah.
Pantai Penyabong ni ada jeti dan juga tempat pemancing. Angin laut jangan katalah sebab terlalu kuat, boleh terbang cermin mata.
Digi SmartPlan ini adalah pilihan Kad Sim Prepaid yang SE rasakan sesuai sebagai kecemasan Call/SMS dalam Telefon Pintar Dual Sim seperti artikel ini. Sebenarnya yang penting adalah Data Internetnya agak murah selain masa hingga 100 hari sah laku.
Jadual atas ni menunjukkan nilaian topup dan jumlah yang diterima pelanggan.
4 hari selepas aktif, SE menerima sms, "Reload RM10.00 today and get additional 100MB FREE in the following month", kira iklan memujuk yang agak meriahlah juga sebab sudah lama tidak pakai prepaid.
Bagi pemilik Telefon Pintar Android, kemudahan topup dan semakan nilai prepaid anda amatlah mudah dengan gunakan perisian percuma ini.
Perisian ini sesuai untuk prepaid/postpaid MAXIS dan DIGI. Cari di PlayStore, namanya Balance Checker.
Hanya klik butang berkaitan samada baki ataupun nak topup nilai tambah. Perisian ini bukan magik sebab ia dan set automatik ke nombor perkhidmatan tertentu, sekadar memudahkan pengguna tak perlu taip butang # dan macam-macam tu.
Ok selamat mencuba.
2 Hotel di Kuala Rompin berhadapan KFC Kuala Rompin (Kemaskini 20 Jan 2014)
1. SRI KENCANA (Melayu) 09-414 5636
-- Economy RoomRM 35.00 -> RM 25.00 (Kipas Angin)
-- Standard RoomRM 45.00 --> RM 35.00 (Penghawa Dingin)
-- Deluxe RoomRM 65.00--> RM 55.00 (Penghawa Dingin, Water Heater, Astro)
2. SRI ROMPIN
-- Standard Room RM80.00 dan ke atas
RUJUKAN LAIN
- SEPETANG DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN
- TEKNOLOGI SELULAR DAN LIPUTAN 2G, 3G, 4G DI KUALA ROMPIN PAHANG
2 Hotel di Kuala Rompin berhadapan KFC Kuala Rompin (Kemaskini 20 Jan 2014)
1. SRI KENCANA (Melayu) 09-414 5636
-- Economy Room
-- Standard Room
-- Deluxe Room
2. SRI ROMPIN
-- Standard Room RM80.00 dan ke atas
RUJUKAN LAIN
- SEPETANG DI KUALA ROMPIN PAHANG BERSAMA DIGI PREPAID SMART PLAN
- TEKNOLOGI SELULAR DAN LIPUTAN 2G, 3G, 4G DI KUALA ROMPIN PAHANG
No comments:
Post a Comment