Friday, June 9

KOMPRESSOR MYVI PECAH MAGNETIC CLUTH, AIRCOND TIBA-TIBA PANAS

Kredit gambar dari sumber Internet dan baik untuk direnungkan.

Mula-mula aku nak perkenalkan piawaian pakai aircond kereta kena tengok jadual di atas. Aku ikut jadual di atas telah menyebabkan aku berjimat banyak - kompressor rosak ketika 11 tahun penggunaannya. Kalau RM1600 / 11 Tahun, maka setiap tahun aku kena simpan RM145.50 atau RM12 setiap bulan untuk sistem aircond yang berfungsi baik menyejukkan aku sepanjang perjalanan.

Aku kalau jalan jauh jarang matikan enjin dan aircond kalau ada anak, kalau dah sampai kampung pun jika anak masih tidur, bagilah 20-30 minit lagi tidur sejuk dalam tu

Kalau orang cakap RM1600 tu mahal, tidaklah mahal sebab dah pakai lebih 10 Tahun. Kenapa panjang umur? sebab dapat kasih sayang sepenuhnya dari tuannya hihi.


Ni Kompressor lama aku yang telah rosak magnetic clutch ya pecah. Semasa enjin hidup akan ada bunyi gerincing sebab Myvi pakai 1 belting pusingkan alternator dan kompressor. Jika sebelum ini aircond tiada berdengung dan mengaum semasa on aircond, boleh ganti sahaja magnetic clutch dalam RM300.00 sahaja. Tapi sebab aku dah kenalpasti masalahnya sebelum ini, maka seketul kompressor DENSO dibeli. Kos Kompressor dalam RM 1200 hingga RM1400 siap pasang. Waranty 6 Bulan.


Ini Kompressor baru DENSO, Aku gunakan kompressor Myvi Lagi Best/Alza. Tiada beza sangat cuma model aku model lama, yang ini model baru cuma ia agak besar sikit dan tapaknya dapat skrew hanya 3 daripada 4 lubang. Belting adjuster ada kalanya kena adjust sikit, ada kalanya tak perlu adjust. Kes aku ni belting agak pendek pula maka kena adjust sikit benda adjuster ni bagi panjang sikit :



Ni terpaksa grind bagi lebar  ikut marking tu. Kalau tak buat, belting agak ketat. Cari belting panjang sikit pun memang takda jual. Jadi aku cakap mekanik guna belting asal sahaja senang nak maintenance (Kat sini aku maklumkan ya, bukan aku yang buat, aku tukang kecoh je haha)


Ni selepas di pasang, enjin aku ni dah comot sebab gasket top kena ganti dan kena gam, maklumlah dah hampir 180,000 KM. Jadi berminyak hitam begitulah. Myvi aku low profile, jadi dia tak kisah comot hitam. Dia macam dialog cerita Tamil Sivaji, si anak tanya maknya kenapa dia tak dilahirkan cerah putih, mak dia cakap nanti kalau kotor susah nak basuh. Jadi begitulah aku ajar Myvi aku, walau hitam comot, aku tak abaikan dia dengan servis berkualiti - haha macam riak saja.



Daun Pisang aku hodoh sikit sebab selalu tanggal, kalau kena tayar dan sagat tu jadilah begitu. Aku kena ganti kondensor DENSO dalam RM400 dengan waranty 1 Tahun sebab kondensor asalnya keluar cecair agak kehitaman. Takut sudah masuk minyak kotor dalam tu. 

Kalau korang nampak kondensor ni letaknya depan radiator yang ada kipas tu dan bersebelahan dengan enjin yang panas. Tengah-tengah ni kena letak span supaya haba enjin tak pergi sebelah kondensor. 

Macam aku cakap sebelum ni dalam entri terdahulu, piping sejuk aircond tu kena balut getah macam aircond di rumah sebab nak kurangkan gangguan haba. Nak tahu paip mana, masa hidupkan aircond tu ko sentuh-sentuhlah paip mana yang sejuk.



Ni Kondensor asalnya terpaksa aku tamatkan perkhidmatannya demi negara.


Ok sekian cerita aku di Bulan Ramadhan ni. Jarang orang boleh menulis entri pada Ramadhan, kira hebat juga keturunan aku. 

Total Siap Kena RM1600.00 semua kerja-kerja ini, jadi raya ni aku tak bagi duit raya, baju raya pun tak payah beli, dan aku gembira dengan perjalananku disejukkan oleh aircond ini. Kalau korang masih tak paham tentang aircond, jangan susah hati, ikut je apa jadual di atas ajar, lagipun orang lain yang buatkan dengan sedikit upah.

Nanti aku cerita ganti steereng rack pula ya.


1 comment:

  1. Harga Barang : Magnetic Clutch Set
    Myvi Fist Model : Local RM180
    Myvi Fist Model : ORI RM290

    Alza Fist Model : Local RM190
    Alza Fist Model : ORI RM330

    Pemasangan RM 90 sahaja (kena buat tempahan awal)

    Boleh datang ke kedai kami
    BENGKEL KITA (dekat TTDI Jaya Shah Alam)
    No.22 Jalan Riyai U3/37,
    I-Parc3@ Shah Alam,
    40150 Selangor

    Lokasi di waze/google maps: cari : New Evolution Oil

    * Penghantaran melalui pos juga boleh diurus

    Hubungi 013-68-555-01
    Hubungi 013-68-555-01
    Hubungi 013-68-555-01

    atau whatapps ke http://www.wasap.my/60136855501

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH