Tuesday, September 18

UNTUNG KE BELI APARTMEN DI PUTRAJAYA

18 SEPTEMBER 2018


Gambar Sumber Google


Jika korang beli rumah Apartmen 1000sq sekarang RM220,000.00 tahun 2018
Andaikan di Putrajaya ya

Sebulan bayar LPPSA/Bank RM1,100.00 (Andaian)
Fi Maintenance RM0.16 X 1000sq + 10% = RM176.00 (RM2,112.00 Setahun)
Cukai Pintu Setahun dalam RM500.00 (Andaian sebab cukai pintu Putrajaya mahalnya)
Cukai Tanah dalam RM20.00 (Andaian)

Andaikan dapat 10 Tahun disewakan RM1,100.00 sebulan = RM 132,000.00, kamu masih perlu membayar selenggara dan cukai setiap tahun hanya RM2,632.00.

Ini anggaran kalau ikut kadar sewa semasa kondo sekitar Putrajaya dalam RM1,600.00 sebulan.

Maksudnya kamu masih membayar RM2,632.00 setiap tahun juga kan.

Moratorium 10 Tahun tidak boleh jual dan sewa. Ni term sahaja, terpulang nak sewa atau duduk.


1 Tahun Kos RM15,832.00 termasuk Bayaran Pinjaman, Fi, Cukai
10 Tahun Kos RM158,320.00

Andaian 10 tahun jual RM220,000.00 + RM158,320.00 = RM378,320.00

Kamu rasa berapa harga masa tu mampu jual?. Ini adalah jualan kondominium pada masa sekarang. Kerana Cyberjaya masih boleh didapati apartmen dengan 2 lot parking pada harga RM250K di pasaran subsales, begitu juga sekitaran Dengkil, Puchong, Bangi - pasaran harga masih memberi tempias agak besar.

Lihat iklan Mudah.my di bawah :-

SAUJANA ASTER CONDO PRESINT 11, PUTRAJAYA
Location: 9th Floor, Block A, Saujana Aster Condo, Presint 11, Putrajaya
Property Type: Condominium
Title Type: FREEHOLD
Size: 875 sq.ft
Other Info: Bumi unit
Bedroom: 3
Bathroom: 2
RM360,000.00
Link

Putrajaya Dwiputra Residence Condo
Presint 15
PROPERTY DETAILS
-Freehold
-Type A 950sf
-Middle floor
-3 bedrooms
-2 bathrooms
-Balcony with nice pool view
-2 covered car park
-High privacy
RM480,000.00
Link


Sejujurnya aku beranggapan harga pasaran pada 10 tahun akan datang hanyalah dalam RM340,000.00 - RM380,000.00 dan paling tinggi adalah RM450,000.00 sebab ia perumahan branding kerajaan itupun jika ada boost hartanah lagi macam monorel, feri bot ke dan tiada lambakan kediaman strata macam sekarang berlaku di Cyberjaya. Hartanah Strata banyak sejarah, tricky dan misterinya.

Andaikan kalau jual RM380,000.00

1) Disewakan - Maksudnya jika RM380,000.00 - RM21,120.00 (10 Tahun Fi Maintenance) - RM5,200.00 (Cukai)  - *RM30,000.00 (Kos Reno/Deposit Utiliti) - (Fi Peguam dalam RM6,000-RM8,000) - Baki Hutang Dalam 20 Tahun. Ada untung dalam RM60k-RM90K sebab anda tidak membayar hutang bank/lppsa, cukuplah menunaikan haji dengan pasangan.

2) Duduk Sendiri - Dalam 10 Tahun jumlah kos bayaran loan RM1,100 X 120 Bulan = RM132,000.00 + RM21,120.00 (10 Tahun Fi Maintenance) + RM5,200.00 (Cukai) + *RM30,000.00 (Kos Reno/Deposit Utiliti) = RM188,320.00. Jualan RM380,000.00, Berbaki RM191,680.00 - 20 Tahun  Baki Loan. Baki Loan Jika penyelesaian penuh pada tahun ke 10, kadar faedah tidak sama dengan kiraan 30 Tahun sebanyak RM1,100.00 di atas. Mungkin boleh kira baki loan sebagai RM700X240 bulan. Bolehlah dalam RM30,000.00 lebihan.

3) Bagaimana pula jual selepas habis hutang? Sewajarnya harga pasaran RM480,000.00 ke atas (RM1,319X360 Bulan) tapi jika RM400K pun alhamdullillah.

*Termasuk Fi Guaman masa sign Sales and Purchases dan juga fi STRATA Title .

Beli rumah akronimnya selalu ada untung. Contoh tidur semalam pun anggaran cuma bayar RM1,100.00+RM176.00 / 30 hari = RM42.53 sehari. Ni purata sewa semalam.

Kadaran yang sesuai pada Apartmen Putrajaya - ialah kenaikan harga pasaran pada masa depan berbanding kadar pulangan per bulan. Jadi relatifnya sekatan moratorium itu banyak membantu penetapan sentimen benchmark harga. sekuranganya tidak mengganggu penawaran peram harga hartanah. Yang terbaik kekalkan momentum dan elakkan lelongan awam di bawah 10 tahun pertama.

Kemampuan mengekalkan hartanah jangka panjang dan sewaan per bilik agak menguntungkan dalam kes ini. Peluang agak besar kenaikan harga pasaran radius di Putrajaya bergantung kepada kenaikan gaji penjawat awam (Bukan KTG ya), booster sekeliling, indeks jenayah rendah, kes bencana alam dan lain-lain yang akan jadikan julat dan mekanisma kiraan agak berbeza. 

Putrajaya dipenuhi events sepanjang tahun. Lanskap dan selenggara taman senantiasa yang terkini. Dan paling tepat, ia kekal sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Jadi tak salah melabur di Putrajaya pada harga mampu milik.




Featured Post

BAGAIMANA BERURUSAN CIRI-CIRI KESELAMATAN GITULAH