Friday, October 30

DIABETIS TAK BOLEH SEMBUH

DIABETIS TAK BOLEH SEMBUH

Assalamualaikum

Ramai menyangka jika tidak mengambil minuman bergula, MEREKA BEBAS penyakit DIABETIS.

Hakikatnya gula bukan hanya tertumpu kepada minuman tetapi juga makanan.

ORANG GEMUK lebih mudah menghidap diabetis sedangkan adalah mitos sedangkan mereka yang tidak aktif adalah punca GLUKOS tidak digunakan sebaik mungkin.

Kadar glukos tinggi bagi DIABETIS 2 disebabkan BETA ISLET di dalam PANKREAS tidak mengeluarkan INSULIN mencukupi atau mati perlahan-lahan.

INSULIN tidak aktif iaitu GLUKOS tidak boleh memasuki sel dan hanya berlonggok dalam peredaran darah.

WHO telah mengisytiharkan 14 NOVEMBER sebagai HARI DIABETIS SEDUNIA.
Diabetis tidak boleh sembuh TETAPI masih boleh dikawal.

PENGURUSAN berat badan adalah kaedah mengawal GLUKOSA dalam Darah. pengawalan Glukosa darah akan jadi sukar jika berat badan bertambah.


Thursday, October 15

WAKTU OPERASI BANK TAK SAMA DENGAN OPERASI MESIN LAYAN DIRI

WAKTU OPERASI BANK TAK SAMA DENGAN OPERASI MESIN  LAYAN DIRI

Salam Maal Hijrah 1437H, Memandangkan semalam cuti umum Maal Hijrah seluruh Malaysia, aku ingat bank-bank tutup cuti umum juga.

Ops jangan salah faham, memang bank tutup cuti umum, tapi mesin Automatic Teller Machine  (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM) masih boleh diakses sebab diasingkan di luar pintu utama bank.

Ini contoh Bank CIMB Cawangan Presint 2 Putrajaya. Mesin ATM, CDM, Cheque Deposit masih boleh digunakan sebab hanya pintu utama bank sahaja di tutup. Masa Operasi 0915-1630 setiap hari KECUALI Jumaat hingga 1600 sahaja. (Nampak ke pic aku di cermin tu hehe)




Ini pula Bank Simpanan Nasional Cawangan Putrajaya juga ATM, CDM terletak di asingkan dari pintu utama bank. Waktu Operasi 0900 - 1645 setiap hari.

Kenapa aku masukkan panduan waktu operasi bank ni dalam entri kali ini? 

Sebab semalam cuti umum, aku pula diminta oleh kontraktor untuk mendepositkan bayaran baki kos renovasi rumah tu pada hari Selasa. Sebab berjanji dengan kontraktor tu pada hari Rabu tak tahu pula cuti umum, jadi pagi semalam aku SMS kontraktor cakap bank tutup - berdosa tau menangguhkan pembayaran hak/bahagian orang tu kira zalim juga tau. Majikan yang menangguh-nangguh upah pekerja pun begitu.

Kesian juga kan sebab aku kurang maklumat, aku andaikan Bank CIMB boleh senang keluar tunai tapi nak deposit ke dalam CDM  BSN - ingatkan mesin-mesin deposit BSN tutup juga. Apa pun, aku kongsi info ini untuk semua. OK Bye

AWAS JANGKITAN PARASIT KUCING

AWAS JANGKITAN PARASIT KUCING

Saya ialah penggemar Kucing. Saya mempunyai 10 ekor kucing di rumah, Kebanyakkannya kucing kampung. Untuk pengetahuan doktor, saya sedang mengandung ANAK PERTAMA dalam 4 Bulan.

Saya tidak mengalami apa-apa alahan atau masalah perubatan semasa hamil. Kawan baik saya ada memberitahu akan masalah yang mungkin timbul kepada bayi dalam kandungan jika kita membela kucing. Mohon penjelasan dari doktor.

Sekiranya anda hamil, perlu menghadkan masa bersama kucing dari segi pengendalian najis kucing. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu PROTOZOA yang dikenali sebagai TOXOPLASMA GONDII yang membiak dalam usus kucing dan hadir dalam najisnya serta di dalam tanah.

Parasit ini tidak membahayakan orang dewasa tetapi menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi dalam kandungan.

Tiada sebarang petanda luar biasa apabila dijangkiti parasit ini.

TOKSOPLASMOSIS KONGENITAL adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri. Wanita yang menerima pendedahan kepada toksoplasmosis ketika  hamil boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan termasuk buta dan kecacatan otak. Toksoplasma juga boleh dijangkiti melalui DAGING MENTAH atau SEPARUH MASAK.

Elakkan memelihara kucing semasa HAMIL

Artikel Klik Sini

Tuesday, October 13

SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN


Link Berkaitan  AIRCOND:

1- OPERASI ASAS PENYAMAN UDARA KERETA
2- SERVIS AIRCOND YANG MENGHAMPAKAN
3- 4 TUTORIAL TIPS SERVIS DAN MENJAGA PENYAMAN UDARA KERETA

Servis Aircond di Kedai Sato Auto Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Nampak di Banner, tulis servis aircon RM38.00. Bila tanya lebih-lebih rupanya ada caj RM120.00 kos servis.

Servis apa pun aku tak pasti, tanya belajar kemahiran mana pun diam aje.

Tanya ini, tanya itu apa pun tak tahu. Semua tak tahu, diam seribu bahasa. harapkan 3/4 orang pun sama juga perangainya. 

Yang pasti dan nyata bangsa ni bukan belajar khusus kemahiran untuk servis automotif, sekadar ikut-ikut kerja dan belajar ikut bahasa dia saja. English langsung tak paham.

Bila diikut nak tengok , buat-buat kerja lain pula.

Resit amend ikut suka, depan kedai tulis lain, mekanik kata lain,  kerani tulis lain janji adjust-adjust dapatlah RM150.00 juga.

Hasilnya, aircond nak kata sejuk tak sejuk juga, masalah lain dikatanya. Cuma tahu nak duit tambah lagi saja. Memang tak nak mengaku salah dia juga.

Tobat aku nak pergi kedai SATO AUTO ACCESSORIES, SEKSYEN 7 BANGI lagi...Lepas ni nama SATO buat aku trauma..Brothers pun sama, mengencing aja, cakap semua pandai, masalahnya bukan kereta dia, test tu test ni, perghh modalnya aku juga. 

Ok jangan pergi sini lagi buat kereta...Nak pergi juga sendiri tanggung risiko...Bye




Tuesday, October 6

HOBI MENJAHIT MEMANG MENENANGKAN JIWA


Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku selalu juga lihat model mesin jahit di laman web Lazada, 11street, mudah.my. Mungkin tiba-tiba minat lama kembali datang setelah seminggu aku mengemas kain-kain lama di rumah.


Aku mula belajar tak rasmi menjahit ni ketika lepasan sekolah. Bukan perempuan sahaja pandai main mesin jahit, aku pun menyibuk sama. Peluang masa tu datang sejak aku pernah kerja di kompleks beli belah di Batu Pahat dan Taman Sentosa Johor Bahru.

Peluang jadi promoter, kerja part time bahagian sukan walaupun tiada keperluan pakaian dan seluar untuk dijahit tapi aku rajin-rajin belajar ke bilik menjahit tiap kali tak sibuk. Jarak bilik menjahit ni pun tak jauh dari kaunter aku. 

Antara paling aku teruja apabila pelanggan yang datang tingginya sederhana (dalam 140-150cm) sibuk membeli seluar jeans. Peluang macam ni memanglah aku booking dahulu lebihan kain jeans yang banyak terbuang. Biasa paling banyak lebih sejengkal pada bahagian kaki yang dipotong ni.

Dengan sejengkal kain denim mahal ni, macam-macam kita boleh buat. Mesin jahit pun bukan jenis murah. Setakat patah jarum tu biasalah.  Kebanyakkan kawan-kawan aku agak takut nak memotong kain denim atau slack yang harganya RM160 ke atas. Bayangkan kalau Slacks atau khakis jenama Orlando ke, tak semua orang berani potong dan jahit. Lagi satu, kain denim agak tebal dan susah dijahit, kemungkinan jarum patah tu 50-50 lah.

Dah bermacam-macam jenama juga la seluar jeans dan khakis atau slacks aku potong selamba je depan pelanggan.(tapi ada resit bayar dulu la). Lebihan kain ni pun kebanyakkannya aku buat untuk beg pensel, kocek-kocek kecil macam isi batu seremban, kain buruk dan tak ingat dah.

Mesin jahit yang aku jumpa pun jenis heavy duty dan jahitan tepi sahaja, tiadalah sangat mesin jahit patern moden macam sekarang. Minat aku pun hanyalah untuk menjahit langsir, kusyen dan yang takda kaitan dengan ukuran badan manusia - takda sangat nak serius menjahit baju, sekadar suka-suka. InsyaAllah hobi menjahit pun elok juga, mana tahu terror menjahit langsir moden satu hari nanti kan. Orang perempuan pun kagum lelaki pandai menjahit hehe.

Nak belajar ni sebenarnya ilmu dari zero, peluang yang orang beri itulah jadikan kita hero. Nak mencuba dan tak nak mencuba memang 2 tindakan berbeza. Hobi dan tugasan berbayar memang berbeza, dan aku tak sanggup menjahit kalau minat tak datang, yang penting sekadar hobi, bukan nak meniaga.

Bukankah seronok hidup dengan merasa peluang 'mencuba-cuba'. Kalau tak mencuba, manalah nak pandai betul tak Cik Kiah.

Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH