10 Julai 2014 lalu, SE ke SATO Tyres & Car Service No 31 Jalan 8/1 Seksyen 8 Bangi, untuk buat Wheel
Alignment-Caj RM20.00, Wheel Screw (Loosen) sebatang RM35.00, Front Adjust 1 Chamber
RM15.00.
Tapi kecewanya semasa di highway, kelajuan 100KM/j pun dah terasa gegaran stereng dan tayar tidak rata. Sudahlah Wheel Alignment tidak betul, semasa membuka nat tayar untuk adjust chamber pun tidak betul.
Ini kes SE di bengkel ini, semasa mekanik mengetatkan dan melonggarkan skrew tayar, mekanik yang mahir biasanya akan menggunakan teknik silang skrew. Dari segi kejuruteraan, ikatan dan longgar nat pengetat kaedah 'X' ini lebih elok dan tidak merosakkan nat.
Hasilnya 1 skrew dah loose dan patah. Terpaksalah ganti sebatang RM35.00. Itu pun setelah SE tegur jika nak buka nat yang loose, ketatkan silang nat satu lagi, baru ia rata menarik nat tu. Sekadar buka nat yang tinggal sebatang dan loose tu sampai bila pun tak boleh bukak. Hmm jika teknik buka nat salah, memang tak sempurnalah hasil buat alignment nanti-confirm.

Semalam SE buat semula
alignment di Taman Putra Perdana, Caj
Alignment RM15.00 sahaja.
Balancing RM5 sebiji tayar. Sangat puashati sebab mekanik ajar cara melihat dengan terperinci hasil ditunjukkan di skrin komputer. Ini mesinnya.
Mula2 pilih model kereta, jenis alignment, pilih hasil laporan secara berwarna atau 1 warna.
SE tak dapat amik gambar semasa proses alignment ni sebab jika semasa guru mengajar, jika kita ganggu maka hilanglah step2 penting dia nak cakap. Kalau orang sedang sedap mengajar, seeloknya jangan interupt- sebab ni kelas spontan percuma pun-lagi pun mekanik dah berusia, tak sampai hati nak tanya macam-macam.
Ada 2 skrin di monitor - Yang skrin atas menunjukkan aras graviti Chamber dan skrin bawahnya menunjukkan skrin graviti Alignment tayar. Indikator ditunjukkan dalam % dan warna Merah/Hijau. Mesin ini menggunakan laser, dan kereta boleh diletakkan di luar kedai, pun dia boleh baca cuma tapak jalan tu mestilah rata.
Sangat puashatilah, maklumlah Caj Alignment di mana-mana harganya sekitar RM20 - RM25, di sini hanya RM15 free diajarkan tips lagi. Sempat lagi mekanik ni bagi tips, - jika kita tengok seorang mekanik main mesin alignment tu, awak boleh tahu mekanik tu pandai ke tak, sempat lagi dia cakap harga mesin ni boleh dapat myvi sebuah. Jangan buat di Bangi sebab mahal katanya. Selepas adjust alignment, ujian panduan ke mana-mana tu untuk adjust stereng sahaja. Kalau mekanik bawa kereta kita jauh-jauh, maksudnya dia masih belajar lagi tu. :)
Jika sekadar buka tayar, tidak perlu buat alignment lagi. Cadangan buat alignment 10,000KM sekali. Apa yang SE kagum mekanik ni, dia boleh ajarkan simptom2 masalah kereta kita awal-awal lagi. Dia cakap ini masalah alignment, tiada masalah lain, dan semasa pusing stereng di simen, dia cakap ada rasa tarik2 kan ke kanan. Mesin Alignment ni macam2 jenis di pasaran, ada guna laser, ada guna kabel, ada guna penimbang air macam kontraktor nak simen dinding tu. Antara tips lain dia tengokkan Drive Shaft ada masalah dan bocor ke tidak. Selain itu, mekanik ni tengokkan spotrem kita melalui penimbang tayar (Caj RM20 untuk 4 tayar) .
Nampak tak kenapa ada bulatan karat di tengah2 tu. Jika kita tukar spotrem, pastikan kita membeli sekali 4 biji Center Cone Rings berharga dalam RM 80.00 untuk letakkan di tengah2 spotrem seperti rajah di bawah.
Tak payah pening-pening, biarkan mekanik cari saiz yang sesuai dan pasang sahaja. Pasang spotrem memang sedap sebab agak kukuh dijalanan dan kereta kita tidak berbuai. Jika rem standard, dah bengkok sana sini, sebab ketumpatan material rem biasa senang kemek dan cepat 'biol' jika terlanggar lubang. Rim yang 'biol' ni, mudah merosakkan gandar dan tayar kita. Lagipun bahaya di jalanan jika tayar meletup. SE pernah alami tayar kereta, haus sebesar saiz syiling RM0.50 di tengah-tengah tayar, nampak wayar dalaman tayar lagi.- Nampak tak ada sebatang skrew bertanda merah jambu itulah yang baru ganti tu.


Semasa tayar di skrew, sebanyak 4 batang skrew digunakan setiap tayar. Apa yang menyebabkan
alignment tidak tahan lama, adalah hanya 4 batang skrew nat diikat sedangkan bulatan berwarna karat itu kosong tiada
Center Cone Rings. Mekanik ambil sampel
Center Cone Rings macam cincin
bentuknya. Masalah ini hanya berlaku pada pemasangan
spotrem sahaja. Jika setelah buat
Alignment dan
Balancing masih terasa gegaran, pasanglah alat ini.
Tips elok dari mekanik ini, SE cari di Internet, dan ada web rujukan untuk pembaca di
sini dan
sini ya.
Tips yang diajar kali ini, hanyalah tips, mekanik cakap "U nak ganti atau tidak, ikut u punya pakai, aku ajar yang betul saja".
Inilah hasilnya jika selesai pasang Center Cone Rings- tapi ini bukan di kereta SE sebab SE tunggu bajet akan datang hehe. Nampak sangat keperluannya kan. Beli Center Cone Rings, InsyaAllah akan datang.
Kesimpulannya, semasa musim2 cuti besar ini, mekanik memang sibuk dengan kereta banyak nak servis, takda masa nak layan mahupun berbual, mungkin SE agak bertuah, uncle ni ringan mulut, rajin ambil itu ini untuk tunjuk sedangkan ada lagi kereta menunggu nak buat alignment ni. :)
Tips Lain : Jangan main telefon semasa di bengkel, tengok kerja mekanik dengan penuh minat dan senyum selalu, ini adalah salah satu cara nak pikat mekanik lebih-lebih lagi umurnya warga emas. Tanya apabila perlu sahaja sebab kita bertanya, yang membuat kerja ni memang penat dan datang awal pagi semasa mood mekanik sedang elok dan masih banyak tenaga.