Monday, March 6

TANDA-TANDA MOTOR KIPAS RADIATOR MYVI NAK ROSAK

Assalamualaikum WBR

Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak rosak.

Motor kipas ni tandanya nak rosak apabila ia on ada bunyi, bila off takda bunyi. Memang begitulah keadaannya, yang aku nak point di sini adalah kipas radiator ni normal on dan off sebab tu kita akan dengar bunyi kuat sedikit dan RPM naik sedikit dalam selang 3/4 minit.

Kipas radiator ni normal on pada minit ke 20 ke atas jika kita panaskan enjin. Jadi aku cadangkan jika nak panaskan enjin kereta yang lama tersadai, pastikan enjin berfungsi panas sepenuhnya dan kipas radiator berpusing untuk sejukkan enjin. Masa ini water pump, radiator, hose radiator, thermostat semua berfungsilah dalam keadaan baik. Kalau kipas tak on juga dah lebih 30 minit, ada sesuatu yang tak kena pada alat-alat dalam perenggan ni.



Lagi baik apabila semua ini bekerja penuh, secara langsung alternator dan bateri dapat caj penuh. Bila panaskan enjin dalam keadaan 30 minit contohnya, fuel pump pun dapat bekerja dan indikator pelampung dalam tangki minyak juga bekerja. Jadi kalau setakat panaskan enjin kereta dalam 10 minit agak kurang berkesan.

Kenapa aku cadangkan 30 minit panaskan enjin? sebab minyak hitam, fuel filter, keladak minyak enjin semua berada pada dasar enjin dan minyak enjin yang tidak dipanaskan pada suhu tertentu, molekul ia tidak berfungsi sebagai pelindung enjin, hanya sekadar pelincir sahaja. Fuel Filter, Plug dan Air Filter ni adalah barang yang susah nak bersihkan apabila dah terlalu lama berkerak jadi kena ganti terutamnya kereta tersadai melebihi sebulan.


Kalau nak cari Motor kipas radiator, cari yang original dari Perodua

Yang tak dapat test apabila panaskan enjin dalam keadaan idle ni ialah sistem brek tak dapat diuji. Bagi kereta yang ditinggalkan lama melebihi 6 bulan, kesilapan utama adalah kerosakan pada tayar apabila beban kereta ditanggung oleh tayar. Elok letak kayu dan tayar tidak jejak lantai.

Kalau semasa panaskan enjin, enjin melahu-lahu pula kena tekan pedal minyak kerap, itu tandanya throttle body kena servis - ia tak rosak lagi.

Ok sekarang dah jauh tajuk ni, sebenarnya cerita kipas radiator sahaja ya.

Ni Motor Kipas Radiator Yang Perlu diganti.

50% Nak Rosak :

Apabila kipas radiator berbunyi, dia akan ada berdesing bingit sekejap-sekejap
Apabila on aircond, dia akan bingit berbunyi sekejap-sekejap
Masa ni boleh agak pakai dalam 3/4 bulan lagi jika nak berjimat

80% Nak Rosak : 

Apabila bunyi berdesing dan bingit melebihi 7 saat. Masa ni boleh pakai lagi tapi jangan sesekali tersangkut di jalan jammed, nescaya jahanam terus.

98% Nak Rosak :

Dah tentunya dia akan bising dan bingit setiap kali kipas radiator berpusing. Selepas itu dia akan senyap tidak berpusing lagi dan ketika anda on aircond, langsung TIADA SEJUK. Tu da 100% tak berpusing la. Tengok video atas tu kipas masih boleh berpusing lagi tapi bunyinya perit. Dalam sehari nak kong, tepat la kong dalam beberapa jam depan rumah kawan aku.

100% Rosak :

Kipas tidak berpusing walaupun enjin panas dan jika on aircond, hanya angin biasa yang keluar dari blower.

Masa ni boleh bawa kereta tapi pastikan jangan terlalu lama berhenti nanti TEMP kereta akan naik mendadak. Kalau drive jalan sahaja masih ok

Kesimpulannya ganti Motor kipas di Perodua dalam harga RM125-RM135 tidak termasuk upah. Bilah Kipas masih boleh digunakan semula.


34 comments:

  1. bro.. kipas (motor) kereta myvi sy dh ditukar 2 kali dlm mse 3bulan..
    17/9/2017 - sy rasa kipas mcm xberpusing kejap bila on aircond.
    klu motor kipas rosak lagi? apa puncanye ye? mohon bantu

    ReplyDelete
  2. kipas radiator ke..memang kipas tak berpusing selalu bro, dia pusing on off ikut sensor je

    ReplyDelete
  3. Kalau test sambung wayar ke kipas direct dari bateri...kipas pusing..jadi mana datangnya masalahnya ye..biar enjin lama pun kipas x pusing jugak..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Masalah saudara dan terbukti bukan pada kipas tapi pastikan pusingan kipas normal dan bukan pusing perlahan, cuba check termostat, sensor suhu, cap presure dan rasa hos radiator tu jika atas panas bawah sejuk, termostat rosak

      Delete
  4. Bro, kalau intermittant camana? Temp naik lbh drpd biasa. Saya off enjin. Bila on ignition, kipas tak pusing. Saya ketuk sikir motor kipas dgn kayu, baru kipas berpusing. Kena tukar gak ke motor kipas tu? Atau masalah lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya jika suhu enjin naik, termostat inform water pump, kipas sume on sekejap dan off sekejap. jika saudara nak test motor kipas tu boleh keluarkan test bypas hidup ke tak. nampak ketara mtor kipas tu rosak

      Delete
    2. Kalau ketuk baru berpusing biasanya karbon dalam motor kipas tu dah haus..Ini pengalaman saya untuk myvi.. Biasa kedai kereta akan suruh ganti je motor baru.. klo nk jimat ganti je karbon yang haus tu.. 😊

      Delete
  5. assalam bro.. nk tnya.. tadi temperature naik mendadak. lpas 2 sya brhenti ketuk2 kat moto kipas tu then dia berpusing balik. moto tu masih boleh pakai ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, motor radiator tu on off dah nak rosak da

      Delete
  6. Kalau kipas tak behenti pusing?problem apa pulak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Switch on off dia rosak atau signal yg hantar kepada switch itu dah tidur

      Delete
  7. Bro, nak tanya sikit..tempaerature myvi saya biasa kalau sye maintaim bawak leboh dari 100 akan naik, bila saye perlahan kan kereta smpai bawah 100km/h dia kembali ke suhu asal..apa yang menyebabkan bnda ni berlaku ya ? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check termostat dan sensor. cap radiator pon check juga

      Delete
  8. TERIMA KASIH banyak tuan utk sharing yg sangat bagus ni. Saya tak boleh nak explain dekat pomen sebab tak kipas tak bunyi masa kat kedai. Bila dia tengok video ni, baru dia paham.TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  9. Slm tuan.
    1) Nak tny, kalau on ekon, kipas wajib putar skali kan?
    2) Lepas 1 jam++ bawak kete, sy berhenti, & perasan ekon mcm x berenti lebih 5minit + kipas sekali. Last2 jadi panas semacam enjin. Seblum ni x perasan plak.So agak2 masalah apa ya? Kompressor baru je tukar baru.
    3) Kompare nga kwn puny keta, kipas radiator tu agak bising la, angin ok sama kuat, tapi mcm bising seolah2 kipas murahan... tq tuan membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Ada kereta 2 kipas ada yang 1 kipas sahaja. Itu memang ikut keperluan kereta, tak perlu kita menambah dari jumlah sedia ada.
      Samada aircond on atau off, dia ada suis untuk matikan kipas radiator tu, keperluan baca suhu sejuk panas ni antaranya termostat sblm pass pada komputer kereta.
      Kelajuan kipas ada bacaanya, tak guna sirip besar tapi angin tak ikut keperluan kereta.
      Nyata kipas atau motor kipas kereta tidak bekerja sepatutnya. Samada saudara tukar sebiji motor dan kipas atau tukar motor kipas tu.

      Delete
  10. Slm bossku..sya mau tnya..klu keta tgh berenti kn dlm wktu 40 mnit mcm tu la kira2..suhu enjin tetiba naik lps tu klu jln dia normal balik...knapa begitu bossku?

    ReplyDelete
  11. salam bos..tadi masa drive temperature naik,tngok2 kipas x berpusing..tapi bila ditolak dhgn jari,kipas elok berpusing..lpas tu berhenti pusing plak..msalah ape yer bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, motor kipas tu kena tgok elok ke tak, pastu sensor yang hidupkan kipas tu check juga. tu je ayat awak tanya mekanik.

      kipas awak tu kena sensor baru hidup masa tertentunya

      Delete
  12. Toyota corona22/11/18 1:36 PM

    Bos.nak tanya...baru2 ni kipas radiator ok.sejak balik kpg hr tu,bila sampai je.off keta,tp kipas masih brpusing.tggu dlm 15 minit masih jugak brpusing.so,saya cbut je wayar kat bateri.baru berhenti...tapi bila keesokkn hr,saya psg blk wyr bateri.kipas dh tak fungsi dh...adakah motor kipas rosak(kalau test moto kipas boleh ke direc ke bateri)...atau wayar putus sebab signal kiri kanan tak nyala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipas ada cut of bersela dngn masa sesuai, kipas motor rosak selalunya bearing, dan berbunyi bising. ada kalanya ia macam besi bergeser. Saudara kena check juga temp kereta naik ke tak selepas kipas tu rosak, takut error jumping pada sistem temp tapi error dia terbalik - benda elok dikatakan masalah, benda masalah dikatakan elok pula

      Delete
  13. salam tuan, saya punya kipas kejap dia pusing and kejap dia stop. Ketuk dekat motor dia baru pusing. Kenapa ye? ada orang kata kena tukar motor dia, tapi ada ke cara lain lagi murah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, memang tanda nak rosak, ada kalanya bising, ada kalanya dia senyap tak berpusing langsung, ni paling bahaya sebab kalau sangkut jalan jammed. Jika dah ketara macam tu, elok tukar aja

      Delete
  14. Tuan
    Kereta myvi saya overheat, kipas tak berpusing, saya beli kipas baru ok, tapi meter temp still tunjuk kat HOT, saya tukar thermo switch sensor, tapi kipas tetap x berpusing secara auto, Agak2 apa masalah sebenarnya ya, mohon tolong bantu Tuan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Tuan
    Kereta myvi saya overheat, kipas tak berpusing, saya beli kipas baru ok, tapi meter temp still tunjuk kat HOT, saya tukar thermo switch sensor, tapi kipas tetap x berpusing secara auto, Agak2 apa masalah sebenarnya ya, mohon tolong bantu Tuan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem penyejukan myvi awak ada yg tak berfungsi, terutamanya radiator, water pump, thermostat, preasure hose pipe tu pastikan tak retak/keras, crack atau klip sambungan hose tu ketat kemas. Check kipas dahulu sebelum pasang. Check juga ada sumbat di mana-mana

      Delete
  16. Assalamualaikum..kereta myvi kalau on aicond kiaps x pusing kenapa ya..lepas tu saya dah tukar relay masih sama jugak kipas x pusing..motor kipas dah tukar..apa masalahnya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, kipas myvi awak on ikut setting, jika suhu masih cool dia tak hidup. Motor kipas tu sebelum pasang dah test ke. kalau myvi dah hampir 10 tahun, ganti hose getah tu saya rasa ada 3 sebab dia dah crack/keras, flush radiator/check termostat

      Delete
  17. Assalammualaikum.. Nak tnya.. Saya dh tukar aircond 1set..tp bila bhenti aircond xsejuk.. Bila jalan sejuk.. Motor kipas yg rosak or mcmana ya? Kalau motor kipas yg rosak, hanya tukar motor saja ke mcmana? Sbb g kdai aircond masing2 ckp lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      Kena check ada bocor ke tak, nampak fungsinya macam motor kipas pun tak jln. On Aircond sejuk tak paiping sume tu. try aircond tu cuba2 la tengok bukak bonet, sedap dia duk dalam keta je haha

      Delete
  18. Assalamualaikum.nak tnya, kete myvi bila start, reverse atau tgh bertengah berhenti dekat trafic light, enjin berbunyi berdecit. Klu on aircond baru hilang kadag2 on aircond pon masih ada bunyi. Kecuali enjin betul2 da panas atau da berjalan baru senyap.kete tu baru buat major service, sy da inform pasal bunyi tu tp tak tahu pomen perodua checking atau tak

    ReplyDelete
  19. Utk alza..sy dh pnaskan enjin..tp kipas xbrpusing..tp bile on aircond..kipas pusing mcm biasa..mhon pencerahan?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. nak tanya.. kipas radiator tak berpusing, overheat. Lepas tu, ada pomen2 rekomen tukar sekali satu set, motor kipas radiator, bracket(tak sure ejaan) dgn kipas skali. Perlu ke? Sbb takut kena scam padahal bole je tukar motor kipas radiator saja

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH