Wednesday, July 29

OXYGEN SENSOR BERMASALAH-LAMPU DASHBOARD BERNYALA

OXYGEN SENSOR BERMASALAH - LAMPU DASHBOARD BERNYALA

Pernah lihat simbol ini ‪‎MENYALA‬ di dashboard meter kereta anda?
jom baca dan ketahui apakah maksud amaran ini.


Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah simbol amaran yang mana ECM/ECU (Engine Control Moduletelah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta anda. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku. Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu menyala?

Sensor oksigen (atau sensor lambda ) adalah alat elektronik yang mengukur kadar oksigen ( O2 ) dalam gas atau cecair yang dianalisis. Ia telah dibangunkan oleh syarikat Robert Bosch GmbH semasa tahun 1960-an di bawah pengawasan Dr. Günter Bauman.

Kenderaan sistem pancitan bahan bakar menggunakan oxygen sensor. Oksigen sensor terpasang sebelum catalytic converter biasanya disebut oksigen sensor No.1 sedangkan oksigen sensor yang terpasang setelah TWC (Three-Way Catalytic Converter) disebut oksigen sensor No.2.

Menurut kajian, oksigen sensor adalah penyebab utama lampu amaran check engine menyala. Penutup tangki minyak yang rosak juga adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu oksigen sensor?


Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Oksigen sensor akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit. 







Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran. Dengan penggunaan alat ini, bagi kereta model Myvi- boleh menjimatkan minyak dengan tambahan jarak sejauh 40KM hingga 60KM lagi. Usia alat ini dalam 100,000 KM dan perlu ditembak dengan angin atau gantian baru jika rosak. Contoh harga Oxygen Sensor di Lelong.

Tutorial di Youtube
Kisah Mekanik 1
Kisah Mekanik 2
Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak. Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. 


Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor. Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow. Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. Tiada rugi anda menukarnya kerana jika tidak diganti, anda akan kerugian dari segi penggunaan bahan api yang banyak. Sharekan post ini jika ianya membantu anda.



- Rujukan Facebook/Internet

35 comments:

  1. adakah timing sensor juga perlu diperiksa apabila lampu enjin kuning menyala? Kerana apabila lampu enjin menyala, enjin menjadi bergegar. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dgr kes waja campro, berkenaan kerosakan sensor. Kereta saudara kena buat ujian secara elektronik.

      Maaf sy tak berapa mahir kereta yang saya tak gunakan. Tapi ini yang selalu berlaku apabila sensor rosak, nisbah minyak dan udara jadi tidak betul dan akan datang gegaran sebab pembakaran tak sempurna dan enjin jadi panas.

      Delete
    2. First skli nak start engine lambang engine menyala lps engine hidup lambang engine masih menyala lps beberapa saat lambang engine hilang.ape mslh ye..(kete waja 1.6)

      Delete
  2. Saya mencuci blower myvi dengan air ... tanpa betul2 mengeringkannya saya memasangnya kembali ... keesokan pagi saya mendapati lampu enjin menyala ... adakah masalah saya disebabkan oleh sensor tersebut? Apakah cara saya untuk membaikinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxygen sensor ni bukak bonet dah nampak, blower tu takda kaitan. sensor ni jika kena air dari atas ke bawh tiada masalah. sebab tu boleh basuh enjin dgn syarat jgn sembur air terlalu kuat dari sisi tepi. Kena ganti baru itu je caranya

      Delete
  3. Saya guna toyota hilux..bila lampu sensor menyala kereta mnjadi tidak kuat walaupun sya da tekan habis race trutamanya bila naik bukit...tapi bila sensor hilang keta jadi kuat semula..adaka keadaan ini disebabkan oleh oksigen sensor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau relatifnya memang sensor ni sense sukatan minyak dan oksigen, dalam keadaan normal dan jangka panjang memang membantu menjimatkan minyak.
      kesan buruknya jika rosak, kekuatan tork tu berkurangnya sebab nisbah bahan bakar tak betul.
      Elok buat scan di Toyota

      Delete
  4. Sahabat semua. Masaalah accelerator paddle kia sorento tiada function. Injin idling terdapat indicator injin chek. Agak agak apa problemnya. saya syakki Accellerator Paddle Sensor problem. Adakah benar? minta tolong sahabat sahabat bantu.
    kereta model Naza kia Sorento 2006.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sensor APPS(Accelerator Pedal Position Sensor) ni kawal minyak apabila tekan pedal minyak. Letaknya dekat pedal untuk tambahkan bekalan minyak dan naikkan RPM.

      Kalau tekan pedal minyak kuat2 tapi meter RPM naik sikit aje, kena tukar le APPS ni

      Delete
  5. Sahabat semua. Masaalah accelerator paddle kia sorento tiada function. Injin idling terdapat indicator injin chek. Agak agak apa problemnya. saya syakki Accellerator Paddle Sensor problem. Adakah benar? minta tolong sahabat sahabat bantu.
    kereta model Naza kia Sorento 2006.

    ReplyDelete
  6. saya ni tak brapa mahir dalam bab2 kereta ni...boleh tanya kah....tadi kereta saya tak mahu start....semasa saya cuba jumper,baru kereta saya hidup....tapi sensor enjin tu masih ada....adakah enjin saya ada masalah atau bateri kereta perlu di tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama bateri anda dah tak kuat nak starting enjin. Bila jumper dari kereta lain baru enjin anda boleh hidup, alternator kereta anda bekerja macam biasa. Sensor enjin tu jika ada selepas ganti bateri kemungkinan besar sensor perlu digantikan juga.

      Delete
  7. Buang je bende alah ni..xpayah pasang.. pastu rechip ecu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ECU mcm board curcuit. nak reader yer kena pakai alat. ikut je R&D

      Delete
  8. Saya baru tukar bateri kereta...lepas tu bila start rpm kereta rendah dan mati...lepas pomen press main2 minyak rpm stabil semula...dah seminggu kereta ok tapi sy perasan penggunaan minyak banyak dr biasa...tadi sy ke toyota sc,x sedap hati rasa...bila cek oksigen sensor bacaan dah rendah...ada kaitan ke bateri tu rosakkan oxygen sensor..sbb sblum ni ok ja penggunaan minyak...nak tukar di toyota sc tapi mahal..dua oxygen sensor dalam rm1600...ok ke kalau s tukar kedai luar?pakai toyota vios

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bateri hanya hidupkan alternator dan fungsi tu dah take over apabila enjin dah hidup. Sensor Oksigen ni run bersama fungsi2 elektronik kereta. Jadi sy asingkan sebab takda kaitan. Jika sy dpt info sebaliknya, sy update semula okey

      Sensor oksigen ini jika tiada dan ada pun ia memang boleh, kereta jalan macam biasa, yang ketaranya nisbah minyak dan udara tiada kawalan. jika terlalu banyak udara, enjin jadi panas dan senggut2, ni bahaya juga banding dengan jika minyak pula banyak, petrol guna banyaklah dan bazir di situ.

      Umur kereta kan jika dah lebih 7/8 tahun, abadikan je kasih sayang bagi barangan yang terbaik dan original. lagi pakai toyota dan honda selalunya orang ada duit hehe.

      memang boleh cari di kedai selain SC jika sama model takda masalah. Saya bagi klu harga drive shaft di bengkel dalam RM200-RM300 tapi di SC dalam RM900.00.

      Delete
    2. Tq bro atas nasihat dan tunjuk ajar...sbb sebelum ni bearing belakang sy rosak..call toyota dia quote rm1200..terkejut jgak...jadi sy cr di kedai sparepart rm300 tgk2 made in japan...jadi sy ambil...bukak yg ori dr kereta made in thailand oem bearing tu...hehe sbab tu fikir mcm overprice ja SC ni...apa2pun terima kasih pada bro...nampak gaya kena tukarlah oxygen sencor ni

      Delete
  9. Tunjuk mcm na nk buangkn broo. 0175554755

    ReplyDelete
  10. Slm tuan. Sya guna honda stream 2003, sblm ni alternator dia ada masalah sbb sblm beli tu owner dia rajin cuci enjin. Lps tukar alternator, pakai seminggu mula jdi mcm2, ekzos jadi merah bara, lampu enjin menyala. Lps cuci ekzos tu ada nmpak contaminants. Then pakai seminggu keluar pulak missfire enjin (scan computer) sbb lampu enjin menyala lg. Enjin xpanas, normal ja. Tukar plak spark plug, pun x jadi jugak, n nampak air bercampur minyak (warna ada kuning), jd suspect gasket masalah, sya pun htr kedai buat top overhaul, bila pakai dua hari lampu enjin menyala lg. Bila scan keluar code 67-01 catalyst system efficiency below threshold. Jd suspect O2 sensor... mekanik dah bersihkan kalau ada sisa minyak kat sensor tu, tp still sama. apa yg perlu saya buat lg tuan. Saya buntu, mekanik pun buntu. Nk confirmkan issue sbnr kalau perlu tukar brg lain. Bantu sya tuan ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, alternator lebih kepada bekalan kuasa kereta. Dari cerita awak ni, bahan bakar petrol dan udara tu ada masalah kemungkinan besar pada kebuk. dah check ratio dan pressure enjin dia, tork semua.
      Error code (saya kurang mahir nombor2 ni), kemungkinan pada nisbah mampatan bahan bakar samada crankshaft bearing dah tak hasilkan 1 kitaran piston dengan cekap maka terjadinya bahan bakar berlebihan dan enjin panas melampau.

      Ada 4 step bahan bakar dalam stroke, induction(campuran bahan api dan udara), compression, power(dibakar) dan exhaust. Adakah alternator itu yang original - tidak menggangu sistem elektronik kereta?

      Delete
  11. Nk tanye persona saya kuat sgt mkn minyak..... thortel bdy dh cuci fuel filter pon dah tukar.....dr ap yg sya baca yg lain2 sy syak o2 sensor....sekira tukar o2 sensor ni....perlu jugak ke tuning engine atau x ? Kalo ad jawapan tlong pm sy 0172933217

    ReplyDelete
    Replies
    1. o2 sensor just pasang je, rosak pun kereta jalan cuma nisbah minyak dan udara tu jadi kurang bijak sedikit mungkin byk atau sikit dipakai petrol tu

      Delete
  12. Salam,
    Nak tanya, selapas saya cuci engine saya start kereta, mula² ok, bila engine dah nak panas check engine menyala. Engine pun x berapa lancar running. Dah cek kat kedai, sensor co2 rosak. Nak tanya boleh ka buka dan bersihkan(servis) dengan cara cuci petrol.sebab nak tukar kat kedai mahal.. Mohon admin tolong bagi pendapat.

    ReplyDelete
  13. Saya guna Exora Bold dan tanda-tanda sensor oksigen ni rosak ialah enjin ada gegaran dan ada beberapa kali enjin terus mati apabila kereta mula nak digerakkan setelah enjin dimatikan. Kos tukar sensor ini di SC dalam RM250 sahaja tetapi saspens juga masa mekanik beritahu ada dua kemungkinan lain yang mencecah ribuan ringgit kos baik pulihnya.Mohon share info dalam artikel di atas untuk disiarkan dalam blog saya kebuntepipagar.blogspot.my. Tq.

    ReplyDelete
  14. Wasalam, Basuh enjin sebabkan sensor tu kena air, gi cabut tembak angin

    ReplyDelete
  15. Ada jgk member cakap...tokey keday due cakap..kalau tuka sonsor oxygen ni perlu erase ape ke entah...kurang lebih mcm tu...mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekanik try and error masalah kereta baru dia jumpa part apa, switch apa, jumping apa begitulah. Anda dibekalkan kereta yg serba serbi boleh dilihat hanya di dashboard kereta. Proses ia berjalan kita tak perlu tahu sgt. sensor hanya peralatan elektronik untuk sense shj. Ia perlu atau tak perlu bergantung pada kita sebab kereta masih boleh bergerak. Tiada keperluan nak erase atau unplug apa2, plug sahaja dan sambung pada soket sediaada.

      Delete
  16. PROBLEM TAK KLU KITA TAK PKI O2 SENSOR NI..ATAU WAJIB PKI...

    ReplyDelete
  17. Hai.. Sya pki alza advance auto.. Bila lampu mnyk enjim menyala...mnyk dkt penunjuk pn sma naik jga bila cek.. Gear jdi lmbt tkr.. Enjin pn prnh mati masa drive... Ni pn slh stu masalah oksigen sensor masalah jga ka ? Atau da masalah lain lg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk ni:
      http://senangeja.blogspot.com/2018/11/maafkan-diriku.html

      Delete
  18. kereta saya bila parking lama je...bila nk start pula susah nk hidup...kena usik wayaring dekat enjin..bru boleh hidup enjin...lpas tu lampu check enjin mnyala..kenapa ya bos?mohon pendapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya sama macam kereta saya, kereta ni tinggal2 lama memang begitu, lepas tu kalau nak panaskan enjin memang kena bergerak jauh, sekadar gerak dekat2 memang tak elok untuk bateri. 1 lagi tayar cepat benjol dan rekah bila kena tekanan parkir lama sgt. Bila bab sentuh wayar ni ada kaitan arus elektrik pada bateri dan alternator

      Delete
  19. TQ admin. Banyak info yg baik utk dijadikan panduan pengguna kereta dewasa ini.

    ReplyDelete

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH