Tuesday, April 29

KUATKAN ATAU LEMAHKAN SIGNAL KOMUNIKASI

Pernahkah talian telefon anda tidak berfungsi sama sekali di sesuatu kawasan?

Cari alat ini jika ada alat Cell Phone Jammer berhampiran.. Ia menyebabkan talian komunikasi anda jammed sama sekali - lost signal. Rujuk ini untuk lebih lanjut.

Ada juga pengguna telekomunikasi tertentu katakan liputan rangkaian C elok, yang D dan M tak elok semasa di kawasan parkir bawah tanah atau sesuatu kawasan.

Ironinya ada alat penguat signal, adakalanya berbentuk macam kubah putih yang di pasang di sudut premis kurang/rendah capaian talian atau Host Site macam antena atas bangunan atau menara pencawang.


Di sebelah pula ialah signal booster yang skala kecil, anda boleh kuatkan signal yang diterima dengan alat macam ini. Contoh anda berada jarak 5KM dari kedai mamak yang beri kemudahan WIFI percuma, jika signal rendah, gunakan alat sedut signal macam ini..



Alat ini pula Celullar Repeater. Jika signal lemah di suatu kawasan dalam rumah anda, pasang alat ini untuk tarik dari punca sebenar dan broadcast semula di tempat tersebut.. Ia sama fungsi macam kabel CAT5 ditarik dari Streamix Box dari rumah anda ke rumah jiran anda.

Sekarang banyak gajet berkaitan komunikasi terutamanya dari China. Sila semak sekiranya ia menyalahi undang-undang Malaysia

EVOLUSI HURUF G DALAM TELEKOMUNIKASI

SE selalu luangkan masa memahami apa yang orang katakan. Baru-baru ni ke DIGI Center mengenai masalah servis DIGI Prepaid tidak berfungsi.

OK, Contohnya SE taip *128*1*1# untuk lihat status baki MINIT PANGGILAN, SMS, MMS, dan DATA INTERNET.

Pegawai bertugas seringkali katakan jika guna android dan symbian, ada masalah dalam akses talian. Dia bertegas katakan ANDROID dan SYMBIAN berbeza. Masalah SE ialah semasa guna handphone lama dan smartphone adakalanya  servis *128* tidak berfungsi. Begini SE terangkan :

Android menggunapakai versi linux, ada kalanya kita dengar Gingerbread, KitKat, JellyBean tu manakala Nokia/Sony lama gunakan Symbian.OS ni hanyalah sistem operasi mengurus telefon anda.

Jika Smartphone versi android dulu kita TAK boleh swipe guna jari, tapi sekarang JellyBean boleh, sebab itu dinamakan Jelly, lembut swipe skrin. Setiap versi OS itu ada penambahbaikannya. Pro dan Kontra OS ini akan sebabkan smartphone anda lapar tenaga bateri dengan cepat.

 Jadi masalahnya bukan OS telefon, tapi rangkaian DIGI anda ping ke nombor saya, sila restart no telefon saya semula.

Anda pernah lihat deskripsi telefon TALK TIME Up to 43 h (2G) / Up to 25 h (3G)?

Sepatutnya SMARTPHONE kita boleh gunakan terma ini semasa kita DISABLE MENU DATA @ WIRELESS, kita juga boleh pilih rangkaian G yang kita sukalah.  Sudahlah kita tidak install game dan macam2 apps dalam smartphone tapi bateri masih tidak bertahan lama.

Ini berlaku bila kita disable Data/Wifi, kita tetap masih gunakan  3G, 3.5G atau 4G?. Ia menggunakan spektrum MHz yang besar!! Spektrum ini melibatkan Uplink/Dowlink yang berterusan. Untuk apa anda gunakan rangkaian 3G jika panggilan video pun tidak diguna?.

Seharusnya kita boleh switch ke 2G sekadar stanby PANGGILAN dan SMS, dan ENABLE 3G bila nak guna Aplikasi Android. Lihat atas, dengan 2G, masa berbual hingga 43Jam berbanding 25Jam dengan 3G.

Ni akronim pada G yang anda sebagai pengguna suka :

2G = GSM            (Global System for Mobile)
3G = UMTS          (Universal Mobile Telecommunications System)
4G = LTE               (Long Term Evolution)

Jadi tunggulah akan datang sistem operasi yang boleh urus pilihan rangkaian untuk jimat bateri smartphone kita. Gunakan smartphone dengan bijak.Inilah sebabnya telefon lama, 4/5 hari bateri baru habis.

INGIN FAHAMI SEMUA "G", KLIK SINI

Sunday, April 27

BERDENGKUR TANDA AWAL PENYAKIT - OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA (OSA)



Obstructive Sleep Apnea ( OSA) - laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Simptom ini akan menghasilkan dengkur.

Tisu yang membengkak di dalam hidung boleh menyebabkan halangan saluran pernafasan selain tulang rawan yang bengkok turut menjadi punca masalah ini.

Selain tidur memerlukan suasana ruang bilik yang tidak terlalu terang untuk penghasilan hormon diperlukan badan, kekurangan oksigen semasa tidur juga boleh mendatangkan masalah pada jam tidur dan perkembangan emosi kerana tidur yang TIDAK BERKUALITI.

FAKTOR OSA dalam kalangan Dewasa ialah Ubat ANTI DEPRESI, Ubat tertentu, Ubat tidur, ALKOHOL dan MEROKOK.

PERHATIKAN RISIKO OSA :

Lemah Jantung apabila otak menyampaikan mesej TIDAK CUKUP Oksigen menyebabkan jantung mengepam lebih kuat disebabkan halangan pada saluran. DIGALAKKAN tidur mengikut sunah iaitu mengiring dengan tidak menindih jantung. Bayangkan apabila tidur dengan bantal menutup muka juga boleh menyebabkan lemas selain DARAH TINGGI, ANGIN AHMAR, Lesu dan tidak fokus.

Untuk Memahami masalah tonsil @ masalah tonsillitis, klik sini


Wednesday, April 9

AL KHAZINI DARI HAMBA KEPADA SAINTIS

Besarkan Artikel ?

Abu al-Fath Abd. Rahman al Khazini atau namanya AL KHAZINI merupakan saintis yang berasal dari Merv IRAN.

Asalnya beliau adalah seorang HAMBA tetapi diberi peluang oleh majikannya untuk mendalami ilmu MATEMATIK dan FALSAFAH.

Kedua cabang ilmu ini adalah amat penting menjadikan seseorang bijak seperti saintis.

Kejayaannya dalam astronomi dapat dilihat melalui ciptaan JAM AIR yang berfungsi sehari semalam bagi tujuan astronomi. Banyak bukunya diterjemah ke dalam bahasa RUSIA.

Orang GREEK tidak dapat membezakan antara JISIM dan BERAT dan diselesaikan oleh Al KHAZINI.
AL KHAZINI merupakan orang PERTAMA yang memberikan HIPOTESIS bahawa GRAVITI berubah-ubah bergantung kepada jarak daripada PUSAT BUMI- Teori GRAVITI beliau disahkan benar selepas 600 tahun kematiannya.

Antara teori penemuannya - ketumpatan air lebih tinggi apabila berada berhampiran pusat bumi mendahului teori ROGER BACON yang mengesahkan teori sama seperti penemuan AL KHAZINI.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH