Tuesday, August 23
Thursday, August 4
BUAT PEMERIKSAAN JANTUNG SEAWAL 35 TAHUN
BENI ISMAN
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Rakyat di negara ini dilihat kurang prihatin terhadap kepentingan menjaga pemakanan sehingga menyebabkan mereka berpotensi menghidap penyakit jantung.
Pakar Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Isman Rusani berkata, kebanyakan individu tidak menyedari mereka menghidap penyakit jantung memandangkan ia merupakan pembunuh senyap atau ‘silent killer’.
“Sebenarnya, orang ramai perlu menjalankan pemeriksaan jantung seawal usia 35 tahun untuk mengenal pasti keadaan dan kesihatan jantung mereka dan menjalani ujian tekanan iaitu ‘exercise stress test’.
“Ramai menganggap amalan gaya hidup sihat merupakan sesuatu yang klise tetapi itulah yang perlu dititikberatkan terutama melibatkan aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Azhari Yakub bahawa sebanyak 25 peratus atau kira-kira lapan juta rakyat Malaysia terdedah risiko mendapat penyakit jantung dengan peningkatan lima peratus setiap tahun selain menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan wanita.
Menurut Azhari, secara umumnya, insiden di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara maju dengan umur purata kira-kira 10 tahun lebih muda dari negara-negara tersebut.
Sementara itu, Beni Isman berkata, kaedah senaman ringan dan sederhana boleh dilakukan untuk menggalakkan jantung bergerak aktif dan darah dapat dipam dengan lancar ke tubuh badan.
“Biasanya penyakit jantung utama yang dihidapi pesakit adalah salur darah tersumbat, oleh itu amat penting untuk kita melakukan senaman secara rutin selama 150 minit seminggu.
“Aktiviti senaman boleh dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dengan 30 minit setiap sesi. Selain itu, berhenti merokok dan ambil pemakanan yang kurang kalori serta berminyak,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
-
LAFAZ TAKLIK NEGERI JOHOR DAN KADAR MAS KAHWIN Bagi Pengantin Lelaki yang mengahwini Pengantin Perempuan di Negeri Johor, Taklik dilafazka...
-
Assalamualaikum WBR Hari ini aku nak kongsi simptom atau bunyi yang keluar apabila kipas radiator kereta kita mulai ada tanda-tanda nak r...
-
Pagi ni aku dapat soalan ni. Bukan takda soalan lain, tetapi ada juga aku tak mahir. Aku bukan mekanik dan aku hanyalah bapa kepada 2 ana...